✿ Rumah SalYa ✿: October 2012

Fresh from the owner...

31 October 2012

Laptop kesayangan saya.

Ya Allah... daripada tadi on laptop tapi masalahnya tak boleh tekan keypad ni. yang keluar cuma huruf A, Z dan nombor 1. yang lain tarak. backspace ke enter ke semuanya tak jalan. rasa macam nak cakap kat husben tolong carikkan saya laptop baru. huhuhu... entah apa yang dimerajukkan sampai berperangai macam ni pulak laptop aku ni. adehhh... lemah kejap rasa jiwa raga.

on ni pun nak tengoktengok je kot-kot dia dah berubah hati. tapi tak jugak. last-last semua keypad aku hentam tekan. alhamdulillah... lepas tu terus keluar semua huruf besar. lega sungguh rasa jiwa. bersyukur sangat-sangat. ni la dapat taip entri ni sementara nak bolehkan solat Maghrib. 

terima kasih Ya Allah. ujian sikit pun dah merungut ke? tak. cumanya aku ada laptop je. tv tak ada. apa-apa pun laptop ni la tempat nak tengok cd ke cerita apa-apa segala. kat sini jugaklah boleh baca cerita kawan-kawan. belum patah hati tapi patah kejap kaki. adehhh...



Aji Noh Moto vs Hantu Kapcai.


saje je nak bercerita pasal dua buah filem ni. kebetulan hari tu lepas beli barang dapur sikit, husben ajak tengok cd. nak beli la memandangkan rumah tak ada tv kan. boleh jugak bagi budak-budak ni tengok. nak cari cd yang budak-budak boleh tengok bukan senang. terutama cerita melayu. ada yang berunsurkan entah apa-apa. kena la cari cd yang ada lawak-lawak dan pengajaran sikit-sikit which is memang susah nak carik dalam cerita-cerita sekarang.

Aji Noh Moto ni aku pernah dengar tajuk tapi tak tahu ceritanya macam mana. tak tahu jugak best ke tidak. tanya penjual tu okay ke tak cdnya. dia kata okay. so rembat yang ini satu. tawakal je la kalau tak best pun kan. esoknya time aku masak, budak-budak ni layan cd sambil aku jeling-jeling jugak tengok. boleh tahan la. ada moral values kat situ. Alya mintak ulang lagi dan lagi. dalam kereta on the way nak balik kampung pun tengok jugak. tak puas-puas. tapi rasanya Kerry lupa nak bawak sini kot cd tu. senyap je tak cakap apa pun. adehhh... Alya dah tanya cd ni kat mana. nak ulang tayang la tu. husben kata beli je la baru tapi aku la malas nak buang duit kat situ. hehehe...



Hantu Kapcai ni beli awal daripada Aji Noh Moto. dua kali tengok. sebab first time tengok tak berapa nak fokus. ini husben la nak tengok sanagt sebab kebetulan keluar daripada supermarket tu kedai cd tayang cerita ni. nampak macam sedap. tu yang dia tanya aku, boleh beli ke. beli la kalau nak tengok. kalau beli tapi tak tengok buat apa kan? adehhh...

apa moral values yang ada dalam cerita ni? meh kita cari dan godek bersama-sama. Hantu Kapcai ni ada Zizan, Remy Ishak, ada Fizz Fairuz dengan Neelofa. okay aku admit yang Neefola ni cantik je kalau pakai tudung. nampak macam budak baik-baik je. tak ada makeup sangat pun aku rasa. kalau dalam Aji Noh Moto tu ada Wawa Zainal. comel jugak budak tu kalau pakai tudung. dah tua bangka budak apanya lagi. watak dengan perwatakan sebenar tak sama ye. kalau first time tengok nampak macam sweet je pakai tudung dalam cerita tapi reality a bit sexy nak buat macam mana. itu kan ke filem. apa la yang kau merepek ni labu?! alahai...

dalam Aji Noh Moto, aku suka tengok watak adik dengan abangnya tu. walaupun abangnya kaki rempit tapi dengan adik dia Ya Allah, sayang bukan main lagi. sanggup la buat apa je untuk adik dia yang comel tu. walaupun dia tak berapa nak baik tapi dia usahakan untuk tunaikan hajat adik dia yang buta tu nak ke Mekah. ada la unsur-unsur lawak jugak. bengong jugak cerita ni sebab ada scene kena panah dengan kilat. kiranya balasan on the spot la tu Allah bagi. tapi niat baik insyaAllah... ada hasilnya. nakal pun tak semestinya tak boleh berubah. dan orang yang nampak baik dan kaya tu tak semestinya baik. ada la agendanya tu.

Hantu Kapcai ni kelakar tapi ada scenes yang aku rasa macam tak patut la. budak-budak mana boleh digest benda pelik-pelik ni. boleh pulak ada hantu yang mintak tolong dengan adiknya. macam cerita cina pulak aku tengok. cerita kat atas langit la. aisey... nak menjawab dengan anak-anak tu macam mana? Alya suak tanya macam-macam sampai satu tahap penat nak jawab. ada masanya kena simplified semudah yang mungkin sebab takut dia tak faham. abahnya jugak ada masa-masa surrender nak menjawab. bukan sebab penat tapi dia tu yang penat dan tak berapa boleh nak digest soalan anak-anak. hahaha...

apa pun, selamat menonton la ye. seronok jugak sesekali tengok cd ni. ye la aku dok layan internet je. bukan tengok sanagt cerita-crita ni. malas. ni pun ada dua lagi cd yang belum tengok. SAM dengan 29 Februari. nanti-nanti la tengok.






my foot: tension la dengan line ni. grrrr....



30 October 2012

Nasi puyuh? Erk...!!!

baru je balik daripada brunch. bukan breakfast sebab dah nak masuk tengahari. husben sampai agak lewat la pagi tadi sebab on the way ke sini, hujan. kat tempat kerja dia tak hujan. dah tu kena tunggu hujan berhenti dulu baru boleh keluar. anak-anak la paling excited nak berjalan. sepanjang dua tiga hari ni aku dengan anak-anak je la yang ada sebelah malam. my BIL pergi family day kat Pulau Sibu. sorang diri je dia pergi sebab wifenya tak nak ikut. wife dia pulak still kat kampung. tak 'serasi' duduk kat sini kot. sebabnya dia ada alahan. kalau kat sini nak tunggu dia keluar bilik dan turun makan memang agak susah jugak la.

macam-macam ada. pening la, loya, tak larat. tapi bila balik kampung tu segar-bugar je. so aku punya assumption, dia tak serasi la tu duduk di Negeri Johor ni. hehehe... aisey, nak bercerita pasal nasi puyuh kan? sebenarnya husben nak makan laksam ataupun laksa kuah putih. okay... isteri dia malas nak masak sebab orang tak ramai. masak takut tak berhabisan. cakap je la kureng mahir buat kuah putih tu. (*_*) hari tu SIL dah cakap macam mana nak buat tapi aku macam dengar tak dengar je. rupanya husben suka sebab ikan tu SIL letak banyak jugak. dalam pada tu dia dok tanya aku nak makan apa.

aku cakap tak tahu tapi dalam hati kata dapat nasi ayam pun sedap jugak. dalam dok pusingpusing cari benda makan tu husben cakap: "Ke nak makan nasi ayam?" macam tahu-tahu je aku nak makan nasi ayam kan? adehhh... aku pun cakap la okay jugak kalau dapat makan nasi ayam. tapi malangnya kedai yang kami pergi tu tak ada nasi ayam. tapi ada nasi puyuh dengan ayam penyet. aku memang suka jugak puyuh. husben orderkan satu untuk aku.

pic? hahaha... tak ada maknanya nak snap-snap gambar. nasi puyuhnya biasa je. puyuh yang dia dah rebus tu dia goreng. dihidangan dnegan tempe, tauhu goreng, mentimun satu slice, kobis yang agak besar potongannya, kacang panjang suku je panjang ada dalam 4 kerat, sup dan sambal. husben pandang aku. "Ini je ke lauknya? Nasi biasa je?" aku cakap dengan dia: "Tadi masa dia tanya Honey cakap nak nasi biasa kan? Dia ingat yang ni la kot." aku rasa betul la sebabnya bila puyuh tu sampai dia tanya nak nasi yang memang disediakan dengan puyuh tu ke. tapi aku dah tuang sup dan suap anak-anak makan pun. siapa nak habiskan dua pinggan nasi? tak ada maknanya aku nak makan semua tu der...

tapi yang pasti, puyuh dengan sambal nasi tu sedap la. boleh je makan walaupun husben banyak kali suruh aku ambik lauk tambahan lain. malas la. cukup je la dengan apa yang aku makan tu. kenyang jugak. alhamdulillah.



Berpanas dan akhirnya hujan.

dah dua tiga hari tak hujan. kalau tak sebelum ni hujan je. hari ni hujan daripada pagi. alhamdulillah. sejuk sikit aku rasa tidur malam tadi. kalau tak Azfar macam dah mandi dengan peluh. memang Azfar kalau panas susah sikit nak tidur. satu kipas kecik kena sediakan khas untuk dia. pergh... yang budak berdua tu relax je. boleh berselimut bagai lagi.

kalau kat kampung, siang panas, malam sejuk bukan main. sampai berselimut aku kadang-kadang tu. kat kampung banyak pokok. kat sini banyak bangunan. sebab tu kalau panas tu memang terasa sangat la. especially kalau kat tingkat atas. lagi la. rasa macam duduk kat sauna. hehehe... baru sikit dugaan panas kat dunia ni pun dah kecoh-kecoh.

ini la yang buat rindu suasana kat kampung. tak apa. nanti kena demand aircond la dengan husben. (^_^) mengada-ngada kan? adehhh...








my foot: sedang mencari mood yang hilang. huhuhu...



29 October 2012

Maaf, saya memang malas!!! (*_*)

ini satu-satunya entri untuk hari ini. sebabnya malas nak on laptop dan buka blog. tak ada mood la. mungkin sebab husben tak kerja semalam jadinya mood nak berblog pun ke laut la kejap. tambahan pulak Anis demam. balik dari kampung, malamnya tu dia tidur je. aku dah agak. sebabnya Alya dengan Azfar segarbugar tapi dia macam penat sikit je aku tengok. dalam hati aku dah rasa macam dia ni tak sihat je. bila nak bawak basuh badan, aku rasa panas je badan dia. ada la meragam sikit-sikit. tapi sikit je.

asalnya husben masuk kerja shift malam. tapi dah anaknya ni tak bagi dia kerja, jadinya dia tak pergi la. nasib baik la semalam tu kira OT je. aku kata aku tak kisah kalau dia nak kerja pun. pergi la. tapi dia kata tak apa. kesian kat anak. masa Alya demam hari tu, sama jugak. tak bagi dia kerja. dua hari la dia tak kerja. nasib baik OT jugak. dia kata: "Masa Kak Long demam pun abah tak kerja jugak. Tak adil pulak kalau time Kak Ngah demam, abah pergi kerja. Kesian dia." okay... aku on je la. sebabnya Anis ni anak abah. tersedar je nak abah. cuma time tidur malam je tak kisah abah tak ada.

pagi tadi pun dia tak berapa nak segar lagi. still tidur je. tapi bila dah petang baru la nampak cergas sikit. dia pun dah start makan. sehari tak makan, kurus je nampak. alhamdulillah... banyak jugak dia makan tadi. lega sikit hati mak ni kalau anak demam nak makan. kalau sebelum ni, anak-anak demam aku je yang handle sendiri tapi sekarang ni dah lain. dah ada husben untuk sama-sama kongsi penat tu. hehehe... masa tengah tunggu BIL dengan SIL balik daripada kampung (aku dah tidur dan husben kejutkan mintak masak nasi sebab SIL nak singgah rumah makan nasi) tu sambil tunggu nasi masak, ada la sembang-sembang kosong dengan dia husben. aku cakap kalau dia nak kerja aku okay je. bukan aku tak biasa handle budak-budak ni. time demam sebelum ni aku seorang jugak. bila dua-dua anak demam serentak pun aku seorang jugak tak tidur malam.

dia kata dia eksian kat aku. sebab tu dia nak tebus semula masa yang dia tak ada tu. itu sebab jugak dia cuba tunaikan apa yang aku nak. dan apa yang dia rasa aku nak. cumanya dia ata ada benda-benda besar yang dia tak mampu nak bagi sebab kewangan tak mengizinkan ke arah tu. dia tengah berusaha. aku cakap tak ada hal la semua tu. biasa la. dia kata itu kata aku. kata dia lain la pulak. ikut dia la kan. (^_^) aku tak ada la nak menyusahkan dia beli apa-apa pun. aku tetap okay-okay je dengan keadaan sekarang. semalam jugak dia bawak pergi tengok tempat kerja dia. jauhnya macam mana. memang jauh. sejam lebih daripada rumah.

Ya allah, lindungilah dia dari sebarang bahaya yang boleh mengancam nyawanya. semoga dia sentiasa dibawah lindunganMU hendaknya. amin...







my foot: masih berusaha membalas jejak. adehhh...



28 October 2012

Eh, ada dua buah lorilah?!

tak blogwalking dan tak online daripada hari Khamis sebab nak balik kampung malamnya tu kan. asalnya husben cakap tak balik sebab dia cuma cuti sehari je. Jumaat tu kilang shutdown. sabtu kalau ikutkan dia kerja. tapi sebab BIL nak balik kampung dan tukar kereta, ikut jugak la sebab dia nak ambik kereta kancil dan tinggalkan kereta yang dia guna sekarang ni untuk direpair. dan jugak SIL yang kat JB tu pun nak join venture jugak. cumanya dia cakap kereta dia tak boleh bawak laju sebab kereta baru. selagi tak service first time memang tak boleh bawak laju.

pukul 10 malam tu semua dah siap-siap. cuma menunggu adik yang daripada JB ni je la. siap tengok CD dalam kereta lagi. pukul 11 lebih jugak la gerak dari rumah. BIL yang drive. husben layan dia kejap dan kemudian tidur sebab dai rasa tak sedap badan. aku pulak memang tak tidur dok memerhatikan si Kerry ni drive. incase kalau dia mengantuk sangat-sangat boleh la aku offer diri kononnya. memang malam tu aku dok perhatikan asyik mengantuk je si Kerry ni. dok spray muka, tampar-tampar pipi. sebelum ni jarang tengok dia mengantuk macam tu sekali. mungkin sebab tak boleh nak speed kot. paling kuat dia drive dalam 100km/j je. berhenti kejap untuk dia refreshkan diri dia dan sambung perjalanan. husben offer nak drive tapi dia rasa dia boleh drive lagi (dia takut husben penat sebab sebelum tu husben ada bunyi yang dia rasa macam nak muntah. kepala pun pening-pening sikit). aku la yang tengok-tengokkan dia.

sampai dekat Nenasi, aku perhatikan dia dok spray muka dia lagi. sahih la dia mengantuk tak boleh tahan. aku cakap dekat husben, take over la. dia dah tak boleh nak drive lagi dah tu. so, husben suruh adiknya berhenti tepi jalan. dia la pulak sambung. sebelum tukar driver tu Kerry ada cakap: "Siap nampak lori lagi kat depan." husben kata: "Mana ada lori." Kerry kata: "Memang tak ada tapi nampak macam ada dua buah lori kat depan tadi." meaning dia sangat mengantuk sampai boleh nampak dua buah lori yang tak ada. adehhh... aku bukan tak nak offer diri untuk drive tapi Azfar bukan nak sangat dengan orang lain malam-malam. menyusu pulak lagi tu. 

even aku drive sekejap untuk balik rumah MIL daripada rumah SIL aku pun dia dok menangis-nangis. itu abah yang pegang. bukan orang lain tu. last-last aku drive dengan dia atas riba. boleh gitu? alahai... Azfar. kalau bertolak pukul 11 lebih biasanya dalam pukul 5 pagi dah sampai. tapi sebab balik dengan kereta yang tak boleh bawak laju dan dengan kereta kedua tak tahu jalan memang kena alert. tak boleh nak tinggalkan jauh sangat. sudahnya sampai rumah MIL lagi sejam nak solat sunat raya. boleh gitu kan? lepas makan, mandi berkejar la dia orang pergi solat. walaupun aku tak drive tapi aku mengantuk tahap gaban jugak sebab dok tengok Kerry bawak kereta and watching the morning view buat jiwa rasa tenang je. subhanallah. Maha Suci Allah yang menjadikan cuaca pagi itu tenang dan mendamaikan.



25 October 2012

Daging 'maut'.


susulan daripada wordless semalam. daging masak kicapkah ini? entah. resepinya aku ambik daripada suratkhabar. resepi restoran mana entah. tapi nama resepi tu ada la perkataan maut-maut kat belakang. aku pun dah tak berapa ingat apa nama resepi tu. tapi husben first time tengok terus cakap: "Lain kali boleh cuba ni." dah sah-sah bukan dia yang cuba masak kan. aku jugak la yang kena masak. adehhh.... mungkin jugak dia teringat aku pernah cakap nak try macam-macam resepi kalau dah duduk sendiri kan. sebabnya hari tu dia ada bunyi: "Kata nak masak macam-macam. Tak mintak beli barang pun." tak apa. tak apa. sabar!!! ni tengah mengumpul resepi ni. hahaha...

ikutkan resepi asal, memang maut la siapa yang makan daging ni. sebabnya time masak tu aku tengok resepi lepas tu baru sedar aku dah tersilap buat. ngeee... serai dia suruh hiris, aku hentam blender semua kecuali daun limau purut tu la. yang lain blend je dan campak dalam kuali. dah tu, daging entah bila kena masukkan dalam kuali pun tak tahu. sebab dia tak bagitahu. makan mentah agaknya. cicah daging mentah dengan kuah tu. muahaha... presentation dalam paper tu nampak cantik je walaupun simple. 

yang tak tahan tu kicap guna 500ml bersamaan dengan sebotol kicap lemak manis yang kecik tu. Ya Allah... banyak gila. masa aku sukat tu aku sukat tu aku tengok kicap bukan main banyak lagi dia guna. jadik aku ubah la penggunaan kicap kat situ. cili padi pun dia orang guna banyak. memang tak bagi makan la kalau order benda alah ni. pedas berapi. memang banyak. sebab tu la nama dia maut kot. pemilik tu kata, daging tu jadik daya tarikan utama kat restoran tu. keratan akhbar yang aku simpan dah lunyai. tak sempat nak snap pic. gambar daging kat atas tu yang nak bagi kat jiran sebelah rumah.

resepi? memang nak tepek kat sini pun buat ingatan. husben kata next time boleh try dengan ayam pulak. kalau tak ingat, habis la kan. ini resepi untuk sekilo daging. memang macam yang si tukang masak tu buat la.

Bahan-bahan

1kg daging (aku rebus dulu)
2 labu bawang besar
10 ulas bawang putih
5 batang serai
10 biji cili padi (ikut suka la. nak pedas tambah lagi)
3cm halia
250ml kicap bersamaan dengan 1 cawan (ni pun ikut suka la kan)
limau purut (hiris halus-halus)
air

Cara-cara

1. blend semua bahan yang boleh blend kecuali kicap dengan limau purut.
2. tumis la kesemuanya sampai naik bau ataupun dah agak-agak garing sikit. lepas tu masukkan kicap.
3. dah masukkan kicap, masukkan la daging pulak.
4. kalau nak berkuah, tambah la air. kalau tak, masak je la kering macam tu je. aku buat berkuah sikit. tak payah letak garam ke apa ke. itu kata resepi. tapi aku letak garam sikit nak imbangkan dengan rasa manis kicap.
5. last sekali tabur la limau purut. aku masukkan masa tengah kacau tu. so baunya naik lebih sikit. wangi. hehehe... daun limau pun ambik jiran punya. jimat-jimat!!! ngeee...
6. dah siap. boleh hidangkan dan makan. cicah dengan roti pun sedap.


senang kan? memang sempoi la. tak payah sakit-sakit kepala nak fikir macam mana nak masak. campak-campak je pun dah siap. ulalala... sedap!!! tapi yang penting kena masak dengan kasih sayang. kadang-kadang bila feel tu tak ada, masak benda-benda simple pun jadik kureng kick sikit. betul tak?






my foot: kamu dan kamu yang dropped komen boleh tak bagi link blog? sebab ada yang ke google plus. dengan broadband yang sengal-sengal alam ni sampai besok pagi pun dia loading google plus tu tak keluar apa-apa. adehhh...

Ikhlas dan setia.






24 October 2012

~ WW #50 ~ Hitam itu sedap.







my foot: direquest oleh encik suami dan diolah sesedap rasa oleh aku. hahaha... janji husben kata sedap ye!!!



Baldi pun boleh.







my foot: adehhhh... baldi pun boleh ye!!!



Tak ada blogwalking.

alkisahnya tak dapat nak BW langsung semalam. line sangatlah teruk tahap tak ingat. start daripada petang bawak ke malam. pesal la jadik macam tu? hari ni plannya nak tanya kedai P1 kat area ni okay ke tak. kalau okay rasa macam nak apply la sebab P1 kan 4G. sebab apa tak masuk streamyx? husben kata belum lagi la. kena settle rumah dulu baru boleh masuk streamyx. tak apa la. bersabar je la dengan line yang ada ni.

ini pun tak sure boleh post ke tidak. kalau boleh tu alhamdulillah la. nanti nak bawak anakanak pergi kedai kejap. jalan kaki je la kot. memandangkan lauk pun tak ada, misi mencari lauk pun kena la bermula. semalam kononnnya husben nak keluar ambik baju. tapi bila dah kenyang makan malam, jadik malas pulak dia. aku dah agak. tapi dah dia kata lapar takkan nak hold pulak mintak dia ambik baju dulu baru makan. kesian jugak. sebab pukul 5.30 dia tanya masak apa. maksudnya nak balik awal la tu.

kedai dengan rumah boleh tahan jugak la. aku dah plan banyak hari nak bawak budak ni ke kedai tu jalan kaki. asyik naik motor dengan kereta je which the father takkan bagi kalau dia ada kat rumah. hahaha... sesekali kena bagi dia orang bergerak lebih sikit kan? okay la.

nanti sambung lagi kalau line ni okay je. insyaAllah... nak marathon BW ni. dah banyak hari tinggal tapi tak sempat nak pulun ziarah rumah-rumah kamu.



23 October 2012

Nak Nasi Bukhari?

ini menu minggu lepas. saja nak tayang kat sini. sebabnya husben la request nak makan. dia mintak masakkan. raya hari tu dah buat. dia kata sedap cumanya nasi tu tak perai. bukanlah lembik sangat pun. cuma lembut sikit je la. pada aku okay dah. tapi husben kata kalau nak jual ni mesti orang muak. adehhh... bukan nak jual pun la. 

untuk lauknya macam raya hari tu jugak la. husben jugak request nak makan Kurma Ayam. so, layan je la. dan dia mintak jugak Ayam Goreng Berempah. tapi tak sempat la nak buat yang itu sebab ayamnya kena perap at least semalaman. baru rempah tu menusuk ke dalam daging ayam itu. hehehe... tak semalaman pun tak apa. 3 jam dah okay. tapi mana la sempat. beli je ayam terus masak. masa bila la nak perap at least 3 jam tu. kalau 30 minit awal la sangat. tak cukup mesra la pulak.

Nasi Bukhari.

tapi Kerry ada cakap nasi tu tak lembut macam yang dia makan sebelum ni. yang sebelum ni aku lebihkan air sikit. yang masak baru ni aku ikut betul-betul sukatan airnya. banyak songeh pulak ek? lempang kang. makan je la apa yang kakak kamu masak ni. (*_*)

Kurma Ayam.

husben cuma request Kurma Ayam je. tapi aku siap masak lauk extra lagi. incasse ada la yang nak makan pedas instead of lemak kan. terlebih rajin la pulak. sebenarnya itu selera tekak aku. anak-anak boleh makan ayam kurma tu. aku makan yang pedas sikit. lagi pun dalam Nasi Bukhari tu pun dah ada ayam. husben kata okay je. sedap!!! okay... dia memang cakap tak ada tapis. kalau sedap tu sedap la. kalau tak tu, tak la. bukan tak pernah kena komen pun kan. cumanya kali ni masak ikut suka hati sendiri je sebab nak makan pun cuma 4 mulut besar dan tiga mulut kecik. mulut kecik tu bukan makan banyak pun.

daripada sekilo beras basmathi tu aku cuma guna 3 pot beras je. jadik rempah tu kena adjust sendiri la. tak adanya nak ikut-ikut resepi sangat. resepi tu untuk sekilo beras. siapa nak makan banyak-banyak tu adehhhh... apa pun puas hati la amsak untuk husben terchenta. hari ni tak masak apa pun lagi. tengah dok memikir ni nak masak lauk apa. kebetulan cuma aku dengan anak-anak je ada kat rumah. kalau dah malas sangat, mungkin aku masak bihun je. eh, okay jugak tu kan? ngeee...

Ayam Masak Merah.







my foot: ada la tertunai sikit apa yang aku nak bila dah duduk sendiri kan. boleh cuba macam-macam resepi sebab masuk pun perut sendiri je. amaun masak pun tak banyak. senang nak adjust kalau jadik apa-apa pada masakan kita tu. nanti nak try baking-baking pulak. hohoho...



Kisah Ulama dan Pramugari.

Seorang ulama sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwuduk.

Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwuduk.

Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke singki, seorang pramugari telah ternampak perbuatan ulama itu dan menegurnya.

Pramugari: (Dengan suara yang agak keras) Tuan tak boleh masukkan kaki dalam singki tu, sebab mengotorkan singki. Ini tempat basuh muka, bukan basuh kaki!

Ulama: (Dengan suara lembut dan penuh rendah diri) Berapa kali saudari cuci muka saudari dalam sehari?

Pramugari: (Dengan lagak angkuh) Huh! Dua atau tiga kali sehari!

Ulama: (Dengan sifat bersahaja) Saya mencuci kaki lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari...

Pramugari: .................................... (muka merah padam) -tersentap.





sumber daripada FB.



Selamat sampai dan selamat berpantang Intan Berlian.

alhamdulillah... selamat sampai ke destinasi pukul 11 malam tadi. anak-anak tumbang awal jugak. setengah jam pertama, Anis la tidur dulu. kemudian Azfar. Alya last sekali lepas dia mengadu sakit perut. letak minyak dan dia tidur. Kerry pulak sebab ada anak-anak dia bawak la CD kartun untuk pasang dalam kereta. mula-mula tengok Ice Age. tapi kemudiannya dia tukar Doraemon. tapi end upnya aku dengan dia je la yang tengok. muahaha... dah la ada dua CD. dua-dua aku dengan dia tengok. tapi dia tengok sikit-sikit je la sebab dia drive kan. paling banyak tengok aku la.

dan encik suami kejap-kejap called tanya kat mana. kenapa lambat sangat sangat sampai. kalau ikutkan daripada Tanjung Lumpur untuk sampai ke pekan lebih kurang dalam 35 minit ke 40 minit je. tapi Kerry ambik masa dekat sejam lebih. tak tahu la kalau dia bawak perlahan sangat ke apa ke. tapi memang lambat la. husben pun terkejut sebab pukul 6 tak bertolak lagi daripada rumah. perjalanan dipermudahkan. alhamdulillah. husben siap bukakan pintu dan tunggu depan gate untuk sambut anak-anak dia la. bila sorang-sorang dia jadi bosan. anak-anak tak ada. tak tahu nak buat apa. tambhaan pulak minggu ni dia kerja siang. lagi la. malam-malam balik rumah tak ada orang.

semalam jugak masa on the way nak balik tu dapat sms daripada rakan blogger. tahniah ye sebab dah dapat baby baru. tapi dia tak nak inform apa jantina babynya. nak inform dalam blog jugak. so kena tunggu la. seronok ada baby. bau baby kan wangi. adehhh... rindu dengan bau baby. bau Azfar dah masam tapi tetap jugak wangi. (*_*)


tahniah dan selamat berpantang untuk pemilik blog Intan Berlian ni ye. kesian Ina sebab tak sempat nak makan daging korban. hehehe... apa pun kena tunggu Ina update blog dengan attach pic baby sekali. macam dah boleh agak je jantina baby. tapi tak apa. tunggu je la dengan sabar. Ina bersalin pukul 4.40 petang dengan berat baby 2.65kg. alhamdulillah... dipermudahkan semuanya. dan secara rasminya jugak Alisha dah jadik kakak.



22 October 2012

Pulang... marilah pulang.

menunggu ketibaan my BIL untuk balik semula ke Johor. doakan perjalanan aku selamat sampai hendaknya ye. (^_^)






my foot: duduk kampung kali ni memang tak online. lama tak balik sampai tak ada mood langsung nak beronline-online ni. adehhh...


19 October 2012

Sudah mahu pulang.

sedang berkemas-kemas. bilik kena kemas dulu sebelum balik. kena sediakan baju anak-anak. nanti kejut bangun, mandi terus siap. makan roti je la pagi ni sebab tak sempat masak. husben pun tak sempat sampai rumah. jadik balik ni dia orang tak tengok abah la. semalam dah bebunyi tapi nak buat macam mana. abah kerja. tak boleh nak lari-lari macam tu je. lain la kalau tempat kerjanya 15 minit perjalanan je. ini sejam baru boleh sampai rumah.

pukul 8 akan bertolak dari sini dan balik Pahang. insyaAllah kalau tak ada aral, Isnin akan balik semula ke sini. ikut cuti si Kerry la sebab balik ni pun nak ambik barang yang ada kat rumah ayah aku kat kampung tu. hehehe... doakanlah perjalanan kami semua selamat ye. kalau berkesempatan aku blogwalk kat kampung je. laptop tak bawak balik pun. tinggalkan kat husben sebab dia mesti bosan tinggal sorang. esok dia tak kerja sebab pertukaran shift. lagi la dia bosan tak tahu nak buat apa. ngeee...

nanti sambung ye.



18 October 2012

Kek yang sedap.

ini kek yang dibeli dua minggu lepas. bukan aku yang beli. tapi husben. masa tu ada la terasa macam nak makan kek. dia on the way balik kerja singgah Giant kejap. nak carik barang anak-anak tapi masa tu tak ada offer. jadinya dia jalan-jalan la kejap. nak tunggu kedai kek bukak katanya. nak beli kek. tapi kedai kek yang dia cakap tu aku tak familiar langsung. aku cakap beli la. ikut suka dia la.

kedai kek dah bukak, dia called tanya kek apa yang aku nak. dia bercadang nak beli sebiji tapi aku kata daripada beli sebiji dengan harga yang RM80 plus plus campur tax tu baik dia beli yang slice. beli la dua tiga jenis. at least dapat merasa macam-macam jenis kek. dan yang aku pesan semuanya cheese je. ngee... tapi bila husben tanya cheese je ke? aku jawab cuba bagitahu kek apa yang ada. dia sebut la semuanya. tapi takkan aku nak beli semuanya kan? aku just pilih empat jenis je. tapi aku dengar dia add on lagi tiga. jadinya ada tujuh slices la all over. (^_^)

slice yang paling mahal. 

Cheese Cream Brulee.

Choc White Indulgence dengan Blueberry Cheese.

Raspberry Cheese dengan Dark Choc Cheese.


yang terakhir lupa nak snapped. dah ngap masuk mulut baru la teringat nak snap. adehhh... takkan nak snap dalam perut pulak kan? hehehe... tapi itu la. slice yang paling mahal tu namanya Turkish Indulgence. pada aku rasanya biasa-biasanya je. macam Choc Indulgence la. bezanya dia ada kacang. based dia pun ada kacang. ada something else yang dia letak. macam jelly gitu. tapi anak-anak kureng la dengan kek ni. dia orang prefer yang cheese jugak. tapi kalau tak sejuk tak berapa nak makan. dah letak dalam fridge, petang tu makan bukan main lagi dia orang.

Anis suka Raspberry. satu slice tu dia hampir habiskan kat perut dia je. Alya makan segala. sama jugak dengan Azfar. cuma part dark choc dia orang reject sebab pahit bukan main lagi. aku pun tak lalu nak makan. huhuhu...

kek ni tak habis sehari tu je. sambung the next day. cukup dua hari je makan. budak-budak suka kek. memang cepat la habisnya. aku paling suka dengan Cream Brulee tu. sangat yummeh. sedap der. semua kek ni husben beli kat Secret Recipe. kedai kek yang dia cakap nak beli tu rupa-rupanya kat bahagian depan. dia dok menunggu SR bukak. nak bagi makan kek kat anak-anak dengan isteri, rela la menunggu sampai bukak. okay... sangat terharu.


Keranamu TUALA!!! (^_^)

bukan nak bercerita pasal tuala wanita ye. tak ada maknanya. cuma nak bercerita pasal tuala mandi je. hahaha... tuala mandi pun nak buat entri. harus la. sebab ada cerita disebaliknya. pasal tuala pun nak kena ada cerita. eh, suka hati tuan blog la. sibuk je!!!


ceritanya tentang tuala ini. umurnya pun dah masuk 6 tahun. still okay. tak ada koyak-koyak lagi. cuma ada stain hitam kat atas tu. tuala dah lama kan. tuala ni kecik je. nak buat kesat rambut basah or untuk orang lelaki guna boleh la. orang lelaki guna tuala lebar manalah sangat. jadi tuala ni husben yang guna. ada bunga-bunga gitu.

alkisahnya, tuala ni baru je aku gantikan dengan tuala sebelum tu. baru je pakai dalam sehari dua. kemudian husben ada bunyi. dia kata kesian dia dapat tuala tak elok. dah kotor. yang paling best tu ayat dia: 'Dah boleh buat alas kaki. Beli baru la.' aku senyum je mula-mula tu. aku cakap dengan husben tuala tu baru je tukar. memang la ada kotor sikit tapi bukan mudarat pun. sikit je.

dia pun bunyi lagi buat apa la siman tuala buruk macam tu. nanti beli la tuala baru banyak sikit. aku cakap tak apa la kalau nak buat alas kaki ke nak buang ke. buang la. tu tuala hantaran masa TUNANG. dah lama memang la ada kotor-kotor. kalau nak letak bawah la terus je buat alas kaki. dia senyap kejap. terus tukar statement: 'Letak dalam frame la kalau macam tu.'

'Letak bawah je buat alas kaki. Nak letak dalam frame buat apa? Dah buruk, kotor pulak tu.' husben sengih-sengih je. ada sentimental value rupanya tuala tu. baru dia tahu. dia tanya: 'Tak ada tulis Selamat Bertunang pun?' dan aku cakap, untuk belah dia je aku hantar tuala ada tulisan tu. belah dia hantar kat aku tuala tu je. sebab MIL yang belikan. bukan dia beli. macam barang-barang aku bagi dia aku beli sendiri. jadi aku tahu la apa yang aku dapat dan apa yang dia terima.

lepas daripada kejadian tu kalau ada je air tumpah, aku selalu jugak usik dia, silap la hantar tuala tu ke dobi (hantar dobi tuala dengan seluar jeans plus cadar je sebab tak ada mesin basuh. baju-baju ringan je aku basuh tangan sebab tangan kiri sakit kan. tak boleh nak perah kain berat-berat. kain ringan-ringan pun still sakit. tapi malas jugak nak hantar. mana boleh basuh tangan tu basuh je. okay... penerangan extra panjang) kalau tak boleh guna buat lap air. dan husben akan pandang aku sambil sengih-sengih. terasa la tu.

(*_*)



Paling bahagia.








my foot: betuuuullllll sangaaaaaaaaatttttt!!!


17 October 2012

~ WW #49 ~ Sayang kamu.






my foot: member kamceng. hehehe... minggu ni nak balik kampung. hari Jumaat kot insyaAllah.


Sopan.





my foot: ambil kat FB. tapi sangat sacarstic sebab bandingkan kuntilanak dengan perempuan sekarang. adehhh... 


16 October 2012

Adehhh...

pesal entah line ni jadik lembab pulak hari ni. adehhh... nak BW pun susah. apatah lagi nak loading blog sendiri. untuk buat post ni je dekat berjam menunggu. okay, terlebih sudah. tak ada la berjam tapi berbelas dan berpuluh-puluh minit jugak la. memang tak larat nak tunggu tapi gagahkan hati untuk post jugak entri di waktu petang.

nanti la ye aku blogwalk. line lembab ni buat hati cepat panas. cuaca dah la panas. eh, dah pukul 5 lebih la. mahu kejut husben. tak kerja pulak dia malam nanti kalau tak kejutkan. hehehe... tak boleh tidur sebab anak dok kacau je dari tadi. anak dah tidur baru la dia dapat tidur juga. (^_^)



Petua Senang Hati.







my foot: insyaAllah... senang la hati tu nanti.


15 October 2012

Rasa penat.

tadi pagi plan nak kemas-kemas dan mop the house. sekali ada serangan anai-anai. pelik jugak. entah dari mana la datangnya. bawah lantai dekat sink. itu pun aku tergerak nak tengok kotak blender. sebenarnya hari tu lagi dah tergerak hati nak tengok tapi masa tu dah malam. aku cakap sendiri, tak ada kot anai-anai walaupun aku terdengardengar je suara manja dia orang tu. ye la. bilik aku kat kampung kan dah kena serang anai-anai. jadik dah tahu sangat la macam mana bunyinya. kat belakang rumah aku ni ada satu rumah kosong. memang dah hancur la. dah jadik markas utama anai-anai agaknya. jiran aku hari tu pun aku dok tengok punggah barang. kena serang katanya.

asalnya hari tu kawasan ni selamat. tapi entah la. banyak sangat pembangunan kot. sekrang ni kat area-area belakang tu tengah rancak nak bina rumah-rumah teres baru. memang kawasan aku tinggal ni akan jadik sangat padat dengan perumahan. even ada satu kawasan yang dua tiga ratus kilo dari rumah pun sedang dalam pembinaan. seberang jalan pulak bina rumah kedai. pergh...!!! aku ajak husben tengok rumah contoh untuk perumahan baru tu. lorong belakang je. cantik jugak. ada balkoni. kebesaran mungkin dah reduce sikit kot. tak ada la masuk pun sebab tak 100% siap lagi. teringat la zaman husben beli rumah ni. dia siap bawak aku suruh tengok okay ke tak rumahnya. tengok rumah contoh okay je. cantik la kan.

plan asal dia nak beli yang ada parking lot panjang. tapi dia lambat sebab rumah-rumah yang tu dah habis dijual. untungnya beli yang parking lot panjang tu kalau nak renovate memang boleh tarik banyak. 5-6 bilik boleh buat. puas hati la kalau dapat sebab harga dengan rumah yang sekarang ni masa tu memang sama. tapi tak ada rezeki. dia nak beli rumah lain tak best la pulak sebab 99 tahun je. yang ni hak milik kekal. tak apa la. ada la hikmah kenapa dapat beli rumah ni je dulu. ada rezeki mungkin boleh beli yang besar sikit daripada ni. ada yang ni pun dah bersyukur sangat. alhamdulillah.

asalnya nak bercerita tentang penat je kan? adehhh... bercerita tentang lain la pulak. lepas main sembur-sembur anai-anai tadi terus rasa jammed je badan ni. racun tu racun terkaawal. husben memang tak bagi aku main-main dnegan racun ni tapi since dia pun tak berapa nak sihat, aku la yang buat. lagi pun dia dah buat sebelum tu. kiranya aku sambung je la lepas bawak anak-anak balik daripada taman permainan. aku tak ada la cakap aku rasa pening sebab bau racun tu kuat gila. husben kata mungkin Kerry tak bancuh ikut sukatan sebab masa sembur pun tengok pekat jugak lagi racun tu.

sekarang ni dalam mood berehat-rehat. nanti aku jengah kamu dan kamu ye. kalau taks empat malam ni la ye. thanks for coming.


Ilmu Penunduk Suami.






my foot: senang je kan? hehehe...


13 October 2012

Tampal goyang, pocong dan demam urat.

mula-mula nak cerita pasal demam urat tu dulu. hehehe... Alya tu aku pun tak tahu demam urat ke tidak. tapi jiran-jiran la dok cakap demam urat tu. tapi boleh jadi jugak la sebab dia kalau demam satu badan la sakit-sakit. cekeding je orangnya. cuma lepas baik daripada demam ni la baru nampak berselera makan. alhamdulillah. masa dia demam hari tu, sakit kat bahagian peha tu je plus demam dia memang tinggi. doc la cakap. malam tu mengadu sakit kat tangan la itu la ini la. kalau demam biasa-biasa tu dia cakap kaki dia bahagian betis tu sakit. sama la macam aku kalau demam.

sebab tu kalau boleh nak elakkan dia demam sebab nanti kena picit. dah la aku ada dua lagi anggota kecik yang sibuk nak menempel je. adehhh... ha, bercerita tentang tu teringat pulak hal Anis dua tiga hari lepas, waktu malam dia tengok cerita Toyol dengan Bob dan Cik Piahnya la. aku dah layan Azfar tidur. lepas dah puas tengok dia orang masuk bilik. tapi Anis ni tak menangis cuma dia kejut aku bagitahu tak boleh tidur. ada hantu katanya. dia nak tidur kat aku. padahal dah dekat dengan aku jugak adanya. malam esok pun sama jugak. dia cakap ada pocong kat tilam. hahaha...

itu pun bila aku tanya kat mana. dia cakap dalam tilam tu. nanti pocong tu keluar. adehhh... anak oh anak!!! malam pertama dia tak boleh tidur tu, esoknya aku tanya cerita apa dia tengok malam tadi kat Cik Piah. dia kata budak-budak tu tengok Toyol. aku tak pernah la bagi anak-anak aku tengok cerita hantu malam-malam. siang-siang ada la. sebab malam dan dekat pulak dengan waktu tidur boleh buatkan dia jadi macam tu la. tahu je dia ada pocong dalam tilam tu. malam tadi pun sama. takut hantu katanya. nanti dia datang. aku tanya ada nampak ke? dia kata tak. nanti la dia datang. yang tak tahan tu nanti dia keluar dari tilam. ada tengok? tak pulak. takut dia terbawa-bawa apa yang dia tengok tu dalam alam nyata. malam ni tak tahu lagi macam mana.


tampal goyang? tampal goyang tu first time jugak aku dengar. sebelum ni roti tampal je. aku suka sangat makan masa pregnantkan Alya. husben balik kerja pagi mesti bawak makan kat satu tempat tu. tapi bila dah dirobohkan tempat tu untuk dijadikan stesen bas kot, aku tak pernah lagi jumpa roti tampal. sampai la bebaru ni husben bawak makan kat tempat yang sama macam hari tu. dia order tampal goyang. aku tanya tampal goyang tu macam mana? husben pun terangkanlah.

sama macam roti telur. cuma roti telur tu dia pecahkan telur dalam roti. tapi tampal goyang ni roti canai kosong tu ditampalkan dengan telur mata. masak telur dan sebelum telur tu masak letak la roti canai kosong tu. dan yang menjadikan ia bergoyang adalah telur kuningnya tak pecah. jangan sesekali pecah sebab nanti dah tak jadi la tampal goyang. bila dihantar kat kita nampak la telur kuning tu bergoyang-goyang. itu la namanya tampal goyang. okay? hehehe...

sekian ye!!! terima kasih sebab baca sampai habis.


12 October 2012

Mahu pecah perut.

ini cerita semalam. saja je nak cerita hari ni sebab tak sempat nak cerita semalam kan. hahaha... aku tak on laptop pun lepas aku shutdown pukul 7 pagi. malam la baru aku on. tu pun kejap je sebab laptop ni kalau dah panas sangat meroyan la dia. hakikatnya macam tu la sebenarnya. aku akan on laptop kejap lepas anak-anak tidur. tak tidur tak on la kan. eh, nak cerita pasal on laptop ke? alahai...

ceritanya pasal aku malas sangat nak masak breakfast semalam. tak la 100% malas. tapi ada la unsur-unsur tu. dalam kepala dah ada plan incase jadik apa-apa, goreng mee je. so, aku text husben bagitahu kita makan kat luar la. sebenarnya jugak, tekak ni terasa nak makan nasi kerabu. hehehe... tapi aku tak cakap pun dengan dia. so, tunggu punya tunggu tak ada reply. jadik masak je la mee kan. kesian pulak anak-anak aku yang tiga orang tu. nanti kelaparan susah pulak.

tengah prepare bahan-bahan, husbennya balik bawak balik barang-barang untuk masak lunch la. ikut selera dia nak makan apa. aku masak je. aku tanya ada dapat message tak sebab pagi semalam pun dia sampai rumah awal. dia kata dia balik awal sebab nak ke klinik ambil ubat. tapi tak pergi pun. dia tanya pukul berapa message? dia keluar kilang pukul 7.15. aku message pukul 7.30. kiranya dia dalam perjalanan balik la time tu. dia tengok je message terus cakap: "Jom la kita makan kat luar." tapi bila aku cakap dah nak masak mee, dia jawab: "Yang tu nanti-nanti boleh goreng." huhuhu... cuba jugak la memenuhi keinginan aku ni yang nak makan kat luar. tapi tak makan nasi kerabu pun. makan benda lain.

dah pergi makan kat luar tu, dia order roti canai telur satu untuk anak-anak. untuk aku dengan dia 'tampal goyang'. hah, apa yang tampal goyang tu? ada la. hahaha... extra mihun soto untuk Alya dengan telur mata untuk budak tiga beradik. kiranya Alya makan banyak la jugak mihun soto tu. tapi perut budak 4 tahun, besar manalah sangat kan. pada aku dia makan banyak dah. orang lain tengok sikit je. untuk orang yang susah nak makan, lebih daripada 5 sudu besar mihun tu memang banyak. balance pun banyak jugak lagi.

end up, aku la yang kena habiskan mihun soto tu dengan roti telur yang saja husben tinggalkan sikit je lagi. air nes dengan milo aku combinekan dan minum dengan dua straw. ngeee... dua bekas dan dua straw. dua-dua masuk mulut serentak dan MINUM!!! kalau tak aku, siapa lagi nak habiskan semua tu? memang sangat kenyang. alhamdulillah. dan sangat rasa macam nak pecah perut sebab banyak sangat makanan masuk dalam perut. kalau macam ni la cara makan, mahunya tak gemuks dalam masa yang singkat. adehhh... sabar je la.



Adam dan Hawa lah pula.


hahaha... saja nak hangatkan suasana. pic ni taken daripada page Adam dan Hawa kat FB. tertarik dengan komen-komen yang diberikan. ada yang macam tak kisah. ada yang jenis tajam je biji mata dok cari semua benda. nampak jelas je kan pada pandangan mata. kalau dalam cerita mungkin tak perasan dan tak kisah sangat. tapi bila dah dijadikan still photo, macam-macam ada.

aku tak tengok Adam dan Hawa. setakat novel tu aku baca la. aku rasa zaman Adam dan Hawa novel tu, iphone tak wujud pun lagi. android pun tak ada kan? okay... kena ikut perubahan zaman. Am sent message kat Ain. tapi kenapa Ain baca time tak ade coverage? hahaha... Ain oh Ain!!! lagi satu yang aku baca kat komen tu, Ain baca text ni waktu malam. tapi kat screen tertera jamnya pukul berapa. eh, ye ke?! 

tak ikuti tapi seronok bila kita observe drama ke filem dan kita jumpa benda-benda macam ni. sebabnya orang yang buat semua ni ingat ada yang takkan alert. tapi silap la. dah nasib badan la kalau kena macam ni kan? apa pun layan je la. hehehe...

selamat menyambung demam Adam dan Hawa ye!!!


Tetap sama.


susulan mencari kucing semalam. aku tetap je nampak si meow ni seekor je. yang dalam bulatan tu sebab ada yang tak berapa nak nampak kucing tu kat mana kan? sebenarnya boleh je aku besarkan pic tu tapi saja berniat kejam dengan kamu dan kamu. aku pilih large saja. jadik memang sakit biji mata la nak carik kucing tu kat mana kan. hahaha...

ada lagi kat mana-mana? sebab aku dah habis zoom rasanya. aku guna photoscape untuk zoom dan check tapi tak jumpa pulak lagi seekor. pic ni aku cilok dari FB. daripada komen-komen tu ramai jugak yang cakap ada dua ekor. tapi tak sebut pulak kat mana. yang aku jumpa sampai cerah seekor ni je la. ni mesti auta je orang-orang yang komen tu kan. dasar la...




my foot: ina, wanieys dengan rai... dah boleh nampak ke kucing tu sekarang? ngeee...


15 Tips Murah Rezeki.






my foot: copy daripada wall Ustazah Siti Nor Bahyah.


11 October 2012

Dimanakah dikau kucing?!






my foot: senang je kan? kejap je dah jumpa. katanya ada dua ekor. tapi aku memang nampak seekor je. kamu nampak seekor jugak kan?



p/s: aku eryati, tak boleh nak masuk blog sebab backlink tak ada. taqqie din pun sama. adehhh... dah banyak kali cuba tapi tak dapat akak ni nak masuk blog kamu dan kamu.



Pertama dan TERAKHIR.






my foot: biarlah menjadi cinta terakhir untuk kamu.


10 October 2012

Budak dua beradik.


budak dua beradik ni kadnag-kadang kau perhatikan ada je aktiviti semasa dia orang. tak pernah duduk diam. mengukas macam anak kucing. Anis la paling extreme. kalau dia bangun tidur lambat around 8 ke 9 am, dia takkan tidur siang. kebiasaannya macam tu la. sejak duduk kat sini la kan. Azfar memang wajib tidur walaupun sekali sehari. kalau dia bangun awal, dia tidur dua kali. kalau tak sekali je la. kat kampung ada buaian. tak bawak balik lagi ke sini. tapi dia tidur kat sini pun tak ada masalah.

kerja Anis ni makan je. pantang nampak orang makan dia mesti nak makan. tak ada masalah makan. alhamdulillah. Azfar pun sama je. cuma yang ada masalah makan, Alya la. itu pun sejak demam urat ni dia makan banyak jugak la. kena paksa makan kan. kalau tak hantar ke hospital. hahaha... dan alhamdulillah, sepanajng duduk kat sini budak dua beradik ni okay-okay je. tak demam dan tak jugak selesema. kalau kat kampung kejap-kejap selesema. kejap-kejap demam. dia orang serasi kat sini. lagi pulak the father is here kan. lain la sikit suasana dan keadaannya.

masa Alya sakit, budak dua beradik ni memang aktif la mengusik kakak dia orang. geram je ibunya ni menengokkan gelagat dia orang. Anis? cara dia meyakat si kakak tu sama ada dia ajuk suara menangis kakak dia tu or dia ambik barang mainan. kadang-kadang dia saja datang dekat. lepas cuit dia lari la. lepas tu dia datang semula. memang itu je la kerjanya. kuat menjawab sekarang ni. sepatah kita cakap, berpuluh-puluh patah dia balas. adehhh...

Azfar? mamat kecik ni lagi la. barang orang barang dia la. barang dia tak nak main pun kadang-kadang tu. tapi kalau orang lain main, nanti dia menangis la nakkan barang tu jugak. huhuhu... yang ni extreme sikit. masa Alya demam, dia datang ambik kain basah atas kepala si kakak. kalau tak pun sibuk nak duduk atas badan la, peha la. last sekali yang dia buat, dipukulnya si kakak tu kemudian dia pergi kat Anis. dia pujuk la Kak Ngahnya tu: "Dah... Dah. Nyap (senyap -diam la maksudnya tu)." konon macam Kak Long dia pukul Kak Ngah, jadik dia datang defend. padahal tak ada apa pun. saja dia je.

lepas tu mula la dengar yang ni menangis bagai. ibu jugak la pening kepala sebab abah usually surrender awal-awal lagi. nak tak nak ibu la yang kene settle kan semua. hmmm... nak buat macam mana? dah memang ibu je biasa dengan karenah anak-anak. layankan je la. T_T 


~ WW #48 ~ Demam urat.




my foot: alhamdulillah... makan ubat malamnya, esok terus cergas bukan main lagi. melompat sini sana macam tak sakit. dah pesan banyak kali pun buat jugak. petang semalam berlari punya pasal, jatuh. lebam lutut. adehhh... anak oh anak!!! belum baik lagi dah tambah sakit baru.


Isteri Amanah Allah.




09 October 2012

Mahu ke hospitalkah?

kalau kat kampung aku tahu la mana nak tuju kalau anak demam panas malam-malam kan. direct je bawak pergi hospital. tapi kat tempat aku tinggal sekarang ni, hospital paling dekat pun hospital swasta yang bayarannya boleh tahan urut dada la. husben kata meamng tak munasabah langsung hospital ni. hari tu dia kena buat check-up company arahkan. tanya kat hospital tu RM550 dia orang ambik. kemudian, husben tanya klinik lain. RM250 je dia orang charge. gila mahal kan? padahal prosedur sama je. hospital kerajaan jauh. aku tak faham la kenapa tempat yang padat dengan penduduk ni cuma sediakan hospital swasta je? sebab dia orang assume semua orang mampu? sebab private better than government ke? adehhh... walaupun nampak macam semua orang ada duit tapi tak semua orang mampu. kan?

Alya demam lagi. demam on off. tapi semalam panas badannya. aku kejap-kejap bawak mandi la. cara tu je untuk turunkan suhu badan dia. bengkak kat peha dia tak berapa nampak tapi still keras. dia pun dok mengadu sakit je. tapi bila ajak pergi klinik ke hospital tak nak pulak. siap nangis-nangis lagi. siap cakap tak sakit lagi dah. sakit sikit je. abah dia malas nak bertegas sebab penat balik kerja kan. dia pun bukan boleh dengar anak nangis-nangis ni. anak sakit lagi la buat dia tak tentu hala. kalau bawak dia ke klinik dalam keadaan dia menangis pun bukan doc boleh check pun. takut nanti pergi sia-sia je. dapat ubat tanpa consultation buat apa.

tapi malam tadi dia kata tak boleh tidur. sakit. aku tanya sangat ke? dia kata tak. bila tanya banyak kali baru dia cakap sangat. nak ke bilik air pun kena angkat. tak boleh nak jalan sendiri. adehhh... layankan je la budak sakit. aku pun tak keluar bilik la sebab dia tak nak orang lain ada dekat dengan dia. takkan aku nak bawak dia turun naik tangga? penat mak ni nak. cuma kalau nak turun kejap tu aku tinggalkan dia dan aku bagitahu la nak ke mana. tak ada la dengar dia terjerit-jerit kan. si adik-adik pulak suka menyakat. geram je. terutama Anis la. ligat je nak cari pasal dengan kakak dia tu. Azfar? mamat kecik tu comel sikit. sama mengganas cumanya ada masa dia baik la pulak.

ke klinik semalam dan doc checked pun Alya dah meraung bagai. pening kepala aku. doc kata takut ada infection sebab bengkak dan dia tengok Alya macam tak boleh nak luruskan kaki. so, dia bagi ubat je la. ubat demam, tahan sakit dengan antibiotik. pesan doc sebab demamnya high temperature, kena kerapkan mandi untuk reducekan panasnya. itu la yang aku buat. kalau Alay tak boleh berjalan (yang mana boleh je. cuma berdengkot-dengkot sikit la), dia kata bawak ke hospital untuk x-ray. takut ada fracture kat mana-mana. okay doc. alhamdulillah... lepas makan ubat dan tengok Mael Lambong kejap, dia tidur. boleh la aku tidur jugak. (*_*)






my foot: check badannya dah rasa sejuk. tak panas lagi da. tapi antibiotik kena habiskan jugak la walaupun dia kata tak sedap.


Saya sayang mak saya.



Mak:  Tahu tak kenapa mak sayang sangat kamu?

Anak:  Sebab saya anak mak kan?

Mak:  Tapi ada alasan yang lebih hebat daripada itu.

Anak:  Apa tu mak?

Mak:  Kerana boleh jadi kamu lah penyelamat mak di kubur nanti andai malaikat sedang mahu memalu dan memukul jasad mak nanti.

Anak:  Makkk!!! Janganlah...

Mak:  Jadi anak soleh ye?! Mak perlukan doamu di sana nak...






my foot: bersyukurlah kerana kamu dan kamu masih ada ibu. aku cuma tumpang kasih dengan MIL je. itu pun dah bersyukur sangat dah sebab ada jugak mak.


08 October 2012

Cuti memasak dan minta maaf.

hari ni cuti memasak. turn orang lain la pulak sebab selama seminggu ni aku je yang masak. hahaha... boleh pulak macam tu kan? tak ada la. bagi BIL aku rasa air tangan isteri dia pulak. asyik aku je yang masak, kesian jugak kat BIL. dia pun mesti ada rasa nak makan benda lain jugak kan? aku masak ikut selera husben. kalau dia nak makan itu, itu la yang aku masak. kecuali kalau dia tak cakap, baru la aku masak ikut kehendak aku sendiri.

jadik hari ni second chef kena rajin-rajin masak. jangan malas-malas. lempang lutut dua kali kalau malas. muahaha... masak udang ye hari ni. masak lemak cili padi udang kot. aku tak turun tengok. duduk memerap dalam bilik melayan blog. anak-anak semua tidur. join abah dia orang yang dah mengantuk tahap tak ingat tu. kalau anak-anak tak tidur sama, susah jugak la husben nak tidur sebab gangguan sentiasa ada. dia kata tak apa la. biar la. tapi aku kesian kat dia. nanti bila terkejut sebab anak-anak, sakit kepala pulak. tidur tak cukup dan tengah tidur kena ganggu memang akan buat kepala sakit kan? aku la. orang lain aku tak tahu.

nak minta maaf sebab apa ye? sebab ada yang belum sempat aku balas kunjungannya. ada yang dah lama. tapi akan aku usahakan. ambik masa sikit. sebab sekarang ni pun sibuk sikit dengan kemas-kemas rumah yang entah bila nak settle. bila anak-anak dah bangun tidur memang susah nak mengemas. nak susun atur barang letak kat mana pun memang pening. kalau aku pindah barang ikut suka, nanti time husben nak guna barang tu mula tercari-cari. aku jugak la yang dicarinya nanti sebab aku yang simpan barang-barang tu kan? bila cari tu ambik masa la jugak sebab aku tak ingat kat mana aku simpan. kotaknya banyak. nanti dengar la dia membebel.  ngeee...

kalau tak simpan, aku la yang sakit mata sebab hari-hari tengok. ini pun aku simpan dalam bilik kecik. kalau nak kumbah bilik tu pun tak apa. tapi yang pasti, aku la jugak yang kena kumbah dan cari barang tu sampai dapat. dan aku jugak la yang kena simpan balik. sebab tu, memang aku tak sempat nak BW banyak rumah dalam sehari. tapi aku try jugak la. ada yang aku sempat masuk je tapi tak tinggal komen pun. pada yang pernah jadik follower dan kemudian tarik diri (tak apa. tak marah pun), terima kasih sebab sudi jugak jengah blog kecik yang aku dedikasikan buat keluarga kecik aku ni. 

dan pada yang terus-terusan datang tu pun terima kasih. menghargai dengan line yang walaupun dah bayar tetap lembab macam siput. pesal entah. tension sebab tengah bw kadang-kadang laptop buat hal. kena bersabar kalau nak beli laptop baru. banyak benda kat rumah ni nak kena settle. walaupun husben bagi green light tukar laptop, aku belum lagi la nak pentingkan diri sendiri. dia habis nyawa kerja . nak siapkan rumah. nak bagi anak isteri makan. takkan la tak boleh tunggu sampai rumah ni settle baru tukar baru kan? aku okay je. cuma kamu dan kamu je la belum tentu okay kan? (^_^) tak apa. saya tetap okay.


p/s: kepada yang bernama FENDY, boleh bagi backlink tak? sebab dah dua tiga kali cuba masuk tapi tak boleh la. tak ada add blog.






my foot: entri aku panjang dan aku malas nak letak pic. hahaha...


Doa seorang ibu.





my foot: melayan budak sakit yang tak nak pergi klinik langsung. adehhh...


Siapa Kita?






my foot: terlepas sesuatu. namun itu semua rezeki yang Allah beri. jika DIA tak mengizinkannya untuk aku, maka aku tidak menerimanya. reda.


07 October 2012

Ini cerita kami!!!

ini pun hasil tempahan dengan Istana Cinta. comel je aku rasa doodlenya tu. Alya siap tanya kenapa dia dah nak sama besar dengan aku? kenapa Anis senyum nampak gigi? gigi dah cantik ke? kenapa adik tak malu minum susu botol? macam-macam soalan la dia tanya bila tengok doodle ni. aku layankan saja. memandangkan dia kureng sihat sebab pehanya bengkak akibat main scooter, dia banyak meragam. jadi kena layan la. nak bawak ke klinik tak nak. menangis dulu. beria-ria menangis. abahnya pulak tak boleh dengar nangis-nangis ni. serabut dia kata. bising dengan benda lain tak apa. tapi jangan menangis. stress jadinya.

semalam aku 'halau' dia naik atas. duduk la dalam bilik. tunggu anak-anak dah besar baru turun ke bawah. hahaha... memang aku kesian sebab dia penat. nak tidur tak boleh. anak-anak dok bergaduh je. kerja Anis la menyakat si kakaknya. aku pun naik stress tengok bapak dengan anak-anak. tu yang aku suruh dia naik atas je. tidur la dalam bilik. biar aku je settle hal anak-anak tu. bila anak-anak berbunyi, dia jawab la: "Ibu marah abah duduk kat bawah." hahaha... boleh gitu? dah tu banyak benda yang tak terbuat sebab dia plan nak buat lepas balik kerja. tapi sampai rumah dok layan anak-anak dulu. kadang-kadang tertidur atas sofa. tak sampai hati aku nak kejutkan dia untuk drill itu dan ini. dah dua minggu tak siap-siap jugak benda yang sepatutnya dia buat. adehhh...

dua hari lepas masa aku layankan dia siap-siap sebelum pergi kerja, dia pandang aku. kemudian dai cakap: "Dah berisi sikit muka tu. Baru nampak macam ada orang bagi makan. Makan banyak sikit." okay... kalau biras aku husben dia siap sound kalau dia makan banyak. nanti gemuk la apa la. dan sesetengah husben yang lain pun macam tu jugak. tapi husben aku ni kalau berisi tak apa. dia suka. tapi aku tak ada la hentam je makan. jaga la jugak badan. at least berat dengan ketinggian still dalam BMI. tak ada kurang dan tak ada lebih. ngam-ngam je. pernah duduk dalam kategori underweight dan belum pernah melepasi overweight. seadanya ye. ngeee...

misi hari ni nak make sure ruang bawah tu boleh settle. kejap lagi nak goreng jemput pisang sebab husben sampai rumah dia mesti nak makan. dia dah tak sarapan kat luar lagi dah. aku try la buat mana yang boleh dan try jugak la bersabar dengan keadaan rumah yang tak serupa rumah ni sebab kemas dua minit je lepas tu habis berterabur dikerjakan askar tiga orang ni. adehhh...


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign