✿ Rumah SalYa ✿: May 2012

Fresh from the owner...

31 May 2012

Late entry.

anak-anak dah tidur semuanya. mengantuk sangat sebab siangnya tak tidur. Azfar pun tak tidur petang. meragam je hari ni. asalnya pukul 5 tadi mata dia dah nak pejam. tapi bila bawak mandi dia segar sikit. bagi susu terus tidur sampai sekarang. ada jugak bangun dua tiga kali nak susu. kakak-kakaknya pun kalau tak tidur petang memang tidur awal la alamatnya.

itu la yang boleh BW ke rumah kamu dan kamu. kalau tak, time ni tengah tidur sama dengan Azfar. dia kan menyusu badan. jadik kalau dah menyusu tu ambik masa lama. daripada tak mengantuk pun kena paksa mata tidur sebab tak ada apa nak buat kan? hahaha... kadang-kadang tu aku main game sambil susukan dia. tapi bila lenguh tu naik bosan la jugak nak main kan? last-last tertidur la jugak.

ini pun dengan kelembapan komputer dan jugak kesengalan bradband, alhamdulillah... masih boleh jengah rumah-rumah kamu. tak apa la tak hidang air pun. melawat malam-malam ni tak nak ganggu tuan rumah. terkejut pulak tengok ada tetamu yang datang dah lewat malam ni. ngeee... tambahan pulak komputer kat luar dah jammed. apa entah budak-budak ni buat sampai windows pun boleh corrupt. menjawab la dengan emaknya.

ni nak sambung BW la ni. nak minum air kejap la. kamu dan kamu tak nak minum ke? hehehe... buat sendiri dan sendiri minum ye?!



Sakit tangan dan tertangkap jugak akhirnya.

sakit tangan ni dah dua hari. rasa macam cramp pun ada. terseliuh pun ada. itu la salah satu sebab tak berapa laju je nak menaip. tambahan pulak hujung-hujung bulan ni line slow je. broadband kan. bukan streamyx ke apa ke. kalau pasang streamyx takut budak-budak ni dok skodeng ke games online 24/7. time sempat tengok tu okay la. kalau tak? even yang tak dapat main broadband pun dok pulun main game Mario. adoii la...

menjawab pertanyaan G, bukan tak nak pindah ikut husben. belum dapat pindah lagi. sebab kami start over everything from zero. panjang ceritanya. hahaha... jadik bila semuanya bermula dari bawah, ada banyak benda kena settle. bila dah stable baru boleh ikut pindah. insyaAllah, usahakan jugak untuk pindah tahun ni. tengok la hujung tahun ni macam mana. ada rezeki kami, ada la.

memang kesian kat budak-budak pun ye jugak. dok tanya je. kesian kat husben pun ye jugak. bila orang cakap: "Tu la, isteri nak kerja tak bagi." tapi perancangan Allah ni kita tak tahu kan? aku tahu plan dia macam mana. apa dia nak. tapi belum tertunai sepenuhnya. suku pun belum ye. tapi aku yakin, dia akan usahakan jugak sebab itu dia. dan aku tahu macam mana orangnya dia.



budak berdua ni memang la. dalam pada kata jangan main pasir, selamba je pergi ambik pasir letak kat atas tu. dah tu bila tegur pun buat selamba jugak lagi. last-last aku cakap nak ambik gambar nak tunjuk kat abah baru la dengar suara menjawab. geram betul la.

hari ni Azfar meragam je. daripada pagi lagi. entah apa la yang dia nak aku pun tak tahu. nak berdukung je. langsung tak mahu dengan orang lain. dah la tu. pegang dia sambil duduk pun dia tak nak. aisey... penat la jugak sebab nak buat apa-apa pun tak boleh. gigi dah nampak bayang-bayang nak tumbuh. takut dia sakit perut je. tu yang buat dia meragam tu agaknya. tak tahu la. ni pun duduk dengan aku la sebab tak nak dengan orang kata.






my foot: broadband dah slow la. nanti malam la aku BW ye. siang-siang ni lagi lembab tahap tak ingat.


Pendokong Iron Board. ^_^


aktiviti Azfar masa mula-mula dia dapat kaki. pantang dia nampak ada yang buka iron board ni. sure la dia berjalan ke sini. bukan nak buat apa pun. berdiri dan goyang-goyangkan iron board tu je. tapi uyang risaunya kalau iron board tu jatuh. terhempap atas dia sakit.

kadang-kadang dia boleh relax je duduk dekat besi kecik tempat kaki dia tu berada. alahai... macam la besi keci tu boleh tampung pampers yang dia pakai. muahaha.. time dia berdiri ni siap menyanyi-nyanyi lagi. jangan tak tahu ye. (",)

dan sekarang ni pulak kalau dia nampak ayah aku ambik tangga nak betulkan apa-apa, dia oang pertama yang akan pergi ke situ. siap panjat okey. anak tangga pertama je la lepas. yang lain-lain tu tinggi sangat. kalau nak ambik dia daripada tangga, mengamuk la kejap lagi. kemas je dia pegang tangga tu. budak-budak besar ni memang suka memanjat kan? habis semua benda dia nak panjat.

kerusi kat depan pun dia panjat. box dalam bilik pun dia panjat. ayah aku tengah tidur pun dia datang panjat. selalu aku cakap jangan kacau Tok Abah tidur. tapi datuk dengan cucu ni kan lain sikit. kejap lagi ayah aku cakap: "Biar je la dia." memang betul la. tak kira la cucu tu buat apa pun. dia tak kisah. huh!






my foot: si kecik yang handsome dan comel. tapi manja. muahaha...


Mahu mulakan di mana?

sekadar entri pendek di pagi hari. melayan jiwa lara sebenarnya. hahaha... lara la sangat. dari tadi duduk depan pc. tengok anak-anak. sambung tengok pc lagi. blank pulak pepagi ni. walhal entri untuk auto publish nanti patutnya dah siap semuanya. entah la labu. mood merudum sikit la walaupun ada cerita nak taip. mengadap pulk pc yang agak-agak lembab ni. tambahan pulak dengan broadband yang super duper lembab. buat semuanya jadi lembab. hahaha... pening kejap.

Kak Long semalam bangun tidur je cakap bila boleh ikut abah? okay... ada siapa-siapa boleh jawab? belum lagi sayang. kena tunggu sampai Kak Long habiskan sekolah kat sini baru boleh ikut abah. Kak Ngah pulak dua hari lepas tangannya terkena kipas. ada luka sikit. minor sangat. terkejut je lebih tu. tapi menangisnya nak abah je. adeh... nak tak nak telefon la abah jugak bagitahu dan bagi dia cakap dengan anak manjanya tu.

Azfar? Azfar memang yang terbaik. sebabnya kalau dia tak nampak aku dia okay je main-main. tapi sekali dia dah nampak memang menangis la tak nak dengan orang lain dah. pening kejap mak bondanya ni. especially kalau time nak memasak. kadang-kadang tu dengan ayah aku pun dia tak nak. boleh dikatakan dengan semua orang la dia tak nak. kecuali kalau ada yang bawak dia naik motor. dia dengan senang hati akan ikut. o_O






my foot: pendek la sangat entrinya kan? kalau cerita anak-anak ni mesti panjang berjela-jela. ngeeee...


30 May 2012

Plan A.







my foot: jangan prepare dengan plan A je. prepare la dengan semua letters ye. muahaha...


Untuk ibu mengandung.








my foot: untuk amalan ye. mood berblog merudum pulak hari ni. aisey...!!!


~ WW #29 ~ All of us are here!!!







my foot: hanya sekali dalam sebulan.


I love photos.






my foot: it's so true kan?


29 May 2012

Puasa Rejab dan Sya'aban.







my foot: dapat ini di FB. perkongsian. kalau puasa dapat pahala ye. tak buat tak dapat dosa pun. kalau mampu buatlah.


Ini anak abah.



ini anak abah. apa-apa hal mesti nak abah. jatuh, menangis mesti panggil abah. kalau abah balik pun memang berkepit je dengan abah. tak boleh hilang seminit. kejap lagi mencari la mana abahnya pergi. tak tahu la sejak bila jadik anak abah. tapi apa-apa hal mesti abah la. masa abah dia sampai hari tu, siap tertidur lagi dengan abah. jarang Kak Ngah ni tidur siang awal kecuali dia bangun awal pagi tu. tapi rasanya dia bangun lambat sikit daripada biasa.

kuat merajuk ni. kalau abah marah lagi la cepat dia merajuk. tapi dalam pada tu dia lembut sikit orangnya berbanding Kak Long. kalau Kak Long memang gangster habis, Kak Ngah tak. kalau Kak Long suka membuli orang, Kak Ngah buli jugak. hahaha... cuma bezanya, Kak Long kalau marah dia pergi lepuk orang tu. Kak Ngah tak. orang buat dia sampai bercalar dan berbekas kat pipi. tapi dia tetap tak balas balik. kalau Kak Long jangan harap la. memang berbekas dia buat kat orang.

Kak Long kecik je tapi ganas. sampai abang sepupunya cakap: "Alya ni gangster macam budak sekolah menengah." hahaha... macam mana tu? Kak Ngah pun suka jugak mengusik orang. tapi dia setakat mengusik je la. dia tak pukul. bagus Kak Ngah ni. suka jugak mengikut apa yang Kak Long dia buat. sayang sangat dengan Azfar. kalau bangun tidur mesti cari Azfar dulu. kalau tak jumpa nanti dia menangis. hahaha...

Kak Ngah ni peramah orangnya. peramah pun takut orang jugak. tak macam Kak Long. tapi Kak long lambat panas dengan orang kecuali orang yang lagi tua daripada dia. memang cepat mesra la Kak Long. dah besar dah Kak ngah ni. macam-macam ragam ada. pening ibu. adeh...!!!


Mistikus. Mistik si tikus. Hahaha...



kejadian mistik itu biasa. kalau bernasib baik, bunyi je menghiasi hidup anda. kalau tak bernasib baik dapat melihat wajah-wajah mistik itu. hahaha... boleh ke ketawa macam tu? aku lupa jugak nak bertanyakan kesinambungan cerita my SIL called aku tu. tapi aku rasa memang dia called kot. cuma siapa yang jawab tu aku nak tahu. sebab SIL aku bukan hafal pun nombor telefon aku tu kan. sama la macam aku tak hafal nombor telefon dia. ngee... siapa pun yang jawab telefon tu, tak baik tau main-main. dosa!!!

mengingatkan aku masa zaman belajar dulu. banyak kejadian mistik yang aku tak ecountered. just dihidangkan dengan bunyi-bunyian je ada la. tapi ada kawan aku alami sendiri. alhamdulillah... bunyi-bunyian pun dah cukup. tak payah la nak tunjuk-tunjuk muka. o_O setakat yang aku paling ingat masa dekat U la. time nak solat maghrib. budak-budak ni la bising sangat. sekali tu dengar orang belari macam nak runtuh siling. kawan aku yang dengar tu bergegas masuk bilik air. aku pulak dengan poyonya cakap: "Dia nak usik je tu. Buat tak tahu je la." harharhar... dalam keadaan dia orang takut, takkan la aku nak takut jugak kan?

memang kuat la bunyinya sebab aku duduk tingkat lima. mana ada tingkat lain lagi dah. lepas tu jumpa siling je la. kejadian tu kat Seksyen 6. even kawan aku ni pernah nampak ada tangan berbulu kat tingkap. yang ni pun aku tak pernah alami. dia je la. aisey... masa tu aku dengan kawan-kawan lain duduk kongsi bilik empat orang. bilik dua orang ada kawan-kawan lain ambik. kemudian tu la baru aku dengan kawan yang dua orang ni tukar bilik. itu pun lepas kejadian dia orang keteguran. lepas pukul 12 am dok bisng-bising lagi. lepas tu ada la tukang ketuk pintu. slow je. ketuk 3 kali. dia orang ingat kita orang bilik sebelah dok main-main tapi bila tengok semua tidur baru la dia orang syak-wasangka. terus la masuk tidur.

bab-bab susun ke tarik kerusi meja tu biasa sangat la. kalau tak orang rumah bawah marah orang atas, orang atas marah orang bawah. asal pukul 12 am je mula la dengar orang dok tarik susun kerusi meja almari segala. bising kan. mula la masing-masing nak tuduh-menuduh. tapi bila tahu rumah bawah mana ada orang. semua balik kampung. baru la kami semua senyap. kalau dengar pun buat tak tahu je la. nak marah siapa kalau bukan kerja dia orang semua tu.

meningatkan aku jugak masa duduk rumah abang aku. okay... dia duduk flat balai yang punya. asal malam je dengar orang dok menumbuk apa benda entah. dalam hati dok kata memasak apa la sampai menumbuk batu lesung tu boleh tahan bunyinya. tapi my bro kata benda tu biasa. mana ada orang duduk kat tingkat atas tu. setakat kenal-kenal diri macam tu cukup la ye. tak payah la nak berkenalan dengan lebih mesra. tak payah tunjuk muka la sebab saya ni penyegan orangnya. husben saya peramah. boleh jumpa dia ye. hehehe...

benda-benda macam ni buat kita berfikir sekejap. kita takut sangat dengan benda alah tu buat apa? walaupun cakap macam tu still jugak ada perasaan takut kan? hahaha... kita takut kat dia sebab kita rasa dia makhluk paling tak menawan kat muka bumi ni. pada dia orang pulak, kita la yang paling tak menawan sekali. kita takut, dia pun takut. jadik siapa yang takut sebenarnya? mistik betullah.


Untuk amalan bersama.








my foot: ada sesuatu yang kita memang dah tahu tapi tetap kita amalkan. contohnya minum berdiri tu kan?! kena berubah untuk kebaikan bersama.

28 May 2012

Untuk anak-anak je ke?



asal balik je mesti belikan something untuk buah hati dia yang dua orang tu. memang akan ada buah tangan la. untuk Azfar je tak ada sebab dia sendiri tak tahu nak belikan apa. tapi hari tu sebelum balik, husben ada cakap dia nak belikan bola untuk Azfar tapi dia terlupa. dua jenis pad islamic ni untuk Kak Long dengan Kak Ngah la. anak-anak memang excited. 

untuk aku? tak ada apa-apa pun. sebab aku tak mintak. kalau mintak tentu dia belikan jugak. tapi masa keluar dengan dia tu aku tak ada la nak mintak apa-apa pun. cuaca panas walaupun time tu baru je pukul 10 lebih. even pukul 8.30 pun dah panas bukan main lagi. entah la. tengok di berpeluh sakan dengan tak sihatnya lagi, takkan la aku nak ajak dia jalan-jalan. kesian pulak. hehehe… kalau tak boleh la aku mintak dia belikan tudung ke barang sehelai dua. 

ini pun dia belikan petang sebelum dia balik. husben kata: “Ini barang ibu!” barang apa pulak sedangkan rasanya aku tak pesan apa-apa masa dia keluar tu. bila bukak plastic tengok mouse comel ni. alahai… terima kasih ye abah! dah lambat pun still belikan jugak mouse untuk wife dia ni. mungkin sebab aku la dok complaint ada computer tapi mousenya tak ada. ngeee… sabar je la ye Ney!!! 


Chocolate Indulgence untuk kami semua.



sabtu tu kan aku kelaur berdua dengan husben. kejap je. bukan lama mana pun. pergi ambik kek dengan beli barang anak-anak. pagi tu dah keluar pun bawak anak-anak. time tu la abah melayan karenah dia orang yang macam ragam tu. aku tegnok je. abah kata: "Dah dia orang nak. Biarkanlah." okay... abah dah kata macam tu ibu malas nak kata apa-apa lagi. since Azfar pun dah meragam sebab mengantuk, aku hantar la budak-budak balik dulu. tidurkan Azfar dan baru keluar semula.

alhamdulillah... anak-anak ni kalau kita pandai pujuk, dia orang tak kisah pun kalau tak ikut. siap lambai-lambai lagi kat tingkap. time tu la boleh spent bercerita tanpa ada gangguan daripada anak-anak. ye la... anak-anak dah tentu nak abah jugak kan? berebut-rebut kata. hahaha... time tu jugak la kalau nak pegang-pegang tangan boleh je. siapa nak marah? meh, nak lempang lutut 16 kali. ada sorang pakcik yang aku kenal tu siapa sound lagi: "Ni yang aku marah ni!" sebab nampak aku jalan holding hands dengan husben. dia kata lagi: "Elok la tu. Anak-anak tinggal kat rumah ye?"


ala, bukan selalu pun. memang jarang la husben balik dapat jalan berdua. masa baru kawin dulu biasa sangat la. masa dapat Kak Long pun okay lagi. tapi bila ada Kak Ngah dah kena bahagi-bahagi. sorang pegang satu. ada Azfar lagi la.. biasanya pun husben yang pegang. kecuali time dia nak bayar or bawak barang banyak je baru aku ambik mamat kecik tu.

lepas je pergi ambik kek, terus balik. masa tu memang dah panas sangat. husben pun dah penat. dah la petang tu nak balik. jadik, ini second time la makan Chocolate Indulgence version bukan SR punya. sedap la. tapi kali ni manis sikit. masa belikan Azfar hari tu tak semanis ni. this time around, semua dapat makan. siap ada yang ambik dua tiga potong lagi. makan la selagi ada. hehehe... my sis yang on diet pun dok makan dua tiga potong jugak. boleh gitu?

another year and we're still holding strong.


Oh, my MIL!!!

mahu bercerita kejadian masa husben balik. my MIL ada called aku dua kali. tapi aku tak angkat. biasa la kalau kita baru tidur, memang tak sedar dengan bunyi telefon kan? bukan setakat my MIL tapi SIL aku pun called jugak. pun aku tak jawab. telefon letaknya bawah bantal. dah sah-sahlah bantal yang jawab. tapi yang jadi kelakarnya bila husben called MIL, MIL cakap dia ada called aku dua tiga kali tapi tak berjawab. last called tu la baru ada orang angkat. 

yang tu aku sempat dengar sebab kebetulan aku baru je masuk bilik. aku dengar husben cakap, mana ada dia tengok tv. salah orang kot. ni husben la yang cerita semula kat aku. dia kata SIL aku called. ada orang jawab. suara memang suara aku. bila tanya buat apa, tengok tv. lepas tu senyap. bila tanya, “Sal ke ni?” orang tu cakap bukan. kesudahan cerita aku tak tahu. cuma yang husben aku ada cakap, MIL aku kata buat apa nak menyamar kata bukan aku walhal suara memang suara aku. dan MIL cakap malas nak called lagi dah kalau menyamar-nyamar ni. 


hahaha… aku nak menyamar? Ya Allah… buat apa la nak menyamar. tak ada kerja malam-malam nak menyamar. layan mata lagi sedap. aku checked received calls kot-kot aku jawab sembarang time aku tengah tidur tu kan. mana la tahu. tapi tak ada pulak received call daripada SIL. last called pun kakak aku pukul 7 pm. aisey… SIL aku called siapa la agaknya? sian kat aku. tak pasal-pasal kena kan? huhuhu… 

tapi betul la... pernah tak kita bila called orang, terus kita tanya kat mana? buat apa? walhal kadang-kadang kita tak pasti yang nombor kita dial tu betul nombor orang yang kita nak. sebab pernah terjadi kat aku jugak banyak kali. orang called tanya itu ini lepas tu baru tanya ni betul ke tak orang yang dia cari. boleh gitu? bila salah tu nak marahkan siapa? yang kes aku ni mungkin orang tu letak kot. tak pun ada pendua aku ni? huhuhu… 

oh, my MIL!!! nak buat macam mana Mi kalau suara tu macam suara saya tapi dia cakap dia bukan Sal. maknanya Mi dah salah called orang la tu. lagi pulak, telefon tu tetap duduk bawah bantal sampai ke pagi. macam mana tu? oh, tujuan letak bawah bantal tak nak bagi anak-anak terkejut kalau ada incoming call!!!


27 May 2012

Pada tarikh ini lima tahun lalu.



lima tahun dulu pada tarikh ni, aku tengah nak naik atas stage untuk ambik scroll. sebelumnya hari wedding aku. lima tahun dulu, minggu pertama cuti sekolah hari ahad dan seawal pagi aku dok drive ke Shah Alam dengan husben and my dad. masa tu aku punya session petang. pukul 2. memang imbas kenangan lama la. sebab betul-betul sama macam lima tahun lepas tarikh ni.

baju yang husben aku pakai masa aku grad tu baju akad nikah. aku basuh malam sebelumnya dan keringkan. sampai Shah Alam baru iron. memang happy sebab hajat tu tertunai. berterima kasih sebab dia banyak tunaikan keinginan aku. memang tak terbalas la kan.

untuk anniversary semalam, aku ada bagi something dekat husben. kalau tahun lepas aku celebrate dalam pantang, tapi still aku ada bagi something jugak. aku mintak my friend post coklat. memang sampai tarikh tu la kalau tak silap aku. penyudahnya aku la yang makan banyak. husben bukan suka sangat. sekadar rasa je. aku la hantu coklat kan. hehehe...


tahun ni ada projek baru la. awal bulan 4 aku buat. dok tangguh last-last siap jugak. hasil kerja tangan sendiri ye. sebabnya aku sendiri tak tahu nak bagi apa. kiranya aku saja-saja bagi. biasa tak ada hadiah pun. hehehe... tiga tahun kebelakangan ni je la aku start bagi hadiah. biasa kalau bagi pun, aku bagi kad je. kek tu memang ada la. untuk makan-makan.

nak tengok apa aku bagi? hehehe... kalau tak cantik tak payah komen ye. boleh gitu? cuma aku tak tahan bab frame tu la. aku expect kakak aku pilih frame simple-simple je sebab itu yang ada dalam fikiran aku pun. sekali dia balik dan dia bawak benda alah ni... alahai... boleh la. dia kata mahal sikit tak apa la. bukan anniversary tu selalu pun.

hahaha... memang la. tapi expectation aku lain. aku nak pergi kedai frame memang tak dapat. memanjang sibuk dengan budak-budak ni. kebetulan kakak aku keluar, itu yang mintak tolong dia terus tu.


ini la dia hadiahnya. didatangkan bersama kad ucapan ye. kad tak sempat pulak nak ambik pic. padahal kad tu pun sejak April lagi dah siap tulis. saja advancekan sebulan. sebab aku suka siapkan awal-awal. in case ada plan lain boleh tukar last minit. entah apa-apa la. hahaha...

semoga istana impian ini terus dilindungi ALLAH SWT adanya. bimbingilah aku kerana kamu adalah nakhodanya. terima kasih atas semuanya.


SAYANG KAMU KETAT-KETAT!!!




my foot: ada yang nak tempah frame dengan aku ke? hahaha...


26 May 2012

Lima tahun sudah berlalu.


lima tahun dah berlalu. macam-macam yang dihadapi dan diharungi sepanjang lima tahun tu. lima tahun yang aku masih belajar untuk jadik yang terbaik. memang tak mampu nak jadik 100% perfect tapi sedang berusaha untuk menurut segala 'titah perintah'. lima tahun yang mana aku belajar tentang apa suka dan apa yang tidaknya. lima tahun yang dia harus tangani dengan sikap isterinya yang entah apa-apa ni. dan macam-macam ragam jugak.

lima tahun yang penuh ranjau. lima tahun dan dikurniakan dengan tiga permata hati yang bijak dan mempesonakan. lima tahun yang tidak pernah lekang dengan suka, duka, ketawa dan air mata. betapa lima tahun ini ada segala-gala di dalamnya. lima tahun yang hanya kita saja tahu perjalanannya. lima tahun yang tidak terungkap dengan kata-kata. lima tahun dan kita masih di sini. cuba membina hidup sendiri.

betapa lima tahun ini aku berharap agar aku mampu jadik yang terbaik dan mampu menurut segala apa mahumu. lima tahun yang sangat aku hargai akan kehadiran kamu. lima tahun yang tidak pernah aku jangka akan perjalanannya. lima tahun dan aku harap kasih sayang serta rasa cinta itu masih ada atas izin ALLAH SWT.


HAPPY 5th ANNIVERSARY Dear HUSBAND!!!  (♥♥,)


Sudah sampai ke rumah.



alhamdulillah... husben dah selamat sampai ke rumah semalam. tapi kesihatan dia tak berapa baik la. sakit dada dengan batuk. aku ingatkan dia akan sampai hari ni tapi semalam dah ternampak kelibatnya. hehehe... sebenarnya bukan aku yang nampak dulu tapi Kak Ngah. dia cakap: "Abah balik!" tapi aku kata kat dia: "Mana abahnya?" sebab aku ingatkan dia main-main. selalu jugak dia main-main macam tu. kemudian tu la anak buah aku datang kat Kak Ngah bagitahu dia: "Anis, abah Anis alik." bergegas la dia pergi carik abahnya tu.

memang anak abah la. waktu siang berkepit je dengan abah. tak boleh hilang. hilang seminit je dia carik. Azfar? of course la mengada jugak. tidur pun nak abah jugak ye. tak nak aku. boleh tahan kan? cuma Kak Long la biasa-biasa je sikit sebab dia dah besar dan faham abah kerja. memang rindu abah la anak-anak ni. bila malam la baru carik ibu. Azfar pulak buat tanda-tanda macam tak berapa nak sihat. merengek-rengek la jugak walaupun still aktif. setakat semalam dan pagi ni alhamdulillah, tak demam.

bila jumpa sebulan sekali ni, berebut-rebut anak-anak nak perhatian lebih. abah pulak kurang biasa dah dengan anak-anak yang perangai boleh tahan ni. Kak Ngah memang memeel time abah balik kali ni. dia nak perhatian lebih sebenarnya sebab dia kan anak abah. muahaha... pening aku tengok husben melayan budak-budak bertiga ni. aku cakap dengan dia, ini biasa je. tapi dia cakap dengan aku dia macam tak biasa sebab rutin dia kat sana, tempat kerja dan balik rumah. balik rumah mana ada anak-anak bising, buat perangai lagi.

tapi walaupun macam tu, husben tetap layan. cuma aku la kesian tengok dia nak melayan budak bertiga ni. sekejap yang ni panggil. sekejap lagi yang tu. yang ni nak baring kat abah. yang tu pulak merajuk sebab tak dapat nak baring sama. habis tu macam mana? sampai aku dengar dia cakap kat Kak Long dengan Kak Ngah: "Dua-dua anak abah. Jangan berebutlah." hahaha... itu belum kira yang nak berdukung lagi. Azfar pun nak dukung jugak. tapi sekarang ni buat peel nak dukung... Kak Ngah la. juara untuk bulan ni. o_O

ibu? ibu biasa-biasa je. kalau rasa nak menyakat budak bertiga tu, aku saja je la baring dekat abahnya. kejap lagi memang ada la yang merajuk. takkan nak berebut jugak dengan anak-anak kan? mengalah je la. hahaha... macam sedih je? poyo betul la.


25 May 2012

Subhanallah... bentuk hati tu!

snapped daripada akhbar Kosmo.


masa gerhana matahari hari tu. ada keluar dekat Kosmo dua hari lepas pasal cerita gerhana ni la kan. tiba-tiba aku tertengok ini. tak ada la tiba-tiba pun. saja je tu. aku terpandang pada pic ni. subhanallah. cantik kan? mahatari berbentuk seperti hati. memang terpukau la dengan kejadian alam ciptaan Allah SWT ni.

tukang capture gambar ni pun yang terbaik agaknya sebab dapat capture moment yang sebegini. tak ada kata-kata untuk gambarkan kecantikan yang satu ni. aku suka view-view macam ni. especially kalau kat tepi pantai waktu petang. aisey... teringin la nak duduk bercuti kat tepi pantai dan tengok view matahari terbenam dengan naik.

bila dapat bercuti? ada rezeki tu ada la. tak dapat bercuti pun bawak anak-anak ni jalan-jalan lepak tepi pantai pun seronok jugak. dah lama tak duduk tepi pantai ni. last time masa Azfar baru tiga ke empat bulan macam tu la kot. insyaAllah... ada rezeki boleh la ke pantai lagi ye. sabar je la. tiba-tiba cerita pasal pantai la pulak. hohoho...





my foot: selamat bercuti ye pada budak-budak sekolah. cuti dua minggu ni. mesti banyak aktiviti time cuti kan? parents pun mesti dah ada plan ni. have fun la ye!!!


Emosi ye Kak Long?



selalunya kalau 6.30 petang or pukul 7 tu tv kat rumah ni dah tutup. arahan pihak berkuasa. kecuali la kalau ayah aku tengok sukan. sebab dia lagi power daripada my BIL dengan sis kan. ^_^ anak-anak memang tak boleh buka tv kalau tak nak kena sound baik punya. dia orang ada perjanjian dengan parents dia orang. aku tak ada. anak-anak pun aku tak ajar tengok tv petang-petang. jenis budak-budak ni, lepas mandi dan minum susu kalau tak sambung main, dia orang akan ekor je aku ke mana je aku pergi. biasanya jugak aku lepak-lepak dalam bilik tunggu turn nak solat. sempat jugak la dia orang tunggang terbalikkan bilik ni.

adoiii la... intro kalahakan orang nak jawab SPM. hehehe... cumanya semalam sebab tak sempat nak kemas bilik awal-awal aku tengok la Seindah Sakura lakonan Fasha Sandha dengan Fahrin tu. asalnya aku nak tengok sekolah yang jadik lokasi dalam cerita tu. sekolah yang dia orang guna tu sekolah aku dulu. bukan time aku lagi dah. kalau tak boleh jugak aku dengan kengkawan interframe berlakon dalam drama. dapat jugak duit. hahaha...

tapi semalam tengok pun sekejap je. part Sherie Merlis mintak maaf dengan mak dia. time Shakirah tu flashback. Kak Long yang tengok boleh pulak cakap: "Nak lari bawak la mak dia sekali. Tak sayang ibu bapa ni. Betul tak ibu, dia tak sayang ibu bapa kan? Berdosa!" ngeee... memang Kak Long ni kalau melibatkan parents dalam apa cerita je yang dia nampak macam bersikap tak baik, dia akan komen macam tu la lebih kurang.

jadi aku pun tanya la dia: "Kalau abah macam mana?" nak tahu apa jawabnya? "Abah tak apa." hahaha... okay, Kak Long memang anak ibu. Kak Ngah anak abah walaupun Kak Ngah akan cakap dia tu anak ibu abah. tak ada pilih kasih. sama rata je. banyak benda yang keluar daripada mulut Kak Long melambangkan apa yang dia fikirkan. kadang-kadang terfikir jugak, pemikirannnya tu macam orang dah besar sangat.

Kak Long suka tengok tv. especially kartun la. tapi ada masa dia bertoleransi. dia akan cakap: "Ibu tengok cerita ibu dulu, nanti tukar tengok cerita Kak Long pulak." bila dia dah cakap macam tu aku la yang tak sampai hati dok biar dia tercanguk depan tv tunggu turn. kejap je aku tengok kemudian aku pass la kat dia. ala, aku bukan tengok sangat pun tv-tv ni.

dan dia kalau nampak kakak sepupunya tengok Korea? "Kakak ni asyik-asyik tengok Korea, dengar lagu. Bosan!" walaweiii... anak siapa tu?


Photobook lagi? Hehehe...



ada diskaun baru untuk photobbok daripada Groupon. kali ni Photo Mart yang bagi ye. banyak tu diskaunnya. 76%. yang ini photobook berkualiti ni. jadik kalau rasa nak grab boleh la grab sekarang. 76% diskaun untuk photobook siapa nak bagi? nak tunggu yang murah-murah sikit boleh, tapi kadang-kadang kualiti okay tapi kekemasan tak berapa nak okay. macam yang aku buat tu la. kekemasan je kureng sikit. yag lain tu aku suka dah sebab aku yang buat kan. hahaha...

yang ni kena charge untuk delivery kalau tak silap aku. biasanya kalau delivery free, dia orang akan tulis kat tajuk tu jugak. free delivery. macam photobook aku tu la. deliverynya free. okay, murah dan kos penghantaran pun free. memang berbaloi-baloi. ala, kalau ada kos penghantaran pun dalam RM10 je untuk semenanjung. baru RM95. still dalam kos murah untuk photobbok. wood cover lagi. 

tapi kalau self-collection tak ada la  bayar-bayar kan. siapa-siapa yang duduk KL tu boleh la pergi ambik sendiri kecuali kalau dah memang malas tahap gaban, nak jugak pos sila la bayar delivery cost. tempat ni kat Kuchai Lama. ewah... aku ni dah jadik macam promoter Groupon pulak kan? hahaha...


Amalan.



Daripada Imran bin Hushain r.a., bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya:

"Wahai Rasulullah! Apakah sudah diketahui orang yang akan menjadi penghuni syurga dan orang yang akan menjadi penghuni neraka?"

Rasulullah SAW menjawab: "Ya."

Kemudian beliau ditanya lagi: "Jadi untuk apa orang-orang harus beramal?"

Rasulullah SAW menjawab: "Agar setiap orang akan dimudahkan untuk melakukan apa yang telah menjadi takdirnya".

( HR : Muslim )




my foot: renungan untuk diri sendiri.


24 May 2012

Bertolak-tolaklah kita.

letak pic ni aci tak? hehehe...


sepatutnya taip entri ni semalam. tapi entah la... tiba-tiba jadik macam malas la pulak. sudahnya terbiar dalam draft je. semalam hari bertolak-tolak sedunia. hahaha... kenapa? semalam masa hantar Kak Long aku dah rasa macam ada something wrong je dengan motor my BIL tu. tapi bawak jugak la. pertengahan jalan pun sama jugak rasa lain macam. dah la semalam aku bawak Kak Ngah sama.

on the way balik, motor tu macam dah nak matu je. sempat singgah kedai ye belikan nasi untuk Kak Ngah. minah kecik ni jenis makan nasi pagi-pagi. perut macam perut abah. eh, abah makan nasi ek pagi-pagi?! makan jugak. kadang-kadang tu makan roti je. okay, tercerita lain sudah.

lepas beli dan on the way nak balik tu la motor tu tak nak hidup. adoiii la... sengal betul motor ni. nasib baik la dah nak balik. jadik dengan Kak Ngah ada dalam raga motor, aku tolak je la motor tu dengan jayanya. mujur jugak la cuaca pagi tu tak sepanas mana. tak penat sangat pun sebab ada teman kan. aku suruh Kak Ngah tolak motor pun dia tak nak. sedap lagi duduk dalam raga. Kak Ngah ni betul la. ^_^

sampai rumah la baru rasa lemah lutut. baru la rasa penat. Ya Allah. letih betul. hahaha... dan pagi ni bawak Azfar pulak sebab dia sibuk nak ikut. sekarang ni dia macam tahu je timing aku nak hantar dengan ambik Kak Long balik sekolah. walaupun aku tak pakai tudung lagi, tapi dia awal-awal dah nangis dulu. alahai... Azfar sayang!!!


Lagi-lagi pasal photobook.



belum habis bercerita pasal photobook nampaknya. hehehe... ala, masa ni la nak bercerita pasal photobook pun. ada orang dah ada empat lima buah photobooks tapi tak ada kecoh-kecoh pun. ala, itu orang lain la. aku first tengok photobook ni masa exchanged album kawin dengan kawan aku ni. aku tengok nice jugak. lepas tu tak ada la terfikir apa-apa pasal photobook ni lagi. lepas 4 tahun lebih, baru la dengar semula pasal photobook ni. siap ada offer-offer lagi kat internet.

selalu jugak aku usha web online yang bagi diskaun untuk photobook ni. selain Groupon, ada milkadeal. ada banyak jugak la lagi. even siapa yang add company tu sendiri kat FB pun boleh dapat diskaun untuk photobook. ada yang dah ditentukan size apa dan jenisnya macam mana. ada yang bagi diskaun je dan pada kita la nak tentukan pilihan kita tu. nanti bayar je la kat dia orang. dan semestinya jugak kena download software dia orang la kan. intipati dalam software tu berbeza ikut company. sebab aku ada download dua tiga software daripada company yang berbeza.

ada yang canggih sikit. ada yang biasa-biasa je. harga photobook tanpa diskaun biasanya jugak around RM100 ++. bergantung pada pilihan kita. dah download software boleh la kita gunakan untuk letak pics kita ikut suka kita la macam mana kan. nak terbalik. nak senget. nak ada frame. semuanya terpulang pada diri sendiri. nak simple-dimple pun boleh je. tapi make sure la gambar-gambar kita tu cantik. kalau tak nanti print kita tengok pun tak sedap mata memandang. kalau nak buat kenang-kenangan dan nak compile dalam satu album, photobook ni memang sesuai la. tapi kalau jenis nak pegang satu-satu kena print la kan.






my foot: tengah tunggu next photobook deal. nak compile pics family kecik aku ni. teringin nak buat untuk diri sendiri jugak. hehehe... yang aku buat untuk adik ipar aku tu diskaunnya 70% daripada harga asal yang ratus-ratus tu.


Budak kecik yang lasak. ➳♥

ini kes mengikut si kakak-kakaknya. memanjat je la kerjanya.


Ya Allah. budak ni lasak sangat sebenarnya. pening kejap kepala. kalau dah dia mulakan aktiviti, siap la. Azfar meamng suka tarik perhatian. especially kalau ada ayah aku.  kalau dia ambik something, dia akan pergi kat ayah aku dan bagi benda tu. tak kira la apa pun. janji bagi. selagi tak ambik benda yang dia agi tu, selagi tu la dia jerit "Nah!". hahaha... mengada kan? sama jugak kalau dia dapat masuk dalam bilik solat ayah aku tu. jangan harap la boleh ambik dia kecuali kalau aku pakai tudung.

tak payah lama la dalam bilik tu. bagi dia dalam lima minit je. lepas tu dia akan cari aku jugak. aku rasa dia mesti rindu kat abah dia. sebab dengan ayah or abang aku dia macam mengada sikit. macam nak tarik perhatian walhal memang dia dapat pun perhatian tu. cuma bukan daripada the father la. abah banyak missed tentang Azfar ni berbanding Kak Long dengan Kak Ngah. tapi nak buat macam amna. bukan mintak pun kan. tak apalah dik. ini bahagian adik.

aktiviti semasa. memang sengaja pakaikan diapers je sebab Azfar selalu berpeluh.


lagi satu, dia suka sangat kalau dapat jalan-jalan. aku bukan tak nak bawak dia. tapi sebab ada baby kecik yang aku jaga ni, dia kena jadik tahanan rumah la. kadang-kadang abang sepupunya bawak berjalan. ada masanya jugak to abahnya yang bawak. biasanya pun tok abah yang bawak.

tangga tu memang port dia la. tapi yang kelakar tu, sebelum dia betul-betul naik atas biasanya dia akan pandang kita dulu. konon nak pastikan yang dia takkan dikesan naik tangga. lagi satu dia akan panggil klau dia nak naik tangga ye. tu nak bagitahu la yang dia sedang menuju puncak. hehehe... ada masa kalau dia tengok kakak dia main kerusi, dia pun main jugak. sekejap lagi sengar la suara dia. konon-konon macam kaki tu terlekat la. padahal tak pun.

dan Azfar memang 24 hours berpeluh. orang buat kerja berat katakan. memang tak sah kalau tak berpeluh. waktu pagi pun kejap je dia pakai baju. malam pun time nak tidur je. memang melekit la kalau dia dah start buat 'kerja' dia tu.  (♥♥,)


Feeling down... ๏̯͡๏








my foot: selalunya aku merasakan sebaliknya. low self esteem. buat kamu dan kamu yang feeling down. don't lose hope!!! (♥♥,)


23 May 2012

Petua Mengatasi Rambut Gugur dan Botak.



1. Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastiK, yang mudah boleh guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalan ini boleh dilakukan 1 kali seminggu.

2. Selepas shampoo rambut, lumurkan 1 cawan jus lemon yang baru diperah dan urut ke kulit kepala. Selepas itu, bilas. Guna conditioner yang biasa anda gunakan untuk bilasan terakhir bagi membuang segala kotoran.

3. Bagi merawat rambut yang rosak, anda boleh gunakan pisang. Caranya, ramas pisang dan campur dengan beberapa titis minyak almond dan urut-urut ke rambut. Biarkan selama 15 minit dan bilas dengan air soda. Kemudian syampu (sebaik-baiknya syampu herba) dan conditioner.

4. Untuk mengatasi masalah rambut gugur dan botak, anda boleh mengamalkan urutan minyak arnica setiap hari. Ia telah terbukti dengan maklum balas pembeli minyak arnica yang dipakej bersama-sama set rawatan rambut gugur dan botak. Ambil pemakanan yang kaya dengan protein seperti sayur-sayuran hijau, karot, buah manga, apricot kering dan juga cereal.

5. Untuk kes beruban sebelum waktunya (premature greying), jika emak atau ayah anda telah beruban pada usia muda, secara genetiknya anda juga berkemungkinan akan mengalaminya pada seawal usia 40an atau lebih awal. Uban adalah proses semulajadi apabila pigmen atau melanin rambut gagal untuk menghasil pigmentasi, lalu terjadilah uban apabila usia meningkat. Uban juga boleh terjadi pada usia remaja walaupun anda tidak mempunyai keturunan.



-awinda al habsyi-





my foot: sila cuba ye!!!


Hasil tuaian di Groupon adalah photobook ini.



hari ni nak cerita pasal photobook aje la ye. hehehe... excited la konon sebab ada photobook walhal bukan untuk aku pun. tapi untuk adik ipar aku kat kampung nun. kebetulan pulak, time dia dapat photobook ni aku rasa wife dia pun baru balik daripada Mesir kot. sebab katanya dia nak balik bulan 6, exam dah habis. jadik dia boleh la engok dan simpan photobook ni untuk tatapan anak cucu. =^.^=

macam yang aku dah bagitau dalam entri sebelumnya, nak dapatkan photobook ni makan masa sebulan lebih. tapi untung orang-orang kat company tu tak adalah lepas tangan. siap called lagi kan nak bagitahu macam mana nak settlekan semua masalah ni. aku pun tak tahu kat mana silapnya sebab aku ikut step dia orang. solution kedua aku ikut pun tak jalan jugak. the last one baru la jadik. memang nak jadik rezeki aku agaknya bulan Mei jugak baru siap senang husben nak bagi by hand kat dia.


ini time akad nikah. dia orang nikah Jumaat pagi. sabtu tu baru majlis besar. hari jumaat tu lepas akad nikah ada makan-makan sikit. lepas tu preparation untuk esok la kena start pulak. pics ada banyaaaak sangat tapi aku kena pilih sendiri sebab tak ada jurugambar pro. adik aku tu tak nak hire. pesal entah. jadik aku la kena edit macam orang pro la konon. 

tapi aku suka. sebab aku buat pun seikhlas hati. kalau ada orang yang tak suka pun, ada aku kesah? grrr...!!! okay la tu kan. nak pulak dalam photobook. aku pun tak ada lagi photobook. bercadang nak buat jugak hari tu tapi sebab  yang ni pending tak jadi la lagi.


part yang ni paling menyerlah sebab ada kaler hijau. memang aku paling suka section hijau ni. anak buah aku pun kata cantik. aisey... kena puji la pulak. hahaha.. bukan puji aku tapi puji kaler tu sangat cantik. dalam gambar memang nice sangat.

ini time hari besarnya tu. yang kelakarnya, baju tu ambik daripada butik tapi dia orang kata butik tu macam tak basuh je baju tu. jadik nak tak nak pakai je la. kalau daripada awal tengok mungkin la boleh hantar dry cleaning. tapi dah last minute nak dry cleaning apanya. bab bunga tangan aku pernah baca dalam mana entah dia kata pastikan bunga tangan kontra daripada kaler baju. kalau hijau, ambik la combination white dengan red. hehehe... konon-konon la kata.


dan jugak pics family sebagai kenang-kenangan termasuk dengan makanan dan barang hantarannya sekali. kontra kan kaler baju pengantin dengan kaler baju family sebelah adik aku tu. memang colorful. macam-macam kaler ada. hijau, putih, merah, biru. 

apa pun aku doakan kebahagiaan dia orang sampai ke syurga. dan dikurniakan cahayamata soleh dan solehah.


~ WW #28 ~ Photobook pertama.








my foot: pic blur-blur sikit sebab guna kamera handphone cap itik serama. ngeee... (✿◠‿◠aku suka background depan ni sebab nampak benda alah tu macam emboss tapi sebenarnya tak pun.


Adoiii... tension sikit je.



konon-konon nak pakai tab. senang nak berblog. tapi last-last guna computer jugak. hahaha... sengal tak aku. guna tab ni okay je. tak ada la best macam guna laptop ke pc ke tapi boleh manage la. cumanya, ada certain blog tu kadang-kadang aku tak boleh nak post comment langsung. kena jugak bukak pc kan? leceh la awak ni encik tab. 

kebetulan pulak ada satu cpu kat rumah ni yang dah tersadai lama dalam bilik my sis. barang second hand. beli je dan pakai kejap dah rosak. hantar repair dah dua tiga kali. sudahnya kakak aku biarkan je dalam bilik. dah setahun jugak la dalam bilik dia tu sampai la dia keluarkan baru-baru ni. ayah aku pulak kebetulan kenal sorang budak ni. dia buat part time repair computer. jadik dia la gigih hantar cpu ni kat budak tu untuk direpair. katanya ada dua komputer senang. tak ada yang berebut.

bila dah repair dan aku yang bayar, aku ambik la kan? hahaha... masuk dalam bilik senang nak berblog malam-malam. ayah aku bagi kat aku sebab aku yang bayar duit repair. budak-budak ni tahu main game je. ada dua komputer pun mesti berebut jugak. lagipun minggu ni minggu exam. tak boleh main-main komputer. result dah cun baru ibunya bagi sentuh keyboard. kalau tak cun kena puasa komputer sebulan.

komputer ni ada mouse. mouse aku la. tapi dah rosak la pulak. keyboard pun sama. ini aku angkut keyboard dengan mouse daripada komputer kat luar masuk bilik. nanti la baru cari baru. kena carik kedua-duanya sekali. kalau tak susah jugak nak angkut dua benda ni tiap-tiap malam. memang tension la kejap tadi tengok entah apa-apa benda yang keluar. sekali, bila cabut je wayar keyboard baru benda alah tu pun stop. aisey... keyboard lama ni pun dah jammed jugak.








my foot: ada eh nak tengok photobook tu? ngeee...


22 May 2012

Photobook pertama akhirnya sampai.

photobook pertama aku dah sampai. baru je tadi sampainya. benda ni pending sikit punya lama. daripada bulan April lagi. asalnya file tak ada la. tak terima apa-apa la... memang lama la jugak menunggu. sebab nak bolehkan file tu sampai makan masa berminggu-minggu. last-last guna solution terakhir. even orang daripada company tu siap called dan bagi solution macam mana nak buat. alhamdulillah... selesai jugak.

dan hari ni sampai  ke tangan aku akhirnya. nanti nak snap pic buat kenangan. actually aku buat tu untuk my BIL. wedding dia dah lama. last year tapi baru minggu ni dia boleh dapat photobooknya. plan nak print dalam bentuk 4R. tapi tak ada delivery la pulak. kena pick-up. aisey... semua ni hasil tuaian kat Groupon. masa ada deal photobook kat tempat lain, aku tak beli la pulak sebab yang ni tak settle lagi.

kualiti? ermm... so-so la sebab under diskaun kan. biasa la benda diskaun ni kualiti tak beapa la sikit. nak kata tak elok tu tidak la jugak. cuma daripada segi kekemasan je la kureng. yang lain aku rasa okay je. this week husben balik insyaAllah... boleh la mintak dia berikan pada adik tu sebab aku tak balik.  o_O


Angry Birds kami.


ini la belon yang Azfar jerit-jeritkan sangat hari tu. nampak je belon mesti kata nak. naknya tu pulak panjang bukan main lagi. disebabkan Azfar jarang sangat la ada mainan yang dia sendiri nak, aku belikan jugak la belon tu. at least ada la kenangan dia dengan belon yang mahal tu kan. hahaha... aku belikan dia Boboiboy. tapi satu je yang buat aku lemah sikit bila dia main dengan belon ni, dia suka baring-baring. ada la sekali dua belon biasa tu pecah sebab lasak sangat mainnya.


ni Angry Bird kedua Kak Ngah. yang pertama terbang ditiup angin sebab ikatan pada peberat terbuka. rasa macam nak pergi mintak balik je dengan penjual tu. macam mana la tali tu boleh terbuka. geram je rasa. padahal budak-budak ni bukan ganas sangat pun mainnya. sebab tak nak Kak Ngah rasa kecik hati belon dia terbang, belikan la Angry Bird kaler biru ni. untuk Kak Long kaler hijau. dah tanya dia nak kaler apa. last-last belon Kak Ngah jugak yang dia nak.


time ni cuma Angry Bird biru dengan Boboiboy je yang ada. Angry Bird hijau dah selamat pecah langgar kipas angin kat rumah. talinya panjang sangat. bila aku pendekkan, budak-budak ni marah. aku dah kata panajng sangat nanti terlanggar kipas pecah. masin kan kata-kata ibu ni. kejap je pecah belon tu.


Azfar punya Boboiboy la yang paling besar sebab ada kaki tangan semua kan. yang Angry Bird tu kepala je. tapi benda macam ni lama mana sangatlah tahannya. kejap je dah pecah or dah kempis. reda je la. tapi tak apa. asal dia orang happy aku pun happy juga. ^_^






my foot: bola birthday Azfar pun dah selamat pecah. genap seminggu je hayatnya. rasa geram pun ada. tapi nak buat macam mana? marah pun bukan makan saman budak-budak ni. lain kali nak beli bola besi je la. boleh tak Azfar? ngeee...


Angin meroyan pun bahaya.



siapa-siapa yang tengah pregnant or tengah berpantang tu jangan stress tahu. bahaya kalau time pregnant ni stress. lagi bahaya kalau dalam pantang. waktu tu memang syaitan dok buat kerja dia la kan. aku dulu masa dalam pantang pun ada jugak stress tapi alhamdulillah... selalu ingat Allah. selalu jugak muhasabah diri sendiri. sebab kalau tak meamng terganggu la pemikiran ni. akal sihat pun jadik tak sihat.

sebenarnya nak bercerita pasal biras abang aku. dia baru je gugur. dan jugak baru lepas cuci dan balik daripada berubat. katanya dia kena angin meroyan. bukan 100% meroyan. tapi angin-angin je baru hinggap. dia selalu rasa resah, tak dapat nak tidur malam. memang tunggang-langgang la rumah dia. kebetulan pulak dia ada anak kecik dalam umur dua tahun kot. lepas dia cuci la dia jadik macam tu.

aku kenal dia dan dia memang suka bercakap. memang ramah la. tapi orang yang dah melawat dia tengok dia pun dah tak macam dia. tak berapa nak bercakap, banyak termenung. cakap pun perlahan je. kaki tangan meamng sentiasa la bergerak-gerak. hari tu family dia ada ambik bawak berubat. tapi keadaan dia still tak kurang. kalau ada pun 0.005 peratus je agaknya.

my sis ada pergi melawat sebab rumah dia pun dekat sini je. bila tanya ada stress ke? dia cakap tak ada pulak. kadang-kadang kita tak sedar tentang benda ni kan. aku dulu selalu ternampak macam ada imbasan bayang-bayang. ada cakap dengan husben. so dia cakap banyakkan zikir, berselawat sebab time tu kita tak suci. senang je nak kena hasut.

dan ada jugak la saudara aku yang kena meroyan ni. nyaris-nyaris nak bunuh anak bongsu dia. sebabkan condition dia ta berapa bagus, anak tu orang lain yang jaga. ye la... takkan nak bagi kat maknya jugak kan walhal kita dah tahu conditionnya macam mana. jadik... elakkanlah daripada rasa stress tu ye kengkawan sekelian sebab kita tak tahu macam mana benda ni boleh hinggap kat kita. nak menghilangkan meroyan ni bukan senang. saudara aku tu makan masa bertahun-tahun. yang biras abang aku ni still dalam rawatan.

Ya Allah... semoga ENGKAU terus melindungi kami daripada segala hasutan syaitan yang direjam. lindungilah kami dari malapetaka yang boleh memudaratkan. sesungguhnya ENGKAUlah yang tahu rahsia di langit mahupun di bumi.


21 May 2012

Bila dah dapat kaki.


si kecil ini sudah dapat kaki. tapi dapat kaki pun still nak berdukung juga. manjanya pun terlebih jugak sekarang. tak mahu dengan orang. kalau mahunya pun sekejap je. tak suka dipegang. kalau pegang lama-lama memang dia marah kecuali ibu la kan.


macam-macam aksi ada si kecik ni. botol susu si kakak tu botol susu dia jugaklah. kalau dah dia kata nak, dia akan menjerit nak sampailah dia dapat apa yang dia mahu. hebatkan? sebabnya kalau dah dia kata nak, mesti orang bagi jugaklah kat dia apa je benda tu kecuali yang memudaratkan. ^_^


asalnya kat dapur tu diletakkan penghadang untuk elak dia ke dapur time aku nak masak. jugak untuk elak daripada tak sedar dia hilang entah ke mana. tapi sebabkan my BIL tak boleh nak langkah penghadang tu, terpaksa la dibuka semula. dan si kecik ni memang bebas keluar masuk la.


favorite tempat dia kalau ke dapur mesti nak tuju ke bilik air kecuali pintu bilik air tu tertutup rapat. kalau tak jaga betul-betul meamng hilang dalam bilik air la. bahaya kan? budak-budak besar ni bukan tahu bahaya. dia tahu seronok je. memang jaga dia betul-betul la kalau kat dapur tu. seminit je pun dah dikira lama.


aksi budak mengada. dia memang suka jadik perhatian sebab sekarang ni pun dia main attraction. orang suka main dengan dia sebab macam-macam benda dia belajar nak buat. budak besar ni memang la jadik kesukaan orang. sampai kadang-kadang tu ada perebutan yang itu dan yang ini nak pegang. huh!!!

tapi apa yang pasti, walaupun dah cecah umur setahun dan 8 hari, Azfar still tak ada gigi. hahaha... kalau kakak-kakaknya tu umur setahun tepat je dah tumbuh la giginya. kalau tak tumbuh betul pun, nampak la bayang-bayang giginya. ini jangankan bayang-bayang, rupa bentuk gigi pun tak nampak lagi. memang lambat giginya tumbuh. orang lain dah boleh kunyah-kunyah, Azfar kena tunggu je la. o_O 

dan dia happy je dengan apa yang dia buat. aku sebagai ibu pun happy je tengok perkembangan dia. i'm lucky to be a fulltime housewife walaupun ada benda diluar sana yang aku tak dapat nak nikmati. tapi aku dapat menikmati kehidupan disekeliling anak-anak dengan rasa bersyukur dan gembira serta bahagia. i'm blessed!!!


Allah Maha Kaya!


Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan seperti yang kita lihat ♥ jantung adalah di kaki kiri.

Gambar diatas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.

Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir ditapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian sains.

ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa.

Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.

MashaALLAH ♥ Subhanallah ♥

"Ya Allah... Sinarkanlah cahaya NurMu kedalam hati kami, pada seluruh anggota diri kami, pada darah kami dan pada setiap saraf kami, jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiran kami dengan rahmatMu ya Allah yang maha pengasih. Ya Allah,keluarkan diri kami dari kegelapan keraguan dan hiasi diri ini dengan akhlak yang baik dan kasih sayang, sinari hati kami dengan cahaya hidayah Mu seperti Engkau terangi bumi & langit dengan rahmatMu Ya Allah Yang Maha Esa.. amin ya rabialamin."

Semoga kita semua diberikan Allah kehidupan yang sihat rohani dan jasmani.


sumber: FB


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign