✿ Rumah SalYa ✿: August 2012

Fresh from the owner...

31 August 2012

Dapat anak buah baru.

tahniah buat my ex-roomate plus housemate atas kehadiran insan baru. dulu berdua. lepas tu bertiga. sekarang berempat pulak. dulu kena pantang bulan puasa. sekarang ni alhamdulillah, lahirnya selepas raya. bersyukur atas rezeki dan kurniaNYA.

sekarang ni si abang dah ada kawan bergasak. kalau abang lahir dengan berat 2.9 kg, si adik ni lahir dengan berat 3.77 kg. okay... pertambahan berat pada si adik akibat si umi makan segala jenis mak nenek kuih raya. kuih dengan butter dan marjerin. jadik muka si adik boleh tahan bulatnya. gembira sambut ramadhan dengan syawal dengan kehadiran suami di sisi. sambut orang baru pun suami ada jugak menemani. memang happy berganda-ganda la kan.

tahun ni tema kita sama ye... BIRU!!!


tahniah sekali lagi ye Ana atas kelahiran baby boy pada 30 Ogos 2012 jam 11.06 pagi ek? dah lupa masa kelahiran. tapi yang pasti pukul 11 lebih la. Ana kata baby barunya tak nak jadik anak merdeka. nak keluar jugak awal sehari. okay la tu. dia pemalu. malu bila ramai sangat yang celebrate birthday dia nanti.

apa pun, alhamdulillah. semuanya selamat adanya. Ana ni pemilik blog Sesuci Kasih Setulus Hati. lepas ni dia berehat panjang la daripada blog sebab katanya akan berpantang di kampung. kat kampung pulak tak ada akses internet. okay... jumpa lagi sebulan kemudian. hehehe...







my foot: pic cilok daripada FB Puan Ana ye... (*_*)


Anak ayam dikejar musang.

selamat menyambut kemerdekaan yang ke-55 untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana berada. hari ni dah hari Jumaat. kejap je masa berlalu. aku ada masa lebih kurang dua minggu je untuk packing barang-barang. adehhh... lepas tu balik ke tempat asal. rumah my dad ni aku akan jenguk sekali-sekala je kalau berkesempatan nak balik. kalau balik sendiri okay je. entah bagi ke tak husben aku tu kalau aku nak drive sendiri.

pesal pulak tajuk ada anak ayam tapi cerita tak ada pun psal anak ayam. ala, intro biasa la. mesti cerita benda lain dulu baru cerita pasal ayam kan? hehehe... pasal ayam pun nak cerita ke? eh, suka hati aku la. blog aku kan?! (^_^) anak ayam ni daripada ibu berwarna coklat. tapi jarang la boleh jumpa anak ayam kaler kuning macam ni. cantik sangat. actually dah lama tak jumpa. ini first time lepas berpuluh tahun. masa kecik-kecik dulu biasa tengok. dah besar ni biasa tengok pun anak ayam kaler hitam dengan coklat je. balik-balik itu kalernya yang ada kat sini.

ibu dengan anak-anak ayam.

si kaler kuning.

ada tompok hitam kat kepala anak ayam ni.


saja nak buat kenangan entri ni sebab anak-anak ayam ni kalau turun 10 ekor yang hidupnya selalunya kurang dari lima. kalau dulu, masa ada kucing 'pendatang', anak-anak ayam ni kira beruntung sangat la kalau dapat hidup lama. sebabnya kucing tu makan anak-anak ayam. dah banyak kali terserempak dengan aku. dah banyak kali jugak kena kejar dengan anak buah aku ni. operasi menyelamat anak ayam la. tapi kalau dapat pun, anak ayam tu dah nyawanyawa ikan. konpem mati jugak in the end. sekali tu si kucing ni tertangkap. terus ayah aku buang kat tempat lain.

alhamdulillah... anak-anak ayam generasi baru ni dapat la hidup lama sikit. itu pun kalau tak dimakan biawak or benda-benda lain yang keluar waktu malam. tapi anak-anak ayam yang dua ekor kaler cream kuning ni survive sampai sekarang. ada seekor lagi adik-beradik dia orang. tapi yang tu dah mati. kaler coklat. yang tu seekor je kaler coklat tapi hayatnya tak lama. siapa bapak kepada anak-anak ayam ni tak diketahui. apa yang pasti, aku akan rindu suasana ni bila dah duduk kat Johor nanti. suasana taman dengan kampung mana sama kan? but life must goes on. sampai masanya kena berdikari dan hidup sendiri.


Bersin dan alhamdulillah.



Rasulullah bersabda: “Apabila salah seorang di antara kalian bersin, maka ucapkanlah Alhamdulillah dan hendaklah orang yang mendengarnya menjawab dengan Yarhamukallahu, dan bila dijawab demikian, maka balaslah dengan ucapan Yahdikumullahu wa Yushlihubaalakum.” (HR. Bukhari, 6224)


30 August 2012

Susulan kami dan biru.

konon nak buat entri semalam. tapi banyak hal pulak nak kena buat. nak hantar anak buat ke hospital la, cari barang-barang makanan untuk bagi kat kawan-kawan Kak Long makanya tak berkesempatan jugak la nak buat entri lain. tambahan pulak bila ada sikit-sikit rasa malas tu kan. hehehe... malam-malam sekarang ni aku dah tak tidur awal macam biasa. tidur lambat je. bila on laptop, mata pun sama naik pulak mengantuknya. adehhhh... last-last laptop menyala sendirian. itu belum campur bila mata okay tapi line tak okay. hari ni line okay sikit. itu la yang boleh mengadap lebih sikit. lebih ke? huhuhu...

ini ambik kat rumah je.


pic wordless semalam memang ambik kat studio. dah rancang awal nak ambik sebab tahun ni raya kejap kat Pahang, kejap lagi balik Dungun dah. kiranya nak bergambar sakan memang tak sempat la. pagi-pagi dah kena masak. belum lagi kena siapkan anak-anak dengan husben. dengan baju yang tak siap packing lagi. makanan lagi nak kena packing. adehhh... memang rasa macam tak cukup tangan dengan masa. belum lagi masa tengah packing baju ada gangguan lain pulak. kena banyak sabar la. last-last baju packing cukup-cukup je. biasa aku bawak spare. tapi kali ni tak. nak cepat punya pasal.

nak pergi studio pagi-pagi lagi la tak sempat. last-last plan pergi studio on the way nak balik Dungun. lepas bersalam-salaman, bermaaf-maafan... pergi ziarah dua tiga keluarga saudara-mara. by the time nak balik dah tengahari. kiranya masa nak pergi ziarah tu, beg semua dah bawak masuk dalam kereta. dah tak singgah rumah ayah aku lagi dah. terus je balik. Azfar pun dah penat. dah mengantuk. tapi au je holdkan dia dulu. tak bagi susu sebab kalau dia tidur susahlah nak ambik gambar kan? hikhikhik... itu pasal la muka berminyak je nampak. kalau nampak la.


tahun ni pilih biru sebab Azfar. tahun 2010 dah pakai pink kusam. husben okay je. tak ada masalah. aku tak ada la pilih pink striking ke bright pink. pilih pink yang tak menyerlah. sebab aku dengan pink pun tak berapa serasi. ngeee... masa ambik pic ni mujur jugak Azfar tak meragam. walaupun tak tidur tapi dia bagi kerjasama baik. tu yang comel je nampak dalam pic. harus la puji anak sendiri kan? tudung Kak Long dengan Kak Ngah aku beli sebelum puasa lagi. kebetulan tinggal dua tu je. rembat je la kan. dah matching sangat dengan baju. nak carik lain belum tentu jumpa. biras aku pun kata cantik baju tu. semuanya kebetulan. pilih-pilih terus ambik. tak rancang pun nak kaler biru macam ni. cuma decide biru je.

ada jugak yang tanya Kak Long dengan Kak Ngah ni kembar ke? hehehe... tak la. dia orang bukan kembar. tapi jarak dia orang cuma setahun je. kalau orang tengok mesti tanya dia orang ni kembar ke tidak sebab aku suka pakaikan dia orang baju sama warna. kadang-kadang beza pada size. cuma sekarang ni je aku beli sama size kalau size besar tak ada untuk Kak Long. dan pakciknya pun belikan baju sama dengan size yang sama jugak. biasa size beza-beza. tak apalah. janji ada baju kan?

dan aku sangat suka dengan hasil pic ni. memang sweet. kebetulan pulak kaler biru tu nampakkan lagi sweet. nanti nak pilih hijau pucuk pisang pulak la. biru ada, hijau ada. eh, hijau lumut dah ada. tapi hijau pucuk pisang belum. hehehe...


Hari terakhir Kak Long di PASTI.

esok dah cuti. hari ni hari terakhir Kak Long sekolah kat PASTI. start minggu depan dia melepak kat rumah la sampai hari yang sepatutnya kita orang balik Johor. nak balik pertengahan bulan 9 ni. tapi berhentikan dia awal sebab banyak benda nak settle kat rumah ni sebelum boleh pindah. baju-baju tak habis packing lagi. banyak lagi barang yang tak sorting. nak kena prepare untuk balik Terengganu dulu sebab SIL nak kawin. minggu sebelumnya tu nak bawak Azfar ke pakar untuk tengok result darahnya macam mana. doakanlah dia tak apa-apa.

untuk hari terakhir Kak Long ni aku ada sediakan makan-makan untuk budak-budak kat PASTI tu. siap ada sesi bergambar lagi. itu aku la yang request sebab nak buat kenangan dia kan. kenangan dalam blog jugak. in case pic dalam simpanan hilang, dalam blog ada lagi. dia boleh tengok macam mana rupa cikgunya masa dia umur 4 tahun kan? kan? hehehe... eleh, aku dulu pun mana ada masuk tadika. masuk-masuk sekolah terus darjah 1. okay je sampai sekarang. orang lain merasa jugak tadika. tapi aku tak. tak ada jugak nak komplenkomplen. benda dah lepas. lagi pulak masa tu my mom sakit. my dad dah tentunya sibuk nak uruskan my mom.

jom layan pics dia:-

susun atur students. asalnya nak masukkan semua je.

ni dengan budak umur 6 tahun.

Kak Long dengan cikgu kelas sebelah.

dengan kawan-kawan sekelas.

ini cikgu Kak Long ye.






my foot: kat PASTI ni la Kak Long belajar berkawan. belajar ABC, 123, Alif Ba Ta. banyak benda jugak Kak Long belajar kat sini. jasamu dikenang ye!!! (*_*)


29 August 2012

~ WW #42 ~ Kami dan biru!!!





my foot: bersyukur diberi peluang bernafas dan bersama di hari raya. alhamdulillah.


28 August 2012

Mahu check up.



bukan pregnant ye. asal ada tajuk check up ingatnya pregnant je. muahaha... since sendi kat tangan tak baik-baik lagi, lepas urut pun makin sakit, pergi hospital la pulak tengok apa kata MA ke doc yang merawat. dah dua bulan dan sakitnya tak hilang-hilang jugak. tempat yang sakit pun nampak macam bengkak sikit. nak angkat benda yang tak berapa nak berat tangan kiri biasanya okay je. tapi sekarang tak. boleh je kalau nak paksa. tapi sakit sikit la.

masa sampai OPD tengok orang dah ramai. aku sampai pun dah pukul 10.30 pagi. ramai yang nak buat medical check-up untuk kemasukan ke U. teringat zaman aku nak masuk U dulu. pergi medical check-up pun ayah aku temankan. medical check-up untuk kerja pun ayah aku ada sama. adehhh... memang semuanya dengan ayah aku la. apa-apa pun bapak aku tu la yang dok ikut aku pergi sana sini. time tu ayah aku kenal dengan kebanyakan orang kat hospital tu. maklum la bekas staff kan. jadik dia mintak tolong dengan kawan-kawan dia je la. hehehe... cepat je kerjanya.

bila dah register, tengok turn sikit punya lama kena tunggu. masa tu baru nombor ke 63 dipanggil. sedangkan nombor aku 88. lama tu. panjang lagi masa menunggunya. daripada dok menunggu tak buat apa, aku pergi pos kad raya. sempat jugak buat ic baru lagi tu. aku ingatkan kejap je dah boleh dapat ic baru tu. tapi rupa-tupanya kena tunggu 3 bulan. nanti dia orang akan poskan ke Johor la ic aku tu. ambik kat sana je. ada tiga kaunter yang bukak kat JPN ni. sebab orang tak ramai kan. tempat pun kecik je. tapi ada staff tu yang langsung tak senyum. even kita senyum pun dia macam tu je la. at least maniskan la muka tu. bukan kena bayar pun. tak tahu la kalau memang jenis dia air mukanya macam tu kan.



settle ic dan balik semula ke hospital ngam-ngam je angka ke 83 dipanggil. lama sikit dekat JPN sebab thumb print tu tak dapat nak detect ibu jari kanan aku. muahaha... pening kejap kepala dia orang sebab dok scanned ke ibu jari je. scanned belah kiri okay. tapi kanan tak okay. sila settlekan ye sebab itu dah kerja kau orang. saya datang cuma nak buat ic baru je. nanti saya collect la bulan 12 kat Johor. (^_^) bila turn aku jumpa MA, dapat ubat sebab dia cakap, doc akan suggest makan ubat dulu. kalau tak jalan jugak minggu depan jumpa doc. nanti doc akan suggest untuk buat x-ray ke ambik darah ke... apa-apa je la. tapi bila sakit tangan kiri dekat sendi, rasanya macam Arthritis yakni radang pada sendi.

jadi kena habiskan ubat dulu dan tunggu je la hasilnya nanti. kalau still tak berapa nak okay, memang kena jumpa doc. adehhh... doa-doakanlah ubat tu berkesan untuk sendi aku ni. tapi kalau sakit ni adalah yang terbaik untuk aku, redha menerima seadanya. tapi kena usaha untuk ubati dulu kan?


27 August 2012

#@%^$*&^$... apakah?

tajuk tak ada kena mengena dengan entri. aku ada mood nak buat entri. ada mood jugak nak blogwalk tapi line tak ada mood. macam mana? adehhh... sabar je la! memang kena sabar selagi menjadi pengguna broadband kan? semalam dah cakap dengan husben nak pakai streamyx bila dah sampai Johor. husben kata okay je. eh, dia ada cakap apa-apa ke?! muahaha...

aku jejak kamu dan kamu secara perlahanlahan ye. sesuai dengan keadaan line yang tak berapa nak bagus ni. bukan senang nak tunggu dia loading satu-satu page tu. kalau waktu malam tu siap tertidur lagi. sedar-sedar page loading tapi tak keluar apa pun. huhuhu... memang sedih la jugak. celcom memang ada problem sikit la sekarang ni kan? even line phone pun tak berapa bagus dah coveragenya. kadang-kadang kalau sent message tak sampai-sampai. my SIL lagi la. BIL sent mesej sebulan lepas, dia baru replied hari ni. dia kata baru masuk mesej tu. terpinga-pinga la BIL tu bila SIL balas mesej dia.

tadi dah jumpa dengan cikgu Kak Long. dan inform yang this week would be the last week dia sekolah. bulan depan dah nak pindah Johor kan. lepas tu inform the father mintak dia check dengan tadika area perumahan tu pasal kemasukan next year. tadika tu dah jadi dua sesi pasal permintaan ramai. tadika terbaik area situ. husben ada cakap pasal tadika tu sebelum ni. dan jiran depan rumah pun ada cakap jugak. 

dia dah booked untuk anak dia. booked saja RM100. dan anaknya dapat sesi petang. aku tak kisah pun sesi pagi ke petang. sebab memang dekat dengan rumah. kalau tak dapat pun ada lagi tadika lain yang berdekatan. jalan kaki pun sampai. memang tadika banyak tapi kalau boleh nak jugak yang environmentnya bagus untuk anak-anak dan sesuai dengan dia orang. tengok la macam mana keadaannya nanti. so, thursday akan jadik hari terakhir Kak Long kat PASTI. aku ada la nak bagi makan-makan sikit kat budak-budak tu. plus nak ambik pics dia orang ramai-ramai. Kak Long ada la kenangan dia sekolah kat situ kan.


Tukang masak di pagi raya.

raya tahun ni ada semangat sikit nak memasak di pagi raya. mungkin sebab husben yang request kot. kalau tak, aku jadi tukang makan je. malam raya tidur. hahaha... tak tahan mata nak melayan anak yang mengombeng lama-lama ni. lepas tidurkan kesemua anak-anak, aku pun tidur sekali. tidur kejap sebelum bangun nak marinate ayam. asal nak bangun je Azfar ni berbunyi. bagi susu sure tertidur jugak. husben dah awal-awal lagi tidur. dia penat plus tak berapa nak sihat. tambahan esoknya pulak nak drive balik Terengganu. kena extra rehat la.

pukul 1 baru la nak start marinate ayam. itu pun anak-anak ikut sama berjaga. adehhh... start dengan Azfar, kemudian Kak Ngah. last sekali Kak Long. layan jugak la dia orang sambil-sambil nak masak tu. bagi kuih raya bagai. Kak Long orang terakhir tidur. pukul 3.30 pagi jugak la dia tertidur depan tv. tengok cerita kartun la adanya. Azfar lepas menyusu, tidur la. anak-anak aku biarkan tidur kat luar je. senang aku nak tengok kalau ada apa-apa.

Kurma Ayam ni.


mula-mula masak Kurma Ayam. awal pagi masak Kurma Ayam. BIL aku kata tak ada orang pun masak Kurma Ayam sedap termasuk la kakak aku sebab dia nak kuah kurma tu pecah minyak. tak ada maknanya nak melayan. tapi kuah yang aku masak tu memang pecah minyak. ada lagi mahu komplen? hehehe... time aku masak, semua orang dah tidur including my master chef, my sis la. disebabkan tahun ni aku yang masak, dia masak rendang je.

awal pagi masak Nasi Bukhari. wah... first time buat, rasa macam bangga pulak sebab menjadi. bangga sebab husben puji kata sedap. cuma nasi tak perai katanya. aku dah tahu. aku lebihkan sukatan air. dah sah-sah nasi akan lembik sikit. sesuai la dengan dia yang sakit gigi tu. ada oarang lain komplen kata tak sedap ke? lempang nak? hahaha... kakak aku pun kata nasi lembik akibat terlebih tambah air. next time kalau nak masak, kena betul-betul ikut sukatan sebab guna beras basmathi kan. husben kata next time boleh buat lagi. boleh tambah bahan lain untuk jadikan resepi sendiri. (^_^) okay... nanti kita cuba ye cik abang sayang.

Nasi Bukhari.


last sekali goreng ayam. Ayamg Goreng Berempah. husben jugak yang nak makan ni. tapi bila dah goreng makan seketul je. kalau marinate sekejap, rempah tak masuk dalam ayam. kena sehari semalam marinatekan ia baru la sedapnya terasa. my SIL yang makan pun kata sedap. kembang sekejap. sebab my SIL ni cerewet sikit kalau orang lain masak okay. aku tak. jenis okay-okay je. tak kira la siapa pun masak, aku tak pernah nak komplen. makan je. kalau tak berkenan baru la tak makan. resepi pun google. kena cari resepi terbaik untuk penuhi selera husben. dia pun kata sedap. hehehe...

dah dua kali buat Ayam Goreng Berempah ni. anak-anak buah yang baru balik masjid pun masuk je dalam rumah cakap: "Sedapnya bau!" tengok la siapa masak. hahaha... boleh gitu?

tengah goreng.

Ayam Goreng Berempah.


Don't let the world...





my foot: dah ramai start kerja hari ni kan? sekolah pun dah buka. selamat kembali semuanya.


26 August 2012

Saya okay!!!

ini cerita malam masa nak balik kampung tu. malam ke? awal pagi. saja je nak cerita kat sini. time tu aku tersedar lepas terlelap kejap. bila rasa ngantuk, aku tidur. husbennya drive la sorang-sorang sebab si adik pun sama tidur. hahaha... tapi time tersedar tu aku dengar dia berborak dengan adik dia pasal giliran beraya. macam-macam yang dia orang bercerita. si adik bercerita pasal kerjaya dia as a doc yang menuntut banyak masa sampaikan dia kurus kering. doc kurus namanya. si abang bercerita hal lain pulak. sesekali si adik bertanyakan soalan agama dan si abang menjawab ikut pengetahuan dan pembacaan dia.

bila dia bertanya pasal giliran raya (yang mana selama lima tahun kawin ni cuma sekali je beraya kat rumah ayah aku. itupun tahun kedua. tengahari tu dah balik kampung husben), aku dengar husben cakap: "Kak Sal tak kisah. Pada Kak Sal, dah puasa habiskan kat rumah abah, raya rumah Mie okay la." hahaha... memang aku tak kisah. sepanjang lima tahun kawin aku puasa kat rumah my dad. rumah MIL? tak sebanyak puasa kat rumah ayah aku tu. jadik, apa salahnya kalau raya aku bagi turn kat husben.

cuma bila dah pindah ni mungkin kena ada sistem giliran kot. tapi aku okay je. kalau pagi sambut raya kat rumah ayah aku pun, tengahari tu dah boleh balik Terengganu. Pekan - Dungun tak adalah jauh sangat. 3 jam lebih je tanpa jam. tak ada rasa nak berebut-rebut. tak adalah rasa nak bermasam muka nak pilih balik mana. asalnya tahun ni husben langsung tak nak balik sebab dia cuti tak lama. tapi aku la pujuk dia balik jugak ke rumah MIL. sekejap pun tak apa. janji balik. dan dia pun okay je la. aku tahu dia pun mesti ada rasa nak balik jugak tapi bila mengenangkan cuti tak lama dan takut aku dengan anak-anak penat, itu yang dia tak nak balik tu. 

alhamdulillah... raya tahun ni tetap meriah. dapat beraya kat dua-dua tempat. dapat bersalam-salaman dengan semua orang (okay... tak semua orang ye!!!). mintak maaf dengan husben, esoknya merajuk lagi. hahaha... tak bersesak-sesak kat rumah MIL tapi terus dapat duduk banglo. (^_^) tak ada tempat dah kat rumah MIL bila semuanya balik. tahun-tahun akan datang kita tengok la macm mana pulak keadaannya. terima kasih Ya Allah.... atas rasa bahagi yang tidak terhingga ini. dan terima kasih kerana menjadikan aku ini aku. walaupun serba kekurangan tapi masih mampu berfikir dengan baik. alhamdulillah....


25 August 2012

Cuti-cuti terakhir.

ramai blogger yang masih bercuti dan masih jugak dalam mood bercuti jugak adanya. blog pun masih di tahap suam-suam kuku. mana-mana yang baru berblog semula tu mesti mencari semangat lepas puas bercuti kan? hehehe... aku pun macam tu jugak la adanya. nak bercerita macam-macam tapi nak bukak blog tu sikit punya malas. tambahan pulak dengan line yang hidup segan mati tak mahu ni.

hari ni aku keluar ke bandar kejap. cari subang baru untuk Kak Long. subang silver yang dia pakai sekarang ni hilang sebelah. asalnya hari tu hilang bahagian penutup kat belakang tu. puas cari tapi tak jumpa. semalam jumpa penutup belakang tapi bahagian utama suabng pulak hilang. adehhh... pening kejap!!! aku pakaikan dia subang kau. tapi tak boleh lama pakainya sebab subang ni aku pakai tak pernah tanggal. beli sendiri okay. beli emas dengan duit sendiri walaupun tak mahal mana tapi dah namanya duit sendiri memang bermakna sangat la.

tadi cari subang jenis cangkuk punya. ingatkan kedai ada la jual sebelah-sebelah je. rasanya macam ada. tapi kat sini tak ada pulak. kena beli sepasang la kan. dah tu tengok ada subang yang kedai tu jual less daripada harga asal. 50% less. banyak tu. cantik pun cantik. bukan silver tapi stainless steel. ingat nak beli satu je. tapi tak ada adil je rasa kalau beli sepasang je. last-last beli jugak la dua pasang. satu untuk Kak Long dan satu lagi untuk Kak Ngah. dah selamat pakai pun. yang silver tu simpan la. balik Johor nanti carik kedai yang ada jual satu-satu. kalau ada la.

sekarang ni pun masih berusaha nak balas jejak sambil tulis kad raya. hahaha... boleh gitu. susah nak jejak kasih ni dengan line yang tak menentu ni. ada blog yang boleh bukak. ada yang langsung loading sampai ke sudah. tension mak nak!!! nak tunggu tu entah berapa lama la. semalam tak on laptop pun. malam semalam lagi best. layan cerita My Name Is Khan. padahal dah tengok kat ABO. dah tengok My Name Is Khan tu, sambung tengok Fashion kat Zee. Fashion pun aku dah pernah tengok kat TV3. saja ulang tayang tengok. seronok jugak. pagi ni layan Diva, A Christmas Kiss. 

aku  jarang sangat tengok tv. sesekali tengok tu layan sampai habis la. hahaha... asyik tengok kartun je. tepu kepala otak ni ha. kena jugak la layan cerita-cerita selain daripada kartun kan? baru segar minda akak ni. (*_*) okay la... nak sambung blogwalking kejap sementara line masih okay dan tak meroyan ni.





my foot: this week would be the last week untuk Kak Long sekolah. lepas tu nak balik Johor dah. sambung sekolah kat sana pulak. doa-doakan kami selamat tempuhi hidup sendiri ye. amin...


24 August 2012

Review kad raya.

orang lain dah review pasal kad raya sebelum raya lagi. tapi aku ni baru terhegeh-hegeh nak bercerita pasal kad raya yang aku dapat. hahaha... biasa la. dua minggu terakhir puasa aku habiskan kat Johor. biasanya aku guna alamat rumah ayah aku untuk urusan surat-menyurat. cuma minggu-minggu terakhir tu, baru aku bagi add Johor kat kamu dan kamu yang minta. yang mana aku dah bagi add rumah ayah aku, dah sahsahlah kad-kad tu sampai kat sana. jadi masa sampai tak ada pulak aku berkesempatan nak tengok.

bila dah balik kampung hari last puasa tu baru la dapat bukak kad-kad raya yang sampai. bajet glamer la tu. tak adanya nak bajet-bajet glamer. cuma pemberian kad raya ni buat kita rasa happy je berbanding terima kad thru email ataupun sms. betul kan? teruja tu walaupun kita dah tahu siapa nak bagi. hehehe... ada jugak kad raya yang sampai kat Johor time aku ada kat Pahang ni dah. terima kasih pada Elly dan Eca. kad dia orang sampai kat Johor. terima kasih ye Elly sebab bagi empat sampul kecik. tapi pesal kaler hijau je untuk aku? ungu-ungu tak ada ke? muahaha... (^_^)

kad raya yang sampai kat rumah ni yang belum sempat aku buka asalnya ada dua. macam pelik pulak la. ke mana hilangnya kad yang satu lagi. sedangkan kawan-kawan lain dah dapat. musykil la kejap. lepas seminggu baru jumpa kad raya tu okay. nanti update pic kad tu kat sini. sebabnya semalam baru jumpa dan baca. kad tu tersorok dan aku tak rasa pun my sis yang ambik. sebabnya kalau kad or apa je atas nama aku directly dia akan letak dalam bilik. yang ni berada dalam rak tv. tak apa la. janji ada. dan terima kasih jugak la pada remote astro. kalau tak sebab dia hilang, sampai sudahlah aku tak jumpa kad raya tu.

remote astro kat rumah ni sentiasa bergerak-gerak ye. selalu jugak hilang dan selalu jugak la berlaku kejadian tak mengaku hilangkan remote. budak-budak ni suka pegang dan bawak berjalan remote tu. takut berlaku rampasan kuasa kalau letak setempat. ye la... yang ini nak tengok chanel lain. yang tu chanel lain pulak. dan mak bapak ni la kena cari sebelum tuan besar marah-marah. adehhh... cerita pasal remote pulak dah!!!

kad dari Masya.

kad dari Kak Fieda.


terima kasih ye Masya sebab bukan kad kosong je. siap ada keychain ladyburd lagi. cenderahati sebab joint kuiz A'Famosa. dah guna dah. masa mula-mula dapa anak-anak la berebut buat main. teruja dengan ladybird tu la. kaler merah lagi. lepas tu aku ambik la. teringat kunci rumah tak ada keychain lagi. alang-alang tu letak kunci terus la pada ladybird tu. hehehe... pesal la aku rasa ayat aku ni entah apa-apa je. macam pening-pening pulak aku pagi ni. 

Kak Fieda ada bagi aku brooch sebab jadik pengomen tegar kat blognya. brooch cantik tu dah selamat aku gunakan. hehehe... terima kasih ye kak. selain tu, Kak Fieda bagi Azfar duit raya. Kak Fieda kata untuk si kecik je. rezeki Azfar la tu. terima kasih sekali lagi ye kak. pemberian kawan-kawan ni walaupun cuma sekeping kad dah buat hati kita rasa happy je. saya la tu. orang lain saya tak tahu. walaupun kita tak kenal tapi persahabatan di alam maya ni harapnya berkekalan la insyaAllah...






my foot: ada dapat Pashmina. nanti buat entri pasal tu. kad raya untuk kawan-kawan yang dah bagi add tu aku pos Isnin ni insyaAllah.


22 August 2012

~ WW #41 ~ Kreatif kan?!



sumber daripada FB


Raya tanpa online.

as salam...



dah lama tak online. sejak balik daripada Johor ke Pahang dan hari berikutnya balik ke Terengganu, memang langsung tak online. laptop pun tak bawak balik. memang tergesa-gesa sikit la. tambahan pulak tahun ni aku masak untuk menu pagi raya sebab husben yang request nak makan. kena semangat la sikit nak masak kan?! hehehe... penat jugak tapi nak buat macam mana.

bertolak balik daripada Johor ke Pahang seawal jam 12.30 tengah malam. kononnya nak elak jammed la kan. dua kereta berkonvoi. my BIL drive sorang. tapi sampai je dekat Saujana, boleh nampak bersusun je kereta. lampu merah menyala boleh nampak yang seberang sana punya. hahaha... panjang gila. itu belum campur dengan driver yang tak berapa nak reti bahasa dan drive ikut suka je dengan masuk line kiri dan cilok-cilok kat depan.

hmmmm...


semua orang nak balik kampung tapi bila adanya pemandu yang mementingkan diri macam ni memang susah la. jalan clear pun jadi jam. anak-anak mata bertahan betul. pukul 1 lebih baru la tumbang kat seat paling belakang. itu pun dah siap bentang tilam kecik untuk keselesaan dia orang tidur. aku pun tak tidur mana. temankan husben drive. tidur kejap-kejap je. my SIL awal-awal lagi dah tidur dulu. penat kot. sampai rumah dah pukul 4 lebih. memang waktu yang sedang elok untuk bersahur. tak ada la aku makan sangat. biasanya hari last puasa macam tu la. masing-masing dah kurang selera nak makan. my BIL dengan SIL sambung perjalanan balik Terengganu. memang dia orang tak sempat nak balik bersahur pun. berbuka sempat la.

malamnya lepas tidurkan anak-anak kejap dan lepas aku tidur, around 1 am jugak la baru start marinated ayam dengan rempah untuk buat ayam goreng berempah requested daripada husben jugak. lauk masak awal sikit. Ayam Kurma. my sis dah masak rendang awal-awal lagi. pagi esoknya baru start masak Nasi Bukhari sepertimana yang husben nak sangat makan. aku tak pernah buat. kiranya ni first time buat la. dah siap nasi, goreng ayam pulak. dalam pada tu abang aku yang duduknya di Klang baru je sampai kat rumah. raya tahun ni semua orang ada kat rumah la. macam tu jugak dengan rumah MIL.

senyum simpul tu.


bergegas la packing baju, siapkan anak-anak dengan husbennya sekali. adehhh... naik pening pulak. bawak baju pun seadanya. sebab malas nak bawak banyak-banyak. tengahari lepas beraya rumah sedara mara yang mana sempat, terus la kami ni bertolak balik ke Terengganu. aisey... sempat singgah kedai gambar untuk ambik pic sefamily ye. hehehe... aku la request yang itu. last ambik pic kat kedai masa Kak Long baby lagi. dah lama kan? okay... gambar tak siap lagi. takde hal sebab nak balik kampung. nanti dah balik Pekan boleh la singgah ambik. perjalanan okay je. alhamdulillah. jammed pun tak teruk mana. cuma aku la terlelap dua tiga kali sebab penat tak hilang.

sampai rumah MIL memang padat la. tak ada ruang nak ke mana-mana. bilik semua dah kena occupied. hahaha... jadik kami ke rumah my SIL. tidur kat sana. tak tidur kat rumah MIL macam kebiasaan. anak-anak pun happy je duduk rumah baru Ibu Long dia orang. so takde hal sangat la. tahun depan lagi padat. begitu jugaklah tahun-tahun akan datang bila sorang-sorang SIL and BIL yang akan tinggalkan alam bujang. lama-lama rumah SIL aku pun tak muat nak tampung semuanya. muahaha... tapi tetap meriah dan happy juga adanya. alhamdulillah...

tengah makan ni.






my foot: masa untuk balas jejak.


19 August 2012

Selamat Hari Raya 2012.





Minal Aidil Wal Faizin sama-sama...
Mohon maaf andai ada kekhilafan saya sepanjang berblog selama ini.
Andai ada terkasar komen semoga dimaafkan.
Semoga ikatan ukhwah di antara kita senantiasa terjalin mesra.


17 August 2012

Kad raya untuk semua.



asalnya memang aku nak buat entri ni awal-awal lagi. tapi tertangguh la pulak. tinggal seminggu nak raya la baru sibuk-sibuk nak buat entri ni kan? hehehe... tak apa la. raya kan sebulan. tak semestinya kena dapat kad raya bulan puasa je. syawal pun okay apa.

siapa yang nak kad raya nanti send email kat nuranisalya@gmail.com ye. tak pun tinggalkan kat comment box pun tak apa. add takkan dipublish. macam biasa la kan. itu pun kalau ada la yang nak. sebab aku suka budaya kirim kad raya ni. nostalgia tu banyak. rasa macam imbau semula kenangan silam.

sms ke mms or even yang dihantar melalui internet takkan sama dengan kad yang kita dapat by hand ni. kad yang boleh kita pegang, kita baca, kita gelak tengok tulisan tangan si pengirim. ia juga salah satu cara untuk eratkan ikatan persahabatan antara kita yang berkenalan di alam maya ni kan?





my foot: maaf sebab merangkak-rangkak nak balas jejak. tapi aku jejak jugak. cuma ambil masa sikit la. sebabnya laptop ni cepat panas bila on lama-lama. petanda untuk minta laptop barukah? (*_*)


16 August 2012

Berbuka dengan Blog.

dah tak ada makanan sangat ke sampai berbuka dengan blog? adehhh... kesian betul la. boleh kenang ke makan blog ni. bukan blog aku la. tapi cool blog. alkisahnya masa bawak beli barang-barang dapur sikit, budak dua beradik tu sibuk sangat nakkan cool blog. entah apa rasa aku pun tak tahu. kalau sebelum ni dia roang dok pulun Sweet Hut. kali ni nak cool blog pulak. abahnya layankan je. tapi aku la yang kena order. alang-alang dah order tu aku order sekali la untuk aku. buat berbuka nanti la katakan. ngeee...

chocolate untuk budak dua orang tu.

iced lemon tea untuk aku.


masa budak yang ambik order tu tanya nak letak pearl ke tak, aku jawab letak je la. entah apa rasa pearl tu pun aku tak tahu. banyak la pulak dia orang letak. anak-anak langsung tak makan. tak sedap kata dia orang. aku saja je nak try sedap ke tidak ke cool blog ni. pada aku, okay-okay je la. sedap lagi ice-blended yang beli kat pasar malam kot. hahaha... ice lemon tea ni pun macam tak berap nak kena je dengant ekak aku. kalau air tu lain sikit la rasanya. tapi ni rasa macam kureng sikit. itu tekak aku la.

budak-budak ni pun minum tak habis. kalau Sweet Hut punya tu habis la jugak. ini siap satu tu sikit je Kak Long minum. selebihnya simpan dalam fridge. bukan selera dia orang jugak kot. ingatkan nak try ambik coffe pulak masa jalan-jalan baru-baru ni. tapi disebabkan masa dah suntuk dan takut BIL aku kat rumah tu tak makan (sebab dia ingat kita orang beli lauk), makanya tergesa-gesa la kami balik untuk beli lauk tapau. oh ya... minggu ni baru aku masak sebab dapur baru dah selamat dibeli dan dipasang di rumah yang serba tak lengkap ni. hehehe...








my foot: macam ni rupanya rasa cool blog ye?! cool la sangat. (^_^)


15 August 2012

~ WW #40 ~ Tengok apa tu?








my foot: ni berlakon je sebenarnya ni. bukan senang nak ambik gambar budak bertiga ni.


14 August 2012

Doa untuk anak degil.







my foot: untuk amalan.


Ragam Azfar.


Azfar memang kelakar. pandai ambil hati orang. mungkin sebab dia selalu jadik perhatian. sebab tu la kot dia suka buat kelakar tak ingat. sekarang ni kalau ada abahnya, dia nak dengan abahnya je la. berkepit je. kecuali time dia nak tidur or time berjalan baru dia nak dengan aku. demand kan? boleh tahan. kalau kat kampung, petang-petang or pagi-pagi Tok Abahnya bawak berjalan. tapi kat sini abahnya la yang akan bawak dia berjalan. kalau tak pun, malam-malam lebih kurang pukul 8.30 ke aku bawak la dia keluar tengok budak-budak main bunga api.

dah banyak jugak perkataan yang keluar dari mulutnya tu. Kak long masa setahun dah pandai cakap. sama la.  dah pandai panggil 'Yayong' untuk Kak Long dan 'Ngangah' untuk Kak Ngah. Ball disebutnya 'boi'. hahaha... nak mandi dia akan bagitahu 'andi'. air dah tentunya dia fasih mintak. kalau nak makan nasi dia akan ambil pinggan dan cakap 'tacik'. kalau lepaskan dia keluar meamng dia suka sangat. macam baru lepas daripada kurungan. sabar je la. dan Azfar jugak pantang nampak sliding door terbuka. cepat je pergi kat pintu. nak keluar la tu.

cepat je rasa besarnya si Azfar ni. dah macam-macam benda dia buat. panjat sofa. panjat belakang orang. berlari pun dah boleh tahan sekarang ni. adehhh... manja pun lebih. memang terlebih manja la. kalau kena marah dengan abah dia confirm menangis. entah apa-apa la adik kecik seorang ni. baru-baru ni akibat laju sangat berlari daripada dikejar Kak Longnya, dia terjatuh depan pintu. merah jugak hidungnya. takpe... dia akan tetap hensem masa raya nanti. hehehe... insyaAllah!!!








my foot: sedaya upaya untuk balas jejak dalam mood yang tak menentu ni.


ALLAH itu ada.







my foot: kita selalu lupa yang ALLAH itu sentiasa ada untuk kita. setiap saat dan ketika.


13 August 2012

Jangan... tapi...






my foot: sama-samalah kita beramal.


Famous failures vol.2








my foot: ramai yang berjaya selalunya akan gagal dahulu kan?


12 August 2012

Mencari Cinta.



masa belajar dulu Krangkraf adalah tempat wajib aku and the gang terjah untuk buat assignment. senang nak deal dengan dia orang. senang sangat tu tidak la. tapi dapat kerjasama yang baik sangat. masa tu dapat kenal novelis. dapat baca manuskrip asal yang belum diedit. dalpat tengok macam mana dia orang proses cover novel. daripada mula-mula sampai la akhirnya. tengok proses printing semua. memang seronok la. Ana, ingat lagi tak semua tu? okay... bukan nak bercerita tentang itu. tapi nak bercerita tentang novel kat atas ni.

novel ni dah lama. cover novel ni jugak kita orang pernah tengok penghasilannya. siap ada dapat copy lagi. entah aku simpan entah tak, aku pun dah tak ingat. nanti aku cari. salah satu daripada apa yang kita orang kena belajar dulu adalah dengan pergi ke library. cari buku yang paling daif. kemudian design jacket untuk buku tu. memang pening-pening lalat jugak tapi seronok sangat. adeh... melalut lagi!!! buku ni bila baca rasa macam pengalaman diri sendiri je. sebab ada persamaan jalan ceritanya dengan jalan cerita aku. tak payah cari la novel ni. gugel je. baca sinopsis dah. hahaha... ada ke yang nak cari?

bila baca rasa macam... Ya Allah, lima tahun terbazir dengan sia-sia sebab menunggu sesuatu yang tak pasti. hahaha... setia aku ni rupanya. ceh, podah!!! cumanya bila aku start to have a relationship dengan dear husben ni baru la si polan bin si polan ni cakap pasal perasaan dia. tapi kalau tak sebab dia tak ada la pulak aku nak terima husben kan? perjalanan hidup mungkin jadik sebaliknya. setiap apa yang Allah aturkan tu adalah yang terbaik. kita diuji setiap masa. tabah dan kuatnya kita bergantung kepada betapa kita yakin yang kita diuji sebab Allah sayangkan kita juga adanya. mood nak menulis cerpen ada tapi tangan ni macam malas-malas je nak menaip. ngeee...


11 August 2012

Pasar borong Ulu Tiram.



hari khamis first time aku ke sini. husben ajak untuk cuci-cuci mata katanya. dia pun baru tahu pasal pasar borong ni. dan jugak first time datang. daripada Pasir Gudang nak ke Ulu Tiram tu dekat je. ada la dalam 30 minit masa perjalanan kot. tak tengok jam la pulak. lagipun itu laluan biasa kalau nak balik Pahang. cumanya semalam, jammed panjang. Ya Allah... ramai betul yang datang ke sini. husben kata pasar borong ni buka seawal 6 pagi. masa kami sampai dalam pukul 8 tu, kereta dah bersusun kat kiri kanan jalan. ada yang sanggup berjalan kaki sejauh 200 meter. husben tak nak berjalan kaki. kesiankan anak-anak katanya. aku okay je. sebab awal pagi. tak panas lagi kan. cuma penat sikit sebab kena dukung Azfar la. dia tidur on the way nak ke Ulu Tiram. hehehe...

memang dia orang borong sakan la. tapi kat sini kena pandai pilih barang-barang. sebabnya tak semua yang ada tu murah macam yang kita dengar. husben cakap kena perhati betul-betul sebab ada yang datang tu memang beli borong. tapi dia jual jauh sikit daripada tempat yang dia beli boring tadi. harga borong murah. jadik kalau dia jual loose, dah tentunya dia akan naikkan harga. husben nak beli jeans. untuk kerja la. tapi bila pergi kat satu tempat tu dia jual lebih mahal. kalau kat pasir gudang boleh dapat harga dalam RM50 untuk jeans daripada Hong Kong tapi orang yang dia tanya tu jual paling murah pun RM70. itu pun lepas tawar-menawar ye. tudung pun banyak pilihan. kalau jenis pakai size L ke M ke S memang banyak la. nak carik size XL yang aku suka tu susah sikit. last-last pergi beli kat Kip Mart jugak adanya. harharhar...

tapi untuk cuci mata dan cuci duit memang seronok la pergi sini. banyak jugak barang-barang murah. kalau pergi time tak puasa lagi sedap nak berjalan-jalan. kawasannya luas. lagi besar daripada Pasar Borong Pekan  (Kak Ieda tahu la kan Pasar Borong Pekan tu macam mana.) nanti kalau dah permanent balik Johor ni, boleh singgah lagi ke sini. nak beli barang-barang keperluan rumah or just cuci-cuci mata pun okay jugak. sesekali kan? apa salahnya berjalan jauh sikit. at least lepas jugak rindu kat kampung halaman sendiri.

pic tak adanya nak ambik. nak berjalan pun jammed.berlaga bahu ke bahu. pergh... memang kaw kaw la. especially dah dekat nak raya ni, ramai la nak menambah barang-barang kat rumah kan? aku tak ada la shopping gila-gila pun. husben beli jeans. aku beli slacks je. alas kaki untuk rumah dua helai. itu je la. dok memusing je lama. nasib baik jugak la husben ikut sama. kalau dia suruh aku je pergi sorang, confirm tak jumpa jalan balik. sebabnya bila nak balik tu, bertembung dengan kawasan yang aku rasa dah lalu. adeh... mana jalan keluarnya? huhuhu... (^_^) okay, sila ikut husben ye!!!


10 August 2012

Versi komik.








my foot: share daripada FB. hakikatnya nak kawal nafsulah yang paling susah sekali kan?


Solat Dhuha.

09 August 2012

Pencil and Eraser.




sumber daripada FB

I am a parent!!!









my foot: terjumpa ni kat FB. so nak share la kat sini. belum dapat balas jejak. nanti akan try pulun habis-habisan. penat!!! siang dok kemas rumah ni. lepas berbuka nak layan diri sendiri pulak. adehhh... hari ni nak berjalan jauh sikit. husben nak cari jeans. memandangkan dia kerja malam, siang je la masa berjalan. next week dah start kerja siang pulak. terima kasih pada kamu dan kamu yang sudi singgah ye!!!


08 August 2012

Orang ternama yang gagal!!!







my foot: daripada kegagalanlah kita akan belajar sesuatu kan? tengok fames amos kat atas je la. semuanya orang yang kaya raya lepas gagal. share daripada FB.


Mood ke lautkah? Adehhh...


susulan pic WW #39. ni kad raya tahun ni untuk dear husben. actually aku ada buat kad untuk dia. tapi malas nak print. muahaha... kad untuk Kak Long berikan pada cikgu-cikgu dia je yang aku print hari tu. untuk husben aku carik je. pesal entah malas nak print. setiap tahun aku bagi kad kat husben. dah jadik macam benda wajib bagi. walhal, bukan ada apa pun dengan kad. cuma tahun ni aku poskan daripada Pahang. jadinya dia akan dapat kad tu insyaAllah hari Khamis.

biasanya jugak kad yang aku bagi tu mesti ada perkataan 'suamiku'. tapi tahun ni punya tak ada. sebab tak banyak pilihan la. kalau ada pun yang ada music. lama mana sangat bertahan yang ada music tu? lepas dua tiga tahun hilang la bunyinya. pengalaman bagi kad macam tu a few years back. dia bukan tahu pun aku nak bagi dia kad. cara aku untuk gembirakan dia jugak adanya. tambahan pulak dengan kesihatan dia yang kureng baik sehari dua ni. semalam pun dia hampir nak pitam. tapi gagahkan jugak pergi kerja. memang husben kalau demam lambat sikit boleh baik. especially bulan puasa. dia kurang minum air. penambahan dengan sakit yang dia sedia ada. aku sedia maklum tu.

macam dia cakap, lebih baik tak tahu apa sakit daripada tahu. bila tak tahu badan still boleh terima apa je. tapi bila dah tahu sakit, macam-macam sakit lain akan datang. betul jugak tu. badan demand la bila kita dah tahu dia sakit kan? okay... macam biasa, tajuk lain tapi cerita panjangnya benda lain. muahaha... harap bersabar la ye. memang begitulah kalau dah start menaip. banyak benda nak cerita.

tapi mood ada sikit ke laut la sekarang. actually, dah banyak yang ke laut. pagi je la sempat post satu entri. lepas tu nak kena bersihkan rumah ni. memang dah macam tongkang pecah. semalam baru lepas mop lantai kat tingkat bawah. itu pun berdebu jugak lagi lepas kering. untuk sementara ni duduk la dengan keadaan yang biasa-biasa je. aku okay je. husben la cakap kesian kat aku sebab nanti kena masuk dalam rumah ni dalam keadaan rumah yang tak siap renovate. aku okay je. buat sikit-sikit la. tak ada demand-demand. 

daripada hari tu lagi dah aku cakap buat seadanya. aku tak kisah tapi dia kisah sebab dia plan dah apa yang dia nak buat kat rumah tu. husben nak aku masuk cuci kaki je. tapi disebabkan banyak sangat masalah, rumah tu terbengkalai hampir 5 tahun. baru ni la baru dapat duduk dan settlekan everything. sebab baru ni jugak kami start all over from the scratch. aku tak demand. tak pernah demand. Ya Allah... jadikanlah aku manusia yang menerima semuanya seadanya. amin!!! remind me of what my biras had said: "Abang Yik (my BIL) kata Kak Sal bagus sebab tak pernah merungut."

hahaha... nak merungut apanya. cukup makan pakai pun dah okay. biar la tak kaya or senang macam orang lain. at least we still have each other dengan tiga permata hati yang macam-macam ragam ni. itu dah cukup buat aku rasa senang hati, sakit hati dan segala-galanya yang melibatkan hati lagi. hah, kata mood ke laut. sekali taip entri lebih daripada laut dah adanya. muahaha... berdoa agar aku terus jadik isteri dan ibu yang terbaik untuk family kecik aku ni. amin!!!


~ WW #39 ~ Sayangku!!!



Baskin-Robbins untuk Malaysian.



sekalipun tak meanng emas, Baskin-Robbins akan tetap bagi aiskrim free. tapi unyuk dua jam je la. dan untuk tempat yang ada BR je. tempat yang tak ada tu nasib badan la ye. jumpa ni pun kat page NTV7 di FB. siapa yang sanggup beratur panjang untuk dapatkan aiskrim free, boleh la jengah mana-mana outlets BR. sepanjang mana dan adakah dia orang akan tutup tepat-tepat pukul 10 malam tu kita tunggu je la esok. kalau first comes first serves basis, alamatnya yang terkemudian tu just boleh tengok je la kan? hehehe...

siapa-siapa nak makan aiskrim tu good luck and have fun ye!!!









my foot: tak adanya nak ke mana-mana. lagi pulak husben kerja malam. kat rumah pun ada aiskrim jugak apa. makan aiskrim kat rumah je la. (^_^)


07 August 2012

Hati berkarat.








my foot: semoga hati tidak lagi karat di bulan yang mulia ini.

Kad raya pertama.

seronok dapat kad raya ni. mengimbau kenangan silam kan? ngeeee... memang kalau zaman budak-budak dulu selalu je tulis 'Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas'. tak pun, 'Pecah kaca pecah sampan. Sudah baca harap simpan'. betul tak. ada pulak main paksa-paksa balas kad raya. entah apa-apa la. tapi seronok bila tengok kad raya banyak. seronok jugak mencari kad raya untuk diberi kat kawan-kawan. zaman-zaman aku tu dulu, kad raya banyak pilihan. macam-macam jenis ada. daripada kecik kepada besar. memang rambang mata la kalau nak beli tu.

tapi sekarang ni dah tak macam tu lagi. kad raya pun dah tak banyak design. budak-budak ni pun dah tak excited macam mana aku dulu. siap beli yang khas untuk cikgu lagi. hehehe... untuk Alya, aku buat je kad raya untuk bagi kat cikgu-cikgu dia. pada kad tu ada muka dia. kenangan tu nanti kalau dia dah pindah. biasanya aku simpan kad-kad raya yang aku dapat. tak tahu la cikgunya tu simpan ke tak. tapi sayangnya, kad-kad yang aku simpan tu dah masuk dalam perut anai-anai. huhuhu...

kad daripada ch@. hasil kreativiti sendiri tu.

ini pulak daripada wanieys.
.

kad ni sampai hari yang sama. hari Jumaat.  terkujat bila tengok ada kad raya. sampul kad raya daripada ch@ tu terkoyak sikit sebab kena lidi kecik kaler oren tu. tapi aku suka sebab aku suka pelita. si ch@ yang kreatif tu memang la... rajin betul buat kad raya. aku? tak ada maknanya la.

kad raya wanieys pulak kaler gold. cantik kadnya walaupun design tu simple je. terima kasih ye buat ch@ dengan wanieys sebab bagi kad raya. nanti bagi add kamu kat akak ye. boleh la akak balas kad raya tu. seronok ni. mood nak tulis-tulis pada kad raya. eleh... macam bebudak pulak!!!







my foot: pagi ni bersahur hari kedua kat Johor. kalau masa pregnantkan Kak Long pernah jugak bersahur kat sini tapi husben bawak pergi cari kedai makan la sebab time tu dia menyewa. tak ada dapur apa. pukul 4 pagi cari kedai makan nak bersahur. kenangan tu.


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign