✿ Rumah SalYa ✿: September 2012

Fresh from the owner...

30 September 2012

I love this!!!






my foot: subhanallah. cantik sangat kan? aku suka view ni. tak puas tengok.


28 September 2012

Penangan scooter baru.


semalam dia orang main scooter tak hingat. dari tingkat bawah bawak naik tingkat atas. main dalam bilik. siap landing atas tilam lagi. tak apa la. asal dia orang happy. aku boleh jugak buat kerja lain kalau dia orang leka main scooter tu. bila aku dah siap semua dan nak turun ke bawah, dia orang lagi sekali scooter tu kat bawah. siap dengan basikal Azfar dia orang angkut sekali.

main kat bawah pun habis semua benda dilanggarnya. sampai aku pun kena langgar jugak. Azfar pun sama jugak. nak main scooter. basikal tu dia main kejap-kejap je. bear depan basikal dia tu bukan percuma. lepas keluar daripada econsave dia nak bear kecik tu pulak. aku malas nak bagi dia nangis-nangis. belikan je la. kesian bila tengok muka abah dia orang yang kepenatan tu.

petangnya, aku bagi la dia orang main kat laman sementara aku lipat baju. lama pun tak ada la besar mana. tapi cukup la untuk dia tiga beradik main kat situ. entah mana mana Alya ni main (extreme sikit dia ni), sampai terlanggar pintu pagar. sakit kejap tangannya. tapi dia sambung je main macam biasa. tak ada masalah. maghrib tu lepas aku siap cuci ikan dan nak bawak dia orang mandi, Alya tanya panas tak badan dia. aku rasa macam panas.

tapi memikirkan aku baru je lepas 'main' air, aku rasa mungkin sebab tangan aku sejuk aku rasa dia panas. sebab bila rasa dengan lengan, okay je. lepas mandi dan makan malam semua, aku checked sekali lagi dan memang sahih la Alya demam. panas pulak tu badan dia. ada meragam sikit la semalam sebab dia kata sakit dekat peha sebab peha pun terkena pintu pagar jugak semalam. adehhh...

penangan scooter baru la katakan. sampai demam-demam dibuatnya. (^_^)







my foot: still mengantuk sebab malam tadi pun tak tidur mana. kesian husben pergi kerja tak makan sebab aku tak masak. mengantuk punya pasal. huhuhu...


Allahuakbar.




27 September 2012

Mengamuk sakan.


semalam ke Econsave. niat hati nak beli la barang-barang keperluan dan jugak diapers budak kecik ni. kebetulan kat rumah ni pun banyak barang yang tak ada lagi. econsave ada la buat certain sale pada certain barang yang memang aku nak beli la. aku dah tentukan apa benda yang aku nak. cuma kena mencari-cari sikit la. biasanya kalau bawak budak-budak ni okay je. tapi semalam kesemuanya meragam boleh tahan. start dengan Anis la.

aku kesiankan husben je. dia baru je sampai rumah, solat dan terus nak keluar beli barang-barang. walaupun bukan dia yang drive tapi aku tahu dia penat jugak. expression muka pun dah tahu. tapi dah dia nak ikut jugak, aku pun joint la sekali. kalau dia kata penat, tak pergi pun tak apa. bukan aku kisah sangat pun. boleh je tunggu hari dia cuti.

sampai je econsave Anis dah sibuk nak beli scooter. menangis-nangis nak scooter. so, abahnya cakap kalau nak scooter dah tak ada basikal lagi. Alya pun sama nak scooter jugak. adehhh... dah la kat scooter tu tak ada harga. puas la husben pergi cari scanner. dah jumpa tak boleh scan sebab kedudukan bar tu tak sesuai dengan scanner. bila cakap dengan bangla kat situ, dia pun tarak tahu. macam mana tu? Azfar pun sama jugak la nakkan basikal bila tengok si kakak-kakaknya ada scooter.

aku pun sempat cari dua tiga barang je bila mana Azfar mengamuk nakkan basikal dia tu. dalam econsave tu dengar suara dia je meraung sakan. Ya Allah, pening kejap kepala mak ni. dah la time nak bayar dia lagi mengamuk. pergh... orang dah pandang-pandang. tambahan pulak bila husben tanya: "Basikal ni ibu nak bayar ke abah?" ada dua troli. satu aku bayar dan satu lagi husben bayar. orang dengar macam tu mungkin assumed: 'Beli barang pun bayar asing-asing ke? Mesti husben dia kedekut.' muahaha... tak ada maknanya husben aku tu kedekut.

reason guna dua troli sebab bayar dekat kaunter express. below 10 items. bahagi dua memang below 10 la. nak akta express tu tidak la express sangat tapi lebih baik daripada kena menunggu orang depan dan depan lagi dengan dua tiga troli nak bayar kan. husben ada cakap kenapa ramai sangat orang kat econsave. aku pulak baru teringat yang semalam ramai yang dah dapat gaji. jadinya memborong sakan la untuk stok sebulan. husben pun kebetulan baru gaji jugak. tapi tak ada beli banyak barang sebab dia dah pening nak layan karenah anak-anak dnegan keadaan dia yang penat dan anak-anak tak nak dnegan aku kecuali Azfar. hehehe... senang pada aku tapi kesian kat dia.






my foot: pindah masuk rumah sendiri memang banyak nak pakai duit. ni pun dalam perancangan nak tambah-tambah lagi. husben kata nak bagi selesa sikit sedangkan aku okay je. biasa-biasa pun tak apa.


Setiap hari.





my foot: nanti check emosi masing-masing ye.

copy dari FB


Mudahnya nak dapat pahala.






my foot: senang je nak dapat pahala antara suami dan isteri kan?

copy dari FB


26 September 2012

Kasih sayang.






my foot: betul la tu. kita tahu mak ayah sayang tapi selalunya tak tahu banyak mana. kan?


Manik oh manik.


susulan wordless pic tadi. yup, Azfar memang main dengan manik yang dipanggilnya guli. adehhh... ini memang dipantau sepenuhnya. memang dia pernah masukkan guli dalam mulut. kes budak-budak kat rumah ayah aku tu la main congkak. dah puas main ada la tercicir biji gulinya. tak pun ditinggalkan macam tu je. Azfar ni pantang nampak benda-benda macam tu. cepat je nak ambik. mula-mula dia memang main. tapi lama-lama tu masuk mulut la. tapi kadang-kadang dia datang tunjuk ada benda dalam mulut dia tu. kalau time tu okay la lagi.

nampak tak bulatan kecik warna merah kat jari dia tu? manik la tu. dia dok tunjuk manik yang dia rembat daripada bunga telur. dia memang pantang kalau ke pelamin tu. sebab ada bunga telur yang memang tak disimpan pun lagi. SIL aku letak je kat situ in case ada lagi kawan-kawan dan saudara mara yang datang boleh terus grab je kan. tapi selalunya Azfar la yang akan grabbed dulu. huhuhu...

memang tertanggal la manik dua tiga batang bunga telur tu sehari. ada masanya  bukan kita tak tengok dia. tapi pergerakan dia tu lagi pantas daripada kita. tengahtengah main tiba-tiba dia terus capai bunga telur tu. memang perhati tapi cepat sangat dia tu. nasib baiklah comel. dekat kolar baju dia tu setepek kesan aiskrim. entah macam mana la bapak saudar dia bagi makan aiskrim pun aku tak tahu la. bila dah kotor tu takkan nak tanggalkan on the spot. kena tunggu majlis habis dulu sebab theme wedding biru. tiba-tiba dia seorang pulak yang lain. tak sedap jugak.

tapi yang kelakarnya Azfar ni, semua benda bulat yang besar sikit dia kata 'ball'. sampaikan lampu kedai yang bulat tu pun dia kata ball. mintak bapak saudara dia ambikkan untuk dia. adehhh... apa-apa je la Azfar. dan setiap kali ke kedai dan dia nampak ball mesti dia nak punya la. dia cakap la: "Bu... bu... ball!!! Ball!!!" comel memang comel. (^_^)


~ WW #46 ~ Azfar dan sesuatu.






my foot: ada sesuatu yang dia pegang. Azfar panggil guli. muahaha... nanti cerita. boleh la jugak kalau nak teka apa yang dia pegang tu. berkaitan dengan barang-barang di pelamin. (*_*)


Hantaran.



Tak jadi masalah kalau ini sahaja yang dia mampu.
Orang sekarang ni sibuk berhutang nak beli hantaran, lepas kahwin, sakit kepala nak bayar hutang balik....


RENUNG-RENUNGKANLAH ye.....(^_^) 




copy dari wall FB PanduanIslam.com.


25 September 2012

Mak Raja.


apa benda pulak la mak raja tu. nama produk barukah? a'ah kan? boleh buat nama produk. ngeee... cuaca baru je bertukar cerah. kalau tak tadi mendung dan kemudiannya hujan lebat bukan main lagi. kain baru je aku jemur, hujan dah turun. tak apalah. hujan itu rahmat. walaupun kain mungkin tak kering tapi bumi yang kering ni basah jugak. adehhh... alahai, kau ingat kau karang cerpen ke apa?

alkisahnya pasal mak raja tu bila aku mintak tolong Alya aka Kak Long tolong ambilkan sesuatu. kejadian ni dah dua tiga hari. jadi aku dah lupa apa yang aku mintak tolong dengan dia. Alya ni memang banyak songeh sikit. macam cikgunya cakap la... 'mulut orang tua'. kalau Anis aka Kak Ngah senang sikit. mintak tolong je terus dia buat. ada masa-masa tertentu je dia terlebih songeh. selalunya dia okay-okay je. 

Azfar? mamat kecik yang seorang ini meamng comel. habis semua benda dia nak ikut si kakak-kakaknya buat. pintu sliding pantang terbuka. kejap lagi hilang la dia. bab buang sampah kalau mood dia baik, dia pergi buang. kalau tak, dalam cawan atau atas lantai je dia buang. adehhh... pening mak ni dok mengelap lantai je. dah tu pantang nampak orang makan. semua benda dia nak rasa. mulut pun dah makin becok. kalau bab menjerit terpulang la kat dia. nyaring suara dia rasa macam nak pecah gegendang telinga.

adehhh... mahu bercerita tentang Alya (rasa macam nak guna Alya la pulak. Kak Long tu cukup la ibu dengan ahli keluarga je panggil) sebenarnya. sambil dia tolong aku, mulutnya tak berhenti mengomel. dia cakap: "Ibu ni macam mak raja la." hahaha... boleh dia cakap mak dia macam mak raja kan? kononnya macam mak dia ni malas sangat la semuanya anak yang kena buat walhal bukan selalu pun mintak tolong. kalau dia tu langsung la dia mintak Che Piahnya hantar air kat dia. dia selamba kodok je baring atas tilam. lagi la macam anak raja.

bukan salah aku kalau aku jadi mak raja. dah dia anak raja kena la mak jadi mak raja kan? muahaha...







my foot: misi alihkan susun atur sofa akhirnya selesai. lenguh pinggang mak ni buat dan gangkat sofa sorang-sorang.


Cuaca sejuk.

sejuk je cuaca pagi ni. rasa mcam nak sambung zzzz... je. hehehe... nanti-nanti la kita sembang ye. eh, ada pulak!!! nanti la update. mood melayang dengan cuaca sejuk segar ni. nyaman je rasa. okay... kamu dan kamu yang bekerja tu selamat bekerja ye. have fun!!! hikhikhik...

24 September 2012

Handphone cap ayam.

handphone aku handphone cap ayam je. brand? memang branded. ada ke handphone yang tak branded? ia berjenama Samsung tapi samsung cap ayam. tidak canggih. tidak ada teknologi yang up to date di dalamnya. sekadar boleh-boleh saja. call, sms, mms dan boleh jugak berinternet. aku pernah cuba tapi macam lembap je. hahaha. kameranya cuma 1.3 megapixel sahaja. dan aku rasa telefon budak-budak sekolah sekarang lagi canggih daripada handphone aku tu. ada jugak yang menggunakan model yang sama. adehhh...

husben? lagi cap ayam. telefon zaman dinasour. hahaha. berjenama Nokia. boleh call, sms dan jugak mms. boleh jugak nak guna internet kot. aku pun tak pasti. tapi model kuno ni tak boleh nak dengar mp3. hahaha... sadis kan? maksudnya tadi kalau telefon up to date boleh jugak dengar melalui selection ringtone. boleh dnegar lagu sampai habis. ini kena bukak software baru boleh dengar. memang telefon paling berjasa dengan dia sebab guna since tahun 2001. dia tak pernah tukar handphone dia yang satu tu walaupun second handphonenya silih bertukar tapi tidak jugak secanggih mana.

kenapa aku bercerita tentang handphone yang kami berdua miliki? nak riak ke? nak riak apanya kalau setakat telefon cap ayam tu. tapi bersyukur sebab ada jugak gajet yang boleh mendekatkan kami berdua. habis tu kenapa nak cerita sangat? nak mintak simpati supaya ada orang bagi free? eh, ada ke yang nak bagi free? kalau ada, kecil tapak tangan tapak kaki gajah saya tadahkan. harharhar... memang verangan. siapa yang tak suka dengan barang free kan? kalau dapat handphone percuma walaupun tak canggih sure melompat kegembiraan jugak.

sebenarnya, telefon kami berdua mengalami kemerengan tahap melampau dalam masa yang sama. adehhh... macam berjanji la pulak handphone kami ni walaupun brandnya tidaklah sama sekali sama. berbeza? memang berbeza. alkisahnya, telefon aku dah nak habis bateri. husben sms tanya dah masak belum. aku try call tapi tak ada orang angkat. bila husben called terus padam. aku caj la dan on. tapi on kejap lepas tu padam walhal sebelum ni tak macam tu. bila okay sikit aku call la husben tapi handphone blank la pulak. lepas bland dia kejap on dan off sendiri. lama jugak. aku rasa macam nak baling je. tapi sabar memandangkan itu satu-satunya handphone yang aku ada.

bila dah okay, ada 4 missed call. huhuhu... dan kali kelima baru la boleh cakap dengan husben. dai cakap handphone dia hanged. tak boleh sms, call dan even jawab call sekalipun. dia pun dah geram sebab itu jugak satu-satunya handphone dia yang dia ada buat masa ni. handphone kedua dah jammed. tak tahu sebab apa dan kedai tak boleh nak repair lagi dah. dia pun rasa nak baling je handphone dia tu tapi dia sabar. sama macam aku (hehehe... kalau jahanam handphone tu kami nak berkasih-sayang time dia kerja macam mana?) eh, tak ada la berkasih sayang! cuma dia suka send sms kalau dia bosan. time pagi tanya anak-anak. tengahari call tanya masak apa. duduk dekat pun sama je macam duduk jauh. cuma time duduk jauh-jauh ni callednya lebih dari 2 kali sehari. okay... itu je la cerita handphone cap ayam kami. malas nak tepek pics. bayangkan je la henadphone kami tu berjenama macam ayam brand. ada ayam pada handphone tu ye. ayam hidup. muahaha...







my foot: biras aku yang duduk sama dengan aku sekarang ni cakap, rajin husben aku sms dengan call. kalau BIL aku memang tak rajin nak call dengan sms dia. dia yang kena call dan sms husbennya tu. adehhh... walaupun husben dan adiknya daripada acuan yang sama tapi hakikatnya memang dia orang berbeza. sangat berbeza.


Lawyers!!!



One afternoon a wealthy lawyer was riding in his limousine when he saw two men along the roadside eating grass. Disturbed, he ordered his driver to stop and he got out to investigate.

He asked one man: 'Why are you eating grass?'

'We don't have any money for food,' the poor man replied.'We have to eat grass.'

'Well then, you can come with me to my house and I'll feed you,' the lawyer said.

'But sir, I have a wife and two children with me. They are over there, under that tree'.

'Bring them along,' the lawyer replied. Turning to the other poor man he stated: 'You come with us also.'

The second man, in a pitiful voice then said: 'But sir, I also have a wife and SIX children with me!'

'Bring them all, as well,' the lawyer answered.

They all entered the car, which was no easy task, even for a car as large as the limousine was. Once underway, one of the poor fellows turned to the lawyer and said: 'Sir, you are too kind. Thank you for taking all of us with you.'

The lawyer replied: 'Glad to do it. You'll really love my place; the grass is almost 1 metre high!'


Lesson: Don't trust kind lawyers!!

Stress pun boleh sebabkan diabetes.


macam mana? entah. aku pun tak tahu. husben la yang cakap hari tu. aku pun tak tanya la pulak macam mana stress tu boleh sebabkan diabetes. mungkin cara pemakanan jadik tak betul kot. anak-anak ni sejak duduk sini ada macam-macam ragam. tapi yang pastinya ada satu ragam yang buatkan kepala abah dia orang pening. memang dia jadik tension la bila anak-anak buat perangai macam tu. Kak Long dengan Kak Ngah je. Azfar paling steady dan paling okay.

husben pun tak dapat nak adapt lagi dengan suasana dan keadaan anak-anak dia yang dua orang tu. memang meragam la. aku pun tak tahu nak kesian dekat siapa. sebelum ni kan husben duduk sini sorang dia je. anak-anak dengana ku. jadik aku dah biasa sangat dengan perangai dia orang tu. bila balik sini, dia orang buat macam dia orang buat kat aku la. aku dah kebal tak apa la. husben ni tak. geram je aku tengok dia melayan budak berdua tu. hahaha...

mana taknya, kejap-kejap menangis. entah apa yang dia orang nak pun aku tak tahu. tapi kalau dengan aku okay je. bila abah dia orang ada kat rumah tu dia orang macam nak perhatian lebih. dan husben pulak meamng cuba bagi perhatian ikut kempampuan dia. kadang-kadang terlebih. tapi anak-anak dah lama tak spend masa dengan abahnya memang jadik macam tu kot. meragam je memanjang. bila yang ni menangis tak tahu apa hendaknya yang sorang lagi pun buat perangai jugak bila dia bercakap dan abahnya tak bagi perhatian.

mana taknya, dia bercakap time abahnya jugak tengah bercakap or tengah dengar orang lain cakap. bila jadik macam tu meragam la dia orang berdua tu. sampai abahnya ada cakap naik stress dia dibuatnya. doc ada cakap masa dia buat checked up. kata doc, stress pun boleh akibatkan diabetes. adehhh... aku kesiankan husben sebab dia penat-penat balik kerja pun dia cuba layan anak-anak. kalau dia kerja malam dan balik paginya memang dia nak tidur la jugak sekejap tapi kalau dah anak-anak buat hal, nak tidur pun tak boleh. lagi la stress. anak-anak pulak tak nak dengan aku. dia nak dengan abah je. habis tu nak buat macam mana?

aku kesian kat dia orang tapi aku pun tak boleh nak buat apa jugak. sabar je la ye Ney. nanti-nanti okay la dia orang. macam mana nak tambah baru kalau yang sedia ada ni je buat abah pening. muahaha... (^_^)


Don't think...








my foot: so true!!!


23 September 2012

Suami acuan isteri.







my foot: semoga kita sentiasa mendapat acuan yang baik.


22 September 2012

Menjejaki kekasih.


tajuk memang tak ada kena mengena dengan entri. menunggu husben pulang daripada shift malam. sebab esok dia start kerja pagi so, hari ni dia cuti la. asalnya dia tak ada shift. kerja pagi je. tapi masa duduk jauh-jauh dulu (walhal baru je la lagi pun duduk sama. hehehe...), dia kata balik rumah pun bukan ada orang. jadinya dia minta dengan bos untuk masuk dua shift. dua minggu pagi dan dua minggu malam. bos tak nak bagi tapi dah dia insist jugak, dapat la husbennya kerja malam. ada untungnya jugak sebab siang tu dia ada kat rumah. cuma kadang-kadang tu dia mengantuk. nak tidur. ada anak-anak jangan harap la boleh tidur sangat kecuali time dia tidur, anak-anak pun tidur jugak.

okay... bukan nak cerita pasal tu pun. tapi saja nak panjang-panjangkan cerita. hehehe... sejak balik  ke sini, aktiviti malam adalah keluar. aku kalau ikutkan malas nak keluar tapi dah anak-anak nak keluar jugak ikut Bobnya, terpaksa la aku ikutkan jugak. huhuhu... macam hari tu, Che Piah (wife Kerry aka Bob yang sekarang ni stay kat sini - dia orang akan duduk sini til end of next year sebab company Kerry hantar dia untuk assist projek dekat sini. instead of cari rumah lain, he decided untuk duduk dengan kita orang je. aku no hal. cuma almost all the time kena pakai tudung la dan husben dah tanya hari tu: "Okay ke?" okay je. see... panjang kan penerangannya.) ni nak makan kat Restoran Budi. tapi end up tak makan jugak. dia sakit perut. 'bawak orang' angin cepat naik la.

semalam pulak pergi beli barang sikit. asalnya aku nak beli petang je. nak ajak husben la. dia kata kejutkan dia sebab dia nak tidur kejap. bila langit dah mendung dan Azfar pun dah tidur baru nak pergi, tak payah la. ada la sikit-sikit emosi kat situ. geram. hahaha... bila dah petang sangat dia dah nak pergi kerja. dia la suruh ajak Kerry pergi. kiranya Kerry jadik driver la. adehhh... misi asal nak cari selipar untuk Kak Ngah sebab selipar dia putus. last-last kesemuanya dapat selipar baru. dan tukang bayar untuk shopping barang adalah Kerry. muahaha...

dan hari ni misinya adalah untuk balas jejak. Ya Allah... ada yang daripada bulan puasa belum habis lagi aku jejak. dengan masalah line. dengan operasi pindah-memindah yang belum settle sampai sekarang (barang-barang tak ambik lagi. rumah sekarang ni pun tak sttle apa-apa lagi sebab husbennya balik kerja dah penat. nak suruh aku ke? tak larat nak buat seorang dengan budak bertiga ni.) harap-harapnya mampulah melaksanakan dua tiga misi yang aku dah setkan untuk hari ni je.






my foot: hajat nak tulis pendek je. sekali dah taip, adehhh... panjang la pulak.


21 September 2012

Demam Adam dan Hawa belum juga kebah.

sengaja nak bercerita pasal drama yang tengah hangat dipasaran Malaysia ni. hehehe... aku bukan tengok pun. saja je nak join sekaki. sebelum ni baca novel je tapi belum tertarik la nak tengok. kadang-kadang version novel dengan drama ni tak sama. boleh jadi ada orang terlebih feeling baca novel. ada orang lain pulak terlebih feeling tengok abam aaron. (^_^)

ala... mengaku je la. majoriti yang tengok drama ni nak tengok abam aaron je. teruja dengan ketampanan, keromantikkan abam aaron tu. betul tak? hah, tak mengaku le tu. aku pun tak ada la nak bercerita panjang pasal drama ni. dah tak tengok nak cerita apa kan? tapi Aisya Sofea sebagai author novel ni memang best la. aku suka dengan hasil penulisan dia. tak payah nak cerita panjang-panjang sebab semua orang dah tahu ceritanya macam mana. ending pun orang dah boleh tahu sebab buku ni terbitan Alaf 21.

syarat untuk buku-buku Alaf 21 ni mesti ada konflik dan berakhir dengan happy ending. no sad and tergantung ending. sebab usually pembaca nakkan happy ending je walaupun hidup ni tak selalunya berakhir dengan kegembiraan je. tapi tak apa la. dalam novel je. lepas baca boleh berangan hidup sendiri macam tu walaupun realtinya tidak. tak ada salah pun nak berangan. daripada angan-angan boleh jadi kenyataan kecuali angan-angan Mat Jenin ye. angan-angan macam tu tak ada maknanya. berangan la sampai ke sudah. hehehe...








my foot: aci tak taip banyak tu je untuk entry Adam dan Hawa ni? hahaha... saja nak memeriahkan 'majlis'.


Panggilan manja.


masing-masing ada panggilan tersendiri terhadap pasangan masing-masing kan? ada yang guna macam-macam gelaran. aku tertarik nak buat entri ni lepas tengok anak-anak muda zaman sekarang ni la. yang belajar pun tak habis lagi. yang baru form tu pun dok ber'sms' taip papa vs mama la. sudahlah dengan penggunaan perkataan yang kadang-kadang buat otak aku ni terkehel sekejap sebab macam susah je nak baca... aq for aku. cpew for siapa. macam-macam lagi la. perkataan pendek jadi panjang dan yang panjang jadik pendek. huruf k jadi q. adehhh... nasib baik la tak tulis dalam exam macam tu. kalau tak memang kertas kena tampal kat muka la jawabnya.

yang baru form 2 tu siap ada boyfriend, letak panggilan pulak 'papa'. boyfriend letak 'mama'. dalam sms pun guna ganti nama itu la. ada yang guna 'abi' dengan 'umi'. ada jugak yang letak 'Bie' dengan 'Cayang'. mak aihh... tak ke geli anak tekak bila ternampak atau terbaca. yang tak matang dan makan minum mak bapak tanggung pun dok guna panggilan manja.

yang dah kawin macam mana? ada jugak yang dah kawin still ber'awak saya' je ada yang maintan panggilan 'abang saya'. ada jugak 'abang sayang'. aku dengan husben? hehehe... ada la. panggilan tu memang susah jugak mula-mula dulu nak biasakan. sampaikan husben kata tak ada pun guna panggilan tu kat dia. tak guna jugak ganti nama untuk diri sendiri. memang seminggu jugak la nak biasakan sebab dah biasa 'saya awak' kan. tapi lama-lama tu okay je. panggilan tu aku yang tanya dia nak yang mana. dia decide tak nak guna 'abang' sebab too common. rasa macam adik-adik je panggil. upkan sikit panggilan. instead of 'sayang' gantikan dengan 'Ayang'. dan aku panggil suami dengan panggilan 'Honey'. kadang-kadang 'Abah Ibu' je.

kamu dan kamu macam mana? hehehe... (*_*)


Pemberian Jemarisuri.


pemberian daripada Jemarisuri untuk pengomen blognya. aku di antaranyalah kan. hehehe... terima kasih ye JS. dah dapat daripada minggu lepas lagi. husben yang bagitahu tapi saya nak buat entri kena balik sini la snap pic sekeping dua baru boleh buat entri. (*_*)

masa dapat husben siap bagitahu ada benda lembik-lembik je kat dalam ni. bila aku kata buka je la. baru la husben bukak. adehhh... katanya ada duit RM1 jugak. siap pesan kat husben simpan je la duit tu. takut dia combinekan dengan duit-duit lain walhal dah tahu dia kalau duit tu untuk aku dengan anak-anak, dia tak usik langsung. macam tu dapat, macam tu la dia letak semula. tak adanya dia nak combine-combine dengan duit lain. tapi saja aku je la cakap macam tu kat dia. hahaha...

keychain tu cantik. dah selamat guna dah pun JS. combine dengan keychain ladybird Masya. hahaha... terima kasih daun keladi, lain kali berilah lagi. adehhh... apa daa. apa-apa saja pemberian daripada kawan-kawan tetap istimewa pada aku. ada orang kalau dapat kad sekeping pun merungut: "Alah... kad je ke?" boleh pulak macam tu kan? nak bagi tu pun dah syukur. hahaha...





my foot: ada plan jugak nak memberi. insyaAllah... nanti-nati la. buat surprise je. tahu-tahu dah ada. ngeeee...


Letih dan hilang semangat.





my foot: kadang-kadang kita jadi lupa sedangkan kita tahu DIA sentiasa ada untuk kita kan?!


20 September 2012

Review kad raya edisi akhir. Hehehe...

raya dah habis kan? tapi aku baru nak tepek cerita akhir pasal kad raya. ala, yang last je pun. sebabnya kad yang sampai kad Pahang aku dah review. yang samapi kat Johor tak sempat la nak review sebab sampai pun kat tangan husben. dia la tukang koyak dan bacakan untuk aku thru the phone. asalnya dia bagitahu je. tapi aku la yang suruh bukak. nak tahu jugak siapa kan. hehehe...

kad dari Ummi Iman.

dari eca.

kad Elly.


terima kasih ye. eca kreatif sebab hantar kad buatan sendiri yang dah diprint. cantik kertas glossy tu. siapa yang printkan untuk eca ek? akak nak hantar kat eca la mintak eca printkan untuk akak. boleh? hehehe... Elly, next year kaler hijau kasi up pada kaler kuning ye. skip je la kaler merah tu. yang anak-anak aku boleh la kasi merah. muahaha...

terima kasih sebab memeriahkan dan mengembalikan semula nostalgia lama dengan kiriman kad raya kamu dan kamu tu. sangat-sangat menghargainya walaupun yang datang hanya sekeping kad dan sedikit ucapan. apa yang penting ingatan tulus ikhlas tu kan? (*_*)


Sakit dengan ikhlas.







my foot: kadang-kadang bila terlampau sakit, ada sesetengah orang jadi tidak ikhlas menerima ujian pemberian Allah kan?


19 September 2012

Inilah kepalanya.





my foot: ada yang dapat cari dalam masa sepuluh saat. tapi kalau di FB dia mintak cari dalam masa 2 saat je. hehehe... ada yang takut nak cari. takut terjumpa benda lain pulak. adehhhh... (^_^)


~ WW #45 ~ Macam-macam ragam.







my foot: susah pulak nak ambik pic sefamily atas pelamin. masing-masing ada ragam pulak. adehhh...


Spagetti goreng.


masakan dua minggu lepas. my niece bawak balik spagetti. spagetti saja tanpa sosnya. sekolah dia ada jamuan raya dan ada buat spagetti. tapi tu la. bawak balik spagetti nak buat apa kalau sosnya tak ada? bukannya budak-budak kat rumah ni makan pun. aku nak buat sos? malas der. hahaha... sebenarnya belum pernah buat sos bolognese sendiri. setakat beli yang dalam botol dengan tin tu ada la. belum teringin nak buat lagi. dah duduk rumah sendiri ni boleh la cuba resepi-resipi yang ada. wah... cooking plan pun dah ada ye!!! (*_*)

nak jadikan cerita, my sis pun malas nak masak the next day. dia suruh beli kuih je buat sarapan pagi anak-anak dia. tapi masalahnya kuih pulak tak ada banyak. ada sepesen dua je. aku pun beli la sikit-sikit je. buat syarat. tak teringat pulak nak beli roti. balik rumah perut bukan nak makan kuih pun. budak-budak je la makan. aku makan jugak kuih tapi kuih yang aku beli tu aku tak berapa berkenan nak makan. dah tak ada kuih kat kedai, nak buat macam mana.

terpaksa jugak la bukak fridge tengok apa yang ada. nampak ada spagetti tu tapi macam tak tahu nak buat apa. last-last hentam saja la. goreng je macam goreng mee. muahaha... ala, kita yang masak dia dan kita jugak yang makan. bukan mati keracunan pun kalau makan spagetti goreng. sedap jugak apa. my sis kata lagi sedap daripada mee batang aka mee lidi. Azfar makan banyak. 

jadik jangan takut la nak try resepi apa-apa pun daripada western food ni. janji diterima tekak dengan jayanya. kalau tekak sendiri tak boleh terima, memang tak sedap la benda tu. kecuali la kalau tak makan benda-benda pelik ni kan. aku on je. (◕‿◕)


Diuji.






my foot: bertuahlah kita andainya terus diuji dan bersyukurlah kerana DIA sayangkan kita.


18 September 2012

Selamat sampai sudah.

alhamdulillah... tiba ke destinasi dengan selamatnya seawal pagi tadi. ingat nak bertolak balik dari Dungun ke Johor pukul 3 petang. pukul 5.30 petang baru gerak. itu pun dalam sejam lebih gerak hujan turun lebat bukan main lagi. dengan jalan jammednya. pergh... memang salah timing la semalam. lenguh dalam kereta pun jangan cakap la. aku pegang Kak Ngah dengan Azfar sebab dia tak nak dengan orang lain. bila time dia orang tidur memang sakit la sikit badan sebab kedudukan akan jadik statik. seorang aku oegang. seorang lagi baring atas riba. nak gerak-gerak pun susah.

itu belum kira berhenti dua tiga kali. last sekali berhenti Pahang kejap jumpa my dad. insyaAllah... minggu depan balik lagi sebab barang tak sempat nak ambik. kereta penuh dengan barang-barang BIL dengan wife dia including some of our stuff la. terpaksa balik dengan satu kereta sebab  satu kereta lagi rosak. tak sesuai nak jalan jauh. setakat jalan dalam bandar tu okay la lagi. tapi kalau nak bawak balik Johor semula memang jadi masalah la. sampai kat rumah semula pukul 3.30 pagi. sambung tidur la. penat perjalanan tak hilang tengok pulak rumah yang macam kapal pecah. adehh... 

aku rasa kalau dah dua orang lelaki tinggal dalam satu rumah tanpa ada pengawasan memang macam tu la. lelaki bujang lain la. lelaki yang dah kawin ni lain pulak. husben selalu la jugak cakap rumah macam tongkang pecah. tak sempat nak kemas. penat balik kerja terus tidur. kalau tak boleh tidur pun tak ada semangat jugak nak kemas-kemas rumah. menunggu jugaklah si isteri balik untuk kemas the whole house. aku tak boleh start mengemas lagi kalau husben tak ada. kena tunggu dia balik rumah dan tengok anak-anak baru senang nak buat apa-apa. nak tunggu budak-budak ni tidur pagi lambat lagi. pukul 10 baru tidur agaknya. huhuhu...







my foot: update blog kejap dan BW serumah dua sementara menunggu husbenku pulang dari kota. hehehe...


17 September 2012

Dalam pada tak nak tu...

bersiaran daripada kampung halaman husben kat Dungun. hehehe... sementara nak menunggu waktu nak balik tu nak update blog la sikit. mungkin tak singgah blog kamu dan kamu sebab nak update je kan. majlis kawin SIL berlangsung dengan selamatnya. alhamdulillah. hujan turun jugak petang semalam tapi lepas majlis dah berlangsung la. kalau hari sebelumnya tu hujan turun bukan main lebat lagi. habis la bangsal tempat tetamu nak menjamu selera.

husben aku jadi wali untuk kawin SIL ni. dia memang nak abang sulungnya jadi wali. padahal sebelum tu husben dah cakap kemungkinan di tak dapat nak balik. kerja banyak. tapi dah adiknya tu berharap sangat plus dia memang tak nak abangnya yang lain, so husben pun mengalah jugak la. jadik la dia wali adanya. cuma bila aku tany dia tak nak nikahkan adik dia sendiri ke? dia cakap tak nak. biar kadi je la yang buat semua tu.

tapi yang jadi kelakarnya bila dia nak pakai baju melayu semalam dia ada cakap dengan aku macam mana kalau kadi suruh dia nikahkan jugak. berdebar ni. hahaha... aku kata, kalau tak nak cakap je la tak nak. dia pun cakap jugak dia cuma nak jadi wali je kan. bukan nak nikahkan. tapi yang jadinya lain. masa wali kena mintaizin pengantin perempuan untuk nikahkan, aku dnegar kadi tu cakap something dengan husben. macam nak jugak dia nikahkan adik dia sendiri.

memang sahih la dia kena nikahkan. dua kali la dia kena ulang sebab ada saksi seorang ni macam tak berapa puas hati dengan jawapan akad si pengantin lelaki padahal aku rasa semua orang dah setuju termasuk dengan kadi tu sekali. adehhh... kesian kat biras aku tu. mesti berdebar bila lafaz sekali tu tak diterima. nak buat macam mana. dugaan nak kawin macam tu la. huhuhu... lepas majlis aku tanya kenapa nikahkan jugak walhal dah kata tak nak. dia cakap: "Kadi kata lebih afdal wali yang nikahkan adiknya sendiri. Dah kadi nak jugak macam tu, ikut je la." 

hahaha... dalam pada kata tak nak tu, last-last buat jugak. tak apa la. nanti anak-anak boleh nikahkan sendir. dah tentunya abah akan nikahkan dia orang jugak kalau panjang umur. insyaAllah.







my foot: petang ni baru nak bertolak balik. entah pukul berapa sampai tak tahu la lagi. doakan la perjalanan ni selamat ye. nanti BW ke rumah kamu dan kamu.


16 September 2012

Cari kepala orang. (*_*)







my foot: adehhh... berpinar biji mata nak cari kepala orang.


15 September 2012

Saya sedang mencuri masa.

insyaAllah... pagi ni akan bertolak balik ke Terengganu. husben sampai rumah pun dah maghrib semalam. dia kata penat sangat. stress bawak kereta sebab kereta tu lepas hantar servis apa entah boleh pulak semput-semput. kata husben, dia stress sebab nak potong kenderaan pun tak boleh. bawak 80km/j pun dah buat kereta tu macam nak mati. takut jadi apa-apa kat tengah jalan je. kalau jalan tu ramai orang tak apa. macam berbulan dulu masa dia nak balik kampung, tayar kereta tu pancit betul-betul dekat area yang tak ada orang berani nak berhenti. tepi hutan kiri kanan. puas dia lambai nak mintak tolong. last-last ada la hamba Allah tu berhenti. dia pak polisi ya. kejadian berlaku waktu petang. dah nak gelap. memang lagi la orang takut nak berhenti.

hamba Allah yang berhenti tu bercerita kenapa orang takut nak berhenti kat situ. sebab ada kes, this guy bawak kereta. mengantuk dan dia tidur tepi jalan kejap. last-last kena rompak dan tak ada siapa pun yang nampak apa yang terjadi. luckily dia tak diapa-apakan. okay... selamat nyawa daripada harta itu yang lebih penting. kalau sibuk nak selamatkan harta tapi nyawa tergadai buat apa kan? harta boleh cari tapi nyawa? yang satu ni pun entah bila-bila masa je akan dicabut.

alhamdulillah... barang dah siap packing. ini pun ada jugak la packing barang-barang kecik. memang tak sempat nak tengok blog pun. nak blogwalking apatah lagi. curi masa kejap pagi ni sementara nak tunggu anak-anak bangun. sambil-sambil tu boleh la taip entri sekping dua. hehehe... miss my blog already la. plan asal nak balik malam sebelum husben tukar plan balik pagi ni. satu condition kereta tu dia tak berapa pasti. secondly dia penat sangat. aku kerjanya dok punggah baju simpan. punggah lagi dan simpan. barang-barang dah packing. baju yang nak pakai pun dah siap ada dalam beg. bila tukar plan, simpan la baju siang pakai baju malam. bila tukar pulak siang kena la ambik baju yang dah simpan tu dan iron semula. adehhh...

* maaf sangat sebab tak sempat nak tinggalkan jejak. hari selasa la aku try pulun habis ek? pada yang sudi singgah tu terima kasih. pada yang dah serik singgah pun terima kasih sebab sudi jugak datang. insyaAllah... akak kujejaki mu ke mana jua... hingga akhir masa... sayang... eh, termenyanyi sudah. hikhikhik... *


14 September 2012

Bantuan untuk Ahmad Adam Syukri.



setiap hamab Allah akan diduga. begitu juga dengan ibu Adam Syukri. Ya Allah... besar pengorbanan ibunya menjaga Adam Syukri. aku dah add FB Adam Syukri ni. semoga si ibu terus tabah dalam membesarkan anak seistimewa Adam Syukri. hulurkanlah bantuan seadanya. mengikut kemampuan kita. semoga beban si ibu terasa sedikit ringan dengan sikap prihatin yang kita tunjukkan.





my foot: Ya Allah... kuatkanlah hatinya kerana dia ibu yang sangat tabah menerima ujianMU.


13 September 2012

Hujan yang sangat lebat.

masih packing-packing barang. nanti malam la update blog dengan blogwalking ye. adehhhh... banyak lagi yang tak settle ni. bising pulak husbennya nanti kalau tahu packing tak habis. muahaha... mood tak ada nak packing-packing nak buat macam mana. baju nak bawak balik Terengganu dah siap 95%. ada dua tiga helai baju je yang belum siap lagi letak dalam beg. barang-barang yang nak bawak balik Johor pun tengah dikemaskinikan.

JS, tadi husben ada called bagitahu barang dah sampai. terima kasih ye. dah balik Johor baru boleh buat entri. sebab banyak jugak benda yang sampai kat sana. dah stop guna alamat Pahang dah. esok bilik dah kena kemas.  rasa sayang jugak la nak tinggalkan rumah my dad ni. dah besar kat sini. bila time belajar memang banyak duduk luar tapi still balik kampung jugak in the end.

oh ya, blog ni akan bercuti jugak sampai Isnin. kalau sempat online, aku online la. esok dah nak balik. tak tahu ada kesemptan ke tak. Isnin dah nak balik Johor. selasa nak kena kemas rumah. huhuhu... jadual dah packed untuk beberapa hari. itu belum balik lagi tu. (*_*)

sampai ketemu lagi ye. terima kasih sebab sudi jugak melawat blog usang ni. eh, usang ke?! hikhikhik...






my foot: apa kena mengena tajuk dengan entri? sekarang ni hujan. ada ribut-ribut sikit. kena shutdown la.


Teori Charles Darwin.






my foot: jumpa ini kat FB. muahaha... adehhh... tengah nak kejar-kejar packing sebab semalam husben dah tanya dah siap packing semua barang ke belum. BELUUUMMMM!!!


12 September 2012

Alhamdulillah. Positif tak ada talasemia.



penat sikit hari ni. tak sempat nak blogwalking. ada pun seawal pagi tadi je la. itu pun sambil BW sambil buat entri autopublish. dalam pada tu, laptop hanged. adehhh... memang membara la kejap dalam hati ni. tuan tanah ni pulak asal malam je batuk tak henti-henti. perit dah tekaknya. rasa macam dah luka sikit setiap kali batuk. macam mana nak ada suara kalau sekali batuk memang nak terkeluar isi perut. okay... nak buat mukadimah pendek je konon tapi sekali dah menaip tak ada maknanya sikit. ini pun mujur jugak sedar diri. kalau tak mukadimah saja dah berapa perenggan la agaknya.

pagi tadi ke Klinik Pakar di Hospital Pekan. appointment Azfar. masa dia warded sebab pneumonia bulan 7 hari tu doc pakar suspek ada something wrong dengan sel darah merah dia. okay... doc terus suspek talasemia. dia pun terangkan pasal talasemia pada aku. apa risiko dan kalau Azfar kena dia bukan pengidap tapi pembawa. dia tanya ada ahli keluarga yang ada talasemia ke? sebelah husben? sebab kalau sebelah aku mesti dia orang dah detect masa pregnant. setahu aku tak ada la pulak. so doc cakap pucat pada budak berbeza. ada budak yang kena talasemia ni pucat seawal umurnya setahun. ada yang 6 tahun. sebab masa warded tu Azfar pucat. tapi pucat dia aku rasa sebab dia sejuk.

doc bagi suggestion sama ada aku nak buat ujian darah sekarang atau nak tunggu masa umur dia 13 tahun. aku cakap sekarang pun tak apa. masa dia kecik lagi ni. patutnya result boleh dapat dalam masa dua minggu. tapi nurse yang ambik darah tu kata kalau bawak ke Kuantan mesti ambik masa lama. especially kalau yang dia suspek tu tak ada. lambat je dia orang hantar result. doc kata jumpa lagi la bulan 9 dan tarikhnya hari ni untuk ambik result tu. menunggu memang lama. aku sampai dah lupa prosedur yang kena buat bila sampai kat PAED ni. dah pernah ada pengalaman masa Kak Ngah kan. tapi hari ni tiba-tiba jadi lupa pulak Azfar memang aktif sentiasa. habis semua orang ditegurnya. sabar je la.

dan bila sampai turn aku, masuk dan doc tanya aku datang sebab apa. pemalas betul la doc ni. dia boleh baca daripada report pun lagi mahu tanya aku. sebabnya aku tak berapa nak jawab, aku dah tak ada suara. bila dia tanya dan aku jawab dia dok 'Ha? Ha?' penat nak keluarkan suara yang tak ada. dan bila dia check result, jawapannya NORMAL. "Dia tak ada talasemia. Tak payah datang lagi la lepas ni." itu kata doc ye. alhamdulillah... syukur sangat sebab dia tak apa-apa. terima kasih Ya Allah. sebelum ni, masa dia baru lahir dan tengah tunggu turn nak discaj nurse datang bagitahu Azfar kena ambik darah lagi sekali sebab dia sangkut ujian untuk G6PD (glucose-6-phosphate dehydrogenase).



result dia mula-mula tu intermidiate. bila jadik macam tu kena la re-test. adehhh... memang berdebar jugak nak tunggu result walaupun cuma 2 jam je kena tunggu. bila tanya nurse pasal G6PD ni pun dia orang tak berapa nak boleh jawab. cuma dia orang kata jangan makan kacang parang. jangan kena ubat nyamuk. bla... bla... bla... dan usually happened pada baby boy. reason? dia orang pun tak boleh nak explain why. bila dapat result, alhamdulillah lega sangat.

semua orang kalau boleh nak anak yang dilahirkan tu sempurna kan? at least kalau ada sakit sikit-sikit tu biasa la. jangan la yang besar-besar. tapi kalau dah nak kena tu siapa kita nak melawan kuasa Allah. kun fayakun. anak sihat boleh cakap banyak la. tak... siapa yang ada anak-anak sakit kronik memang Allah uji dan kelebihan yang ada pada kamu dan kamu hanya DIA yang tahu. kamu memang insan terpilih dan tabah jugak adanya. aku pun pernah kena uji masa hampir kehilangan Kak Ngah. memang kena kuat semangat. aku salute pada insan-insan tabah yang menerima dugaan daripada Allah ini dengan redha.


~ WW #45 ~ Kongsi sajalah.






my foot: layankan sajalah.


It' time for your check-up!!! Lagu Doc McStuffin la pulak.



hari ni nak bawak Azfar jumpa pakar. appointment dia dekat sini je. macam yang nurse tu cakap la, seakrang ni dah okay sikit sebab pakar akan datang ke hospital setiap hari Rabu. sebarang appointment pun hari rabu. tak payah susah-susah nak pergi Kuantan semata-mata nak jumpa pakar. kalau orang tu berkemampuan okay la lagi kan. kalau jenis yang tak ada duit dengan kenderaan? kenderaan boleh guna ambulans je. tapi nak kena ada duit jugak, betul tak?

sebelum ni aku bawak Kak Ngah untuk refer pada pakar. tapi Kak Ngah dah discaj pun. dah lama. last sekali tahun 2010 kot. kes Kak Ngah sebab dia kena pneumonia. memang penat nak berulang-alik. nasib baik jugak la appointmentnya cuma 3 bulan lepas tu 6 bulan. dah okay, discaj la.

Azfar pun masa admitted hari tu pun sebab pneumonia jugak. tapi tak ada la teruk pun. tapi sebab dia ada kes sebelum ni kan. tapi kali ni bukan refer sebab pneumonia ke apa tapi nak tengok result darah dia. doc kata ada yang tak kena dengan sel darah merah dia. hopefully tak ada apa-apa la kot. insyaAllah. doakan yang terbaik untuk dia ye!!!

petang pulak nak bawak budak-budak bertiga ni monthly check-up. check-up terakhir kat klinik sini. lepas ni apa-apa hal kena buat di Johor la. tempat aku monthly check-up masa pregnantkan Kak Long. just klinik desa je. tak tahu la kalau tempat tu dah makin besar. sebelum ni kecik je. memang kalau mak-mak datang check-up penuh sebab ada anak-anak jugak. adehhh...





my foot: masih berusaha balas jejak sebabnya sekarang ni laptop pulak buat hal. kerap pulak hang. leceh...!!!


11 September 2012

Curi-curi Suka Giveaway.

rasa macam nak join GA je. 
ni GA daripada blogger fames amos jugak.
EQBAL ZACK.
nak join sebelum tarikh tutup 16 September 2012 jam 11.59 malam.
lepas tarikh dah tak dilayan entrinya.

nak join klik SINI.


jom la meriahkan GA ni. mana tahu rezeki dapat novel ni.
aisey... dah lama tak baca novel.
mesti sedap novel ni nih. (^_^)


Cinta biar sampai ke syurga.

tertarik dengan cerita ni masa baca kat FB. untuk perkongsian bersama kan? memang kita tak sempurna tapi kita dah janji kan untuk bersama untuk selama-lamanya. sama-samalah kita tambahkan dan kurang kan apa yang patut dan tidak. peringatan untuk diri sendiri yang alpa.



Lelaki: Assalamualaikum bidadariku. Setiap hari selepas baca Al-Quran, sayang mesti bagi laporan berapa juz dah habis. Kenapa semalam tak bagi mesej laporan?

Wanita: Walaikummussalam. Orang merajuk... :(

Lelaki: Laa... kenapa ni??

Wanita: Semalam Abang ponteng tahajjud!!! Sayang call kejut, Abang tak jawab. :'(

Lelaki: Astagfirullahal'azim. Abang penat campur malas semalam.

Wanita: Tapi dulu abang dah janji nak masuk syurga sama-sama.

Lelaki: Hmm... Betullah tu. Abang mintak maaf. :'(

Wanita: Kalau abang ponteng amal, sayang akan lebih amal.. Bila sayang lebih amal, sayang takut syurga sayang lagi tinggi, abang duduk syurga rendah.. Macam mana kita nak jumpa? Sayang tak mahu berpisah dengan abang. Abang yang janji nak bercinta sampai ke syurga kan?

Lelaki: (mengalir air mata) Semoga ALLAH ampunkan Abang. Malam ni Abang tak malas-malas lagi.


9 waktu mustajab.




10 September 2012

Ibu yang lebih baik.







my foot: semoga kita berusaha untuk jadi ibu bapa yang lebih baik. insyaAllah.


Seminggu terakhir.

tajuk dah macam cerpen la pulak. hahaha... sekarang ni tengah ada mood nak karang cerpen. dah siap dua pages kemudian berhenti. bukan tak ada idea. idea insyaAllah banyak. tapi berhadapan dengan laptop yang tak boleh nak tahan panas ni spoil the mood la. something wrong dengan kipas dia kot. sebabnya, tengah blogwalk ke tengah taip komen pun dia boleh padam sendiri. mahunya tak hangin. mati mood untuk semua benda rasanya. aku dah cakap dengan husben. dia kata nanti beli baru la. hehehe... tapi aku tak ada la mengharapkan laptop baru dalam masa terdekat ni memandangkan kami-kami ni nak masuk rumah yang tak berapa nak baru tu kan. banyak benda nak kena settle. kat situ je dah perlukan 'metropulus'.

boleh je guna cumanya kena sabar lebih sikit la. teruja ke nak pindah Johor. entahlah. kalau dah biasa duduk sesama sendiri je daripada mula mungkin la kot. pindah rumah sendiri kan? tapi sebab anak-anak dah biasa kat kampung dan kita pun dah biasa dengan suasana kampung mungkin la terasa sikit. perbezaan suasana, persekitaran semua. anak-anak kita tengok la nanti macam mana. kalau sebelum ni tempat permainan dia orang luas bukan main lagi. kali ni tak dah. kalau nak main pun kat taman permainan la. itu dia orang sangat suka. kena bawak pergi taman selalu la macam ni.

tapi yang terujanya sebab aku akan uruskan perihal rumahtangga sendiri. time management sendiri tanpa ada campur tangan orang lain. anak-anak pun akan besar ikut acuan kita sendiri. kalau tak susah sikit sebab ada datuk kan? datuk dengan cucu ni lain la pulak. kalau anak dia tangan-tangankan. tapi kalau dengan cucu ni ditimang tinggi-tinggi. adehhh... memang datuk ni kalah dengan cucu. minggu ni minggu akhir la kat sini. lepas tu balik Terengganu untuk majlis kawin my SIL dan terus balik Johor. singgah Pahang kejap la ambik barang mana yang boleh muat kereta. ikut perancangan macam tu la. tak tahu la nanti macam mana.

barang-barang dah packing? muahaha... baru siap satu beg pakaian je. beg pakain yang nak bawak balik Terengganu pun tak siap-siap lagi. belum lagi barang-barang dalam bilik. entah bila nak buat pun tak tahu la. apa daa... dah la barang banyak. macam mana nak buat last minit? kene settle minggu ni jugak sebab Jumaat dah nak balik Terengganu. ada sesiapa yang nak tolong aku packing barang? ngeee... apa yang pasti aku akan rindukan tempat ni. huhuhu...





apa ini:




Kucing.







my foot: dah share kat FB. sekrang ni share kat blog pulak. untuk peringatan sebenarnya.




apa ini:




08 September 2012

Bukan cinta pandang pertama. Bukan juga kelima. Hehee...

pic raya 2012


cinta kami bukan cinta pandang pertama. bukan jugak pandang kedua, ketiga ataupun keempat mahupun kelima. cinta kami atas dasar ingin mencuba. si dia takutkan komitmen. aku pulak? tak payah ceritalah. kenal sudah lama. tahun kedua aku di U. kenal pun melalui majalah Galaxy. aku pening mengadap buku jadinya cara nak release tension cari-cari kawan melalui majalah. masa tu mana ada FB ke sebarang laman social lain. ada pun cuma mIRC (internet relay chat) je. tapi masa tu tak popular lagi. surat-surat lagi fofular. ditakdirkan aku tertarik dengan nama gelaran 'Ya 1103'. tak ada nama penuh. saja je hantar surat. tak ada terlintas pun nak dia balas ke apa ke. balik daripada kelas satu hari tu, terpandang sepucuk surat kat box. balasan daripada mamat tu rupanya. dan bila dah lama baru aku tahu yang kawan dia hantar nama gelaran tu kat majalah Galaxy dengan niat nak kenakan dia la. dan kawannya jugak yang balas kebanyakkan surat yang dia dapat. aku terkecuali sebab aku dapat balasan hasil daripada tulisan tangan dia sendiri.

daripada situ la berkawan. zaman tu pulak handphone barang mahal. memang siapa-siapa yang pakai handphone tu akan diassumed orang kaya la jugak. sampai la tahun 2000 bila mana handphone dah jadik satu keperluan. ada jugak la contact-contact. surat pun still utus jugak. medium utama tu. lepas 4 tahun sembang dalam surat dengan telefon barulah jumpa. itu pun tak ada la aku tertarik dengan mamat skema ni (masa tu la). jumpa pun kiranya masa tu aku nak balik kampung. cuti semester. dia called tanya aku naik bas pukul berapa dan apa plat bas tu. dalam hati dok kata apahal mamat ni sampai nombor plat bas pun nak tahu. masa tu aku naik bas kat Pudu. banyak kenangan kat Pudu. rupanya masa bas sampai kat Kuantan, dia dah tunggu dekat terminal sebabnya dia naik flight daripada Johor. nampak macam sweet je kan? (^_^)

second time jumpa, mak angkat husben hantarkan ke PKNS. mak angkat dia siap cakap: "Girlfriend ke?" eh, cepat je aku dengan dia jawab: "Kawan je." mak angkat dia ckap lagi: "Kalau girlfriend apa salahnya." adehhh... husben kan jenis tak nak ada komitmen. aku pulak bukan suka dia. rupanya dia pun tak suka aku jugak. muahaha... aku siap bawak kawan lelaki yang rapat dengan aku untuk hantar dia ke stesen komuter (dia nak balik Johor semula) dengan harapan dia tak taruh hati la kat aku. ceh... perasan!!! sebab husben kata dia dapat 'mesej' yang aku cuba nak sampaikan walaupun bukan melalui kata-kata. tapi macam orang cakap, jangan tak suka orang lebih-lebih nanti jatuh hati pulak. tapi masa kami decided untuk move on ke step yang lebih matang pun still perasaan suka tu tak ada. masa tu aku rasa dia macam orang yang perlu ada dalam hidup aku (sebabnya dia selalu ada bila aku perlukan orang untuk bercakap-cakap dan kemudian kena dengar ceramah agama - memang dia bagi ceramah agama siap dengan cerita zaman nabi dengan khalifah lagi untuk dijadikan contoh - dia berjam-jam. memang pedih telinga tapi layankan jugak la).

lepas konvo.

sebelum tu kami pernah lost contact. lama jugak. lepas dia pindah daripada rumah sewa dia kat Terengganu tu (masa dia student kat TATI), aku ada called dia tapi dia dah tak duduk situ kan. bila dah tak dapat contact, buat tak tahu je la sampai satu hari tu aku dapat sms. mamat ni dah pakai handphone rupanya. aku dengan confident delete mesej dia. nombor dia senang nak ingat. aku confident la nombor yang aku hafal tu nombor dia. sekali tu salah daa... mujur jugak dia sms sekali lagi. kalau tak memang lost contact forever agaknya. lepas tu la ada jugak aku called dia dan selalunya dia la yang rajin called aku. even time tension masa study pun aku called dia. tengah malam? seawal pagi? memang dia sentiasa ada. actually dia ramai peminat. aku tak tahu tapi daripada 'mulut manisnya' tu memang sahih la kan. even ada sms yang pernah aku baca (masa tu dah kawin) yang this girl sanggup jadik second wife kalau husben aku ni nak. hmmm... ada jugak yang menangis-nangis bila dapat tahu dia sakit dan nak masuk bilik OT.

kami sama-sama ambil step untuk try sama ada kami ni boleh pergi lebih jauh ke tak. memang tak mudah tapi kami cuba jugak. rasanya bila dah declared ni hubungan yang kita pernah ada sebagai kawan dah tak sama. bergaduh tu memang biasa. tambahan pulak masa accepted dia dah tahu dia sakit. dah tahu apa kesan operation tu akan buat pada diri dia. memang nampak sangat walaupun benda tu berlaku secara perlahan-lahan. tapi above all, dia lelaki paling baik plus penyayang. bila aku kata kalau boleh nak konvo dengan dia dah tukar status sebagai suami. memang dia tunaikan impian yang satu tu. kami kawin hari ni, esoknya aku konvo. kenangan yang tak boleh nak lupa sampai bila-bila. walaupun mengalami masa susah dia tetap cuba nak tunaikan apa je semata-mata nak gembirakan family kecik ni. pengorbanan yang memang tak terbalas sebenarnya.

masa dah declared tu pun mak dia siap pesan (sebab masa tu ada budak Mesir sukakan dia. mintak diikat tapi husben aku ni anggap budak tu macam adik je), jangan tunjuk kewujudan aku sampai la budak tu dah kawin. tak lama lepas tu budak Mesir tu kawin. husben panggil dia budak Mesir. jadik aku pun panggil dia budak Mesir jugak la. even husben pernah cerita yang budak Mesir tu ada tanya Ustaz pasal keadaan dia yang tak tenang kat sana. ustaz tu kata dia kena kawin dengan husben aku. tu yang dia mintak husben aku ikat dia. tapinya husben aku tak ada feeling kat dia. nak buat macam mana. aku pernah jumpa mak budak Mesir ni masa aku pregnant 8 bulan. dia datang rumah MIL. masa aku keluar bilik aku dengar dia tanya MIL siapa aku. MIL cakap: "Itu la orang rumah Ya."

untuk setiap kelahiran anak-anak pun dia cuba untuk masuk labour room nak bagi semangat. okay... memang dia dapat masuk pun. walaupun masa Azfar nyaris tak dapat masuk tapi alhamdulillah... rezeki dia. dapat jugak tengok anak lelaki dia lahir. memang dia bagi full support pada aku. eh, dah cerita pasal husben je pulak!!! memang bertuah jugak la kami ni sebabnya tarikh lahir kami pun selang dua hari je. tahun je yang berbeza. ada sejarah jugak tentang kelahiran kami berdua. saksi untuk majlis kawin pun unik je. seorang nama Hashim (kawan ayah aku) dan seorang lagi Hisham (nama biras aku la). kami bukan kaki shopping. jenis suka masuk satu kedai dan pilih. ada masa je suka berjalan-jalan. jenis homely type. tak ada la sunyi je. bergaduh-gaduh manja tu ada jugak sesekali dan anak harapnya kekal jadi pengikat kasih kami. amin!!!

kata husben: "Honey nampak dalam kekasaran Ayang ada kelembutan yang tersembunyi." dan katanya jugak takkan ada Ayang kedua dalam hidup dia. insyaAllah. ngeee... (*_*)


untuk kontest blog Cheqna. siapa yang belum join sila la join.

tarikh tutup 10 September 2012.


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign