Search This Blog

Loading...

Fresh from the owner...

Friday, January 11, 2013

Favorite pastime.

semalam cerita pasal Racing Moto, game tu kan. tapi tak ada la mengadap game tu je. kadang-kadang je. dalam 7-8 kali main, lepas tu stop la. tak adanya nak main sampai battery weak. tak jadi kerja la kalau macam tu. seronoknya bila husben dok sibuk nak beat record yang sedia ada. malam tadi Alya mintak diletakkan nama dia. kalau sebelum ni dia main atas nama abah dia. semalam dia nak nama dia ada dalam score. jadik main la dengan dia sampai la dapat satu nama dia masuk dalam list. adehhh...
tapi bukan nak cerita tentang Racing Moto tu lagi. sejak duduk sini, kami especially aku dengan anak-anak la, dah ada aktiviti baru. kat sini memang senang nak tengok ni. memang kerap la benda ni ada. kadang-kadang tu bunyinya kuat sangat, meaning dah rendah sangat la tu. dah ready nak landing. bila tengok, memang rendah pun. besar je nampak. kadang-kadang boleh tengok ada yang laju je. ada masa perlahan. Alya selalu jugak tanya kalau dok tengok yang laju tu. bila aku jawab dia akan bagi jawapan versi dia: "Dah nak malam, sebab tu dia nak cepat." (^_^) dan pertanyaan lain biasanya: "Yang tu nak pergi mana? Yang tadi tu?"
hah, apa benda yang kami tengok ni? hehehe...
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

itu yang kami-kami tengok tak kira  masa. area sini dekat dengan airport Senai dan dekat jugak la dengan airport Changi, Singapore. memang yang rendah tu dah siap keluarkan tayar, dah dekat sangat dengan airport dan dia orang pun dah ready nak landing. kalau dari dalam rumah tu dengar bunyi kuat, dah tahu dah. budak-budak ni hari-hari tengok pun tak apa.
lepas tu termotivated pulak budak-budak ni nak belajar kat oversea. Alya la. sebab hari-hari tengok aeroplane kan. insyaAllah kalau ada rezeki. siapa tahu. rezeki masing-masing. memang kerap la aeroplane ni lalu. yang terbang tinggi, terbang rendah, bawak laju dan bawak perlahan. yang paling kalau tengok waktu malam. mesti ada soalan macam ni: "Kenapa dia bukak lampu? Kan dah ada lampu jalan. Tu bulan ada tu." hahaha... lampu jalan mana la dia orang nak nampak yang oiii... kelakar budak-budak ni. macammacam soalan ada. phening!!!

12 comments:

Kniedaz said...

Rumah saya dekat dengan TUDM...dapat tengok kapal terbang TUDM yang besar giler dan jet berlatih..helikopter pun trebang rendah je siap nampak orang dok kat pintu heli..hehe..seronok kan tengok!

Ratu Hatiku said...

Seronok la Alya hari2 dpt tgk aeroplane ya.. :D

Mimie said...

seronok kan layan anak anak sekali sekala.....kat rumah sy pun tpt laluan kpl terbabg jugak...

hana hadi said...

alya ercita-cita tinggi :) mana nak tahu satu hari nanti dia jadi pilot :)

Jemarisuri said...

js pernah suatu ketika dulu duk kat subang airport time tu tak kira mlm siang asyik bunyi plane je lalu...tak kisah bunyi tu...tp kini tiada lg bunyi2 tu semua...dh lama tak tengok cam jakun la plak...hehe

Mama Adam said...

wahhhh... seronok juga eh?

Marya Yusof said...

As salam kak,

Semalam Marya mimpi naik aeroplane...hahahaa... Maybe sebab teringin sgt nak balik Msia dah ni, kalau dulu every month naik 'belon' o/station! Semoga cita2 anak2 akak menjadi kenyataan :))

LYAfrina said...

owh..rmh dkt dgn airport.. untunglah anak..hari2 leh nmpk.. klo asya lak.. tgk kt dlm laptop je la.. n klo ada rezeki.. kebetulan nmpk la kat langit tinggi tu.. tp jrg2 sgt2 la... setahun adalah beberapa kot,.

ros_reeza said...

hihi.. layankan aje soalan-soalannya ye..

Fieda Rafli said...

mcm burung jer..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kt rumah wani hr2 blh tgk kpl terbang lalu...sampai jemu dh haha

IntaNBerliaN said...

mesti bising kan kak... kalau ada ank kecik mesti ank xlena tido

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...