✿ Rumah SalYa ✿: July 2012

Fresh from the owner...

31 July 2012

Giveaway by Jemarisuri (JS).

klik SINI untuk join.


nak join GA daripada Jemarisuri.
support GA kawan-kawan.
hadiahnya walaupun simple tapi tetap menarik. 
boleh pakai time hari raya nanti.

rugi tak join. 
cara nak join pun senang sangat.
mana tahu ada antara kita yang bertuah kan?

jom join ramai-ramai.
akak ni tag semua orang yang datang ke blog akak ni tau.
hehehe...

tarikh tutup: 11 Ogos 2012 jam 9 malam.

sempat lagi nak join ni. jom la meriahkan GA kawan-kawan... (*_*)


Kesengalan line tahap gaban!

semalam cuma ada satu entri je. plannya nak taip dan buat autopost macam biasa. tapi sebab malam sebelumnya tidur pun serupa tak tidur, melayan diri jugak la adanya. tak blogwalking jugak. sebab selain melayan diri, kena uruskan banyak benda sebelum hujung minggu ni. hah, ada apa dengan hujung minggu ni? husben la... bila dengar je anak-anak dia demam silih berganti, terus dia nak ajak duduk dengan dia dua minggu terakhir puasa ni. tapi Kak Long sekolah. dia kata tak apalah skip dua minggu. daripada dia risau memanjang, biar la anak-anak ada depan mata bulan ramadhan ni. tapi masa tu tak buat keputusan betul pun lagi. just sms je. macam cakap gurau-gurau gitu.

siangnya dia called lepas habis kerja. dia kata dia ada called my MIL. dan MIL cakap pasal SIL aku yang kerja as a doc kat HSA. adik ku tu applied cuti. kononnya boleh balik dengan BIL aku yang kebetulan kena transfer ke Johor jugak untuk tempoh setahun. dah siap projek baru boleh balik shore. tapi BIL aku ni jenis buat keputusan tak pernahnya tetap. dah la tu, tak inform pulak adiknya. adeh... this week dia orang patut balik Ganu tapi BIL aku ni kena kursus kat Shah Alam for two days. tapi tak bagitahu kat adiknya dia tak jadik balik. husben aku la yang informed. bengang je dia. so, MIL kata macam kesian je kat adiknya. nak balik tapi tak ada orang nak bawak dia balik.

husben sebagai abang sulung of course la rasa serba salah jugak kan. dia kata kalau aku dapat settlekan semua baju raya by this week, boleh la balik Ganu minggu ni jugak. lepas tu terus balik Johor. tapi aku pulak kesiankan dia. jauh tu nak drive daripada Johor ke Pahang ambik aku then baru balik Ganu. petang esoknya dah nak balik Johor semula. bukan sejam dua perjalanan. dia cakap tak apalah, aku boleh drive. eleh... tu kata dia je. dulu masa drive kat Highway Karak nak ke KL, dia kata dia mengantuk. so, aku ambik alih jadik driver. kejap je. tak sampai 10 minit perjalanan dia suruh berhenti. dia kata tak reti nak jaga anak-anak dalam kereta. walhal anak-anak tu bukan kacau dia pun. (*_*)

kebetulan pulak, semalam tailor sms bagitahu baju raya aku dengan anak-anak dara aku dah siap. dan baju husben akan siap hari ni sebab aku hantar kat kawan ayah aku. hehehe... hasil kerja dia kemas. sebab tu upahnya pun boleh tahan la. cuma baju Azfar aku belum inform kat tailor mintak siapkan by this week. senang kan? order je. kebetulan pulak tailor tu tak ambik banyak tempahan this year. so, hari ni nak kena call la. lagipun every year memang hantar kat dia kecuali tahun ni aku try dengan tailor lain. saja nak tukar angin. kalau dah memang rezeki adik aku tu nak balik, balik jugak la kami hujung minggu ni. insyaAllah.







my foot: tajuk lain, cerita dalam entri pasal hal lain. eh, suka hati aku la nak cerita apa pun! sibuk la kau!!! hahaha... adakah sebab hujan yang lebat sangat petang semalam menjadi penyebab kesengalan line ni? Ya Allah... nak buka blog sendiri pun ambik masa setengah jam. dah la tu, kejap-kejap disconnect. last-last tidur lagi sedap. muahaha...


30 July 2012

Menerima dugaan dengan reda.



memang sentiasa sabar menerima dugaan daripada Allah ni. sebab ujian ni untuk menguji keimanan kita kan? kita diuji jugak sebab DIA tahu kita mampu menerima ujian tu dengan hati ikhlas, insyaAllah. aku tak tahulah. tapi sekarang ni musim demam dengan batuk dan selesemanya. alhamdulillah... Azfar dah semakin okay lepas aku bagi dia minum air ECPI dengan jerlun kepala pun dengan air yang sama. mandikan dia bawah air mengalir. bukan rendam dalam tub. semalam demam jugak tapi lepas dia banyak minum air ECPI tu dah nampak improvementnya. tapi walau sakit dia tetap makan dan minum macam biasa. alhamdulillah, bersyukur sangat.

bila Azfar dah makin sihat, Kak Long pulak datang mengadu bagitahu badan dia panas. bila checked, memang panas. bagi makan ubat dan dia elok macam biasa sampai la petangnya lepas mandi dia kata dia sejuk. selimutkan dia dan dia tidur. malamnya dia tak aktif macam biasa. setakat mulut je berbunyi tapi dia tetap je baring. makan pun suap sambil dia baring. adehhh... sakit sendi makik kecik ni kalau demam. Kak Ngah tetap aktif. main dan makan bagai. Azfar pun sama la. makan tetap makan. lepas makan, makan lagi. ngeeee...

cumanya Kak Ngah aku perasan perubahan suhu badan lepas dia tidur. tak lena tidurnya dan badan sangat panas. dia pun kata sejuk nak selimut. mak ni kerap la pulak bangun malam. even sekarang ni pun tak tidur lagi sebab melayan dua orang pesakit. (^_^) aku cakap dengan Kak Ngah: "Tunggu Kak Long baik demam la baru Kak Ngah demam. Mana boleh dua orang demam sekaligus. Kesian ibu." macam la sakit tu boleh tunggu-tunggu je kan? saja je nak sembang-sembang dengan dia lepas aku bawak dia ke bilik air sebab dia muntah dan masukkan ubat terus. baru la lena tidurnya.

Kak Long pun sama. since panas badan dia macam tak turun je, aku masukkan ubat jugak. lepas tu baru la lena sikit tidurnya sampai sekarang. cumanya aku ni jelah yang dok nak tengok macam mana dia orang. panas lagi ke tak badannya. being a mother kan... memang sentiasa risau kalau anak-anak sakit. kalau Kak Long aku tak la risau berganda sebab Kak Long demam dia akan meracau je. nampak itu la, ini la. tapi Kak Ngah ada starter. terlalu panas buatkan dia tersentak sentiasa. tiap kali jadi dia mesti menangis sebab dia pun terkejut jugak dengan keadaan dia tu.

Azfar up sikit sebab Azfar dah dua kali warded. kena extra care la dengan dia. kadang-kadang kita dah bagi yang terbaik untuk anak-anak ni sampai kita rasa, macam mana la boleh demam lagi ni walhal baru je demam? tapi ada la sebab kenapa Allah jadikan kita insan terpilih untuk menerima ujianNYA ini. sepertimana kawan aku sms bila tahu aku berkampung kat wad sebab Azfar: "Kalau aku mungkin dah collapse agaknya kena handle anak-anak masuk wad. Even nak tengok dia orang cucuk monthly pun aku tak sanggup." okay bab cucuk tu memang tak ada pilihan. tengok Azfar buat fisio apatah lagi. tapi kalau untuk kebaikan dia? menerima dengan reda. 

semoga aku menjadi insan yang lebih tabah dan lebih sabar dan menempuh ujian Allah. amin!!!


29 July 2012

Hidangan Barakah di Al-Hijrah.


semalam baru tertengok rancangan ni. dalam pada sakit kepala tu dan melayan Azfar, sempat lagi tengok tv okay. itu pun sebab ambik mood nak lelapkan mata. itu la ubat sakit kepala di bulan yang mulia ni. bukan nak tidur sangat pun. tapi lebih pada rehatkan minda. hahaha... menikmati sakit yang Allah bagi.

aku sebelum tu tengok Singgah Sahur. BIL datang suruh tukar chanel ke Al-Hijrah. bila tukar, rupa-rupanya inilah rancangan yang dia dengan my sis dok cakap tu. pasal chef arab yang pandai cakap melayu suka je sebut: "Suka-suka hati potong, suka-suka hati campak." maksudnya dia ni tak kisah sangat pasal resepi. main campak-campak je dah okay. potong pun ikut suka la. janji masak dengan iman. hah, terbaik!!!

setiap kali dia potong apa-apa je mesti dia berzikir. Ya Allah, bagus tu. siapa yang berkesempatan tengok boleh la tengok rancangan ni. dengar dia cakap campur-campur BI dengan BM. setiap apa yang dia buat ada je selingan dengan zikir. ha, asyik tengok orang putih je masak. tengok chef arab ni bagus jugak apa. hehehe...


Sakit kepala lagi.

Ya Allah... semalam cuaca panas terik je kat sini. aku pulak kena sakit kepala lagi. dalam tempoh seminggu dua kali kena. sakit kepala bulan puasa ni memang mencabar. kesian kat anak-anak je. cumanya sakit kali ni still boleh layan budak-budak ni jugak. kalau last week punya rasa nak pejam je mata. terlebih cahaya pun buat kepala pening. kali ni permulaan sakit kepala tu buat rasa nak muntah. memang sabar je la.

dan Azfar pulak, tiba-tiba je demam semalam. aisey... aku ni memang risau sangat kalau dia demam. memang musim demam sekarang. tapi dia baru je baik demam rasanya. badan baru nak recover ada orang lain yang batuk dengan selesema dengan demam. dok pulak cium-cium dia. memang la... tambahan lagi Azfar susah makan ubat. kalau nak bagi ubat siap berpegang bagai. ubat masuk dalam mulut, tutup hidung. tapi mamat kecik ni pandai la pulak. dia sembur semula ubat tu keluar. adehhhh... tu yang masuknya cuma secoet je.

tapi makan dengan minum alhamdulillah... tak ada masalah. tetap makan dan minum dan mandi macam biasa. siap dia offer diri nak mandi lagi. nanti nak cari air ECPI pulak. bagus jugak air ni buat minum. apa pun, memang jejak tak berkesempatan lagi nak balas memandangkan kesihatan yang tak berapa nak mengizinkn ni. insyaAllah... akan cuba untuk marathon hari ni. pada yang datang melawat tu, terima kasih ye. sayang kamu dn kamu dan kamu juga.


27 July 2012

A gift from Allah!!!


A man asked the wise man: "How would I know if my wife loves me?"
The man replied: "When she does 14 things be assured that she loves you." 
The man asked: "So.. what are the 14 things?" 
The wise man answered:

1- If she likes to hear about your demeanour be sure that she loves you.

2- If she didn’t get angry when you contradicted her opinion.

3- If she becomes sad because of your sadness or anger.

4- If she always tries to create topics to make conversation with you.

5- If she always consults you before she makes something or takes a decision.

6- If she gets very happy when you gift her with something even if it’s a very simple gift.

7-if she always tries to help you or even do some of your tasks.

8- If she worries about you in your absence.

9- If she cares to do what pleases you, and never repeats what angers you.

10- If she doesn’t care about how little you earn (money).

11- If she patiently bears the harm which was caused because of you.

12- If she likes to share whatever you like and cares to become a part of your world and your hobbies.

13- She don’t feel shy of whatever you do.

14- She always gives you good news personally, instead of you hearing from a third party. 

We ask Allah to bless us with true love and to assist us in maintaining it. Amin.


sumber dari SINI.


Saya ditinggalkan. (╥﹏╥)

entri panjang berjela-jela.


sebenarnya, ini nostalgia Ramadhan yang aku takkan lupa sampai bila-bila. tahun 1999 masa aku still belajar lagi. sudahlah duduk jauh dengan keluarga. nak balik raya sendiri-sendiri. tak adanya orang nak datang ambik. tiket balik Pantai Timur selalunya cepat sangat sold out. kalau tak beli awal memang tak balik raya la. nak dijadikan cerita, masa tu aku beli tiket tiga hari sebelum raya. naiknya dekat Pekeliling sebab dekat Pudu tiket dah sold out. masa tu jugak dekat Shah Alam tak ada jual tiket lagi. Tak ada bas pun yang akan singgah ke Pahang. kalau nak balik kena ambik dekat Pudu or Pekeliling. dekat Klang ada, tapi aku tak biasa langsung dengan kawasan tu. lebih baik naik bas kat tempat yang kita biasa naik kan?

aku keluar daripada hostel awal. pukul 3.30 petang. nak elak jammed la konon. bas aku pulak 6.30. kiranya berbuka dalam bas la nanti. aku dah biasa. bukannya tak pernah berbuka dalam bas. dalam kepala dok berkira-kira nak naik bas ke nak naik komuter. last-last buat keputusan naik komuter je la. naik bas nanti kang jammed, dah jadi cerita lain. nak dijadikan cerita dan takdir jugak, hujan turun petang tu dengan lebatnya. Ya Allah, dugaan betul. train sangkut. tak boleh lalu sebab banjir kat Batu 3. tak tahu pukul berapa boleh gerak. memang berdebar dah masa tu. sempat ke sampai ni?

disebabkan train tak bergerak dah sejam lebih, aku tukar planned. turun kt stesen yang train tu berhenti, naik cab. sebabnya naik bas lagi lambat sampai. naik cab pun sama. jammed teruk hari tu sebab hujan lebat dan banjir kat sesetengah kawasan. even pakcik tu cakap, lambat boleh sampai ni sebab jalan jammed teruk. uwaaa... memang rasa nak menangis dah wei!!! tapi aku pujuk diri sendiri cakap sempat ni. padahal dalam masa yang sama, aku tahu takkan sempat sampai. sedih gila. bekal untuk berbuka pun aku tak bawa. konon-konon nak beli kat Pekeliling sebelum naik bas. sebab nanti bas tu akan berhenti jugak kat RnR.




Ya Allah... aku sampai kat Pekeliling terlebih 5 minit. 6.35 petang. basnya? dah bertolak pergi. memang frustrated sangat. macam mana aku nak balik raya? huhuhu... puas fikir dah tu. nampak gayanya kena beraya dengan budak Sabahan dan Sarawakian yang tak balik tu la. memang sedih gila. tak boleh nak fikir macam mana lagi dah. sebabnya bas time raya ni kalau lambat sikit je ada je la yang menunggu nak ambik seat kita. tapi lepas pujuk-pujuk diri sendiri, aku reda je la dengan pemergian bas tu. nak buat macam mana. dah bukan rezeki aku kan? tapi tiba-tiba datang idea lain pulak.

takkan la nak suruh ayah aku datang ambik. jauh tu. masa tu, ikut jalan lama bas ni. highway pun tak ada lagi. aku tried bas lompat-lompat. kebetulan masa aku tanya bas nak ke Temerloh tu ada satu je lagi seat kosong. tak kira la. aku ambik jugak seat tu. dan aku sempat teguk air berkarbonat member aku punya buat berbuka. dari Temerloh, aku mintak la abang aku datang ambik. dua jam perjalanan jugak daripada rumah aku nak sampai Temerloh tu. pukul 12 pagi abang aku sampai. gila lama tunggu kat port bas tu. siap ada orang tu offer nak hantar aku ke balai. bahaya katanya duduk kat situ sorang-sorang. duduk balai la senang. nanti boleh la abang aku datang ambik aku kat situ. nak pergi balai dengan orang tu? tak percaya la aku. siap ada yang ajak pergi rumah kakak dia lagi. dugaan sungguh.

memang aku kenang la setiap detik perjalanan aku hari tu. even keluar awal pun tak boleh sampai on time jugak. kalau dah Allah tak izinkan, makanya kena terima dengan seikhlas hati kerana apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya. masa tu senyum-senyum kelat je la yang aku mampu. berharga tu weh...


Doa untuk amalan.






my foot: selamat beramal.


26 July 2012

Doa.







my foot: untuk panduan kan? kongsi daripada FB Ustaz Don Daniyal Don Biyajid.


Peneroka? Aikkk...?!

tajuk entah apa-apa. saja je tu. aku bukan anak peneroka pun. ini sesi meneroka. susulan wordless semalam. tentang betapa gembiranya anak-anak ni bila kita bagi dia orang keluar rumah. petang-petang boleh la main kejap kat luar sebelum mandi. petang tu pun dah pukul 5 lebih. sebabnya kalau pukul 4 tu pun still panas. anak-anak ai ni manja you. bukan boleh kena panas. nanti lain pulak kejadiannya. ngeee...

kadang-kadang bukan sebab dia orang tak tahan panas tapi panas sekarang ni lain macam sikit. Kak Long baru je baik demam, batuk dan selesema. masih dalam proses baikpulih. Kak Ngah semalam demam, batuk dan selesema jugak. Azfar pun sama. selesema. adeh... baru je baik dari sakit dah sakit semula. puncanya bila ada anak buah ni yang selesema dengan batuk dok cium-cium Azfar. dia kan still dalam tempoh pemulihan walaupun dah nampak aktif lebih daripada biasa. 

tapi setiap sakit yang Allah turunkan ni ada sebabnya. kadang-kadang kita je yang terlupa. okay... sila check!!! peringatan untuk kita yang selalu alpa. adoiii... mukadimah panjang berjela-jela. meh, tengok pics dia orang dulu la ye.







sesi bermain yang menggembirakan. senang hati tengok dia orang happy. tak ada la nak bergaduh 24 jam kan? pening kepala mak ni. hahaha... Azfar kalau dapat keluar meamng dia explore semua benda. adeh... meamng penat la nak kejar dia seorang. bukan apa, risau dia mengutip je. duduk kampung macam ni la. seronok. macam-macam benda boleh main. tapi anak-anak sekarang ni tak macam aku masa bebudak dulu. banyak benda yang aku main yang dia orang tak main lagi dah.

lagi satu kalau dulu, kejap pergi rumah orang ni main. kejap rumah orang tu. sekarang ni dia orang sama dia orang je. tak ada la kawan-kawan datang rumah main. kadang-kadang balik sekolah, tengok tv. lepas tu pergi mengaji. balik mengaji tengok tv. itu je la kerjanya. okay... membebel sudah. muahaha...







my foot: adeh... monitor pulak jammed. apa dah jadi? apa dah jadi? asal nak raya banyak hal jadi. ngeee... sabar je la.


Loyalty!!!






my foot: betul kan? mana yang tahan dengan ujian, akan kekal bersama. yang tak tahan tu, macam-macam boleh jadi. me have been thru this situation. alhamdulillah... survive sampai sekarang.


25 July 2012

Berjiwa halus!!!






sumber rindok


~ WW #37 ~ As free as a bird!!!





my foot: sesi bebas meneroka. bila anak-anak bertanya: "Ibu, boleh tak saya...?" dan aku pulak menjawab: "Pergilah bermain sayang." macam iklan MILO la pulak. muahaha...


Subhanallah!!! Cantik sungguh.






my foot: jumpa pic ni kat FB. aku suka viewnya. suasana macam ni buat aku rasa tenang je. tak pasti la pulak sama ada pic ni dah diedit ke tidak. Maha Suci Allah Yang Menciptakan segala-galanya.


24 July 2012

Sedekah.



Rasulullah SAW ditanya: "Wahai Rasulullah, apakah bentuk sedekah yang paling afdal?"

 Baginda menjawab: "Kamu bersedekah pada bulan Ramadan." 

- HR Muslim



sumber FB

Untuk anak cerdik dan pandai.







my foot: ambil di FB Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. baca dan tiup kat ubun-ubun anak.


Modem rosaklah. (╥﹏╥)



lambat bersiaran pagi ni sebab modem jammed. hahaha… kena beli modem baru la nampaknya. asalnya modem tu elok je. ada sekali tu husben terlanggar papan keyboard, jatuh atas modem. bengkok la. mula-mula ingat tak boleh guna dah. alhamdulillah bertahan la untuk seminggu dua. sekarng ni dah out. memang kena tukar baru. ini pun pinjam my sis punya broadband. ngeee… kalau tak, tak beronline la sampai ganti modem baru. 

sms husben bagitahu modem rosak. ala, itu pun nak bagitahu husben ke? of course la sebab yang kena ganti modem tu nanti dia la. hehehe… nanti dah ada modem baru senang la nak online. buat masa ni berblogwalk seadanya. selagi tak ganti baru, selagi tu la susah sikit nak bw. my sis pun nak guna jugak broadband dia kan. adehhh… 

jadik pada yang datang melawat aku tu, terima kasih banyak-banyak. akan balas jejak tu nanti. insyaAllah… dan alhamdulillah kerana kita masih dipertemukan lagi dengan 4 ramadhan. syukur kerana masih mampu menghirup udara segar di pagi hari.


23 July 2012

Cara betul menjawab salam.

97% muslim yang aku jumpa bila disebut: "Wei, Mat kirim salam..."

Akan dijawab: "Iyee ke? WA'ALAIKUMUSSALAM....."

Okay... nampak macam tak ada masalah kan? Tertanya-tanyakan apa masalahnya? Ya. Memang ada masalah. Jeng jeng jeng........... =.="

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi saw, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya 'waalaikumussalam' tapi.....

"Wa'alaika wa'alaihissalam."

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Ma'il. Ma'il jawab: "Wa'alaikumussalam."

Sedangkan:-

Wa'alaikumussalam = Selamat sejahtera ke atas KAMU. 

Jadi salam Mat kepada Ma'il tak terjawab kan? Sebab Ma'il doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORANG TENGAH.

Manakala:-

Wa'alaika wa'alaihissalam = Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera.

Maka salamnya terjawab.... ^_^ Indahnya Islam...

Note: Hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib. Jadi kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB. 


sumber daripada FB


3 peringkat puasa.



Menurut Imam Al-Gazali, terdapat 3 peringkat puasa iaitu:

♥ Puasa orang awam 
Hanya tinggalkan makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Kurang meninggalkan perkara-perkara makruh dan mengabaikan perkara-perkara sunat.

♥ Puasa orang khas 
Cuba menjaga akhlak dan melakukan perkara-perkara sunat bagi menambahkan kualiti pahala.

♥ Puasa paling khas
Menjaga diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa dan perkara yang boleh membatalkan puasa. Mementingkan perkara-perkara sunat. Anggota badan turut berpuasa dan hati sentiasa berzikir mengingati Allah.


♥ Marhaban Ya Ramadan ♥
~ Selamat menunaikan Ibadah Puasa sahabat-sahanbat ~


Kisah dua beradik.

maaf sebab tak habis BW lagi. hehehe... line ni dah mula nak slow la tu. jadik loading satu-satu blog tu meamng makan masa sikit. hopefully hari ni boleh cover semua rumah kamu dan kamu. ada yang cuma sempat aku baca entri tapi tak komen sebab loading pagenya lambat. nanti line dah okay baru jengah semula dan komen ye?!

ini kisah Kak Long dan Kak Ngah. ada masa kamceng bukan main lagi dua beradik ni. tapi kalau datang waktu 'berperang' tu, Ya Allah... pening la kepala dibuatnya. Kak Ngah rapat dengan Azfar. apa-apa al mesti cari Azfar dulu. tapi tak semestinya dia tak rapat dengan Kak Long. paten anak tengah ni lain sikit kot. dia lebih tenang, lebih bertimbang rasa berbanding dengan Kak Long yang terlebih dominan ni.

walaupun sama-sama lahir tak cukup bulan, tapi perangai berbeza sangat. mulut sama-sama riuh. menjawab cakap orang pandai budak dua orang ni. mengajuk orang pun pandai. memang geram la jadinya kalau dia dah start mengajuk apa orang cakap. (^_^)

ni kes bagi baju tapi tak nak pakai.






my foot: dua-dua permata hati abah dan ibu.

Bersahurlah kamu!!!






my foot: sentiasa bangun sahur walaupun cuma minum segelas air je.


22 July 2012

Pengat Mee Lidi.

ini kenangan masa aku berpuasa kecik-kecik dulu. puasa dengan adik-beradik including ayah seorang. since my mom dah passed away sejak aku berumur 7 tahun makanya semua keperluan, my big sis yang uruskan. budak-budak apa sangat la yang kita tahu kan. masa tu la. bab-bab minum air paip masa bulan puasa tu benda biasa. hahaha... tapi tak ada la selalu. sekali dua je.


ada yang tak kenal mee lidi ke? macam tu la rupa packagingnya. meamng itu la mee lidi yang biasa kakak aku beli. aku tak pernah lagi beli benda alah ni. tak tahu la kenapa. nak kata kurang makan tapi bila kakak aku masak, aku makan je. pernah sekali masak untuk anak-anak buah yang kelaparan kat rumah ni. habis. hehehe... 

aku ada kenangan terindah jugak la dengan mee lidi ni. mungkin aku je yang pernah makan. orang lain aku tak tahu. masa aku kecik-kecik dulu, selalu jugak mee lidi ni dibuat pengat masa bulan puasa. sedap. memang juadah wajib ada. buat pengat tu macam biasa la. macam buat bubur kacang ke pulut hitam tu jugak. cumanya, bila dah siap kuahnya tu last sekali baru letak mee lidi yang dah siap direbus. memang sedap sangat. marvelous. sehingga menjilat jari. hehehe...

tapi tu masa zaman aku kecik-kecik la. bila dah besar, dah tak pernah masak lagi benda alah tu. tak tahu la kenapa. kadang-kadang tu bila datangnya bulan puasa, teringat dengan hidangan mee lidi ni. kalau zaman kecik memang suka sangat. tapi bila dah besar dah jadi tak berapa lalu nak makan walaupun aku teringin nak makan semula. bila aku cakap dengan my sis. dia kata: "Boleh makan lagi ke?" entahlah. nak rasa sikit je kot. entah rasa tu masih sama or tak macam yang aku pernah makan masa kecik dulu aku pun tak tahu. tapi teringin jugak la. huhuhu...

mungkin satu hari aku akan buat jugak. bila? tunggu je la sebab husben tak makan mee lidi ni. lepas dia terkena beli mee lidi dengan perencah semut, terus dia tak lalu nak makan mee lidi. husben cukup alergik kalau ada semut or rambut dalam makanan atau minuman dia. memang dia akan buang terus la. kecuali kalau dia nampak semut tu di saat-saat akhir. tapi balance air or makanan tu tetap dia reject la. 


Agenda Ibadah sepanjang Ramadhan.







my foot: ambil ini daripada FB Ustaz Don Daniyal Don Biyajid. (^_^)


Sakit kepala di bulan mulia.

berbuka seadanya. sebabnya hari pertama puasa ni sakit kepala la pulak. tolong my sis time berbuka tadi pun cuma kupas bawang dengan buat air je. hahaha... dah siap tu sambung semula baring. bila hilang sikit sakit, bangun buat kerja lain pulak. bila sakit, baring semula. makan pun cuma dua ketul roti sosej dengan air bandung dua ke tiga gelas macam tu la. Azfar tidur. mujur jugak dia dah makan sebelum ayah aku bawak dia berjalan-jalan. tidur atas motor.

lepas makan, angkat dia bawak masuk bilik. sambung tidur dalam bilik. sebabnya kalau terus bukak mata lagi sakit berdenyut-denyut dalam kepala. migrain sudah datang ye. Kak Long dengan Kak Ngah bawak diri la. dah besar ni lain la sikit. bangun-bangun tadi tengok anak-anak berdua tu dah tidur. alahai... kesian pulak. tidur seadanya jugak sebab tempat tidur tak sempat kemas. 

Kak Long hari ni puasa sampai pukul 11.10 pagi je. alhamdulillah... tak apa la. niat pun cuma nak ajar dia berpuasa. bukan nak paksa dia. kalau dia boleh berpuasa sampai habis, tu satu bonus. kalau tak tu tak apalah. (*_*)

nak sambung BW kejap. hari ni langsung tak buka computer sebab sakit kepala punya pasal. husben kata macam mana nak ke Johor kalau awal-awal dah skit kepala. meaning siapa nak tengokkan aku kalau dia kerja. boleh je. nanti kalau dah duduk sana, aku kena tengok diri sendiri jugak. hehehe...






my foot: berbukalah kita seadanya ye. jangan membazir di bulan Ramadhan ni. smpai sekaran ni aku tak makan nasi pun lagi. hebat betul perut ni di bulan mulia. kenyang je. (^_^)


21 July 2012

5 Bonus Khas Ramadhan.



Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika Ramadan iaitu:

BONUS 1 
Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kesturi di sisi Allah.

BONUS 2
Para malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

BONUS 3
Allah memperindahkan syurganya setiap hari dan berfirman: "Hampir-hampir hambaKU yang soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu." (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat).

BONUS 4
Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadan.

BONUS 5
Mereka akan mendapat keampunan pada akhir malam (orang yang beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakanya). Mengenai bonus kelima ini, ada sahabat yang bertanya kepada Baginda s.a.w: “Ya Rasulullah, apakah itu berlaku pada malam Lailatulqadar?” Baginda menjawab: “Bukan, tetapi pelaku kebaikan akan disempurnakan pahalanya seusai menyelesaikan amalnya.” (Riwayat Ahmad)





Di petik daripada Majalah Solusi Isu Khas sempena Ramadan dan Shawal No 34


Jawapan untuk ini.


ada yang boleh baca dan ada yang tidak. masa aku mula-mula tengok pun, aku ada jugak cakap dengan diri sendiri: "Entah apa-apa la." tapi bila dapat tangkap perkataan pertama tu, terus dapat tangkap perkataan-perkataan lain. tak ada la susah sangat pun. harharhar... aku pun tak ada la kerah diri sendiri membacanya. cuma bila buat sambil lewa je baru la nampak. kalau sambil berkerut kening tu belum tentu boleh baca.

jom tengok komen-komen kamu dan kamu.




jadik jawapan untuk pic di atas adalah:

* IF YOU CAN READ THIS YOU ARE AWESOME *
(*_*)


20 July 2012

Lafaz dan niat berpuasa.

Boleh baca?





my foot: jumpa di FB. boleh baca?


Checklist Ramadhan







my foot: jumpa ini di FB. sepanjang Ramadhan boleh tengok checklist ni ye. ngeee...


Roti kesukaan saya.


semalam cari roti ni. boleh buat makan sahur. makan dalam bilik je la. sebabnya budak-budak ni kalau awal pagi mudah sangat bangun. nanti susah pulak nak bersahur. kalau Kak Ngah dengan Kak Long tu okay lagi kot. tapi Azfar macam susah sikit la. cuma Ramadhan kali ni plannya nak ajar Kak long puasa. aku rasa dia okay kot. tapi ikut kemampuan dia la nak puasa sampai setakat mana. tengok la macam mana nanti. sebab dia pun macam excited jugak nak puasa.

berbalik dengan cerita roti yang sedap ni. hehehe... my sis orang pertama yang beli. biasa beli potato bun pun yang kosong je. aku tak makan sangat. tapi yang ini ada inti custard kat dalamnya. first time try, boleh tahan jugak rasanya. cicah dengan nes lagi sedap. Azfar pun kalau nampak air mesti nak ciacah semua benda yang dia pegang. keropok pun nak cicah dalam air. adehhh... apa la adik sorang ni. roti ni jenama Top Baker. kalau nak rasa boleh la cari kat kedai-kedai berdekatan anda. (*_*)

tapi roti ni jarang ada. semalam pun tak ada. tak sampai lagi kot. hari tu aku ternampak yang intinya coklat. tapi tak ambik. tak tahu pulak macma mana rasanya. leaps daripada tu tak nampak lagi yang intinya coklat. yang ada pun cuma yang custard ni je la. kalau husben balik sesekali tu, dia sediakan stok biskut dengan roti. in case aku tak dapat nak bangun sebab anak-anak ni la. kali ni kena cari sendiri. huhuhu...

husben belikan.


masa balik hari tu, husben belikan ini. actually dia carikam ini untuk aku walhal aku tak mintak pun. dia cakap dia teringat aku pernah cakap pasal coklat baru ni. tu yang dia cari tu. dia pun tak pernah tengok pun coklat ni tapi tahu pulak dia amcam aman rupa bentuknya tu. dia beli dalam 5 packs. yang ini mini. yang besar macam yang aku mula-mula beli tu dah tak ada dah. alahai... suamiku!!! okay, dah nak masuk Ramadhan dan sekali lagi puasa tanpa husben. kepada yang senasib tu, tak apa la. redha je la kan?  (-_-)


Selamat menjalani ibadah puasa.



my foot: selamat berpuasa untuk semua. semoga kita tekun beribadah di bulan yang mulia ini. terima kasih Bunga Hati Mama untuk doodle cute ni. (*_*)


19 July 2012

Best juga Mara Clara ni.

sekarang ni dok tengok cerita Mara Clara kat TV3. cerita Filipina. sedap jugak walaupun ceritanya sama je macam cerita Indonesia. mesti ada part tukar-tukar anak. ada part nak lindung-lindung tak nak bagi tahu yang dia tu anak orang kaya. tapi sesekali layan tu sedap jugak.


ni la barisan pelakon Mara Clara. kalau tengok muka Clara tu memang geram la jugak. muka orang sombong tak hingat. sementara watak Mara ni stok budak baik-baik. lurus dan jurus je. cliche. tapi layan jugak tu. geram-geram pun boleh tengok jugak. harharhar... asalnya tak ada la aku tengok hari-hari. tapi masa Azfar warded, dok tengok jugak la dua hari berturut-turut. memang layan la.

aku jarang sangat la buat prebiu cerita. sebab jarang-jarang dapat tengok tv. tapi sesekali tengok tu mesti tertengok cerita yang best. cuma tak ada la layan sangat. kadang-kadang tu ada jugak missed. sinopsis cerita ni: Mara dan Clara tertukar semasa lahir. Mara serang budak yang bijak dan manis tetapi dibesarkan dalam keluarga yang miskin. Clara pula seorang budak yang bijak tetapi manja kerana dibesarkan dalam keluarga kaya. Mara dan Clara rapat di sekolah. Tetapi lama kelamaan, Clara membenci Mara kerana dia beranggapan Mara ingin merampas kehidupan dia. Clara banyak menyeksa Mara sehinggalah rahsia mereka terbongkar bahawa Clara sepatutnya menjadi Mara, dan Mara sepatutnya menjadi Clara.

macam mana endingnya kena tunggu je la. tap menengok watak Mara tu, alahai... pemaaf gila orangnya. sampai kena hentak dan warded dek 'bapak'nya tu pun boleh maafkan lagi. tapi keinginan orang ni kita tak tahu kan? tapi bersih gila la hati si Mara ni. tak membalas pun apa yang orang buat kat dia. layan je la. ngeee... (",)








my foot: siapa ada tengok cerita Suri slot Azalea? cerita tu dah habis pun minggu lepas. cuba nak bercerita mengenai betapa baiknya si Suri tu. memang tak ada dendam sikit pun. pure gila hati dia. ada ke orang zaman sekarang ni yang macam tu? hmmm...


Puasa untuk buat fisio.

ini entri last bercerita pasal Azfar kat wad. hari Rabu awal pagi nurse bagitahu mintak puasakan Azfar sebab dia kena buat fisio. puasanya start pukul 9.30 pagi. ahli fisio datang pukul 11 pagi. ada tiga orang yang kena buat fisio ni.

Azfar tengah buat fisio.


tujuan fisio ni untuk sedut segala kahak-kahak yang ada. yang baju putih tu pelatih. yang dua orang lagi tu meamng dah habis belajar. memang kerja kat hospital ni la. first day Azfar buat fisio, yang adik berdua ni dok cerita pasal nak beli LCD tv murah. adehh... sabar je la kan. hari kedua, bercerita pasal biskut raya kot. (",) dengar je la. mulut bercerita tapi tangan buat kerja tak apalah. kecuali la pelatih berbaju putih tu. dia senyap je. ditanya baru dia jawab.

Azfar setiap kali masuk dalam bilik ni mesti menangis. baru sampai kat depan pintu dah menangis. dia dah tahu bilik tu untuk apa. buat fisio ni lagi la. sebab dia kena bedung ye. perasaan ibunya? hmmm... redha sajalah. tapi azfar sekejap je buat. sebab tak banyak sangat kahaknya. lepas dah buat fisio, siap boleh babai kakak-kakak tu lagi. muahaha... oh ya, tujuan puasa sebelum fisio tu tak nak tengah dia orang sedut keluar semula isi perut. sebab tu disuruhnya puasa. senang. tak sedut makanan pun ye jugak. ngeee...






my foot: pada yang bertanya, alhamdulillah... Azfar dah pulih sepenuhnya. dan eB ada tanya apa maksud IZZ kan? IZZ tu maknanya KEKUATAN.


Ini pula makanan kami.

kalau semalam bercerita tentang katil kat wad. hari ni nak bercerita tentang makanan la pulak. hari pertama warded, aku mahupun Azfar langsung tak makan tengahari. sebabnya aku dengan dia tidur. dia tidur of course la sebab demam. aku tidur sebab sakit kepala sangat. Ya Allah... memang migrain teruk la kejap. tapi sebab anak punya pasal, redhakan je la sakit tu. mujur jugak Azfar tak meragam. makanan tengahari pertama tu ada ayam tapi tak berselera la.

hari kedua dan ketiga berasaskan ikan menunya. pagi Selasa makan nasi goreng. pagi Rabu mee. pagi Khamis Pau dan pagi Jumaat tu mee. lauk makan tengahari memang tak menyelerakan. tapi sebab malas nak beli kat kantin, aku makan apa yang ada. walaupun tak habis, janji makan. aku pun bukan jenis memilih sangat. makan je apa yang ada.

inilah sajian tengahari ye. bubur tu untuk Azfar.

aiskrim ni pun hidangan wajib.


disebabkan Azfar Tonsil Diet, aiskrim memang wajib ada. aiskrim tu untuk dia la. masa warded dulu pun macam tu jugak. sebab Tonsil diet jugak. aiskrim memang wajib ada. untuk dua kali hidangan tengahari Azfat tidur, jadik aiskrim tu aku la makan. kalau simpan pun buat apa. cair. bukan mamat kecik tu nak makan lagi dah. bubur tu pun dia makan sikit je. selebihnya dia bedal nasi jugak.

masa abahnya balik tu la baru dia makan hampir setengah pinggan. itu pun abahnya yang suap. kalau dengan aku dia tak nak. nak makan nasi jugak. kalau abahnya suap roti, dia makan elok je. kalau dengan aku? jangan harap la. dia mesti nak pegang sendiri. mengada-ngada kan?

ini menu hari Khamis.


hari Khamis makan sedap sikit la. nasi ayam. bubur memang wajib ada. untuk Azfar. tapi dia makan nasi jugak. ada ayam sup dengan ayam panggang. dua-dua aku makan sebab Azfar lebih pada sup je. bagi ayam, kejap lagi dia buang. apa la Azfar ni. dan petang Khamis tu jugak makan nasi ayam lagi. yang itu abah belikan sebab abah baru sampai daripada Johor. walaupun aku kata tak payah balik, tapi dia nak balik jugak. ikut je la. selagi dia tak tengok anak dia, mesti risau lebih. kerja pun serupa tak kerja jugak.

dan menu untuk hari Jumaat kami tak makan sebab pergi makan kat kantin hospital. hehehe... masa tu dah discaj. tunggu surut dengan kad TAC je. abah dah lapar. tu yang bawak anak-anak makan kat kantin je. alhamdulillah... makanan kat wad ni walaupun dia bagi ikut diet, still boleh makan. kalau kat bahagian baby jaundice tu lagi seksa. kalau seminggu kat situ, seminggu tu lauk yang sama je. tak lalu dah anak tekak ni nak makan. ikan pun ikan yang sama. kalau kat rumah tu ada la variety makanannya kan. adehhh...


Segmen : Nostalgia Ramadhan..

nak join klik SINI.


mood awal-awal pagi ni rasa macam nak join je segmen ni. tambahan pulak bila imbau Nostalgia Ramadhan. banyak kenangan aku dengan bulan ramadhan ni. aku teringat la masa zaman aku remaja dulu. bila nak kena memasak untuk berbuka sebab my sis semuanya kerja. masa tu nak kalau nak masak lemak ke apa ke... kena kukur kelapa. bukan mesin. sebab masa tu mesin kelapa ni ada kat kedai-kedai je. 

Ya Allah... nak habiskan sebiji kelapa tu rasanya makan tahun. adehhh... mana nak cukup energy yang tinggal sisa tu. hahaha... kukur dengan gigihnya. tapi sekarang ni kukur kelapa tu pun dah tak ada lagi. dan kenangan kukur kelapa tu tetap terpahat dalam ingatan sebab kami adik-beradik ayah yang besarkan sebab arwah mak dah lama meninggal. semuanya kami adik-beradik yang uruskan sendiri. aku berterima kasih dengan kakak sulung aku sebab tak pernah missed sediakan baju raya dan kasut raya masa zaman aku budak-budak dulu.

satu lagi bila dah kahwin. first time puasa sebagai husband dengan wife. aku muntah teruk hari pertama puasa. masa tu pregnant. tapi sebabkan nak puasa jugak, teruskan la sampai ke akhirnya. memang dah muntah hijau dah. alhamdulillah... dapat puasa penuh tahun tu walaupun puasa dengan husband pun cuma beberapa hari je. sebabnya? dia hantar aku balik kampung. takut nak tinggalkan aku sorang-sorang kat rumah. dia kerja. jadik apa-apa time tu dia mesti susah hati. tak ada la nak merasa sangat berbuka dan bersahur dengan suami kali pertama berpuasa sama tu.

dan tahun tu jugak merasa pergi terawih dengan suami. Ya Allah... jalan kaki ke surau. rasa syahdu sangat. ada sekali tu pergi dalam keadaan cuaca elok. tengah-tengah solat tu, angin dah mula bertiup dan hujan pun turun. balik daripada surau berkongsi payung. perasaan tu rasa lain je. tenang sangat. satu lagi kenangan masa terawih ni time belajar dulu bilamana imam (sahabat kami juga) tertinggal satu rakaat. dalam pada haru tu kami yang saf perempuan ni teruskan solat sendiri sebab imam pun tak sedar rakaatnya tertinggal. macam mana tu? 

dan kami satu bilik masa belajar dulu pernah berbuka lambat hampir 15 minit gara-gara tak sedar dah masuk waktu. sebenarnya memang tak tahu. radio tak ada. harapkan azan? langsung tak dengar apa-apa. last-last tanya jiran depan bilik yang dah kenyang makan. tapi kami still boleh gelak-gelak sambil makan. kami tahu itu akan jadi kenangan selamanya. dan paling poyo bila kelentong pak guard time keluar sahur. harharhar... waktu outing budak perempuan untuk bersahur sampai pukul 12 je. lepas tu turn budak lelaki pulak. strict jugak tempat ni. tapi walaupun dah habis time, kami kelentong pak guard kata tertinggal barang semata-mata nak tengok budak lelaki keluar outing. bengong kejap rasa. (*_*) 

banyak nostalgia yang tercipta tapi cukup la untuk aku senyum sendiri dan mengingati semuanya. pada yang nak join tu segmen ni sampai 22 JULAI je. jom la share nostalgia-nostalgia kamu pulak. nak tag? semua yang baca entri ni sebab setiap nostalgia kamu adalah kenangan paling berharga dalam diri kan? selamat berkongsi ye.


18 July 2012

Kenapa dengan Azfar?


ramai jugak yang bertanya kenapa dengan Azfar kan? tiba-tiba je warded. aku dah buat entri pasal tu tapi in case ada yang tak mengikuti, jadik aku bagitahu la kenapa. ceh... poyo je aku rasa ayat aku ni. harharhar... Azfar warded sebab ada jangkitan kuman dalam darah dia. sebenarnya sebelum warded tu Azfar demam dah 6 hari. tapi tak bermaksud aku tak bawak dia pergi klinik. bawak. tapi demamnya on dan off. klinik pulak tak bagi antibiotik. sementelah, Azfar memang susah nak makan ubat. makan pun keluar semula. 

jadik, bila dia demam sampai menggigil badan dan lebam biru bibirnya, aku bawak ke ER pukul 2.30 pagi sebelum doc bagi result darah dia. masa tu dah masuk drip semua. doc kata kalau jangkitan kuman tu dalam belas-belas je dia dah bagi balik. tapi yang ni dalam 20. Azfar pulak kecik lagi. jadik dia mintak ditahan kat wad je la. masuk wad demam dah okay sebelum demam semula tengahari tu. demam dia pulak cecah la 39 lebih. tapi lepas demam tu, dia tak demam lagi dah. tapi doc tahan sebab nak bagi antibiotik ikut drip la. 

kalau ikutkan dia nak discaj. tapi bila tahu susah nak makan ubat, kena tahan untuk 3 hari lagi sebab antibiotik tu pun untuk 3 hari. lepas tu la baru discaj. tapi yang bagusnya, walaupun demam, Azfar aktif je macam biasa. makan minum tetap okay. alhamdulillah... bersyukur sangat la. cumanya doc kata ada kelainan sikit dalam sel darah merah dia. tapi yang tu tunggu result bulan 9 nanti.

itu je la ceritanya. tapi pengalaman duduk kat wad kali ni berbeza sikit. apa pun, Azfar dah sihat. alhamdulillah...


~ WW #36 ~ Makan Tetap Makan!!!






my foot: makan itu wajib. hahaha... ada dua tiga nurses yang tegur: "Muhammad Izz Azfar ni pernah masuk sini tak?" aku cakap la pernah. kemudian dia orang cakap: "Patutlah. Sebab nama tu macam pernah tengok." okay... Azfar glamer kejap. dan ada nurses yang panggil dia 'Izz'. doc panggil dia 'Appa' dengan 'Comel'. (*_*) doc yang rawat dia pun comel walaupun ada kekurangan pada sebelah matanya.


~ WW #35 ~ Pesakit Yang Happy!!!








my foot: walaupun sakit tetap happy. (*_*)


Katil kami di wad.


ada yang bertanyakan tentang katil kat wad kanak-kanak. lupa pulak nak print screen komen siapa tu. memandangkan cpu ni zaman dinasour, kadang-kadang dia buat kerja lambat sikit. tu yang jadik lupa nak print screen komen tu. apa pun, yang bertanya tu macam tahu-tahu je aku ada ambik pics katil wad kan? hahaha... saja nak ambik buat kenang-kenangan untuk Azfar. sebab masa warded sebelum ni, katil yang kita orang dapat katil lain. kita orang duduk pun kat bahagian baby yang kena jaundice. masa tu wad penuh. sampai tak cukup katil.

katil yang kita orang duduk dulu pun betul-betul depan tv. memang bahagian baby kena jaundice tu ada tv. meaning, mak-mak yang bosan tak ada la bosan sangat sebab tak ada benda nak tengok kan. katil yang kita orang dapat sekrang ni memang khusus untuk kanak-kanak. tv letaknya kat tempat lain. kena berjalan sikit la kalau nak tengok tv. katil kat bahagian kanak-kanak ni ada da jenis. satu yang panjang dan satu lagi yang kontot. yang panjang tu memang muat la untuk anak dengan mak tidur sekali. especially Azfar yang breastfeed lagi. kalau atuk kat sebelah aku tu dapat katil kontot. kesian jugak dia.


nampak perbezaan dua buah katil tu? yang kontot tu khas untuk kanak-kanak je. orang tua kena tidur atas kerusi boleh lipat yang dia orang dah sediakan. tapi macam atuk tu kesian jugak la sebab dia meamng tidur dengan Ayu. sebabnya Ayu tu malam-malam nangis. tidur atas lengan atuk, atas dukung atuk. jadik kalau atuk tu berlunjur memang sakit kaki la alamatnya. tapi kalau kat wad ni biasa la. pukul 6 dah kena bangun. sebab nanti kalau PPK datang nak buat kerja dan kita tak bangun lagi, dia akan kejutkan untuk kemas selimut dengan betulkan cadar tu.

katil aku tu hari pertama je dia orang kemaskan. itu pun sebab Azfar tumpahkan air sikit-sikit plus makan biskut atas selimut tu. muahaha... jadi ada stain la. kotor kena la tukar kan. hari-hari berikutnya dia orang tengok je sebab selimut tu aku tak usik pun. macam mana rupanya masa dia orang lipat masa tukar tu, macam tu jugak la keadaan pagi esoknya. selimut tu tetap macam tu jugak. lagi satu palang penghadang untuk katil panjang dengan katil kontot berbeza ketinggiannya. paling tinggi katil panjang punya penghadang tu macam dalam pic tu la. kalau yang katil kontot tu memang tinggi. budak macam Azfar nak angkat kaki sampai ke atas pun tak boleh.


17 July 2012

Tiga kali tukar.


kenapa Azfar takut dengan orang lain? aisey... dia pada asalnya memang tak berapa nak ramah dengan orang la. masuk je setahun dia jadi manja plus tak nak dengan orang lain kecuali aku, the father dan ahli keluarga terdekat. pesal entah jadik macam tu. redha je la. tapi jenis Azfar ni kalau tak nampak aku dia okay je sikit. tapi dah nampak tu jangan harap la dia nak berhenti menangis. pening kepala mak ni.

masa dia orang nak masukkan line kat tangan dia tu, dia orang carik kat tangan kiri. tapi tak jumpa. memang nampak bekas cucuk dalam tiga ke empat macam tu la. last-last cari kat tangan kanan. baru la dapat. itu kat tangan kanan la dripnya tu. tapi Azfar ni pulak tak boleh nak duduk diam. dia siap suruh 'kak' lagi. meaning, dia suruh bukak balutan kat tangan dia tu. bila aku kata tak boleh dia ketuk-ketuk tangan kat palang katil. lepas tu main tarik-tarik pulak. adehhh...

sudahnya? memang tercabut la benda alah tu masa nak pergi ambik darah. nurse siap kata tak pasal-pasal kena cari line baru. bukan sneang nak cari line kalau urat tersembunyi. disebabkan yang kat bahagian tangan tu tak boleh guna, nurse kena cari kat tempat lain pulak. tangan kiri dia tak cucuk dah sebab dia tengok banyak sangat kesan cucuknya. so, dia pilih kaki. aku tengok la sebab Azfar tak nak dengan orang kan.


alhamdulillah... sekali cari je dah dapat. kali ni kat kaki kanan. adehhh... dah la Azfar jenis suka merayap-rayap. kalau kat kaki mesti sangkut jugak nanti. mula-mula tu okay je la. tak ada masalah apa pun. masuk ubat semua okay. petang tu pun masuk ubat okay jugak lagi. tapi malamnya nak masuk ubat? saluran drip tu tersumbat. adoiii la... bila jadik macam tu maknanya kena cari line baru.

nurse pun kata nak buat macam mana. Azfar kan kena masuk antibiotik untuk tiga hari. salah satu sebab dia susah nak makan ubat. itu yang masuk ikut drip tu. setiap pagi akan dengar sorang budak ni (umur 6 tahun) dok meraung cakap sakit. kesian sangat. ayah dia yang jaga malam-malam. siangnya mak yang ambik alih. budak tu kena demam kuning. jadik ubatnya pekat sikit dan ada dua jenis. dua pagi akt situ memang dengar suara budak tu je la.

sebab apa drip kat kaki Azfar tu tak boleh guna dan tersumbat? Azfar ni kan ke lasak. walaupun tak berapa nak mesra dengan orang, dia still boleh main-main sendiri. ini la sebabnya:


relax je dia berjalan ke sana sini tanpa pakai selipar mahupun kasut. dia mintak selipar tapi aku lupa nak bawak. kalau dah ada benda alah tu kat kaki nak pakai kasut or selipar macam mana? banyak berjalan la jadik macam ni. last-last kena cari line baru. kali ni nurse lain yang buat. yang ni cucuk tangan kiri. dah jumpa line bengkak terpaksa cabut. buat pulak kat tangan kanan. tapi yang kat tangan kanan ni hari last awal pagi untuk masuk ubat tesumbat pulak lagi. tapi nurse pagi tak cari line baru dah. just bagi ubat guna syringe je.

ibunya ni memang tengok setiap kali dia orang cucuk untuk cari line baru. sakit? mungkin la pada budak sebab selagi tak dapat tu dia orang godek jugak. bukan sekali dua kena cucuk. berkali-kali. kesian? terpaksa tolak tepi la. nak buat macam mana? hari last pagi tu Azfar kena cucuk jugak. untuk ambik darah. dia ada appointment dengan doc bulan 9 berikutan ada something wrong dengan sel darah merah dia. tu yang nak buat test tu. tapi masalahnya darah yang dia orang dapat pagi tu sikit je. nasib badan la labu. darah pun tak nak keluar dekat nurses yang sengal-sengal tu. muahaha...


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign