✿ Rumah SalYa ✿: November 2012

Fresh from the owner...

30 November 2012

Kemalangan di hari mulia.

hajat nak beli lauk untuk masak tengahari. tapi berkesudahan dengan accident. adehhh... last-last balik rumah tak beli apa-apa pun. kesian pulak dengan husben. tak pasal-pasal melayang duit bayar kos repair motor. kereta Kerry remuk bumper belakang sebelah kanan dengan pecah lampu sebab kena handle motor budak tu. husben kata salah dia jugak. tapi tak ada pilihan pun masa tu. kebetulan masa dia masuk line tu pun tak nampak ada motor pun kat belakang.

alkisahnya nak ke Kip Mart. tapi sampai dekat traffic light yang mana sebelah kanan warna merah dan lurus warna hijau, ada satu kereta ni berhenti mengejut. bengong. dia tak reti nak baca lampu isyarat agaknya. yang lurus tu dah sah-sah la hijau. yang dia berhenti tu pesal entah. husben pulak dah dekat dengan kereta tu terkejut la sebab dia berhenti mendadak, terus hon dan pulas stering ke sebelah kanan jalan. kalau tak buat macam tu memang hentam kereta depan tu la which apa je option yang dia pilih memang kereta Kerry akan tetap rosak. 

kelajuan yang husben bawak sederhana je. sebab masa dia belok masuk jalan sebelah kanan tu, sikit je dia baru masuk terus ada motor hentam bahagian belakang. motor tu pulak hentam betul-betul side paling hujung sebelah kanan tu. motor tu dah tentunya laju. teruk jugak la budak tu makan jalan. kakak dia cedera sikit. mujur kaka dia size besar. jadinya tak ada la parah budak tu. aku rasa kalau budak tu bawak kelajuan sederhana dan hentam kereta yang jugak berkelajuan sederhana takkan teruk jadik macam tadi. tapi semua tu aku tahu dah suratan. ada hikmah kenapa jadi macam tu.

tapi yang bengang tu, orang yang bawak Viva kaler hijau biru tu langsung tak berhenti. dia just tengok dan blah macam tu je. dia ingat dia tak salah kot. aku cakap dengan husebn dia tak pandai nak baca traffic light bila ada dua lampu. satu ke kanan dan satu lagi untuk jalan lurus. kalau tak, takkan dia berhenti macam tu je. husben tak ada la nak alri. walaupun boleh je buat macam tu tapi tak baik la kan. salah tu tetap salah. macam aku masa langgar kereta myvi. iikutkan boleh je lari tapi dah salah kita baik mengaku je la. tak ada la kena sumpah beratus kali. hidup atas dunia ni pun tak aman mana jadinya. aku pulak tak sempat la nak ingat nombor plat kereta tu sebab kejadian ni jadi terlalu cepat. yang aku ingat cuma JHY je. cisss...

tak apa la Kerry. alang-alang nak repair kereta tu repair sekali la bumper yang rosak tu ye. lampu tu nanti husben cover. cover lampu tu boleh tahan jugak mahalnya. sebiji je cecah RM300. adoiii la... pakai kereta mahal sikit macam ni la. maintanence tinggi der. dan sudahnya beli je lauk hari ni. huhuhu... husben ada cakap tak pasal-pasal emlayang dekat RM400 untuk bayar rawatan budak tu dengan repair motor dia. kalau report tak pasal-pasal dua-dua kena bayar saman, husben kena tanggung kos repair motor lagi. settle kat luar je sebab dia orang pun tahu husben tak ada pilihan. either or, meamng akan tetap jugak accident. sabar je la dengan ujian Allah yang sedikit ni.

apa pun, yang penting tak ada nyawa yang melayang. semuanya selamat. alhamdulillah.



Selalu ada...





29 November 2012

7 Lovely Logics.






Hujan dan ribut.

alhamdulillah... settle dah registration sekolah Alya dengan Anis tahun depan. disebabkan budak 4 tahun tak ramai, dia orang mungkin sekelas. kalau sekelas pun tak apa. untuk budak 4 tahun tak ada la dia orang nak push bagai. ikut kemampuan belajar dia roang la jugak. aku hantar Anis awal pun sebab nak dia biasakan diri dengan environment tu je. tapi setakat tengok ni pun, Anis memang cepat berkawan. mudah mesra. sesuai dengan maksud ANIS tu sendiri.

sekarang ni hujan. semalam tak hujan. tapi hari sebelumnya tu siap dengan guruh, kilat segala. semalam setitis dua je hujan. lepas tu tak ada dah. ni ada jugak bunyi guruh tapi tak ada la sehebat hari-hari sebelumnya. dan Azfar, alhamdulillah... dah semakin okay. berkat doa kamu dan kamu. terima kasih atas kiriman doa buat mamat kecik tu.

hari ni siap masak awal. biasanya pukul 2 lebih baru aku start masak. jarang makan tengahari. dah biasa makan ala-ala nak ke petang gitu. sebabnya husben kerja petang dan dia cuma makan sekali je. jadinya kalau pagi aku dah masak benda berat, tengahari skip makan. makan petang merangkap malam sekali la lepas tu. kalau masak awal pun, makannya lambat jugak. nak tunggu husben bangun lagi. orang kerja malam, dia mengantuk lebih sikit. tambah-tambah kalau ada si kecik yang suka ganggu. huhuhu...

aku nak cerita apa sebenarnya ni? banyak cerita tapi nanti aku sambung lagi ye. rasa macam nak melayan mata la pulak. muahaha... nanti aku balas jejak lepas ribut segala ni reda.



28 November 2012

~ WW #53 ~ Langit kampung saya.








my foot: berbumbungkan langit yang sama tapi permandanganya berbeza. miss my kampung la.



Azfar yang demam tiba-tiba.

pic ni masa rambut tengah panjang.


dah lama tak ada entri pasal manat kecik yang aku panggil 'Abang' ni. bukan adik lagi. bukan sebab dia nak ada adik ye. tapi dia dah besar. dah patut la tukar panggilan. hehehe... ini demam pertama Azfar sejak pindah sini. masa cucuk setahun 6 bulan alhamdulillah, tak demam pulak. tapi Isnin petang dia start demam. reason? tak tahu. tapi malam lepas habis kenduri my SIL tu, dia terkejut tengah malam. pukul 12 jugak la. bangun menangis tak tahu sebab. tak pernah pulak dia macam tu.

dan semalam pun still demam. husben balik awal sebab anak dia demam kan. tapinya bukan nak dengan abah jugak. bangun je menangis cari ibu. aku letak dia dalam buai. senang nak buat kerja. pukul 8 lebih dia bangun dan keadaan dia walaupun demam sangat aktif. boleh main-main plus tengok cd. keadaan dia bawak ke petang walaupun tak panas lagi badannya tapi dia start merengek-rengek. ada je yang tak kena. dan aku rasa dia ni memang demam malam la.

masa aku taip entri ni kaki tangan dia sejuk. dia menggigil tapi suhunya tak panas sangat. tak tahulah kalau termometer tu tak bekualiti ke apa kan. tapi ada masanya rasa panas jugak. jadinya aku lap jugak la badannya walaupun aku  rasa macam tak berapa panas. sebabnya keadaan dia pernah macam ni. aku rasa macam tak panas pun. mungkin sebab aku sendiri berdarah terlebih panas kot. selalunya macam tu la. aku tak boleh nak check sangat suhu dia dengan tangan sebabnya bila aku rasa tangan aku sendiri, panas. Alya mewarisi yang itu. orang yang pegang dia akan tanya dia demam ke sebab badan dia panas walhal dia okay je. bila bawak Azfar ke hospital, MA tu siap tanya aku lepas check suhu, tak panas lagi ke ni? adehhh...

sekarang ni dia demam semula. demam malam yang buat aku risau sikit sebab aku sorang. husben kerja malam. tak ada orang nak ganti shift dia. kalau kat kampung dan jadik something, aku tahu la nak tuju kat mana kan. tapi kalau kat sini dnegan hospital kerajaan yang agak jaaaauuuhhh dan yang ada pun private je, kena angkut semua la. memang macam susah sikit tapi in shaa Allah, setiap perkara ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. redha sajalah dengan ujian Allah yang sedikit ini. 

nanti aku BW sebab tak berkesempatan dengan langsung nak on laptop. kalau on pun budak-budak ni dah booked nak tengok cd. nanti aku try BW ye. sayang kamu dan kamu yang masih sudi datang jenguk aku di sini.



26 November 2012

Kerongsang cantik Kak Fieda.

aku rasa orang lain yang dapat hadiah daripada Kak Fieda dah buat entri pun. aku jugak yang terhegeh-hegeh. hahaha... sebabnya aku tak bawak balik card reader. jadinya tak boleh la nak transfer pics sesuka hati kat netbook anak buah aku tu. sebab tu jugak masa kat kampung tak ada entri aku yang bergambar melainkan yang dah siap aku cilok kat FB. (^_^) entri panjang berjela-jela pun tak ada pics. mesti sakit kepala kamu dan kamu baca kan? muahaha...

jadinya balik sini aku snapped semula pics kerongsang tu. waalupun blur-blur dah tak se'hebat' handphone aku yang 'koma' tu tapi at least ada la pics daripada tak ada langsung kan? terima kasih Kak Fieda sebab bagi kerongsang cantik ni kat saya dengan anak-anak. dia orang tanya kenapa dia orang punya tak sama dengan saya? saya ada extra satu. dia orang dua je. hehehe... jadi saya kena jawab la sebab 'Ibu yang taip komen. Bukan Kak Long. Hikhikhik...' macam-macam la anak-anak ni.

tulisan tangan Kak Fieda yang cantik.

kerongsang untuk anak-anak dara.

ini ibu punya. kaler purple. favorite kaler Kak Fieda ni kan?


terima kasih daun keladi ye Kak Fieda. cantik sangat kerongsang-kerongsang tu. Kak Fieda ni ramah orangnya. walaupun tak pernah bercakap lagi tapi setakat kenal kat alam maya dengan sms tu aku dah terbau aura kelembutan kakak comel ni. hehehe...

jadi boleh terjah Kak Fieda ye. kalau peminat Adam dan Hawa tu boleh download daripada blog Kak Fieda je sebab Kak Fieda memang sentiasa update la pasal cerita ni. aku tak tengok tapi tolong promote je boleh la. nak advertise blogshop kat blog Kak Fieda pun boleh. moh le ke blog kakak purple ni ye.



Sudah sampai ke Johor.

plannya ada lagi seminggu kat kampung kan? tapi semalam husben balik ambik. adehh... bawak balik pulak durian untuk perjalanan jauh. anak-anak yang duduk belakang la kesian. Alya cakap sakit perut. Anis muntah dua kali sepanjang perjalanan. bukak tingkap kejap sebelum aku duduk belakang jaga dia orang bertiga. memang kesian tapi husben la lupa nak beli roti letak dekat durian tu. roti kan serap bau durian.

sebab apa balik awal? asalnya husben kata nak ambik hari sabtu tu jugak tapinya dia dah penat sangat dan tertidur. malam tu nak kerja pulak. dia ambik half day dan bertolak awal pagi balik ke kampung. semalam kiranya misi mengemas bagai la. hahaha... SIL kata dekat husben bukan tak ada kereta nak ambik. pergi la ambik bawak la siapa-siapa jadi second driver. dia dah dengar macam tu tak sedap la pulak. makanya, dengan itu dia balik ambik aku dengan anak-anak.

tambahan pulak MIL dengan family SIL tu nak ke Singapore. ke Universal Studio la. sponsored ye. jadinya dia orang nak tidur kat rumah. tapi sebab husben kerja malam tu tak ada orang pulak nak entertain dia orang semua. Kerry pulak balik ke Terengganu malam semalam. ada kursus. tak bawak balik kereta sebab kereta dia rosak. macam-macam hal la. dengan itu, aku sebagai tuan rumah la terpaksa balik jugak dengan jayanya. (*_*) tak apa la. dia orang datang bukan selalu pun.

lepas habis majlis adik ipar aku tu (tak ada la habis betul pun. tapi husben nak masuk kerja malam kan. tapi bila balik rumah je dia cakap penat sangat. larat ke tidak dia nak kerja. aku cakap kalau tak nak pergi pun tak apa. itu cuma OT je. kalau kena bar daripada OT seminggu pun tak apa la. jaga diri sendiri tu yang paling penting. dia pun tak kerja la semalam. tidur dengan lenanya kat rumah. okay... peneangan yang panjang. hehehe...), semua ikut balik la termasuk BILs aku yang tiga orang tu lagi. memang bising la kat rumah.

anak-anak bila jumpa sepupu kembar dia orang memang tak hingat dunia mainnya. sampai kena paksa tidur. dah pukul 10 malam pun tak nak tidur lagi. pagi ni nak bertolak pukul 10 daripada JB. ada orang datang ambik untuk bawak masuk ke Singapore. meamng la kan... sesekali kaum kerabat datang ni memang havoc la. itu yang tak ada entri dan pulak baru ni la dapat menaip entrinya. anak-anak tidur sebab penat. aku pulak dah kemas rumah sikit-sikit tapi still berterabur. adehhh... tak apa, semuanya boleh dilakukan secara perlahan-lahan. ngeee...



24 November 2012

PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA.

nak join klik SINI.


kena tag dengan sha, makanya aku join jugak la pencarian 20 blogger ni. untung nasib berjaya ye tak. man la tau terlebih tuh. hehehe... sambil-sambil tu boleh la up trafik sikit dengan line yang tak berapa nak cun ni.

terima kasih ye sha sebab tag akak yang tak berapa nak rajin nak jon segmen bagai ni. tapi sesekali join tu seronok jugak. (^_^) cara nak join? moh tengok kat bawah ni ye:-

1) Buat entry bertajuk "PENCARIAN 20 BLOGGER BERTUAH BY YANA"
2) Letak banner diatas dalam entry
3) Tag 3 orang kawan korang
4) Hantar entry ke dalam kotak komen dibawah ni

As easy as ABC kan? Penyertaan bermula 23/11 sehingga 30/11 sahaja ye.


jom le join. ada masa lagi ni. aku nak tag siapa ye? kepada kamu dan kamu yang rajin datang melawat blog aku ni.





23 November 2012

Free Hug.







my foot: hahaha... betul la tu kan? free hug untuk belon. bukan untuk orang. (^_^)



Bila nak balik?

nampaknya aku akan balik next week. husben memang tak sempat nak ambik this week. jadinya wedding my SIL nanti aku tak pergi la. tak apa la kan. sambut menantu je. MIL asalnya nak datang ambik tapi kereta penuh pulak. husben kata tak apa la. biar je la dia kat kampung dulu.

jadinya boleh makan durian puas-puas kat kampung. nanti balik Johor nak try buat durin crepe la. sedap tak sedap tu belakang cerita tapi nak try je dulu kan. hehehe... kat sini malas nak buat sebab durian kampung sedap dimakan begitu saja. pada aku walau ada lambakan durian yang sedap dan mahal tapi tekak tetap pada durian kampung. dalam sehari ada la tiga biji sekali hadap. (*_*)

alhamdulillah, tak ada la panas badan bila makan banyak durian ni. adda oang lepas makan minum air dari pangsa durian tu kan? tapi family aku tak ada pulak macam tu. even anak-anak pun lepas makan aku tengok okay je. tak ada la nak panas-panas badan. alhamdulillah. sebab tu boleh hentam berbiji-biji dalam sehari.

adehhh... budak-budak ni time aku nak menaip je ada la yang dok bercerita dan bertanya soalan. entah apa aku nak taip pun aku dah lupa. nanti la sambung ye...



Kuat.





22 November 2012

Ailee - I will show you.

sesekali layan lagu korea okay jugak kan? lagu ni my sis pasang masa aku balik hari tu. macam sedap pulak bila dengar. kebetulan aku pun suka suara si Ailee ni. layan lirik je la ye. hehehe...


Romanized:

Naega sajun oseul geolchigo
Naega sajun hyangsul ppurigo
Jigeumjjeum neon geunyeol manna
Tto utgo itgetji

Geureoke johatdeon geoni
Nal beorigo tteonal mankeum
Eolmana deo eotteoke deo
Jal haeya han geoni

Neoreul amuri jiullaedo
Hamkkehan nari eolmainde
Jinan sigani eogulhaeseo
Jakku nunmuri heureujiman

Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin namjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojijianha
Boy you gotta be aware

Santteutage meoril bakkugo
Jeongseong deullyeo hwajangdo hago
Haihire jjarbeun chima modu nal dorabwa

Uyeonhi rado neol mannamyeon
Nuni busige useojumyeo
Nollan ni moseup dwiro han chae
Ttogak ttogak georeogaryeo hae

Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin namjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojiji anha
Boy you gotta be aware

Niga jwotdeon banjil beorigo
Niga sseotdeon pyeonjil jiugo
Miryeon eobsi huhoe eobsi
Ijeo jul geoya neoreul ijeullae neoreul jiullae

Boyeojulge wanjeonhi dallajin na
Boyeojulge hwolssin deo yeppeojin na
Babocheoreom sarang ttaemune
Tteonan neo ttaemune ulji anheullae

Deo meotjin namjal manna
Kkok boyeojulge neoboda haengbokhan na
Neo eobsido seulpeuji anha muneojiji anha
Boy you gotta be aware

Translation Credits: pop!gasa 
Romanizations by: kpoplyrics.net


English Translation:

You’re probably wearing the clothes I bought you
You probably put on the cologne I bought you
And right now, you’re probably meeting her and laughing

Did you like her that much that you had to leave me?
How much more do I have to be better?

No matter how much I try to erase you
We spent so many days together
The past times are so regrettable that tears keep flowing but…

I will show you a completed changed me
I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware

I neatly change my hairstyle and carefully apply my makeup
With my high heels and short skirt, everyone turns to look at me

If I ever run into you, I will give a dazzling smile
Pass by your surprised face and click clack go on my way

I will show you a completed changed me
I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware

I will throw away the ring you gave me
I will erase the letters you wrote me
Without lingering attachment, without regret, I’ll forget you
I wanna forget you, I wanna erase you

I will show you a completed changed me
I will show you a way prettier me
I don’t wanna cry like a fool over love, over you who left

I will meet a hotter guy and I will show you for sure
A me who is happier than you
I won’t be sad without you, I won’t break down
Boy you gotta be aware



I'll show you + Heaven live.








my foot: ada banyak version nyanyian Ailee ni tapi aku pilih yang ni. yang paling sopan sebab tak ada menari-nari seksi. Heven tu lagu dia sebelum ni. boleh tahan kan suara dia? power.



Mood dan line yang tak menentu.

guna line prepaid maxis ni tidaklah sebest guna prepaid celcom. banyak cabaran dan dugaannya. kadang-kadang tu jadik geram je. sepanjang guna celcom tak adalah geram sangat walaupun line tu ada masa okay dan ada masanya tak. nak berblog pun buat mood merududm je. tambahan guna ntbook anak buah aku ni. ingatkan laptop aku yang berproblem tu lembab. tapi yang ini lagi lembab daripada aku punya. adehhh... sabar je la.

dahlah pinjam netbook, banyak songeh pulak kan? cerita ada tapi tengah melayan mood yang nak karam nih. tunggu balik Johor mesti mood okay. in shaa Allah.






my foot: tiga orang anak buah aku berkhatan hari ni. baru je bertolak dari rumah dengan salah seoang daripadanya menangis takut. muahaha...



20 November 2012

UPSR oh UPSR!!!

semalam result UPSR keluar. walaupun anak buah aku yang kat sini keputusannya tidaklah cemerlang, tapi masih boleh dibanggakan sebab tak ada C ataupun D. ada A dan B je. kurang penghayatan berbanding si abang.  tapi tak apa. sekurang-kurangnya dia dah berusaha. belum ada yang pecah rekod si abang sulung dapat 5A dalam UPSR. tengok adiknya pulak sebab adiknya ada potensi. dan anak buah sebelah husben masih mengekalkan momentum yang sama. cemerlang dengan keputusan 5A seperti yang dah diduga. alhamdulillah. rezeki masing-masing. yang sebelah husben mintak teknik sementara dua orang belah aku ni mintak masuk sekolah agama. ketiga-tiga mereka ni perempuan. tunggu anak buah aku yang seorang lagi untuk tahu result PMRnya dan BIL aku untuk result SPMnya.

semalam cuma sempat untuk satu entri je sebab kabel TNB area rumah ayah aku ni terbakar. jadinya dia orang layan tengok Running Man sampai habis bateri netbook. aku layan mata. hahaha... tapi ada part yang aku tengok jugak. boleh tahan Running Man ni ye. patutlah ada yang addicted. Malaysia tak ada pulak buat rancangan macam ni. sesekali kreatifkan minda apa salahnya kan? ni tak, asyik realiti show je. penat jugak tengok. adehhh...

ari ni pulak sibuk sikit. my sis baak husben dia ke HTAA. ada appointment. jadinya aku la yang kena msak. masak awal la sebab nak bawak Azfar cucuk setahun 6 bulan. lepas ni dah tak ada cucuk lagi dah. dan dia sangatlah aktif sepanjang kat KKIA. adoiii... aku tak kejar dia. penat. just perhatikan je apa yang dia buat. kebetulan masa aku datang (memang aku sengaja datang awal pun) memang tak ramai orang. tak ada la cepat urusannya. nurses ramai. tapi ramai yang dok bergossip je. tak ada mood nak sund-sound. suka hati kamulah nak buat apa pun. as long as Azfar siap, dah cukup okay. itupun kalau ikutkan aku cuma tumpang je kat sini. patutnya buat kat Johor. tapi dah kebetulan aku balik sini, cucuk kat sini je la.

dan cucuk ni bergantung atas budak jugak. ada yang demam dan ada yang tidak. kalau ikutkan cucuk ni demam. Azfar lepas cucuk je terus melompat sana sini. even sekarang ni pun dok pulun main dengan abang saudara dia kat luar. kalau kat Johor kena kurung je kan. kat rumah ayah aku ni bebas je dia nak main pun. harapnya tak demam la. tadi dah bagi makan ubat demam tapi sikit je masuk. Azfar kan susah nak makan ubat. hohoho... kalau ikutkn kakak-kakaknya tak demam masa cucuk last ni. memang harap sangat dia sama macam si kakak-kakaknya tu. in shaa Allah.





my foot: pesal makin banyak balas jejak makin banyak komen masuk. adehhh... entah bila nak settle entah. T_T  terima kasih pada yang sudi datang komen dan sudi tunggu aku ke teratak kamu dan kamu. lap u all la.



19 November 2012

Wounds...








my foot: aku cuba untuk tidak menjadi orang lain kerana 'luka' itu.



18 November 2012

Balas jejak dan entri tanpa gambar.

alhamdulillah... sudah selamat sampai kat kampung semalam. sempat drive sepanjang 20km sebelum Azfar menangis. aku rasa dia memng tak selesa duduk dengan orang lain la. even abahnya sendiri. sebab lepas tukar driver, dia elok je duduk dengan aku dan main-main. kalau aku drive dengan anak-anak un dia okay e. tak ada la nak menangis ke apa ke. moralnya, untuk perjalanan jauh aku kena drive sendiri or just jadi penumpang je la. jangan harap la nak drive ye. ngeee... dan husbennya pulak, aku baru je bawak cecah 100km/j dia dah berbunyi: "Jangan bawak laju sangat. Kat sini ada roadblock." dia bawak cecah 120km/j pun tak apa. okay... kalau kena saman bukan aku yang bayar. jadi terima je la. (^_^)

semalam pun dah selamat makan durian. alhamdulillah... kenyang sangat. terima kasih atas rezeki Allah bagi. kiranya hari ni nak pulun balas komen yang tak sempat nak balas tu la. doakan ye aku mampu habiskan semua. tapi mata dah start mengantuk ni. macam mana ek? adehhh... cuaca pulak dah mendung-mendung. lagi la sedap nak layan mata. husben pun dah selamat bertolak pagi tadi. hopefully dilindungi Allah dan selamat sampai ke destinasi. selamat berkerja jugak hendaknya. dia shift malam. jadinya sempat la balik tidur segala.

okay... nak minum air dulu sebelum mulakan operasi BW. (*_*)



16 November 2012

Cerita anak-anak.

rasa macam lama dah tak bercerita pasal budak tiga beradik ni. kalau ada pun just selingan je kan? adehhh.. aktiviti budak tiga beradik ni banyak. macam-macam ada. bergaduh, baik, bergaduh baik tu dah rutin. minggu lepas pergi tengok tadika Alya dengan Anis untuk tahun depan. bukan setakat tengok tapi tanyakan cikgu kat situ sekalilah. masa called hari tu tak dapat penerangan details. ikut pamplet kena bayar cuma banyak ni je. tapi bila dapat penerangan secara face to face baru tahu yang kena bayar sebenarnya banyak ini. hmmm...

kat tadika tu dah tak ada pengajaran bahasa cina. kalau nak kena hantar ke cawangan yang satu lagi. tak ada la jauh sangat tapi yang aku pergi ni lagi dekat dengan rumah. duku dah kira jauh sikit. kalau naik transport sekolah kena add lebih sikit la. macam tadika dekat dengan rumah ni ada pembelajaran bahasa cina. cikgunya pun chinese. dekat tadika yang aku nak hantar budak berdua ni, makan tak disediakan. tapi pembelajaran banyak menggunakan komputer. skop pembelajaran dah macam budak darjah 1. perghhh... tapi dia orang mengajar ikut kesesuaian sebab tak semua kids boleh digest semuanya dalam masa tertentu. dia pun cakap ada yang fast learner, ada yang slow learner kat sekolah tu.

itu cerita pasal sekolah. setakat ni budak-budak ni excited lagi. baju sekolah sebelum ni dia orang pakai skirt untuk budak perempuan la. tapi sebab ada parents request jadi dia orang tukar seluar panjang dengan blouse. tudung ikut parents nak pakaikan or tidak. baju kuning dan seluarnya maroon. kalau bayar dalam promosi dapat baju sukan secara percuma. nanti misi nak mencari kasut sekolah dengan tudung kaler kuning dan maroon untuk budak dua beradik. kalau tadika kat area rumah aku ni pakai skirt. nak pakai tudung pakai la baju budak lelaki.

aktiviti siang hari.

aktiviti malam hari.


sama je kan aktivit dia orang. dok memanjat pagar je la kalau tak boleh keluar. okay apa keluar sampai kat pagar tu. nak bagi keluar tanpa tengok, bahaya la. kalau ada kita yang pantau lain ceritalah. Azfar tak reti nak panjat pagar lagi. jadinya dia lebih suka main bola daripada dok pnajat-panjat pagar. hehehe... setakat bahagian bawah tu lepas la dia panjat. tinggi-tinggi macam Alya dengan Anis tu belum la. anak dara pun dah macam anak teruna je dok memanjat sana-sini. adehhh... anak siapalah ni.

hari ni nak packing-packing baju sebab esok insyaAllah, nak balik kampung makan durian. hehehe... doakan kami semua selamat sampai dan selamat kembali ke sini ye.





my foot: kat sini ada cerita tak best berlaku. malam Deepavali ada kes gaduh-gaduh yang melibatkan nyawa lebih kurang 5 orang kalau tak silap. itu pun tahu bila tengok roadblock. memang area ni tak ada roadblock. orang kedai tu bagitahu ada kes. jadi kena pantau sebab tempat kejadian tu berdekatan je. dulu pun ada jugak. tapi yang matinya kaum kita sendiri. kali ni dua-dua ada.yang dulu tu jauh sikit daripada tempat tinggal aku ni.



Tak pernah...






my foot: tahun baru Hijrah, aku memasang satu azam. harapnya mampu ditunaikan. insyaAllah. jom packing barang!!!



15 November 2012

Bila kan jejak terbalas?

mata mengantuk tahap dewa. sambil-sambil tu layan feeling dengar lagu Muara Hati dengan Andai Ku Bercinta Lagi. jiwang la kejap. adehhh... kena pulak time ni mendung je. macam nak hujan. cuaca pun sejuk-sejuk gitu. kat dalam oven ada ikan bakar. entah apa rasanya pun aku tak tahu. first try. semalam masak Stim Fish. bukak je alluminium foil semerbak bau wangi. husben kata dah okay cuma rasa tu tak berapa serap masuk dalam ikan. kena perap dulu la dia kata. kasi masuk semua bahan-bahan tu. sedap tu sedap tapi biasa la. first try memang kena improve la sentiasa kan. anak-anak pun kata sedap. yang penting tekak anak-anak dengan husben tu la kena jaga.

sekarang ni asal on laptop je mata mengantuk. pesal entah. aduh... kalau gitu kapan boleh dihabisin BWnya? hehehe... okay bahasa tunggang-langgang. jangan ambik port. dok menahan mata ni sebab Anis je yang tak tidur lagi. Azfar dah selamat tidur. Alya tidur kat tingkat atas dengan abah dia. cuaca macam ni memang sedap tidur la. tambahan pulak tengahari. memang best la. aisey... aku nak cerita apa sebenarnya ni?

aku masih berhutang jejak dengan ramai orang. aku akan balas jugak. tapi secara perlahan-lahan. ada yang aku singgah tanpa sempat komen. tapi usually aku akan datang semula untuk komen. maklum la... time line ni okay, okay la. datang tak berapa nak okay tu la buat geram terlebih sikit. maaf ye sebab tak terbalas lagi jejak kamu dan kamu. especially followers baru. maaf sesangat.

insyaAllah... kalau tak ada aral sabtu ni nak balik kampung. ayah kat kampung tu dah called banyak kali tanya bila nak balik. durian ada ni. aku cakap dengan husben aku nak bawak budak-budak ni naik bas je husben tak bagi. dia nak hantar jugak. ikut suka dia la. janji dia tak membebel. kalau dia dah start membebel nanti, sakit pulak rasa paru-paru aku ni. muahaha... I lap you la Honey Bunny!!!




Gaduh-gaduh manja.



Terjadi satu hari sepasang suami isteri ni berselisih faham dan tak bertegur sapa.Si suami ni nak bangun pagi pada esoknya.Tak tahu macam mana nak bagi tahu isteri supaya kejutkan dia pada pagi esoknya.Si suami ni dapat idea lalu dia tulis satu nota:

“KEJUTKAN ABANG. PUKUL 6.30 PAGI ESOK!!!”

Esoknya si suami ni terlewat bangun Dia nak marah pun ada. Nak ketawa pun ada kat isterinya. Nak tahu kenapa Si suami ni terjumpa nota:

“BANG!!! BANG!!! BANGUN BANG. DAH PUKUL 6.30 PAGI.”


*muahaha...*








my foot: dah baca banyak kali tapi saja nak share kat sini.



Selamat Tahun Baru Maal Hijrah 1434.


selamat tahun buat semuanya. semoga tahun baru semuanya bermula dengan lebih baik berbanding tahun sebelumnya. selamat menanam azam baru dan melunaskan azam lama. semoga kita terus berada dilandasanNYA. 

Ya Allah.. lindungilah kami daripada segala macam musibah yang boleh menggugat iman dan agama kami. dan jangan jadikan kami hamba yang lupa dan alpa. kuatkanlah hati kami Ya Allah...

selamat beramal ye dan selamat tahun baru!!!



14 November 2012

Telefon baru saya.



nak bercerita tentang wordless tadi. ini handphone baru aku ye. tak ada canggih-canggih. sangat simple. cukup untuk sms dengan call je. ada game tapi sejenis je gamenya. tak apa la. bukan aku nak main game sangat pun. harga pun murah-murah je. tak cecah seratus pun. tapi yang penting, boleh guna. tak kira la dalam apa jua masa dan ketika pun.

al-kisahnya, handphone aku yang canggih sikit daripada handphone ni dah rosak. bukan la totally lost. cumanya skrinnya kot rosak. aku pun tak sure sebab bila tekan-tekan still berbunyi cuma tak nampak apa. blank. itu la susahnya pakai touch screen. tapi tak apa. aku pun dah pesan dekat husben mintak bawa ke kedai dan tanyakan kos repair. sebab walaupun dia tak canggih mana, aku tetap sayang. dialah yang tolong capture sebarang pic walaupun cuma 1.3 megapixels je. yang baru ni tak ada kamera ye.

kejadian dia rosak pun berlaku masa hari rumah aku dipecah masuk tu. memang nak jadi cerita kan? kebetulan ada la telefon spare. tapi telefon tu pun sebenarnya tak berapa okay jugak. tapi boleh la guna untuk sementara. sebabnya telefon tu akan jadi bengong tanpa kita sangka. kena check selalu la. tapi ada telefon masa tu bersyukur sangat la. boleh called husben inform kejadian yang tak diingini tu. kalau tak, nak telefon macam mana dengan telefon sedia ada rosak skrinnya?

bila jadik macam tu, aku request handphone baru. hahaha... husben kata nak yang mahal kena tunggu dulu la. aku cakap, tak payah mahal-mahal. yang biasa-biasa pun boleh. yang penting boleh guna. kalau canggih sangat ni anak-anak lagi canggih daripada mak bapak pulak nanti. itu pun Alya dah request telefon yang ala-ala nak rosak tu nanti bagi kat dia. baru 4 tahun dah pandai nak telefon. tapi yang ada keypad ni dia tak pandai guna berbanding touchscreen tu. 

aku pun tak kisah sangat. ada yang canggih, guna. ada yang biasa-biasa pun guna jugak. cuma kualiti gambar handphone 'sakit' ni tak berapa nak comel berbanding handphone yang 'koma' tu. sama je megapixelsnya tapi yang 'koma' tu lagi okay la aku rasa. nanti nak request kamera la memandangkan aku tak ada kamera lagi. huhuhu... banyak moment tak boleh nak capture sebab kamera tak ada kan? aisey... miss my handphone la. jasamu kukenang. kena hantar repair cepat-cepat ni. adehhh...

walaupun handphone ni 'sakit', dia dah berkhidmat dengan aku pun dah lama. seusia Alya. lebih dua tiga hari daripada Alya je. dah lama jugak kan? ada orang dua tahun sekali tukar handphone. ada tu, gajet baru keluar je terus tukar. asal mampu tak apa. jangan sebab nak bergaya, bergadai semua benda sebab kawan husben begitulah. rela ikat perut asal sentiasa up-to-date dengan gajet baru. biar anak bini makan nasi dengan kicap asal dia bergaya kaya. adehhh... yang itu aku lihat sendiri. kat rumah pun ada stok maggi je. memang tak ada makanan lain. hmmm...



~ WW #52 ~ Gajet canggih saya.






my foot: tidak canggih tapi alhamdulillah... cukuplah!!! blur sikit picnya.



God's pharmacy!!!








my foot: amazing!!!



13 November 2012

Kerongsang Intan Berlian.

snapped sendiri.


hadiah dah selamat sampai minggu lepas. tak sempat nak buat entri je. terima kasih ye Ina untuk kerongsang yang cantik ni. ada berlian dalam jaring-jaring separa bulat tu. Alya siap tanya kerongsang tu untuk dia ke? hehehe... boleh je kongsi-kongsi. ibu okay je. tak ada masalah. tak rasmikan pun lagi.

pic tak clear pulak masa ambik. al-maklum la, telefon yang selama ni berkhidmat dengan cemerlang dah rosak pulak skrinnya. adehhh... terpaksa la pakai telefon satu lagi yang hidup segan mati tak mahu tu. tapi alhamdulillah... bersyukur sangat sebab ada jugak telefon kan? cuma kadang-kadang kena tengok. line dia boleh hilang macam tu je. dah lama berkhidmat tu. eh, bercerita pasal handphone pulak!

copy daripada blog Intan Berlian.


nombor 8 tu la aku yang punya. aku dapat brooch cantik ini sebab aku salah seorang pengomen tegar di blog Intan Berlian. adehhh... pengomen tegarkah? padahal berlambak lagi jejak yang tak terbalas sebab kekangan daripada laptop ni. cepat panas. belum mampu der nak beli baru. ada yang ini pun alhamdulillah. apa pun, terima kasih sebab ada je cenderahati daripada kawan-kawan ni.

akak suka ye Ina. terima kasih atas pemberian ni. peluk cium untuk baby Aqilah yang comel tu ye!!





my foot: niat aku nak memberi ni entah bila la akan terlaksana. sedang berusaha ye!!! tungguuuuuu...



12 November 2012

Ayam Serai yang sedap.


susulan wordless last week. aisey... tak sempat nak buat entri ni sebab ada je benda nak buat. jadi housewife memang busy okay. hehehe... semalam kononnya nak kemas bilik kecik dan mintak husben drillkan bilik tu. langsung tak jadi apa. sebabnya husben mengantuk sangat. tunggu anak-anak tidur baru kemas. habis tu pukul 1 pagi baru nak drill bilik tu ke? adehhh... sduahnya tidur je la dengan anak-anak. tak payah kemas apa-apa. T_T

berbalik pada resepi ni, asalnya hari tu nak masak Asam Pedas Ayam. aku pernah buat Asam Pedas Ayam Pencen tapi ayah aku kata pelik sangat. pada aku sedap je.dan biasa Asam Pedas dengan ikan, bila ada ayam je terus jadi pelik. tak nak makan sudah. aku on je. bedal sorang-sorang. ahaks!!! bahan-bahan dan sedia nak masak Asam Pedas ni tapi last-last minit terus tukar resepi. try Ayam Serai la pulak. senang pun senang. sedap belum tahu (masa tu la sebab tak cuba lagi kan). tapi end resultnya memang sedap la. husben pun kata sedap. makan dengan nasi panas-panas memang marbeles la.

nak buat Ayam Serai ni senang je. bahan-bahan yang perlu ada serai (diketuk) + daun limau purut (ikut suka banyak mana dan hiris nipis) + 2 biji cili merah besar (aku guna satu je sebab itu je yang ada), 1 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah dengan 6 biji cili padi (yang ini kena tumbuk) + 1 sudu makan sos ikan (aku tukar dengan sos plum) + 1 sudu makan sos tiram + minyak untuk menumis + air + ayam dalam tiga empat ketul + garam atau gula (sesedap rasa).

cara-cara nak buat pun senang je. bahan tumbuk tu tumis sampai naik bau. masukkan sos tiram dengan sos plum ataupun sos ikan. rasa macam pekat sangat tambah la air. lepas tu masukkan serai. rasa dulu okay ke tak. kalau tak okay tambah la garam ke gula ke. dah tu masukkan ayam. ayam tu aku goreng half-done. tak nak goreng pun tak apa. kalau nak berkuah, tambah la air lagi. tak nak pun tak apa. last sekali masukkan daun limau purut. nak masukkan bawang besar pun boleh juga. ikut suka sebab resepi tu kita yang punya. hentam je la nak letak apa pun kan. janji sedap dan boleh dimakan. muahaha... sesenang itu je.

kalau nak try boleh la. kurangkanlah cili padi tu kalau tak nak pedas. kesian pulak kat anak-anak nanti kalau pedas-pedas sangat. okay... selamat mencuba ye!!! aku pun cedok resepi ni tapi ada hati nak promote lebih-lebih macam resepi aku pulak kan. ngeee... 





my foot: izan, yang dalam pic tu daun limau purut. tapi kalau nak letak daun kunyit pun boleh. (^_^)



Keranamu GPS.

ingat nak cerita pasal resepi baru. tapi tu kejap lagi cerita la ye. ni nak cerita perihal semalam. perihal GPS yang tak berapa nak canggih ni. muahaha... semalam kami semua keluar cari homestay untuk the whole family yang nak datang Johor 23hb ni. sebabnya my SIL yang kawin bulan 9 hari tu baru nak buat majlis side suami dia on the 25th. baru ada cuti jadinya baru buatlah. macam aku jugak dulu. lewat sebulan sebab tak ada kesesuaian masa. bila dah lewat tu tak ada la nak rasa meriah sangat. sebab aku dah la drive daripada KL ke Pahang. sampai rumah dah pukul 1 pagi lebih. esoknya pagi-pagi nak bertolak ke Terengganu. aku jugak drive. perghhh... penat jugak la.

cari homestay tu guna GPS. sebab husben tak familiar sangat dengan kawasan yang Kerry nak cari tu. meamng berpusing-pusing. dengan salah jalannya lagi. tersilap masuk highway la. GPS pun macam tak reading je jalan area situ. tu namanya GPS bengong. kehkehkeh... setelah berhempas-pulas memusing stering yang mana aku cuma jadi penumpang je, baru la jumpa tempat. huh! ak ada la tersorok pun tapi macam berpusing jugak la dua tiga kali kat kawasan perumahan tu. rupanya ada lagi kawasan perumahan lain kat bawah. fasa 1 punya sebab bila tanyakan ada this one chinese lady dia kata try la kat area bawah sebab area dia tu dah fasa 2. dan da pun tak arif sangat. bila dah ada fasa 2, mesti ada fasa 1 kan?!



Kerry set dalam GPS dia yang 'canggih' tu. GPS telefon je la. sebab nanti dia senang nak set pulak dalam GPS kereta dia yang sedang direpair tu (mungkin tak ketuk lagi body dan cat kot sebab dia plan duit bonus dia dapat ni nak laburkan kat kereta dia tu. tapi dah laptop kawannya tu hilang, terpaksa la dia laburkan duit tu untuk beli laptop baru). on the way nak ke tempat persinggahan satu lagi (my other BIL ada booked homestay under TNB. kiranya rumah eksklusif TNB la. tapi nak duduk situ bersyarat), GPS tu bagi la direction jalan. Ya Allah... entah celah mana la GPS tu bawak kami. daripada sebesar-besar jalan sampai la ke sekecik-kecik jalan. lepas belok kiri, belok kanan. lepas tu belok kiri semula. mak aiii... pening. yang drive dok ikut GPS je la.

sampai satu tahap, GPS tu suruh belok kanan. Kerry ni nak belok dah. tapi tempat tu macam curam la sikit. husben terus tanya: "Betul ke tidak GPS mung ni Yie? Lain macam je jalan ni. Takut Abang Ya." memang jalan tu tak munasabah untuk lalu. Kerry dengar terus stopped. dia pandang jalan tu. lepas tu dia cakap: "GPS ni pun bengong jugak." alahai... kalau dia teruskan dan tak stopped, aku tak taulah apa jadi. memang itu bukan jalan nak ke JB pun. kata Kerry GPS dia tu entah sistem tahun berapa dia guna sebab jalan dah banya beribah, dia still bagi jalan yang tak boleh guna, yang dah tutup. kalau kereta dia tu guna sistem papago. canggih la jugak sikit. ada yang lagi canggih ke?

sebab ikut GPS sangatlah kadang-kadang orang tak alert jalan tu macam mana. Kerry kadang-kadang bergantung pada GPS sangat. dia kurang alert dengan jalan. walaupun dah lalu tempat yang sama banyak kali tapi bila dia dah start on GPS, dia ikut GPS je la walaupun ada jalan shortcut. adoiii la... boleh gitu?!






my foot: insyaAllah, nak register sekolah untuk Alya dengan Anis hari ni.



10 November 2012

CONTEST : I choose to wear hijab!

nak join klik SINI ye.


tiba-tiba rasa macam nakjoin contest je petang-petang ni. BW belum habis tapi ada hati nak join contest kan? adehhh... seseklai tenok orang join segmen dengan GA, rasa macam nak join jugak. kalau ada rezeki menang, alhamdulillah. tak berkesempatan nak ambik pic lain. godek-godek je mana yang ada. hehehe... bertuah la hendaknya. boleh gitu?

contest ni anjuran Salwa Ismail. join la. bukan susah sangat pun. janji pic tu tutup aurat dan sesuai dengan contest ni. berlangsung sebulan. tarikh tutupnya 7 Disember 2012. sempat lagi nak ambik pic cun-cun ye. (^_^)

ini gambarnya ye.


hadiah-hadiah pun menarik jugak untuk dimenangi.


Hadiah :

1st prize
RM50
Maxi skirt 
Bawal plain 
Review blog

2nd prize
RM30
Maxi skirt 
Review blog

3rd prize
RM20
Bawal plain 
Review blog

 3 saguhati (Random.org)
Bawal plain (sehelai setiap seorang)
Review blog

*jom la join ye. klik je banner kat atas tu.*





Anugerah Skrin 2012 dan cerita tentang Alya.

meamng tak tengok ye sebab kat rumah tak ada tv. memang tak kisah sangat pun. selama ni pun aku tak tenok jugak. hahaha... tapi daripada apa yang aku baca kat blog-blog hiburan dan personal lain, meamng ramai yang kata tak best langsung Anugerah Skrin tahun ni. dengan Neelofa ang macam tak berapa pandai nak mengacara. dengan lawak Rosyam Nor lagi. jadi yang dah tengok tu jangan menyesal ye. siapa suruh tengok kan? hahaha...

aku dok melayan budak-budak ni la semalam. lepak luar rumah dengan jiran sebelah. aku pun dgn 'bangga'nya tanya nama adik ipar dia tu. okay... sekarang dah tahu. hehehe... dia tak tengok sangat sebab melayan anak dia main kat luar jugak. sesekali bagi chance kat budak-budak ni. tapi aku dah agak, Alya kalau dalam proses nak baik demam mesti akan ada insiden merapu-rapu malam nanti. instinct tu tak pernah silap lagi la. husben marah kalau aku cakap: " Malam nanti mula la buat perangai tu." dia kata macam mintak. tapi tak mintak pun. tak cakap pun jadi jugak. adehhh...

dah la siangnya masa berborak dengan jiran selang berbuah rumah tu, dia orang dok cerita pasal ada yang menumpang kat rumah si polan dan si polan. ceritanya berkisar pasal penyamun tarbus tu la sebelum melarat ke benda lain. kata jiran ni kalau 'orang-orang' tak apa lagi. boleh jugak baca-baca ayat suci. tapi kalau orang berparang? nak buat macam mana? cuma harapnya tak terserempak dengan 'orang-orang'. hah, macam mana tu?! sebenarnya kalau boleh, tak nak orang dengan 'orang-orang' ada dalam rumah la. takut!!! adehhh... berbelit cerita tapi tujuannya cuma nak bagitahu kalau ada sekalipun 'orang-orang' harap tak ganggu dan tunjuk muka. itu je la.

jiran ni cakap yang rumah abang dia yang selang sebuha rumah dengan aku tu ada yang menumpang. ataupun kita yang menumpang tempat dia orang? huhuhu... masa birthday si anak, dia roang sibuk la ambik pics bagai. dalam pada dok tengok-tengok semula pics tu ternampak la saekeping pic ada yang menumpang. tapi menumpang tunjuk rambut je. tak ada la rupa parasnya. terkejut la sebab dari mana datang rambut tu? pergi tanya ustaz semua barulah tahu kat rumah dia tu memang dah ada 'orang' kat bahagian meja makan rumahnya. satu keluarga katanya jugak. tapi tak kacau orang. huhuhu... secara tak sengaja ter'interframed' dalam gambar. bukan niat 'dia' pun nak masuk sekali.

Alya pulak, dekat pukul 12 jugak dia tersedar dan started to merepek-repek. tanya mana Kak Ngah. tak nak la. siap bangun nak pergi mana entah, aku bacakan dia ayat kursi tapi dia boleh pulak cakap sakit. adehhh... berdebar la jugak kejap. lama jugak la dok struggle dengan dia. last-last aku on laptop pasang ayat Quran teman tidur sepanjang malam. biasa aku pasang jugak tapi guna telefon cap ayam aku tu. tapi telefonnya skrin dah rosak. tak boleh nak guna. yang ada pun telefon yang ala-ala nak rosak tapi soundnya perlahan sangat. on laptop je la. aku tak suka guna laptop sebab dia cepat panas. nanti dia padam sendiri. semalam letak kipas satu dekat laptop dan onkan ayat Al-Quran. terapi time tidur. memang bagus.

dekat pukul 2 pun Alya ni ada jugak la buat lagi sekali perangai dia tu. layankan je la. menurun perangai si abahnya. pelik-pelik kalau demam. sabar je la. oh ya, jiran tu cakap semalam cerita pasal rumah yang kata tvnya kena samun tu tak dapat nak dipastikan sahih ke tidak. sebabnya sebelum kata tv kena samun, dah ada ura-ura tvnya nak kena tarik sebab tak bayar ansuran. jadinya dua tiga hari lepas tu ada cerita pasal tvnya disamun. tapi masa kejadian tuan rumah relaks. jadi tak tahu nak kata betul ke tidak. wallahualam.



09 November 2012

Penyamun, penyamun tarbus!!!

tadi borak-borak dengan jiran kat bawah. kes Azfar nak main kat luar. layankan je la. kebetulan pulak sekarang ni pun Azfar main kat luar. tapi kat laman je la. si kakaknya yang dua orang tu dah ada member tak ingat lagi dah kat adik dia. aku bagi chance la malam ni keluar kejap. kebetulan pulak cuti sekolah dah start. jadik meriah je budak-budak ni keluar main-main. macam dah lepas bebas. orang tua pun sama jugak. ada yang dok sibuk main badminton. dah dua malam aku tengok dia orang ni main badminton.

jiran tu tanya aku (alahai... sedih sebab aku tak ingat nama dia. nanti kena tanya kakak ipar dia la apa namanya tu. kakak ipar dia baru betul jiran aku sebab selang sebuah rumah dah nampak rumah dia. kalau yang adik iparnya  berbuahbuah rumah baru nampak rumah dia) rumah kena pecah apa yang hilang. so story la semula apa yang hilang, macam mana boleh kena, penyamun tu masuk ikut mana dan keluarnya ikut mana. dia pun cakap la, sebelum rumah aku kena ada sebuah rumah berdekatan dengan rumah dia kena pecah masuk dulu. barang yang hilang dalam rumah tu termasuklah tab 3 biji kot dengan apa lagi satu entah. tapi barang yang sangat valuable la. lepas tu berdekatan dengan rumah aku ni hilang tv.

tapi rumah yang tabnya hialng tu lagi best. dia orang tidur kat ruang tamu tapi seorang pun tak sedar masa kejadian. yang rumah hilang tv tu esoknya dia nampak ada batu kat rumah dia. polis datang siasat pun cakap tak boleh nak buat apa. entah polis tu malas ke apa ke, tak tahulah. banyak sangat kes pun dia roang pening jugak nak handle. macam sarjan yang handle kes aku tu la. dah petang tu kena tengok kes samun. meamng tak cukup masa nak makan. tu yang dia jadi poyo jugak tu. alahai... penyamun ni pakai ilmu pukau la pulak. memang tak sedar la kan? tapi nak kata macam mana. benda yang jadi kita pun tak duga.

cuma kena ambil iktibar je la. nasib baik dia orang main area bawah je. kalau dah start naik kat atas memang bahaya. tambahan pulak kalau tak ada orang lelaki kat rumah. dia orang ni makin lama makin berani. dah la kebas harta orang. selamba je. buat macam harta mak bapak dia orang. adehhh... senang kerja penyamun. hidup kat duni bebas. tak apa la. menyamun la selagi mampu ye. dah kena tangkap esok baru tahu. eh, macam menggalakkan pulak aku ni. apa daaa...



Terimalah...






my foot: semoga diberkati di hari yang mulia ini.



08 November 2012

Penyu sudah berteman.


terima kasih pada cheqna. hadiah dah selamat sampai minggu lepas. ni sebab aku joint GA cheqna. sekarang ni penyu aku dah ada teman sebab aku dapat daripada cheqna ni kura-kura. hehehe... nak buat entri banyak kali dah tapi selalu je tak sempat. ada je benda lain yang menyusul. baru pegang dah kena shutdown. adehhh...

kura-kura ni sama je macam penyu. kejap ada bawah sofa, kejap ada bawah peti ais. apa dia cari entah kat situ. tapi kura-kura ni belum lagi naik kat atas. penat nak naik tangga agaknya. muahaha... cantik kura-kura ni. akak suka ye cheqna. terima kasih sangat-sangat. anak-anak pun suka tengok. kadang-kadang tu depan fridge je dia orang main-main dengan kura-kura tu. ada masa dok tercari jugak ke mana kura-kura tu hilang. duduk balik handle fridge rupanya. alahai, anak-anak!!!

a simple gift from a friend memang buatkan kita senyum je sokmo. tambahan bila bukak je fridge nampak la si kura-kura dan penyu tu berkawan. teringat kat si pemberi. terima kasih daun keladi, lain kali bagilah lagi. hehehe... kelakar tak akak?!






my foot: masih berusaha membalas jejak dengan line yang ditimpa hujan ni. tunggu aku di rumah kamu ye?!



Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign