Fresh from the owner...

15 January 2013

Bunga Mek yang segar.


morning walk dengan Azfar sekitar lorong berdekatan. terpandang pulak tempat yang biasa Mek (jiran daripada Kelantan) tu bercucuk tanam. ecehhh... bercucuk tanam la sangat. Mek pindahkan bunga-bunga yang ditanam dalam pasu dekat rumah tu kat area lapang berdekatan dengan rumah dia. perumahan yang aku duduk ni kalau tak dapat corner lot memang kena tanam semua benda dalam pasu la. ada sikit lot tanah untuk siapa-siapa berkenan bercucuk tanam. tapi sangat sedikit la kan

Mek bukan tanam bunga je. dia tanam cekur manis, ubi dengan lada. dia siap offer aku lagi untuk ambik anak pokok lada tanam kat rumah. tanam dalam pasu la. aku akta nanti dulu. ada serai jugak Mek tanam ye. pagi-pagi ke petang hari boleh tengok la Mek dok membuang sampah-sampah kat tanaman dia tu. aku kalau Azfar okay, join la jugak kejap. situ area bas sekolah lalu lalang. kereta, motornya lagi. si mamat kecik tu suka sangat berlari ke sana sini. tambahan pulak kalau nampak kucing. adehhh...

bunga ros yang dah kembang.

sunflowery gitu!!!


segar mata dapat tengok bunga-bunga ni. aku pun teringin jugak nak tanam bunga ke cili, serai bagai. kalau dapat bahagian corner lot memang best. berdoa ye. mana tahu satu hari nanti boleh dapat kan? insyaAllah.









my foot: pagi yang agak lemau.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. suka tengok rumah orang lain ada banyak pokok bunga..tapi saya malas nak tanam huhu

    ReplyDelete
  2. Rajin Mek berkebun. Sukanya kalo dpt tanam sendiri herba2 tempatan kat umah. Senang nak masak. Ini nak masak singgang pun kena beli kunyit idop. kejap2 kang halia habis. Pastu nak daun pandan, daun kunyit pun kena beli. Hadoii.. Letih gini.

    ReplyDelete
  3. cantiknyaa..ika pon suka bunga :)

    ReplyDelete
  4. bestnya kalau ada tanah utk bercucuk tanam..

    ReplyDelete
  5. Rmh kita pun xde tnh. Smua bersimen drpd porch sampai ke blakang dapur. Ada tanah sikit je dpn pgr tmpt ltk tong smph. Rasa nak juga tnm cili serai bagai tu. Jimat.

    ReplyDelete
  6. pagi2 tgk bunga berkembang memang tenang je kan kak.. sy pun tingin nak berccuuk tanam.. tp tanah sekangkang kera jer.. huhu..

    ReplyDelete
  7. bestnya ada bunga matahari..nanti boleh buat kuaci..hehehe..

    teringin rumah atas tanah..sbb suka bercucuk tanam..

    ReplyDelete
  8. org kelantan mmg ramai panggil mek 9utk perempuan)..INSYAALLAh kak, mudah-mudahan tercapai keinginan utk miliki rumah di corner lot

    ReplyDelete
  9. pasni tanam sayursayuran plak yer

    ReplyDelete
  10. cntik bunga matahari dia tu... :)

    ReplyDelete
  11. lawanyeeeee. tak pernah tgk bunge matahari dpn mate. :)

    ReplyDelete
  12. amboi rajin tul mek tu ye...ko bila nak rajin cam mek tuh.....eh ko petik la bunga mek tu letak dalam pasu umah ko, wakkakakakakkaka

    ReplyDelete
  13. wah bunga matahari tu cantik la kak

    ReplyDelete
  14. alahaiii bunga ros tu cantiknya.. kembang je

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign