✿ Rumah SalYa ✿: June 2012

Fresh from the owner...

30 June 2012

Alahai... Abah sayang!!!

sabtu ada pekan sehari kat sini. tak lama lagi akan jadik pasar komuniti. sebab dia orang tengah bina tempat untuk pasar komuniti tu la. tak ada lagi keadaan berselerak macam mana pekan sehari sekrang which aku prefer keadaan sekarang sebab itulah yang menjadikannya unik. meamng ramai warga lain yang menjual kat sini. boleh dengar daripada pertuturan. tapi dah dia orang rajin berniaga dan bangsa kita malas, tak boleh nak salahkan dia orang jugak.

hari jumaat tu husben kata nak bawak carik baju kat sini. sebab bulan lepas masa temankan my sis cari baju anak-anak dia, Kak Long ada berkenan dengan dua apsang baju. abahnya biasa la. bukan boleh dengar anak-anak nak apa. dia kata: "Bukan selalu pun boleh balik. Apa salahnya tunaikan permintaan anak-anak tu. Abah kerja pun untuk siapa?" okay... malas nak cakap panjang. dia ajak pergi seawal 7 pagi. nak elak panas matahari. tambahan pulak tempat dia orang berniaga dah berubah kecuali pasar borong tu.


alhamdulillah... cuaca redup je. pukul 8 jugak la pergi. tak adanya nak pergi pukul 7. orang baru nak setup tempat. sebelum jalan-jalan bawak anak-anak dengan abahnya makan. takut abahnya hypo tak makan apa-apa daripada pagi. ayng suahnya nanti ibu jugak. huhuhu... itu pun plannya aku je pergi bawak Kak Long dengan Kak Ngah. tapi kesiankan Azfar, aku ajak dia jugak. ye la... dengan demam dan batuknya, dia melayan la anak-anak dengan isterinya ni. kalau aku tanya penat ke tak, dia akan jawab: "Bukan selalu!"

memang melayan kehendak anak-anak je la semalam. tak ada la dia orang mintak yang bukan-bukan tapi Kak Long la ada meragam sikit sebab tak dapat baju macam yang dia nak. baju color putih dengan pic Pooh. yang ada tu size besar. size kecik color putih tapi pic Angry Birds. bengang la jugak dia. adehhh... perngai boleh tahan. belikan jugak la lepas 40 kali tanya nak  ke tidak. mak pun dah naik hangin nak melayan. abah la cool lagi sebab abah tak layan pun. abah layan Azfar je. huhuhu... itu pun besar jugak. tapi dia suka. ikutkan je la.

Kak Ngah tak banyak songeh. cuma dia mintak buah je. Kak Ngah kan pemakan orangnya. jadik dia nak makan je la. hahaha... like the father said: "Seronok tengok anak-anak happy." yup, so true!!! kebahagiaan anak-anak itulah kebahagiaan kami.

29 June 2012

Berkepit? Tak ada maknanya.

nak jugak update blog kan? hahaha... saja-saja je. husben aku demam. asalnya balik sini pun dah demam. tapi lagi dekat dengan keluarga keciknya ni lagi kuat la demamnya tu. mengada kan? macam-macam jugak mahunya.  Kak Long jadik jururawat abah. ambik kain basah dan letak atas kepala abah. kalau abah buat sendiri, dia kata abah salah letak. bukan ke depan sangat. mengalahkan orang tua je gayanya. kalau abahnya batuk, berebut la nak letak vicks kat dada abah. adeh!!!

cumanya semalam aku letak kapur dengan asam limau kat dada husben. kalau batuk-batuk yang agak teruk, itu la petuanya. untuk anak-anak dulu pun aku buat jugak. tapi Kak Long tak boleh lama-lama, gatal katanya. memang la gatal sikit. itu jugak la ubat sapu kat perut kalau dalam pantang or nak kuruskan mana-mana kawasan yang buncit tu ye. hehehe...


husben kata dia ambik annual leave dua hari. kesian kat anak-anak especially Kak Long la sebab hari tu Kak Long ada tanya bila abah nak balik. nanti abah ambik Kak Long kat sekolah la. macam tu la lebih kurang katanya. abahnya dengar macam tu tak sampai hati la sebab anak-anak ni macam mengharap je. itu yang balik je kerja terus balik sini. dan dia cakap jugak, lama sikit cuti boleh la dapat sikit sorang. tak da la berebut-rebut. tak ada maknanya. Kak Ngah pantang abah hilang mesti cari. macam biasa la.

tidur pun dengan abah. Azfar pun kalau dah abah yang pegang belum tentu dia nak denganaku. cuma masa mula-mula abah sampai tu dia bangun. tengok abah macam orang pelik. senyum tak nak apa pun tak nak. dekat 15 minit jugak la  baru dia nak pergi dekat abahnya. dok main dengan abah la bebudak ni seawal pagi. aku layan mata. sedar-sedar je Azfar panggil ibu sebab nak susu dan tidur. kalau dah dengan abah tak ada la dia orang hairan sangat dengan aku kan. hehhehheh... (*_*)





my foot: masa abah dengan anak-anak je. ibu ada la dapat sikit-sikit je sebelum ada yang dengki-dengki nak join sekali. adehhh...!!! redha je la. nak balas jejak la kejap. sekadar yang termampu.

28 June 2012

Panggilan pukul 2.45 pagi.

terkejut dapat panggilan seawal 2.45 pagi. kebetulan aku baru tersedar sebab Azfar nak susu. Ya Allah... siapa yang call seawal pagi ni? patut la budak-budak ni dok sibuk sebut abah je daripada semalam. rupa-rupanya abahnya balik. hehehe...

selamatlah abahnya sampai pagi ni. alhamdulillah. tak except pun dia balik. ingatkan sampai seawal pagi sabtu. biasanya macam tu la. tapi pagi ni pulak sampai. dah la tak bagitahu dia ambik cuti. adeh... jadik blog ni mungkin sunyi sikit la dua tiga hari ni. nak spend masa dengan husben plus the kids.


mood: sangat happy!!! (*_*)

27 June 2012

Apa jenis permainanlah ni?

anak-anak buah aku ni selalu je bawak balik permainan pelik-pelik. zaman aku tak ada pulak la game macam dia orang ni. zaman dia orang ni macam-macam permainan ada. sampai aku sendiri pun tak tahu apa nama permainan yang tercipta tu. adeh...!!!

yang perempuan dengan permainan perempuannya. yang lelaki dengan permainan dia orang la. kalau tak dapat main komputer, dia orang akan main kejar-kejar. tapi bukan macam stail aku masa zaman budak-budak dulu. dia orang ni entah main apa-apa entah.

ini sepupu. dia orang sebaya. yang lelaki dua orang tu termasuk yang tengah dukung Azfar tu.

ini team budak kecik. sebab tu ada tiga orang.

team budak besar kalah.


dia orang kena berlari dan melepasi siapa je yng jaga pintu pagar. macam main bola. bezanya dia orang kena jaringkan diri sendiri. adoiii...!!! cara nak matikan geng lawan dengan baling kayu kecik. jadik orang tu auto la mati. dan cara nak hidupkan pulak dengan cuit teammate je. kalau semua dah mati, team satu lagi ambil alih posisi dia orang. dan siapa melepasi pintu pagar banyak kali, dia la menang.

aku tengok je. sebab tak faham kan. jadi layankan je la. kalau dia orang ni main menyorok-nyorok, dia main dalam rumah. hahaha... menyorok dalam rumah sah-sahlah itu saja tempatnya. pelik aku kalau time menyorol pun dalam rumah. aku dulu main kat kawasan rumah. atas pokok. memang jenuh la nak mencari tu.

kalau dulu ada baling tin, rejam selipar siap dengan rejam orang lagi, tapi sekarang ni aku tak jumpa dah budak-budak main benda alah tu. kalau ada pun sikit je la. banyak games yang dah lupus. tak apa la asal ada permainan kan?

Susulan wordless picture.

 susulan daripada wordless picture sebelum ini. Azfar ni sebenarnya tengah cuba nak duduk atas bekas tupperware ni. bukan dia tengok semut. dia tak hiran dah dengan semut. tapi kalau ucing dia tetap kan pandang berkali-kali sebab kucing ni suka sangat jalan atas kekuda dapur yang ayah aku buat tu. memang dia kagum kalau tengok kucing. hehehe...

gigih nak duduk atas tupperware yang kecik ni.

tak dapat duduk, disimpannya semula bekas tu.

ops memanjat pulak!

ops memanjat yang gagal.


dalam tupperware tu ada garam kasar. garam tu my sis letak kat bawah sebab jarang sangat gunanya kecuali kalau kehabisan garam dan terupa nak beli. gigih menumbuk garam kasar ni. hehehe... garam kasar jugak kalau MIL aku dia guna buat basuh sayu dengan buah. rendam kejap. lepas tu baru basuh bawah air yang mengalir. selain daripada tu, MIL kata buat rendam kaki anak-anak.

ini husben la yang cakap dengan aku. dia kata MIL pesan (masa tu Kak Long la selalu je mengigau malam. dia kalau bergalak siang hari, malam nanti memang bermasalah la. macam kena sampuk) seelepas mandi petang rendam kaki anak dalam air garam kasar. insyaAllah, tak ada la yang mengikut nanti. eh, siap bagi petua tu. hehehe...

Azfar memang macam ni la. kalau kat dapur tu, habis semua benda nak dipunggahnya. pening kepala mak ni. mana nak layan dia, nak masak lagi. kadang-kadang tu aku biarkan je dia punggah semua barang. dia dah puas main dan aku dah siap masak baru la aku simpan barang-barang tu kat tempat asal. kalau tak sampai 'cerah' la dok melayan ke dia je. (*_*)

~ WW #33 ~ Buat apa tu?







my foot: Azfar buat apa sampai kusyuk sangat tu?

26 June 2012

Permintaan daripada Jemarisuri.


hehehe... JS mintak tolong buatkan tutorial untuk 'like fb' kat bawah post. kononnya nak buat semalam. tapi tiba-tiba rasa confused pulak. fb like yang macam mana ye? lepas tanya dan dapat jawapan, aku pun buat la khas untuk JS seorang. hehehe...

sebelum ni pernah buat jugak tapi bila tukar rupa blog ni eca yang buatkan. jadiknya tak berapa nak ingat la. last-last godek punya godek jumpa la caranya. JS boleh la try. kalau ada yang lain nak try pun boleh jugak. selamat mencuba la ye

ini cara-caranya:-



sumbernya di sini.



update: sebab ada yang tak nampak coding jadik tukar la kepada bentuk ni. tapi kalau nak copy coding tu boleh pergi ke link yang diberi. kat situ memang ada tutorial pasal ni. selamat mencuba ye.

Miss you... (╥﹏╥)






my foot: so true la. especially menjelang hujung-hujung bulan bila husben nak balik. jumpa sebulan sekali kena reda la kan. ada tu yang 3 ke 6 bulan tak jumpa. relax je. hehehe... relax kat luar. dalam hati siapa tahu. mengingatkan aku pada kata-kata seorang makcik ni. ini husben yang cakap sebab makcik tu cakap dengan dia: "Sabar isterinya sebab boleh tahan jumpa sebulan sekali." huhuhu...

Azfar yang suka makan.

Azfar suka makan. macam Kak Ngah jugak. pantang nampak orang makan dia mesti nak makan jugak. Kak Ngah pantang nampak makanan. Kak Ngah up sikit la. dia tak makan time tidur je. tu pun kalau dia bangun dan dia nampak aku tengah makan pun kadang-kadang dia nak makan jugak. Azfar ni kalau orang bagi makanan dia makan. tapi selebihnya dia buang dalam tong sampah or kat mana-mana je la.

yang jadik masalahnya kalau dia buang dan lepas 15 minit dia akan datang dan kutip semula makanan dia tu. boleh gitu? sebab tu makanan dia terus kena buang dalam tong sampah or bagi ayam makan. kalau tak memang dia sure akan ambik semula la kalau dia jumpa. aku tak nak la dia jadik macam Kak Ngah. Kak Long tak mengutip tapi tiba time Kak Ngah suka mengutip pulak.

jom layan pics Azfar masa kenduri kawin dua minggu lepas. hehehe... dua minggu baru nak upload. dasar ni. ala, janji ada kan?

dapat goddy bag dulu. dalam tu ada biskut ni.

bersungguh-sungguh Azfar makan.

sempat lagi jeling orang lain tu.

habis satu biskut jagung perisa pandan tu.

masa datang kenduri tu orang tengah ramai jugak la. tempat pulak tak berapa nak besar. dia orang buat kat dalam kawasan rumah je. area kampung macam tu la. kecuali kalau kat rumah tu tak ada tempat luas untuk tetamu memang dia orang akan tempah dewan. tapi kalau kawasan rumah muat untuk para tetamu makanya tak akan buat kat dewanlah. ada jiran sebelah rumah ni buat kat dewan sebab tak dapat nak tampung tetamu yang ramai.

kawasan rumah tak besar mana pun. tapi sebab husbennya mualaf dan bakal menantu pulak Indian, jadik ada tiga bangsa la yang akan datang ke wedding anaknya tu. harus la buat kat dewan kan. kalau tak nak duduk kat mana dengan tetamuyang berbilang kaum tu. hehehe... memang meriah la raya dia sebab semua raya dia sambut. cucu dia la kiranya memang bertuah sangat.

sementara menunggu seat kosong, budak-budak diberi gossy bag dulu. dalam goddy bag biasa la. ada gula-gula segala. Azfar meamng tak tunggu dah. menjerit 'nak' je sampai la biskut tu masuk ke mulut baru la dia diam. hahaha... lapar la tu. lepas 15 minit baru la boleh makan nasi. anak-anak ni dok makan ke ayam goreng je. tapi ayam tu selalu je tak cukup sebab dia orang masak masa tu jugak kot. sebab bila nak makan panas je lagi ayamnya. sampai terpaksa tiup.

bila tengok rupa pengantin baru la terperasan yang salah seorang tu kawan aku masa sekolah rendah dulu. selalu jugak jumpa kat Bazar Ramadhan. tapi tahun ni tak tahu la sebab husben tak ada kat sini kan. tahun lepas pun sama. aisey...!!!





my foot: nanti BW ye. daripada semalam line ni slow je. dekat sejam nak connect tapi tak lepas-lepas. tension dibuatnya. huhuhu...

Two rivers.



SUBHANALLAH!! This is the Junction of two rivers in Geneva, Switzerland. The 'Clear' one meets her 'Murky' sister. :)

In this incredible photograph we see the junction of the Rhone and Arve rivers in Geneva, Switzerland. The river on the left is the Rhone, which is just exiting Lake Lehman. The river on the right is the Arve, which receives water from the many glaciers of the Chamonix valley before flowing north-west into the Rhone on the west side of Geneva, where its much higher level of silt brings forth a striking contrast between the two rivers.

The meeting but NOT MIXING of these two rivers is just like what Allah says about the two seas:

"He released the two seas, meeting [side by side]; Between them is a barrier [so] neither of them transgresses. So which of the favors of your Lord would you deny?" [Surah Ar Rahman, 55-19-21]

Undoubtedly this is an incredible sign of Allah!
Allahu Akbar! ♥

25 June 2012

Jerawat oh jerawat!!!

Rasanya memang ramai yang tak suka dengan masalah kulit yang satu ni, tak lain tak bukan iaitu masalah jerawat terutama buat kaum wanita, sehinggakan ada yang sanggup tak nak keluar rumah sebab malu wajah banyak berjerawat. 

Sebenarnya banyak sebab yang menyebabkan wajah berjerawat ni seperti faktor kebersihan, stress dan hormon, faktor persekitaran,cuaca dan sebagainya. Selain itu, makanan yang tidak sihat juga pembawa masalah jerawat.



Makanan yang digoreng

Jenis minyak yang kamu makan setiap hari mampu memberi impak yang sangat besar pada kesihatan kulit. Sekiranya kamu mengambil lemak minyak yang tidak sihat, tubuh akan dipaksa untuk menggunakannya bagi membentuk sel kulit baru. Sel-sel kulit tidak akan berfungsi dengan baik. Akhirnya, jerawat dan penyakit kulit yang lain akan wujud. 

Jenis makanan gorengan yang sering menyebabkan jerawat ialah:

1. Kentang goreng
2. Donat
3. Ayam goreng


Makanan tinggi gula

Tahukah kamu gula ialah racun bagi tubuh dan secara tidak langsung ia boleh menyebabkan jerawat? Gula akan menekan sistem kekebalan tubuh dan memberi kesan pada penurunan pertahanan tubuh terhadap jangkitan bakteria yang merupakan salah satu penyebab jerawat. Gula juga boleh mengganggu penyerapan kalsium dan magnesium yang menjadi mineral penting untuk kulit optimum. 

Makanan tinggi gula yang menjadi penyebab jerawat adalah:

1. Ais krim
2. Coklat
3. Biskut
4. Bijirin


Makanan tinggi karbohidrat

Karbohidrat yang paling penting ialah glukosa, gula sederhana (monosakarida) yang dimetabolisme oleh hamper kesemua organisma. Semua karbohidrat akhirnya diubah menjadi glukosa, yang kemudian diubah menjadi glikogen untuk penyimpanan dalam tubuh. Perlu diketahui ialah tubuh manusia memerlukan hanya sejumlah tertentu glukosa agar berfungsi dengan baik. Sekiranya kamu makan karbohidrat lebih daripada yang apa diperlukan oleh tubuh, maka masalah kesihatan seperti diabetes dan jerawat boleh berlaku. 

Berikut ialah makanan tinggi karbohidrat yang boleh membawa jerawat seandainya dimakan secara berlebihan, antaranya:

1. Beras putih
2. Pasta
3. Roti putih


Ha, ini adalah serba sedikit makanan-makanan yang menyebabkan wajah cepat berjerawat, jadi sebelum jerawat singgah di muka lebih baik berwaspada sebelum terlambat..



Rasa sayang pula.


sesekali sediakan sarapan mcam ni kat anak-anak pun bagus jugak kan? mesti dia orang berselera nak makan. mungkin jugak dia orang settip hari tunggu hidangan macam ni kan? apa salahnya sesekali kita hidangkan sesuatu yang macam ni kat dia orang. mesti dia orang happy sangat-sangat. hehehe...

aku pun ada plan nak buat macam ni kat anak-anak. especially Kak Long sebab Kak Long kan susah nak makan. kalau Kak Ngah or Azfar memang jenis suka makan. so, tak ada masalah kat situ. tapi tu la. semuanya kena mula bila dah duduk sendiri. baru sedap nak buat apa-apa pun. bukan bermaksud sekarang tak boleh buat. tapi budak-budak rumah ni kadang-kadang memilih jugak nak makan. kalau anak-anak sendiri ni lain. boleh paksa-paksa.

alhamdulillah... Kak Long sekarang ni nak jugak makan pagi. sejuk hati ibunya ni bila dia kata nak makan dulu sebelum pergi sekolah. kalau tak dia minum susu je. tapi dia paling suka fresh milk. banyak kali mintak. lepas segelas, segelas lagi dimintaknya. sekarang ni Kak Ngah dengan Azfar pun suka jugak. aku dengan husben dua-dua okay je minum susu. turun kat anak-anak semua tak ada masalah dengan fresh milk. alhamdulillah.

adeh... pedih pulak la ata ni. nak kena tidur kejap ni. Zzzzz...

Terima kasih Kak Fieda.

cantik kan?


dapat brooch cantik ini daripada kak fieda. aku pun tak tahu kak fieda akan bagi ini. hari tu lagi dah kak fieda mintak alamat sebab kak fieda kata aku ni salah seorang pengomen tegar di blognya. hahaha... tegarlah sangat. aku pun tak tahu aku ni komen di blog orang banyak mana. tahu-tahu je mintak alamat sebab nak bagi small gift. aisey... terharu jugak la walaupun pemberiannya kecik tapi tetap bermakna. hadiah pemberian rakan di alam maya kan. terima kasih kak fieda. cantik broochnya. dah siap kilatkan dan simpan dalam kotak brooch pun.

hari jumaat kak fieda tanya barang dah sampai atau belum kan? memang jumaat tu tak sampai lagi sebab saya rasa pun akan sampai sabtu. jadik memang betul pun sabtu tu sampai. tengah masak tu saya bukak tengok ada brooch cantik ni. boleh pakai untuk raya. hehehe... terima kasih daun keladi ye kak. lain kali jangan bagi daun keladi pulak. muahaha...

ada yang tak kenal ke kak fieda ni? kalau belum kenal dengan pemilik blog ungu ni bloh terjah sekarang ye. kak fieda pun rajin komen kat blog. mesra orangnya. jom terjah blog kak fieda.

Puteri ayu dan arnab pink.

semalam kan hari sukan sekolah anak-anak buah aku. ada la dua tiga orang yang masuk acara. ada tiga orang yang joint perbarisan. kakak aku ada tanya tak nak joint dia sekali ke tak. tapi aku yang agak-agak malas ni cakap tak je. panas-panas nak bawak anak-anak ni macam kesian jugak la. dia orang memang la nak pergi tapi apa-apa pun tunggu abah balik la. nanti abah bawak jalan-jalan. (*_*)

balik je rumah, my sis kata anak buah yang darjah 6 tu menang besar la tahun ni. lima acara dia masuk, dia dapat medal untuk kesemuanya. cuma berbeza warna pingat la. ada emas, perak dan gangsa la tu. dan dia jugak jadik pembawa sepanduk untuk rumah sukan dia. kiranya macam maskot la. tapi untuk rumah sukan dia tu, dia kena jadik puteri. my sis kata puteri ayu. hahaha...

ini la si puteri ayu. balik je muka gelap. hehehe... siap ada dayang-dayang tu.


anak buah seorang lagi yang joint perbarisan, orang lain tak tahu pun yang dia kena jadik maskot arnab. arnab pink gitu. hahaha... sebab rumah sukan dia orang ada buat macam drama sikit gitu. ala... kisah kura-kura dengan arnab tu la apalagi. dia pun tak tahu yang dia kena jadik arnab. macam mana tu? aku just dengar-dengar je la. sebab perbarisan mula seawal pagi kan. budak-budak ni bukannya bangun lagi. hari cuti biasanya dia orang bangun lewat sikit.

arnab pink dengan kura-kura hijau.


dua orang lagi anak buah tu menang acara yang dia orang sertai. satu acara je pun. acara relay. yang perempuannya ni dah bagitahu awal-awal dia akan jadik pelari kedua. so mamanya tunggu jugak la nak bersorak untuk pelari kedua. alih-alih lepas sorak tengok bukan anaknya jadik pelari kedua tapi anchor. last runner. terkedu jugak sampai tak tersorak dah kat si anak tu. (o_O) macam-macam hal la.

dan hari ni cuti sekolah la buat dia orang. apa pun, semua ni memang akan imbau kembali kenangan aku masa sekolah-sekolah dulu. rasa macam rindu pulak nak join sukan-sukan ni. hehehe... piala-piala pun dah hialng entah ke makan. dah kena makan dengan anai-anai agaknya.

24 June 2012

Saya adalah superstar!!!



siapa superstar? aku ke? sejak bila? hehehe... tajuk tu boleh tahan. macam iye la sangat superstar kan? aku ada kekangan masa sikit. masa itu ada sebenarnya tapi kena pandai-pandailah menggunakannya. alhamdulillah... terbalas jugak jejak orang-orang yang mengomen kat blog aku ni. dengan menggunakan cpu zaman dinasour dan sedikit menguji kesabaran ni, masih boleh balas jejak walaupun makan masa berhari-hari. hehehe...

sekurang-kurangnya masih ada teknologi biarpun wujudnya masa zaman dinasour. ngeee... maaf la sebab lambat  jejak kasih ye. terima kasih jugak pada yang sudi jengah blog aku yang seadanya ni. hari ni hari sukan sekolah anak-anak buah. esok cuti la. anak-anak my big sis tak masuk sukan. entah pasal apa entah. ada pun dua tiga orang je anak-anak buah yang lain. aku rasa time aku sekolah dulu, aku la yang paling excited sekali bila time sukan sekolah ni. aku kan star sekolah. sila jangan muntah hijau ye. hahaha... aku suka sukan. sebab tu aku suka jadik budak sukan dan aku yang offer diri nak masuk sukan. boleh gitu?

budak-budak ni tak ada pulak la yang ikut jejak langkah aku. frust jugak. aisey... aku suka la masuk sukan sebab boleh skiped masuk kelas. lagi satu cikgu kenal. itu pun masalah jugak bila cikgu-cikgu kenal ni. tak boleh buat silap. alamatnya memang fofular la muka. aku pernah lepak-lepak bilik sakit sebab nak elak jumpa cikgu. masa tu ada tounament. aku pulak tiba-tiba tak ada mood je nak joint. last-last cikgu masuk dalam bilik sakit dan campak jersi kat aku. adeh... sengal je.

dan cikgu jugaklah yang datang ke rumah mintak signature ayah aku sebab bila aku bagi borang untuk sign, ayah aku tak nak sign pun. tapi kalau cikgu yang datang tu orait je dia. tak ada banyak soal terus sign. teruk kan? sampai cikgu pun dah tahu kalau nak aku joint sport kena mengadap ayah aku dengan jayanya. boleh pulak gitu. kalau tak, tak ada la muka superstar ni dalam team. muahaha... best ooo... fofular tu memang terasa la. sipi-sipi je pun. tapi alhamdulillah... aku still tak lupa belajar walaupun aku malas belajar. result cantik je. 

dan aku bersyukur sebab aku banyak belajar melalui semua tu. hidup tak akan sentiasa gembira dan tak selamanya sedih kan? entah entri apa-apa entah. okay la..  nak makan kejap. hehehe...

23 June 2012

22 June 2012

Picture describe everything.







my foot: tiba-tiba rasa macam sedih pulak tengok pic ni. betap pemberian sesuatu yang ringkas dah cukup untuk mengalirkan airmata. betapa bertuahnya kita berbanding insan lain yang belum tentu cukup makan dan pakainya. apatah lagi tempat tinggalnya kan. Allahuakbar!!!

Lima lagi?






my foot: nanti balas jejak ye.

5 bukan 8. Bukan 2. Jauh sekali S ye.

apa yang 5 bukan 8 tu? bukan 2 jugak jauh sekali S? adehhh... tak faham la. ni yang buat nak garu-garu kepala yang tak berapa nak gatal ni. (*_*) ni pasal teka nombor semalam la ni. nak make sure kita ni rabun warna ke tak. aku jumpa nombor ni kat forum. macam-macam dia orang teka untuk nombor yang keempat tu. alhamdulillah... aku tak nampak pulak nombor 8 tu. sebab dalam forum yang teka pun either 2 ataupun S. tak ada pun yang teka 8. muahaha... 5 ada jugak tapi kureng la.

jom kita tengok nombor tu semula ye. kali ni kasi besar sikit. senang tak nak nampak?


ini yang aku trace guna photoscape je. betul tak?


betul tak? betul la tu. sebab yang bagi pic ni pun wife dia optimetrics. aku tengok pun aku nampak 5. bila aku trace ikut dot dot kaler tu pun aku nampak 5. bila kata 2 tu yang aku confuse sikit. tapi kamu dan kamu tak ada pulak yang teka 2 kan? 8 ada la.

salah satu je tak apa la. tak ada la rabun pun as long as boleh differentiate kaler traffic lights dah okay la tu. ada orang tu dia kaler blind tapi lepas pulak time ujian komputer sebab dia hafal. ini dia sendiri yang cakap. daia kata dia hafal. padahal dia nampak kaler merah kat traffic light tu putih kuning dengan hijau tu sama je warna. bahaya kan?

kalau dia drive atas jalan la bahay. sebabnya nanti kalau jadi apa-apa ssuah jugak. tapi nak buat macam mana. bukan dia mintak pun nak buta warna. dah Allah tentukan macam tu. reda je la. aisey... asalnya nak taip pendek-pendek je. tapi nak jugak taip panjang-panjang. dasar betul la. hahaha...





my foot: pada mana-mana yang aku belum BW tu  sabar ye. aku terpaksa berjalan ala siput ni. kejap-kejap kena shutdown cpu. zaman dinasour kan. sukup sejam dia mula la panas badan-badan. ada yang sempat aku baca entrinya je tapi tak sempat komen. tak apa la. biar lambat asal BW jugak.

10 Perangkap Syaitan.








my foot: ambil ini di FB. sama-samalah kita menghindari diri daripada diperangkap syaitan.

21 June 2012

Rabun warna ke?



apa yang kamu dan kamu nampak? ada debate untuk satu nombor ni. kamu dan kamu dah teka nanti aku kasi jawapan ek. tak ada hadiah. saja suka-suka je. benda ni kita pernah buat masa nak ambik test berkomputer untuk ujian memandu kan? alhamdulillah... aku lulus walaupun lebih sikit je dari pagar tu. hehehe... tapi test angka dan warna ni tak fail. bersyuku sebab mata ni elok lagi. tak ada nak pakai spek-spek.

tapi kalau ada yang rabun warna tu boleh adik anaknya tu pun nanti rabun warna jugak. mengingatkan aku pada cerita Leverage dekat astro DIVA. season berapa aku tak pasti. tapi team ni tolong a young lady yang rupanya anak kepada hartawan tu. kiranya young lady ni dibesarkan kat rumah anak yatim kot. kemudian dia jaga ayahnya ni. tapi dia tak tahu pun tu ayah dia. dan peguam pada si hartawan ni nak bolot harta tu.

in the end baru tahu harta tu patutnya dapat kat dia sebab genetik bapak clor blind, mak color blind dapat anak dah sah-sah color blind jugak. itu pun orang tu ter'recalled' yang si young lady ni cakap bapak dia suka lily biru padahal bunga tu putih. ngeee... panjang pulak membebelnya. (*_*)

Favorite spot saya.

Azfar ada satu favorite spot kat ruang tamu dapur. kalau nak dia duduk diam, letak la dia kat favorite spot dia tu. sure diam la untuk setengah jam. lepas tu nanti dia panggil la aku. okay... sekarang Azfar dah tak panggil 'mak' lagi ye. dah tukar 'bu' saja. kalau dia tak jumpa aku kat dalam rumah, dia akan ke bilik air. depan pintu bilik air tu dengar la dia panggil 'bu'. alahai... sedih pulak dengar suara dia tu. hehehe...

ruang kesukaan Azfar ni kat sofa depan tv. sofa ni dah tak serupa sofa lagi dah. tinggal kayu-kayu je buat alas. lasak sangat bebudak kat rumah ni. baru-baru ni ayah aku carikan kayu buat alas sebab bahagian tengah semuanya dah tenggelam ke dalam. kat atas kayu tu letak kusyen-kusyen lama yang ayah aku sayang nak buang. okay la. tak ada la duduk rasa kayu kan. (^_^)

kalau Azfar nak duduk, kena alihkan kusyen-kusyen kat bahagian tengah tu ke bawah. dia nak duduk kat tengah-tengah tu tanpa sebarang alas. nak duduk atas kayu tu je. macam-macam la kan budak kecik ni.

siap bersandar kat Kak Ngah tu.

Kak Ngah pulak kat mana ada adik, kat situlah ada dia.

ini tengah main dengan Kak Long ni sebelum Kak Long pergi sekolah.


jangan usik la kalau dia dah duduk kat atas ni. nanti dia mengamuk. adeh...!!! jadik kalau time dia main-main kat atas ni aku boleh la buat benda lain. tak ada la 24/7 dia dok cari aku je kan. dan kalau dia duduk atas ni, Kak Ngah mesti ada sebelah. tukang tengok dan tukang jaga. takut adiknya jatuh. kadang-kadang dia siap baring. tak bagi adik turun ke bawah. takut jatuh tergolek.

abah miss all these moments la. tak macam Kak Long dengan Kak Ngah. untuk Azfar kena rekod lebih sikit sebab abah kan balik sebulan sekali. itu pun bila adik dah pandai macam-macam. hehehe... dan sekarang ni pulak dia pantang betul nampak orang naik motor. mesti nak ikut punya la. pening la maknya ni. huhuhu...

Meroyan atau postnatal depression.

aku ada bercerita tentang meroyan semalam kan. ada jugak yang tak tau meroyan tu apa. sebenarnya meroyan ni berlaku selepas bersalin atau dalam pantang (kalau gugur pun kena pantang jugak). Wardina Safiyyah pernah lalui semua ni. bezanya dia dapat sokongan padu family. memang kalau kena angin meroyan, family especially husband la yang kena bagi moral support lebih. sebab kalau tak diberi sokongan boleh akibatkan sesuatu yang lagi buruk.

Apa dia angin meroyan? Masyarakat Melayu mengaitkan penyakit angin meroyan atau gila meroyan kpd ibu yg mengalaminya sewaktu atau selepas dlm pantang.Biasanya mereka yg mengalami penyakit angin meroyan menjadi hilang ingatan & berkelakuan aneh. Dlm istilah perubatan ia dikenali sbg 'postnatal depression' atau masalah kesugulan selepas bersalin yg bersangkutan dgn kesan emosi & kejiwaan. -sumber



untuk pengetahuan Maera, bila tak diubati dan terlalu kerap melayan perasaan memang akan jadik tekanan perasaan. sebabnya kadang-kadang kita pun tak tahu kenapa jadik macam tu. tiba-tiba je beremosi lebih. rasa macam tak dihargai segala. kalau ikut kata bidan, ada satu batu dalam rahim kita yang dipanggil batu meroyan. sebab tu kita disuruh bertungku. nak bagi batu tu balik ke tempat asal. lepas bersalin boleh rasa macam ada ketul kat perut. betul tidak, tak dapat pulak nak pastikan.

Wanita yg mengalaminya seringkali menghadapi masalah sukar tidur & sentiasa kepenatan. Mereka kerap merasa tegang, rendah diri & sakit hati. Mereka bukan saja menjauhi seks malah membenci suaminya. Malang kebanyakan ibu yg mengalami postnatal depression tidak menyedarinya sbg satu penyakit.Begitu juga dgn suami & ahli keluarga. Suami mungkin menganggap isteri berubah laku bukan kerana penyakit postnatal depression tetapi semulajadi.Akibatnya penyakit tersebut berlarutan tanpa sebrg rawatan. -sumber


lieya, kakak tu dah berubat kat empat tempat kalau tak silap. hari tu ada parents dia datang ambik. bawak balik KL berubat kat sana. ada la perubahan. tapi tak ada la baik terus 100%. tak tahu la kalau dia kecewa dengan diri sebab tak jaga kandungan dan akibatkan keguguran. itu pun boleh jadi sebab jugak. masalahnya dia sendiri pun tak tahu or mungkin dia tak nak bercerita.


izan, yang ni saya pun tak tahu. kena berubat dengan orang jauh ye. tak boleh berubat dengan bidan sekampung. macam tu la pulak. mungkin dia belum jumpa orang yang sesuai untuk merawat dia sebab dia dah pergi berubat dengan Ustaz mana entah. tapi perubahan tu tak banyak. dengan hospital emang tak jalan. sebab time ni la syaitan dok sibuk hasut jiwa yang tengah rapuh tu. secara tak sedar, jadik la kes meroyan ni.

memang kakak tu pulak murung, tak tidur. selalu letih sebab dia tak tidur. buat dia rasa penat, rendah diri. sampaikan nak sign report card anak pun dia tak yakin. last-last husbandnya la yang pergi sign. memang perubahan dalam rumahtangga akan berlaku 360 darjah. tunggang langgang sebab suami kena uruskan semua. nak kerja lagi. adeh...


memang ada cases meroyan kronik yang mana ibu sanggup bunuh anak sebab dia rasa tu bukan anak dia. sebab tu kalau ibu tu meroyan jangan tinggalkan dengan anak-anak. bahaya. especially anak-anak kecik. bukan setakat sepupu lya je, ada saudara sebelah ayah akak ni meroyan dan anak terpaksa bagi dekat orang lain untuk jaga. 10 tahun masa diambil untuk pulihkan dia. memang amkan masa.

kalau dapat suami sabar dan reda tak apa. kalau dapat yang tak bertimbang rasa, lagi la lambat nak baik. tapi kalau ada family support, insyaAllah sebab setiap sakit yang diturunkan pasti ada rawatannya kan? kena sabar mencari.

Keriangan Khamis.


Cikgu: RINDU?

Rindu: Hadir Cikgu.

Cikgu: BENCI?

Benci: Saya!

Cikgu: KASIH?

Murid : Tak Hadir Cikgu.

Cikgu: SAYANG?

Murid : Sakit Cikgu.

Cikgu: CINTA? CINTA mana?

RINDU & BENCI: CINTA Pulang Cikgu.

Cikgu: Kenapa?

Serentak RINDU & BENCI Menjawab: "Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH dan SAYANG ...".



20 June 2012

Harapnya masih ada sinar.

semalam bawak budak-budak ni berjalan-jalan kat taman. sebelah rumah je. saja nak bagi budak baru dapat kaki tu berjalan. tapi jalannya kejap je. selebihnya duduk dalam stroller. malas nak bagi dia berjalan sangat. sebabnya dalam perjalanan tu dia akan berhenti dan nak mengutip segala macam benda. belum lagi kalau dia rasa nak duduk tepi jalan tu dia duduk je la. adeh...!!!

duduk dalam stroller la senang. tolak je ke mana-mana nak pergi. dia pun tak ada la meragam sangat pun. okay je duduk dalam stroller tu. siap ada bunyi-bunyi lagi. seronok sangat la kot orang bawak berjalan-jalan ni. nak tunggu maknya ni bawak tak boleh la selalu. kadang-kadang terlebih rajin bawak dia naik motor je pusing-pusing kejap. tak pun abang sepupu dia bawak dia berjalan. ada masa Tok Abahnya bawak.

masa jalan-jalan kat taman tu singgah la kejap kat rumah BIL abang aku. wife dia kan katanya kena angin meroyan. hari tu kakak aku yang pergi tangok. hari ni aku pulak. dia ada anak kecik. si kakak-kakak la yang dok melayan ke adiknya tu. suaminya pun muka dah tak berapa nak ceria dah. penat bercampur-campur la tu. keadaan rumah memang out la. tak ada la out 100%. tapi kucar-kacir jugak la. dia ada anak form 6 tapi budak tu nak periksa STP tahun ni. mungkin ada stress jugak sikit-sikit kot. tanggungjawab sedikit sebanyak dah jatuh ke bahu dia. nak belajar lagi.


aku perhatikan kakak tu. kalau kita tak bercakap dengan dia, kejap lagi dia berkhayal la. suara cakap pun perlahan je. tak macam biasa. dari jauh dah siap tegur-tegur. ni tak. dia macam hidup dalam dunia dia sendiri. environment dia cuma dalam rumah. kalau ikut husband keluar je, dia akan duduk dalam kereta sorang-sorang. macam takut dengan orang pun ye jugak. sebabnya, aku ada ajak dia keluar tapi dia macam takut-takut gitu. kalau boleh nak cepat-cepat masuk dalam rumah.

masuk malam je mula la dia rasa runsing. dah banyak tempat dia berubat katanya. ini dah okay sikit berbanding awal-awal dulu tak boleh bergerak. baring je. asal malam je mula la memikir. tapi entah fikir apa pun tak tahu. end up tak boleh tidur. kalau dapat tidur pun dalam sejam je. selebih-lebihnya dia terkebil-kebil je la menanti pagi. itu kata dia. kerja rumah langsung tak dibuatnya. dia kata tahu ada kerja tapi tak terbuat. dah macam orang dungu pun ada jugak. anak kecik dia pun dia dok pandang je. husben la yang uruskan semua.

dia ada cakap, kadang-kadang fikir mati tu lebih baik. tapi kalau dia terus-terusan ikut sangat rasa jiwa dia tu, tak nak keluar bagai... susah la nak baik. terkurung dalam rumah lagi buat rasa runsing tu datang. dia jadik macam tu lepas gugur. aku ada cerita kat entri mana entah. malas nak carik. hahaha... mungkin ada kekhilafan kita padaNYA yang kita tak sedar. DIA datangkan ujian untuk kita cari apa sebab kita jadi macam tu. dan jugak ini sebahagian ujian untuk dia sekeluarga untuk jadik lebih rapat daripada sebelumnya. stiap kejadian ada hikmah yang tersembunyi. semoga ada sinar harapn untuk dia terus sembuh.






my foot: sedih jugak tengok keadaan dia. tapi aku pun jadik pelik la bila perut buncit pun buat dia risau. katanya takut ada benda dalam perut dia tu. adoiii...!!! bahaya angin meroyan kan? hal kecik macam tu pun jadi ketakutan pada dia.

Khasiat sebiji TOMATO.



Tomato kaya dengan bahan antioksidan semulajadi yang baik untuk kesihatan kita oleh itu memakan tomato adalah amat baik untuk kesihatan. Selain itu tomato mengandungi likopena, sejenis sebatian semulajadi yang dapat membantu dalam mencegah penyakit seperti kanser prostat, kanser paru-paru dan kanser perut serta penyakit jantung.Tomato sering digunakan dalam masakan untuk memberikan warna merah pada masakan dan rasa masam. Mari kita lihat cara-cara biasa hidangan tomato yang sering di lakukan untuk menikmati lantas memperoleh segala khasiat tomato.

Pes/Puri Tomato
Puri tomato banyak di gunakan dalam masakan, Puri tomato memberikan warna merah serta mampu membangkitkan rasa dalam sesuatu masakan itu. Selain itu puri tomato juga digunakan untuk mengurangkan rasa pedas dalam masakan seperti masak merah ayam.

Sos Tomato
Selain Pes tomato, sos tomato juga digunakan dalam masakan namun ia lebih kerap digunakan untuk mencecah makanan seperti keropok, nuget, sosej, dan sebagainya. Rasa sos tomato tidaklah semasam pes tomato dan juga warnanya kelihatan sedikit cair berbanding pes tomato. Namun Khasiat tomato tetap boleh diperoleh dari sos tomato ini.

Jus Tomato
Cara terbaik untuk menikmati khasiat tomato adalah dengan menikmati jus tomato. Jus tomato menjamin kesegaran tomato tersebut. Namun begitu jus tomato ini agak masam dan kurang di gemari, pengemar-pengemar jus tomato kebanyakanya adalah bagi mereka yang berdiet. Untuk menambahkan kesedapan jus tomato kamu bolehlah menambahkan sedikit gula atau pun madu untuk memberikan rasa manis.

Walau apapun cara menikmati tomato namun khasiat tomato itu yang paling penting. Tomato juga sering dikatakan di gunakan untuk kecantikan. Selain itu khasiat tomato juga dapat mengekalkan keremajaan kulit dan mencantikkan lagi kulit. Apa lagi marilah kita amalkan pemakanan makan tomato. 

(sumber)







my foot: makan jugak. tapi sikit je la. untuk kecantikkan tu aku tahu tapi tak tertelan la kalau nak makan sebiji macam tu je. o_O kamu dan kamu makan ke?

~ WW #32 ~ Mengantuk.







my foot: tak sempat tunggu aku balik untuk bagi susu. tidur lepas kena garu dengan my sis. adeh... mengantuk sangat la tu.

Mood tak ke laut tapi saya yang ke laut. (*_*)


tajuk macam ye je aku ke laut kan? tak ada maknanya nak ke laut ke sungai ke sorang-sorang ni. takde teman tak best. ngeee... semalam ke klinik gigi. ingatkan nak tampal tiga bahagian yang berlubang. tapi doc cuma buat satu je. yang satu lagi tu dia kata kena cabut. yang itu geraham belakang bahagian atas. aku tak pernah tahu pun area situ berlubang sampai la baru-baru ni rasa macam ada benda lekat je. bila checked, Ya Allah... dah berlubang bahagian situ. sebabnya tak pernah sakit pun. itu yang tak perasan tu.

doc nak cabut tapi aku suruh dia tampal gigi yang berlubang dulu sebab yang tu memang sakit kalau nak makan. jadik dia kena dulukan mana yang sakit la kan. yang tak sakit tu belakang cerita la. esok lusa tampal yang satu lagi. then baru cabut geraham belakang tu. yang pastinya, geraham belakang aku takkan cabut kat goverment. hahaha... nak pergi klinik gigi pun takut. apa daa... jadik macam alergik dengan klinik gigi. pesal entah. walhal bila dah duduk dan dapat treatment tu okay je. hidup je lagi. macam mana la budak-budak pun tak takut nak ke klinik gigi kan. dengar bunyi mesin-mesin yang dia orang guna pun dah macam scary-scary gitu.


reason tak nak cabut geraham belakang kat klinik kerajaan sebab ada dua cases yang melibatkan my other side. mula-mula dulu my nephew. nak cabut gigi ni. my sis ikut la. bius tak betul-betul meresap lagi dia dah panggil budak tu masuk dan cabut gigi. menjerit-jerit la si anak ni bila dia rasa sakit. doc marah-marah kata budak tu macam-macam. bukan gigi dia dan bukan anak dia yang kena memang la macam tu. kes tu dua tahun lepas kot. sampai sekarang ni anak buah aku tu takut nak pergi klinik gigi. kebetulan yang handle dia doc perempuan. even nurses pun kata yang bius tu baru je lagi. ye la... tak sampai lima minit dah panggil masuk. mana nak serapnya ubat tu.

the other one pun cabut jugak. tapi tak sure doc lelaki ke perempuan. dua tiga hari sakit kesan cabut tu tak hilang. last-last dia cabut gigi geraham kat private. dah tak berani nak buat kat klinik gigi government punya. tapi kalau swasta kosnya boleh tahan. my SIL pernah pergi untuk tampal je. dia ingatkan kena la dalam RM200 ke RM250. last-last dapat bil cecah RM350. dengan ubat dan katanya lubang yang ditampal tu dalam. doc yang buat ni pun fames amos. rela la berhabis duit asal tak sakit kan? tengah berkira-kira la ni. kumpul duit dari sekrang. kalau tampal je dah cecah ratus-ratus, cabut geraham belakang mesti la up lagi harganya. adeh... sabar je la.






my foot: dua jam jugak la nak tunggu simen kat lubang yang ditampal tu kering. dah tu mood melayan mata la. mengantuk pulak la semalam. petangnya tu melawat orang sakit. itu nanti cerita ye.

19 June 2012

Ragam Kak Ngah.

ini seorang lagi yang suka sangat meyakat orang. ke mana-mana pun kalau boleh nak ikut aku. tapi sekarang ni rutin pagi dia dah tak macam dulu. masa awal-awal Kak Long sekolah. sebelum ni dia selalu jugak aku bawak sama kalau hantar Kak Long ke sekolah pagi-pagi. tengahri time ambik Kak Long, aku tak bawak. masa awal-awal tahun, Azfar kecik lagi. rutin pagi Azfar pulak tidur pukul 8 or 8.30 pagi tu. sekarang ni dah tak sama lagi dah. kalau sebelum ni tidur tiga kali sehari. sekarang dah jadik dua kali je.

sebab tu sekarang nak hantar Kak Long ke sekolah pagi-pagi, Kak Ngah kena tinggal. tengahari ambik Kak Long baru la aku bawak dia. pagi time Azfar ikut. Azfar pun dah tahu pagi-pagi dia boleh ikut aku hantar Kak Long. jadik Kak Ngah macam mengalah jugak la. bagi peluang adik je ikut. dia ikut time ambik Kak Long nanti.  nak buat macam mana. bawak motor je. bukannya bawak kereta.

pesal 'kembang' semangkuk je pipi Kak Ngah tu.

dengan teddy bear hadiah birthday dia tahun lepas.


Kak Ngah pun sama jugak macam Kak Long. suka jugak la berkata-kata sesuatu yang kadang-kadang buat aku hangin. suka mengikut apa yang orang cakap. tapi Kak Ngah tak suka sangat tengok tv. jarang la boleh tengok dia mengadap tv macam Kak Long. dan Kak Ngah kalau bergaduh dengan Kak Long dia akan cakap: "Kak Ngah dahlah masuk ICU." maksudnya kesian la kat dia sebab dia dah la pernah masuk ICU. tak payah la nak buli-buli dia. hahaha...

dia pun selalu cakap nak pergi sekolah. cuma aku macam tak berapa nak yakin je dengan Kak Ngah ni. tak yakin lagi la. tahun depan kalau dia sekolah, Kak Long boleh tolong tengokkan. rasanya, she'll turn out to be fine kot. we'll see la. takut sekarang je excited. tahun depan dah tak berapa nak excited lagi dah. tapi Kak Ngah ni memang melapangkan hati la. sesuai dengan maksud 'Insyirah' tu.

Lemon dan air suam.



Menambahkan tahan ketahanan dalam badan.
Lemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja. 

Keseimbangan PH.
Lemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

Membantu masalah mengurangkan berat badan.
Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang. 

Masalah penghadaman.
Bagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda. 

Pembersihan air kencing.
Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat. 

Kulit cerah dan bersih.
Seharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan. 

Mengelakkan dehidrasi.
Air yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.



sumber daripada SINI.

Anak-anak memang kena tolong ibu bapa.

Kak Long memang rajin. ada masa-masanya la jugak. kalau datang time dia nak tegnok tv je lambat la sikit rasa nak menolongnya tu. ada masa dia offer diri. ada masa kena mintak tolong. tapi gelagat anak-anak yang macam ni la buat kita senyum je. memang ada masa buat kita hangin je. Kak Long pulak jenis menjawab gitu. adeh... geram je dengan mulut dia tu!

time ni memang aku tak ada assistant. dengan Azfar menangisnya dan tak mahu dengan orang. dengan nak masak sambil dukung Azfar. adoiii la... pening kejak emaknya ni. lepas tu la Kak Long datang nak cuci cawan katanya. aku kata cuci la nak cuci. hehehe...

belum mandi lagi ni.

rambut tak ikat tolong cuci cawan.

kemas sikit nampak.


dengan mulut bisingnya dia pun cuci cawan. siap cakap: "Dia orang-dia orang tu tak sayang mak bapa kan? Sebab tu tak nak tolong. Kak Long sayang ibu bapa sebab tu Kak Long tolong ibu." (^_^) dia kalau bercakap mengalahkan orang tua. ada je benda yang dia nak cakap tu. kalau orang bercerita, dia pun nak bercerita jugak. layankan saja la.

harapnya Kak Long ni besar jadik anak yang baik dan dengar kata ibu bapa. dan masa minda dia tengah berkembang ni, dia senang nak terima banyak benda sampaikan bila ada yang sebut benda tak elok pun dia nak ikut jugak. kalau kita cakap nanti dia jawab balik: " Abang tu boleh pulak. Chik tu cakap tak apa pun." adoiii lagi dan lagi.

dan aku akan cakap: "Jangan ikut orang. Kak Long anak siapa? Ada dengar ibu cakap gitu ke?". bila dia buat jugak baru la aku ambik 'something'. depends la. lepas tu baru la sibuk-sibuk nak mintak maaf bagai. budak-budak ni kan cepat terpengaruh. kalau kita cakap dengan dia elok-elok hari ni tapi nanti dia dengar lagi dia pun ada tendency untuk ulang balik semua tu. masalah pada abang-abang dengan kakak-kakak sepupunya tu la. hmmm... susah!!!

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign