✿ Rumah SalYa ✿: April 2012

Fresh from the owner...

30 April 2012

Bila abahnya ada...

budak-budak memang suka tahap tak ingat kalau abahnya ada. sebelum balik, abah dah shopping macam-macam untuk anak-anak dia tu. untuk ibu ada jugak. biasanya barang yang ibu pesan. tapi kadang-kadang ada surprised. bukan barang mahal pun. biasanya ada la beli biskut ke makanan apa-apa je la yang dia rasa aku suka makan. bulan lepas dia belikan sekilo biskut untuk aku. dia kata dia bajet biskut tu akan habis dalam masa seminggu je. hahaha... memang pun. kuat makan biskut aku ni.



abah melayan anak-anak mandi kolam. ibu ada jugak layan. tapi tak lart nak layan lama-lama. especially nak tunggu air tu penuh. Ya Allah... memang tak boleh nak tunggu. penat. air keluar pun perlahan gila. hahaha... anak-anak ni memang sabar sebab dia orang nak mandi. ibunya ni la kureng sikit sebab kalau nak tunggu air tu je memang tak boleh nak buat kerja lain la. end up, air untuk kolam ibu biasanya sikit je. ngeee... kalau abah, banyak daripada ibu. dah la tu siap boleh tunggu lagi. siap basah-basah lagi dikerjakan anak-anak.



daripada yang kecik sampai yang besar, semuanya happy je. ibu happy jugak sebab boleh pass anak-anak kat abah. hahaha... poyo je kan. abah la ada pening-pening sikit tengok perangai anak yang macam-macam ni. baru dia tahu. tapi sebenarnya anak-anak ni time abah ada je baru perangai entah apa-apa tu keluar. kalau ikutkan okay je.

seronok tengok betapa happynya budak-budak tiga beradik ni.





my foot: broadband slow tahap apa entah. nak taip entri ni saja makan masa sejam sebab loading slow gila. nanti BW ye...


Kak Ngah demam lagi. Huhuhu...



budak kecik ni demam betul-betul sehari sebelum abah balik. aku rasa macam baru jugak lagi dia orang ni demam. ni dah demam lagi. adoiiii la... asalnya selesema je. tapi bila berikutnya bila dengar dia batuk, sahih... akak datang jugak la demamnya tu. meamng betul pun. hari abahnya on the way balik tu la dia demam. dah tentu la Kak Ngah ni nak abah je. anak abah katakan.

bila abah sampai rumah je, tak ada benda lain dia nak. 24 jam nak dengan abah je la. berkepit memanjang dengan abah. macam yang aku cakap tu la. tak boleh abah hialng, sure dia cari. abah ke bilik air pun dia cari. hahaha... pening kejap abah. tapi dilayannya jugak Kak Ngah. tak kira la macam mana pun, anak tu tetap anak. kalau tak takkan bila anak tu demam, dia yang berjaga malam. ngeee...

dia siap cakap kat anak-anak, jangan demam masa abah tak ada. simpan demam tu sampai abah balik. kesian kat ibu sorang-sorang kalau anak-anak demam. hahaha... pukul 2 pagi cakap macam tu dengan anak. husben ada cakap jugak, demam tu nanti bagi la kat abah. abah demam tak apa. abah sorang-sorang je. alahai... tu yang buat ada rasa sedih jugak. dia demam sorang-sorang tak ada siapa nak tengok. sama la macam aku kat sini kalau demam, aku seorang jugak. sendiri-sendiri. huhuhu...

tapi alhamdulillah... Kak Ngah lepas abah balik je dia makan berselera. minum susu. siap boleh main-main lagi la dengan abah. kalau aku nak tinggalkan dan keluar jalan-jalan pun okay sebab abah ada. dia orang memang nak berkepit dengan abah je. senang gitu. tapi aku la tak sampai hati la nak tinggalkan sebab dia balik pun nak manja-manja jugak. hehehe...





my foot: alhamdulillah... husben dah sampai rumah pukul 4 pagi tadi. dipermudahkan perjalanannya.


29 April 2012

Cerita satu malam.



leceh sangat guna tab ni. macam-macam rasa ada. menyesal pun ada. hahaha... the husben dah on the way balik johor pun. mood feeling-feeling jugak la sekarang ni. apa pun, alhamdulillah. aku dikira beruntung jugak. walaupun baliknya cuma sebulan sekali, at least time mendesak tu dia still boleh balik lagi. ada orang lagi tak bernasib baik daripada aku. bersyukur sebenarnya. ada cerita sebenarnya semalam. around 2 am Kak Long ada bangun siap menangis bagai dengan suhu badan tinggi. 

luckily the husben was there. so dia la pujuk-pujuk anak tu dan bawak ke toilet untuk basahkan kepala dengan badan. lepas tu okay sikit dia. the next morning my sis tanya ada bawak.masuk buai ke? aku cakap la tak ada sebab kalau bawak masuk nanti berebut. aku tanya kenapa. dia pun cerita la pasal bunyi buai yang dia dengar dari bilik aku tu. seram je kan? my sis dengar lepas the husben bawak masuk Kak Long. kan husbennya bawak Kak Long ke toilet. aku tidur je. semuanya husben yang uruskan. hehehe... 

 husben aku masa balik bulan lepas pun sama jugak. kalau dia tengok tv dan aku tidur awal, dia akan checked on us. kot anak-anak nak apa-apa dan aku tak sedar. yang ni dia cakap the next morning. tak berapa nak seram lagi dah. lepas dia checked on us tu, dia sambung tengok tv semula. kemudian dia dengar suara orang bercakap. dia naik dan tengok. katanya aku dengan anak-anak tidur sedap je. aku ada tanya suara siapa yang dia dengar. husben kata suara aku la. hohoho...


Jumpa sebulan lagi ye.

kejap je dah hari ahad. husben pun dah nak balik dah. anak-anak demam one by one. nasib baik demam time abah ada. tak ada la aku pening-pening sangat bila anak-anak mintak abah. hohoho... kesian kat anak-anak. ruang masa terhad. tapi okay la jugak. daripada tak jumpa langsung boleh je lagi tengok muka abah. dok berebut nak dukung la apa la. pantang abah hilang, mencari satu rumah. aku tahu abahnya pun berat hati jugak nak tinggalkan anak-anak tapi nak buat macam mana lagi. belum ada rezeki nak duduk sama. nanti bila keadaan dah stabil boleh je duduk sama-sama ye anak-anak. hari ni jugak secara rasminya aku akan guna tab instead of lappy. walaweh... terkial-kial jugak nak guna. ngeee...

28 April 2012

Tak sempat update blog tapi sempat jumpa blogger ini.

husben balik. jadik masa sangat berharga sebab baliknya cuma sebulan sekali. dah la tu kena berebut-rebut dengan budak tiga beradik. hahaha... aku selalu cakap dengan husben, cakap gurau je la, apa-apa hal mesti anak dulu. rindu anak isteri. anak dulu kan? husben kata dengan anak pun jealous. daripada mana datangnya anak? ngeee...

tambahan pulak budak dua beradik ni demam kecuali Azfar yang baru dapat selesema semalam. aiseh... mula-mula Kak Ngah demam. bila dah okay sikit, Kak Long pulak. cuaca memang tak menentu sekarang ni. kalau panas tu, panas sangat. tapi kalau hujan, hujan la kan. hohoho... memang masa yang singkat sangat aku hargai. nanti bulan depan pulak baru boleh jumpa lagi. sebulan lagi kena tunggu.

hari ni jugak jumpa blogger comel. aku ada tempah tudung bidang 45 dengan cik adik manis seorang ni. tengok dalam blog macam tembam-tembam je dia. tapi bila jumpa, kurus tinggi. kenal dengan Khumaera Ismail aka Mariam Ismail? tak ada ambik pics ye sebab dia pun nak pergi sarapan dengan husbennya. aku pulak tinggalkan dua orang anak dengan husben yang baru je setengah jam sampai rumah. mesti dia penat lagi. aku bawak Kak Long je sebab dia nak ikut. Kak Ngah dah tentunya melekat dengan abah sepanjang hari.

dah lama tak pakai tudung ala-ala budak zaman sekolah. ada plan nak labuhkan lagi tudung tu. tapi kena sikit-sikit la. insyaAllah, kalau kita berniat ke arah kebaikan dan dengan sedikit tekad yang kuat... Allah akan bantu kita. aku percaya tu. terima kasih ye Maera. cantik tudung tu. insyaAllah, ada rezeki nak order lagi. tapi warna lain pulak la. hehehe...





my foot: semalam makan lasagna lagi. my friend tu delivered ke pintu rumah. hahaha... RM10 sebekas. aku beli dua. satu husben dan satu lagi aku yang punya. tapi kongsi jugak dengan anak-anak yang makan western tu (Kak Long dengan Azfar je. Kak Ngah ni kadang-kadang perut melayu sikit).


27 April 2012

Apa benda ni?

seawal pagi. jumpa haiwan ni kat atas pasir. ingatkan dah mati or dalam proses ke arah tu. sebabnya kalau haiwan ni dah jatuh ke tanah, waktu siang pulak tu... susah sikit nak survive. tap bila dok perhati dengan anak-anak baru la tahu dia buat apa. Azfar la excited sangat. siap nak pegang lagi tu. huhuhu... tidak boleh pegang-pegang ye. kat kiri kanan haiwan ni ada kutu cik bi (kalau nak sebut khinzir depan anak-anak, biasanya aku dengan husben akan cakap 'cik bi'. tak baik sebut 'cik bi'. huhuhu... kesian la siapa yang dipanggil cik bi jugak tu ye. tak nak anak-anak sebut perkataan-perkataan tak elok. sebab tu cakap macam tu. dia orang faham. alhamdulillah).

apa dia buat tu?

macam tengah buat something je.

tengah makan ni.


masa dijumpai haiwan kecik ni tengah makan buah ciku. aku dok tengok je cara dia makan. memang macam lapar. tak pun makanan tu buat bekalan kot. memang rumah ayah aku ni buah cikunya banyak. boleh tengok dan dengar la bunyi haiwan-haiwan dok skodeng ke buah ciku tu. kalau keluar rumah tu nampak la makhluk-makhluk kecik berterbangan. okay... belum pernah lagi jumpa 'makhluk-makhluk' lain yang berterbangan ye. nak lari sikit daripada cerita kejap. cuma selalu jugak dengar macam orang bagi salam. tapi bila tengok tak ada orang pun. yang tu memang selalu sangat la.

haiwan ni tak mati tau. anak-anak buah balik sekolah dia orang letakkan ranting kayu kat dalam bakul dan letakkan pulak haiwan ni kat dalamnya. jadik dia tergantung la kat dalam tu sampai la maghrib  baru dia keluar carik makanan kot. hayatnya panjang lagi. ada certain kelawar yang aku jumpa memang dah kojol dah. tapi yang ni aku tak tahu apa namanya. aku ada dengar ayah aku sebut satu nama tapi tak boleh nak tangkap apa benda yang dia sebut tu.






my foot: tak kira apa pun namanya. a new experience for the kids. dia orang takkan jumpa ni kat bandar-bandar. kat kampung boleh la.


Bila rambut beruban.








my foot: ada baca jugak tentang ni sebelum ni. tapi tak pasti kat mana. bila nak copy semula dah tak jumpa lagi dah link tu. hehehe... untuk peringatan. jangan takut kalau rambut beruban.


Sedapnya lasagna.



ada entri makan-makan di pagi hari. hehehe... ini lasagna. pada yang tak tahu la. yang dah master dengan western mesti tahu punya. to be honest, ini first time aku makan lasagna. hahaha... tak ada la pelik sangat sebab sebelum ni tak pernah terbuka hati pun nak makan lasagna. setkat spagetti, macaroni tu biasa sangat dah. tapi lasagna belum pernah cuba.

sampai la aku dok tengok member aku ni dok buat lasagna. macam sedap je. tengok pulak daripada feedback orang ramai pun semua komen baik-baik punya. belum ada rasa nak buat sendiri sebab kalau aku buat pun aku yang kena makan sendiri. hahaha... orang lain tak berapa nak makan. husben pulak tak ada nak kongsi-kongsi.

so, aku order la satu dengan dia. nak test rasa. lagi pulak dia boleh delivery terus ke rumah. so takde hal la nak pergi ambik dekat rumah dia kan. kalau tak ada delivery, mungkin la sampai sekarang ni aku tak makan-makan lasagna ni. ngeee... pergh... sedap jugk dia buat! berbaloi la dengan harganya tu. Azfar makan banyak. Kak Long boleh la. cuma Kak Ngah kata tak sedap. aku makan pulak dengan anak buah aku. dia pun kata sedap. tak cukup pulak sebekas kecik tu.

ingat, nak order lagi la minggu ni. kalau husben balik boleh la ajak dia makan-makan yang mana aku tahu end upnya mesti aku yang kena habiskan. tapi tak apa la. aku cuma nak dia rasa je. next time dia mesti cakap nak makan buat sendiri la. bahan-bahan dia la yang cari. aku boleh je buat sendiri. okay... motifnya malas nak keluarkan duit untuk beli barang yang tak seberapa tu. huhuhu... ala, dia bukan selalu balik pun. sesekali balik la boleh mintak macam-macam. bukan anak-anak je boleh mintak. ibu anak-anaknya pun boleh jugak ye. ^_^







my foot: okay... kalau rindu sangat memang sampai termimpi-mimpi. hahaha...


Ejekan yang membawa nikmat!!!




Kalau tidak kerana ejekan Abdurrahman bin Auf, belum tentu Miqdad bin Aswad memperolehi isteri yang cantik. Begitulah hikmahnya diejek oleh orang yang soleh.

Ketika itu mereka sedang berbincang-bincang di halaman masjid Madinah. Tiba-tiba Abdurrahman bertanya: "Mengapa kau tak segera kahwin, Miqdad?

"Ya, mengapa kau tidak mengahwinkan aku dengan puterimu saja?" jawab Miqdad.

Entah mengapa, jawapan itu membuat Abdurrahman bin Auf merasa tersinggung. Lalu Miqdad diejek dan dikata-katanya hingga Miqdad merasa sakit hati. Maka pergilah Miqdad ke rumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengadu.

Mendengar pengaduan Miqdad, Rasulullah tidak marah. Beliau menepuk bahu Miqdad, dan berkata: "Sudahlah Miqdad. Kau jangan cemas. Aku akan carikan untukmu, seorang isteri yang sesuai bagimu."

Ternyata janji Rasulullah itu benar juga. Tidak lama kemudian, Miqdad dikahwinkan dengan puteri bapa saudara Rasulullah sendiri, iaitu Dhiba’, seorang puteri yang cantik dan luhur budi.

Siapakah Miqdad bin Aswad? Dia seorang perwira Islam yang gagah berani, yang pada tahun 640M pernah ditugaskan oleh Khalifah Umar bin Khattab untuk memimpin 1,000 orang perajurit ke Mesir untuk membantu pasukan Amr bin Ash.





my foot: untuk renungan.


26 April 2012

Beli juga handphone baru.



husben akak ni bukan suka tukar-tukar gajet. handphone yang dia guna sekarang ni pun yang dibelinya tahun 2001. memang lama kan handphonenya tu. orang sekrang ni pun dah tak pakai lagi dah handphone macam dia tu. semuanya dah touchscreen la dengan blackberry bagai. tapi dia setia dengan handphonenya yang satu tu. berbanding isterinya ni yang dah tukar telefon entah berapa kali. hehehe...

husben kata selagi tak ada kepentingan tukar handphone dan selagi boleh guna, guna je la. tapi handphonenya kadang-kadang okay. kadang-kadang tak. tapi selalunya okay je la. dua-dua dia guna nokia. yang satu tu dah jam sikit. sound problem. aku kata hantar repair, dia kata nanti la. last-last aku mintak dia beli baru je. dah-dah la guna yang tu. dia kata okay... nanti dia beli baru, yang canggih punya. hahaha... touchscreen katanya lagi. tak apa, kita tunggu. aku cakap bulan ni aku nak tengok telefon baru kalau dia balik. dia kata okay je.


tadi husben called. suruh tengok harga nokia N8 kat market, berapa pricenya. dalam hati dok kata adaorang nak tolak ke? pengguna tegar nokia ni. hehehe... so aku tengok untuk second hand je la. kalau harga second je dah RM 500 lebih, meaning original set mahal lagi la. aku bagi harga tu kat dia. dan dia called semula cakap dia dah beli tapi tak reti nak guna. muahaha...

tengok... kata nak guna touchscreen, tapi tak reti nak operate. macam mana tu? aku tanya beli untuk siapa tu. dia kata tengok la pada siapa yang pandai guna. ngeee... harus la aku yang dapat kan? muahaha... poyo gila. macam mana la beli handphone tapi tak tahu guna? tapi aku tahu, kadang-kadang alasan dia je tak pandai guna. padahal kalau dia nak, dia boleh je guna. tapi bila dia kata tak pandai dan aku lagi expert, dia akan bagi aku la secara tak langsungnya. macam aku tak tahu. tapi tak apa. kita tunggu dia balik dan tengok ye.







my foot: sebenarnya tiap kali husben nak balik rindu lebih sikit. tu yng nak jugak taip entri pasal dia. boleh gitu? hehehe...


Kehebatan warna.



HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
MERAH

Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.

MENGURANGKAN TEKANAN DITEMPAT KERJA
BIRU

Anda rasa tertekan? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah “screen saver” computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenang dan kurangkan rasa tegang. 

ELAKKAN INSOMNIA
MERAH JAMBU

Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. ~ Suasana yang romantik.

CERIAKAN MOOD ANDA
JINGGA

Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah. 

LENYAPKAN KELETIHAN 
HIJAU 

Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.






my foot: lepas ni kena sediakan tuala merah untuk buat ubat sakit kepala.


Bila duduk di negara beriklim sejuk. ^_^

disebabkan aku ada aktiviti lain pagi-pagi (jaga anak buah aku yang kecik tu), Kak Long memang aku tak dapat nak hantar ke sekolah macam biasa. unless my sis ada kat rumah. boleh la aku tinggalkan si kecik tu kejap dan hantar Kak Long. tapi alhamdulillah. dia tak meragam macam mula-mula dulu kalau orang lain nak hantar dia. bila dia faham kenapa, memudahkan kerja. kadang-kadang dia buat-buat tak faham. jadik macam geram la jugak. hahaha...

started last two weeks, dia pergi sekolah my other sis yang hantarkan. okay je la. tapi kadang-kadang tu dia mintak aku yang ambilkan. okay je la. cuma hari Jumaat la susah sikit nak ambik. kalau ada orang tengok si kecik tu boleh je ambik dia sebab dia balik awal hari Jumaat tu kan. Jummat lepas aku ambik dia dengan kereta. siap bawak Azfar, Kak Ngah dengan sepupu dia yang seorang lagi tu. drive dengan Azfar atas riba? tak jugak. aku letak dia dekat seat penumpang dengan kakak dan abang sepupunya tu. kecuali time dia menangis je baru aku ambik. eh, tercerita lain la pulak. hahaha... 

duduk dekat negara mana ni Yang?

berleter la tu.


pinjam baju sejuk sepupunya sebab baju sejuk dia tak ada. hahaha... tak pernah beli sebab tak tahu nak guna untuk apa. ingat nak beli jugak la untuk budak tiga beradik ni sweater. macam pics kat atas tu, dia ke sekolah time cuaca sejuk sangat sebab hari hujan malam tu dan paginya cuaca tetap mendung macam nak hujan.

ni first day dia ke sekolah dengan my sis. my sis bawak dia ke tempat kerja dulu sebelum hantar dia ke sekolah. lepas daripada hari tu dia tak nak ikut lagi dah mak saudaranya tu sebb dia tak biasa dengan orang asing. hahaha... ada seorang pakcik tu menegur dia. jadik dia tak berapa nak ramah dengan orang pagi-pagi hari. alahai anak ibu ni. tapi kalau ramah nanti, terlebih la pulak. muahaha...

cuma dia ada cakap kat aku: "Ada orang kat tempat kerja ma (my sis la) tu cakap Kak Long cantik." huhuhu... okay, ramai yang jumpa Kak Long mesti cakap dia cantik comel. alhamdulillah. kurniaan Allah SWT. terima kasih sebab kata dia comel. kata-kata tu doa.




my foot: hari ni misi untuk ajar Kak Long tulis nama dia lagi sampai dia boleh buat. ngeee...


Never underestimate a blonde..







my foot: siapa yang kena?


25 April 2012

Kak long yang comel.



tengah ajar si kecik ni tulis nama dia. tapi kejap je mahunya. cepat bosan makcik kecik ni. sabar je la nak mengajar dia. tapi takpe. sekurang-kurangnya dia nak jugak tulis namanya tu. aku ni macam orang mengeja je guna tab ni. huruf pada tab ni comel sangat. nak tekan huruf lain tapi yang keluarnya huruf lain. huhuhu... mengantuk pulak mata megadap benda alah ni. cuaca panas buat mata mngantuk gila. hahaha... alasan. padahal baru lepas kenyang makan. (",)

~ WW #24 ~ Aksi dua beradik.







my foot: selalu jugak berebut, mengusik, bergaduh segala. motto Kak Long, cuma dia je yang boleh pukul Kak Ngah. orang lain tak boleh.  sesiapa je yang buat Kak Ngah, kejap lagi dia pergi la balas semula. hohoho...


Rahsia isteri yang setiap suami perlu tahu.




"Cintai isterimu …apabila dia merasa kopi atau teh anda. Dia hanya mahu memastikan rasanya sedap untukmu."

"Cintai isterimu…apabila dia 'memaksa' anda untuk bersolat. Dia hanya ingin masuk syurga bersamamu."

"Cintai isterimu…apabila dia menyuruh anda bermain dengan anak-anak. Kerana dia tidak melahirkan anak itu dengan sendirinya tanpa dirimu."

"Cintai isterimu…apabila dia masak tidak sesedap ibumu. Kerana dia masih mencuba menjadi yang terbaik untukmu."

"Cintai isterimu...apabila dia merasa cemburu. Kerana dia memilihmu daripada berjuta lelaki di luar sana."





my foot: saya rasa minuman suami bukan untuk pastikan ia sedap tapi nak pastikan manis ke tak sebab suami tak boleh minum manis dan saya tahu minuman yang saya buat tu sedap. hahaha... poyo gila. suami selalu cakap buat apa nak bandingkan cara saya masak dengan ibunya. dia nak air tangan saya tak kira la sedap ke tak. kalau tak sedap dia cakap la tak sedap. tak ada selindung-selindung. huhuhu...


24 April 2012

Ubat nyamuk dan Azfar.

Azfar memang lasak. aktif sangat. pantang lepa akan hilanglah dia. cepat je langkahnya. huhuhu... sangat suka dengan selipar. kalau dia dah start merangkak ke dapur tu, tak ada lain nak ambil selipar la. memang suka sangat dengan selipar. aku ada bercadang untuk belikan selipar sepasang untuk dia buat main. tapi kena tanya abahnya dulu macam mana. (",)

baru-baru ni masa nak pakaikan baju sekolah kat Kak Long, aku etak Azfar jauh sikit daripada bekas ubat nyamuk. awal pagi. nyamuk ada lagi. ada pulak baby kecik. nanti kena gigit nyamuk. sekelip mata je mamat kecik tu dah capai bekas ubat nyamuk. Ya Allah... bukan setakat capai bekas je, dia siap ambik ubat nyamuk menyala kat dalam tu.

aku dengar dia macam merengek sikit. aku ambik dia. aku nampak ubat nyamuk menyala tu jatuh kat bawah. dekat dengan kaki dia. boleh pulak dia capai benda alah tu dalam masa yang singkat je. aku tengok kat kaki dia ada kesan merah. aku letak kicap la. sebab kicap paling mujarab kalau terkena panas ni. nanti kalau dia cuit kicap tu mesti dia jilat punya. kicap manis memang sedap.


dekat kaki tu kesan ubat nyamuk jatuh la. tapi yang hebatnya tu, dia tak meanngis pun. cuma merengek sikit je. bagitahu ada benda jatuh dan dia sakit la. lepas tu okay je. ingatkan dekat kaki je. rupanya ada kat tempat lain jugak. boleh tengok pic kat bawah.


kat pipi tu kesan daripada bara ubat nyamuk tu jugak. aku tak perasan. sebab masa checked, tak timbul lagi merah tu. Ya Allah... aku rasa dia teruja dengan warna merah bara tu. dia cuba nak makan kot. tapi terselamat la. tak tahu macma mana. Allah tu Maha Berkuasa. peringatan pada aku yang terlepas pandang pada mamat kecik ni.

padahal aku letak dia jauh-jauh tu untuk elakkan dia daripada pergi dekat bekas ubat nyamuk. rupanya dia lagi pantas. sekarang ni kalau pasang ubat nyamuk, aku akan elak daripada dia nampak or letak kat tempat tinggi. bila dia dah tidur baru aku letak kat bawah. even kalau aku nampak dia nak ambik bekas ubat nyamuk tu pun kakak dengan abang sepupunya akan pergi ambik dan sorok.





my foot: lasak anak lelaki ni lain betul. sabar je la.


FRASER'S HILL GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA

klik sini untuk join.


nak join GA daripada Jemari Asmara.
tarikh tutup pada 30 April ni.
cepat-cepat join tahu.
mana tahu ada rezeki kan.


tempat yang saya cadangkan untuk JA sefamily lawati:

* Cameron Highland *






my foot: bila la dapat berjalan-jalan ke Cameron Highland bawak anak-anak ni.


Apa dia buat tu?



budak kecik seorang ni suka la buat benda pelik-pelik. time kakak-kakaknya dulu tak ada la macam dia ni. bila time dia la banyak benda yang dia buat. memang kena dok perhati la budak seorang ni. kalau tak, entah mana pulak hilangnya.

macam hari tu aku dok kemas-kemas bilik. ada la ruang kosong kat meja komputer tempat letak cpu. mamat kecik ni menyusup masuk bawah kerusi terus la pergi duduk kat tempat cpu tu. macam pic kat atas la. hahaha... kelakar la pulak rasa. entah apa-apa paten la si Azfar ni.

kalau dia naik tangga, siap pandang belakang. kalau dia malas nak naik sampai habis, dia akan duduk la juntai-juntai kaki kat anak tangga nombor dua. Ya Allah... memang sabar je la. kalau terlepas pandang takut jatuh ke bawah je. mintak dijauhkan la. nakalnya macam abah jugak masa kecik. adoiii...





my foot: Ya Allah... aku lupa la. semalam aku sidai seluar sekolah Kak LOng sebab basah. lupa nak angkat dari jemuran. huhuhu... sure la basah sebab berembun semalaman ni. apa la, dah tua sangat la tu.




23 April 2012

Demam.



‎"Demam ni memang bla.. bla.. bla.. tut.. tut.. tut.."

Nanti! Ingat pesan Nabi! Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda:

"Janganlah kamu mencela demam kerana demam itu dapat menghapuskan dosa anak adam sebagaimana api melenyapkan karat daripada besi." Riwayat Muslim.






my foot: redha je la kalau demam. sakit ni menghapuskan dosa. kena sentiasa ingat tu.


Pekerja kedai dobi.



ini pekerja baru kedai dobi ye. kecik comel kan? mesin basuh pun lagi besar daripada dia. Kak Ngah ni jadik tukang sibuk je. pantang betul dia kalau orang basuh baju. dia sama sibuk la. nak main air la. nak tengok benda alah tu berpusing la. semi auto macma tu la kan. kalau auto jangan harap la boleh tengok-tengok mesin tu bergerak. hahaha...

ada masa boleh la menolong makcik kecik ni. ada masa tu macam-macam ragam jugak. puas mintak tolong baru nak bergerak. alahai... macma-macam perangai anak-anak ni. ada masa geram je. ada masa buat kita terkenang-kenang. ada masa pulak buat kita senyum je memanjang.






my foot: pendek-pendek pulak la entri aku ni. bukan tak nak taip panjang-panjang tapi dok kejar masa je ni.


Buat apa tu?



alhamdulillah... Azfar ni makin aktif. macam-macam aktiviti. tapi yang paling dia suka naik tangga dengan mengutip apa je benda yang dia nampak. tapi ada satu perkara yang aku suka sangat dengan mamat kecik ni. dia kadang-kadang tu kalau nampak benda dan dia rasa benda tu tak sesuai untuk dia, dia bagi la kat kita. hahaha... tak pun kalau kita nampak dia pegang something, kita mintak. selalunya jugak dia bagi.

tapi ni aktiviti dia yang entah apa-apa. memang suka hantuk kepala kat dinding la, almari la. mana-mana je tempat yang dia suka. hmmm... layan video je la ek.






my foot: mood jadik kureng je dengan blog dua tiga hari ni. pesal entah. kadangkadang tak bukak blog. dah tak bukak tu tak ada la nak BW kan. huhuhu...


22 April 2012

Cara Mendidik Anak Semasa Mengandung.






my foot: dicopy daripada Ustaz Don punya FB. untuk amalan.


21 April 2012

Macam mana ni?

tak reti nak guna tapi ada hati nak pakai tab. hahaha... nak berblog dengan benda alah ni pun terkial-kial. entah bila baru boleh post entri. huhuhu...

Ya Allah... Jangan jadikan aku manusia yang lupa.

buka fb sebab semalam pun tak online sangat. biasa pun aku sempat la BW jugak dan jengah-jengah fb. tapi dua hari lepas ni tak berapa nak berkesempatan pulak. Azfar sekarang ni tidur sekejap je. cepat sangat sedar. dah la tu, tak berapa nak dengan orang pulak. nak tinggal lama-lama pun susah jugak. tapi yang pastinya, tak lama lagi dia dapat kaki la tu. InsyaAllah. sekarang ni dalam proses.

semalam aku ambik dengan hantar Kak Long ke sekolah. on the way balik tu, BIL called mintak tolong ambikkan anaknya kat sekolah. sakit kepala pulak. bila sampai kat sekolah, kena pulak la aku naik ke pejabat untuk isi form dan bawak balik anak buah aku tu. kat pejabat tu la dengar kerani bercerita ada seorang budak perempuan ni kononnya saudara dia datang ambik. ada kes kematian la apa la alasannya. ended up, mak budak ni jumpa dia tengah jalan-jalan dengan boyfriendnya. boyfriend dia la mengaku saudara dan datang ambik dia kat sekolah. dah berpakat la ni. anak-anak sekrang ni.

lagi satu, kenapa kena isi form sebab pernah jadik case kat sini. ada budak sekolah rendah katanya diambil 'saudara terdekat' sebab ada kematian. rupa-rupanya penjenayah. dia dah lama kot aimed budak ni. pergi jumpa cikgu kata nak ambik budak tu nak bawak balik tapi dia bawak ke tempat lain. jadik kes polis. aad polis keluarkan risalah siap dengan muka suspek tu lagi. apa jadi dengan budak perempuan tu? aku pun tak tahu. sebab aku dengar my sis yang cerita. masa kat office tu la kerani tu tanya siapa aku dengan anak buah aku tu. hahaha... dah sahih aku bawak anak dua orang. dengan muka tak siap naik pejabat tu.

cuma nak share apa yang aku jumpa di wall fb. tentang adik kecil ni:-


adik ni pesakit leukimia. aku sebenarnya bukan boleh tengok lama pic ni. kesian kat dia sebab budak kecik kan. sedangkan anak demam pun kita risau bukan main lagi, inikan pulak ibunya yang jaga anak yang sakit macam ni. Ya Allah... tabahkanlah hati si ibunya dan sembuhkanlah Amyra Balqis. cerita tentang adik ni boleh tengok kat fb ibunya, Erna Fantasia.

Ya Allah... kalau kita rasa kita dah diduga dengan hebat, sedarlah... sebab ada yang diduga lagi hebat daripada kita. kalau kita rasa putus asa, ingatlah... ALLAH sentiasa ada kerana DIA Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. kepadaNYAlah kita berserah. semoga kita tidak jadi manusia yang lupa dan alpa.


20 April 2012

Itu ke fistula?!



sebutannya memang sedap. F.I.S.T.U.L.A. tapi tahu ke apa bendanya tu? fistula ni berguna pada orang yang sakit buah pinggang tahap 4. yang kena buat hemodialisis tu. my BIL salah seorang daripadanya. dua bulan lepas kot dia ada buat operation untuk fistula tu. aku ingatkan nak masukkan alat sebab nanti nak guna fistula tu untuk cuci buah pinggang kan.

rupa-rupanya operation fistula tu untuk besarkan salur darah. hahaha... aku dengan my sis ingatkan masukkan alat apa-apa je la. rupanya tak. itu pun lepas tangan BIL tu bengkak. lepas operate je bengkak. tak surut-surut. masuk wad dekat tiga minggu jugak untuk checked kenapa jadik macam tu. after 3 weeks baru tahu yang salur darahnya tersumbat. jadik operation kat lengannya tu kira gagal la sebab benda tu dah tak boleh guna. sekarang ni tebuk kat dada la pulak. my sis kata permanent kat situ.

kelakar la bila dok sebut terms tapi tak tahu benda tu macam mana. hahaha... tapi bila dah kena satu benda akan berjangkit la dengan benda lain pulak. akan datang la tiga serangkai tu kecuali kuasa Allah je yang boleh hialngkan segala penyakit. membebel benda lain la pulak.






my foot: macam mana ye nak reply comment blog guna android? ada sesiapa tahu application apa yang sesuai untuk tu tak?



Mood tak berapa nak sampai ke laut.

semalam tak sempat pun nak BW. budak-budak ni dok berebut nak guna broadband. adoii la. tension betul. nasib baik la mak saudaranya baik hati. muahaha... my sis yang berkampung dekat wad dengan my BIL tu pun dah balik semalam. kena tunggu tiga minggu lagi baru tahu keputusan tangan dia tu macam mana. dan semalam jugak baru aku tahu fistula tu macam mana.

dan semalam jugak, modem dan celcom instanet aku dah kembali ke rumah. hehehe... favorite posmen yang hantar. aku suka posmen ni sebab dia selalu je senyum. age between 26-28 la kot. tambah-tambah sekarang ni dia selalu je kena hantar barang-barang aku. lagi la ramahnya. ada dua posmen yang biasanya hantar surat area rumah aku ni. tapi untuk dua minggu ni, dia je la hantar. manis mukanya.



semalam dia tanya aku ada anak berapa orang dah? hahaha... dia pun dah kawin ye. anak dia dah dua. dua-dua lelaki. mana aku tahu? aku nampak dia sent wife dia ke klinik. tapi masa tu tak ada la kenal-kenal lagi. cuma aku cam la dia sebab dia posmen yang selalu hantar surat kan? memang wajib cam rupa paras posmen ni. senang kalau tersilap hantar surat boleh jugak kutuk-kutuk posmen tu. ^_^ sebabnya dia orang ni memang selalu jugak la salah hantar surat. apa la.

dia cakap jugak, hari-hari ada je barang sampai. mana ada hari-hari. tipu je lebih. itu la kan. ada posmen yang bikin sejuk je hati time nak ambik surat. ada tu kadang-kadang senyum pun tak nak. yang mamat ni senyum je memanjang. kalau terserempak dia bawak anak dia jalan-jalan pun dia senyum je. bagus la tu. sedekah. pahala free yang bukan semua orang nak.

tiba-tiba je cerita pasal mamat posmen ni kan? ada masa rasa annoying jugak. sengih je. mesti kena bebel dengan wife dia pun dia sengih jugak kan? hahaha... lagi annoying kalau macam tu. apa-apa pun, kalau tak ada encik posmen ni belum tentu modem dengan celcom saya kembali dengan selamat. terima kasih ye.





my foot: nanti-nanti BW je. tengah nak biasakan dengan skrin kecik 7". adoiii... rasa macam malas pulak nak bagi lappy ni kat husben. hahaha...


19 April 2012

Okay... boleh tukar sim prepaid.

hari ni lambat sikit bersiaran disebabkan prepaid dah tamat tempoh. hahaha... sedar tapi buat-buat tak sedar. untuk maxis ni aku ambik pakej weekly sebab broadband celcom aku akan kembali hari ni, insyaAllah. tunggu posmen hantar je. memang mahal la guna maxis ni. Ya Allah... cekik darah. masa beli orang kedai tu cakap monthly cuma RM50 tapi yang sebenarnya RM58. Weekly RM25. Daily RM8 untuk sehari. kalau dua hari RM10 untuk 0.5gb. pergh... orang kedai tu pun sama je. patut la tak berapa nak laku. baik pakai instanet celcom je lagi baik. beza banyak tu. kenapa tak guna streamyx? kalau guna streamyx alamatnya budak-budak rumah ni tak buat kerja lain. mengadap komputer je la.

panjang pulak membebelnya. ngeee... nak cerita apa ye pagi ni? banyak cerita tapi dah nak masuk time cooking-cooking la. kena buat entri separa pendek je la dulu. me chat dengan adik seorang ni semalam. entah la... semalam mood baik pulak. siap boleh chat fb lagi. hahaha... dia mintak aku motivate dia sebab dia rasa down sangat. at certain times la. sebab dia belajar dan still tak habis-habis lagi. daripada ramai-ramai yang pergi belajar kat Universiti Al-Azhar tu, cuma 2 orang je grad. okay... memang tough. sistemnya la.


aku tak ada la pandai sgt nak motivate orang ni. tapi pernah lalui zaman down macam tu bila aku pilih course sebab ayah aku nak sangat aku masuk course tu tapi ended up aku tak boleh teruskan. sebenarnya bukan tak boleh nak teruskan tapi aku tak ada semangat nak teruskan. tak ada orang motivated aku time tu la. time exams aku buat main-main je tapi alhamdulillah... still lulus. tapi tak ada kesedaran sampai la bila dah berada kat hujung-hujung. masa tu baru la masuk dalam kepala kenapa tak teruskan. aku dah pergi jauh tapi macam tak sedar-sedar jugak. kenapa tak quit awal-awal?

entahlah. last effort memang belajar habis-habisan. tapi aku tahu, silap sikit je memang kena la sebab dah kena warning pun. untuk kali terakhir. killer subject aku score. aku even kalahkan budak yang suka sangat dengan subjek tu. nampak tak betapa boleh buatnya aku. tapi itu je tak cukup untuk naikkan CGPA yang memang dah hidup segan mati tak mahu. tapi aku belajar banyak benda daripada situ. apa-apa pun, diri sendiri la jangan  give up. jangan peduli apa orang cakap. biar la apa nak jadik pun jadik la. kalau orang lain boleh buat kenapa kita tak boleh? bila tukar course, alhamdulillah... pointer tak pernah turun bawah 3.

orng boleh cakap macam-macam. bila tengok orang dah kerja dan habis belajar pun boleh buat kita stress dengan rasa down. tapi kena ingat. semua tu dugaan. Allah sayangkan kita. sebab tu DIA uji kita macam tu kan? be strong. be positive and be you. kena selalu stay positive plus carik orang yang boleh motivate kita selalu. apa pun... don't give up.






my foot: dik Pia, if you read this... jangan putus asa la. kena ada extra semangat untuk habiskan semuanya. good luck untuk exams ye.


18 April 2012

Apa tujuannya?



nampak tak jalan seberang sana yang elok tu? jalan tu baru je dalam 3 bulan guna. nak siapkan jalan tu makan masa setahun. mula-mula besarkan jalan. lepas tu letak batu. kemudian tar. tapi boleh gunanya kejap je. lepas tu guna jalan lama semula yang sempit tu.

maaf cakap la. tapi bongok pada orang yang dapat kontrak buat jalan dengan orang yang dapat kontrak buat longkang besar. duit untuk buat jalan entah berapa banyak yang dah habis. tapi jalannya boleh guna kejap sangat. dah tu nak buat longkang besar la pulak.

jalan yang dah siap tar dan baru guna tu terpaksa dipecahkan semula. membazirkan? bengang je rasa. sebab jalan tu baru sangat lagi dah kena pecah. dah la tu, jalan lama yang digunakan sekarang ni memang sempit. kalau kereta dengan kereta memang tak lepas la nak berselisih cermin. kena take turn. kalau tak sebelum ni okay je. entah la.

nak salahkan siapa sebenarnya bila jadik macam ni? duit dah dibazirkan macam tu je. jalan entah bila pulak boleh guna semula. dah tentu la akalu nak guna semula kena tambah duit. kat situ dah tambah kos pembaziran. eh, tiba-tiba pulak aku ni beremosi! menyampah bila tengok jalan tu macam tu la. sakit rasa mata. muahaha... geram terlebih pulak.






my foot: sabar je la.


~ WW #23 ~ Angry Bird Kami.








my foot: pilihan sendiri masa abah bawak jalan-jalan dua tiga minggu lepas. Azfar je la ibu yang pilih. abah layankan je. apa anak nak, dia beli. katanya, "Bukan selalu pun boleh layan dia orang." okay...


Andaian kita...



Bila jumpa pelacur tepi jalan, orang akan kata: “Eee.. perempuan kotor ni!” Padahal kita tak tahu dia telah dijual oleh bapanya ketika umur 10 tahun.

Bila jumpa bekas banduan, orang akan kata: “Ish... penjahat ni. Jangan dekat dengan dia.” Padahal kita tak tahu dia telah difitnah mengambil rasuah oleh sahabat karibnya sendiri.

Bila jumpa pesakit mental, orang akan kata: “Orang gila! Jangan kacau aku.” Padahal kita tak tahu dia telah didera oleh mak tirinya hingga mengalami trauma berpanjangan.

Bila jumpa lelaki muka hodoh, orang akan kata: “Euww... hodohnya. Siapalah nak kahwin dengan kau tu?” Padahal kita tak tahu lelaki tu kehilangan ketampanannya akibat melecur dalam usaha menyelamatkan ibunya dalam kebakaran.

Bila jumpa status ni, orang akan baca dan membiarkannya begitu sahaja. Padahal kita tak tahu dengan SHARE atau COPY benda ni kita dapat memberi kesedaran kepada orang lain sekaligus diri kita sendiri.








my foot: jumpa di kat FB. ada betulnya. tanggapan pertama yang mungkin betul dan mungkin salah kita berikan pada orang lain.


17 April 2012

Cuit tiang.



aku tak tahulah orang lain. tapi aku teringat masa aku sekolah rendah dulu. selain daripada main getah, yang mana budak lelaki pun joint jugak dan sekarang ni aku tak pernah tengok budak-budak main lagi... cuit tiang ni merupakan permainan aku jugak. aku panggil la cuit tiang. orang lain aku tak tahu.

ada ke yang main benda alah ni masa sekolah rendah dulu. masa ambik anak buah aku bebaru ni, aku terperasankan tiang-tiang kat atas tu. teringat pulak time-time sekolah rendah dulu. kat sinilah aku sekolah dulu pun. main cuit tiang perlukan lima orang. seorang duduk tengah-tengah. yang seorang ni kena pandai-pandai la berebut tiang dengan empat orang lagi tu.

best ooo main ni. time rehat ke sebelum balik ke... memang best la main. hehehe... budak-budak sekarang dah tak main dah benda-benda macam ni. dok main komputer ke psp boleh la. nak main-main macam ni tak ada maknanya la kan!







my foot: apa kenangan zaman sekolah rendah yang kamu-kamu masih ingat?


Bengang je dengan prepaid yang satu ni.



disebabkan ada masalah teknikal pada gajet yang aku baru beli, so aku hantar ke kedai la tu semula untuk tuan kedai set up line internet pada gajet tu. dia nak sekali dengan sim prepaid. senang nak adjust terus katanya. takde hal la. aku pun hantar kedai la kan. dengan itu, aku secara rasminya guna la my sis punya sim prepaid maxis. dia pun baru beli. guna modem aku sebab aku ada dua modem. wah, banyak gila modem nak buat apa?! hahaha... actually, aku nak bagi kat husben lappy ni. kesian dia.

nak beli lappy baru kena tunggu aku balik sana dulu la. nanti dia nak beli pc je. cuma rumah tak siap tak boleh la nak beli pc kan. sementara tu, dia akan guna la lappy ni. dia tak mintak pun. cuma aku rasa nak bagi kat dia. sebab balik kerja malam-malam dia tak ada apa nak buat. boleh jugak berskype kan? hehehe... aku nanti akan guna la gajet 7". alahai keciknya screen. boleh la untuk update blog je. huhuhu...

aku guna sim ni dah seminggu. laju tu memang laju tapi starting dia memang hampeh sikit la. mungkin aku je kot yang kena macam ni. orang lain mungkin tak. bila loading je akan keluar la page maxis broadband tu. dah la tu, nak loading blog ke page lain pun ambik masa 10 minit setiap kali on. kalau guna instanet celcom tak la pulak macam ni. okay je. tension je rasa.

tapi sebab tak ada pilihan dan malas nak beli starter pack instanet baru (lepas guna boleh bagi husben. dia kan nak guna internet jugak nanti), memang sabar la aku melayan loading pagi ni setiap kali nak bukak internet. adoiii... bengang, tension... semua ada la. rasa nak cakap je kat my sis tukar lain je la walaupun aku tahu my sis tu pengguna setia hotlink. muahaha...






my foot: sebab tu la kureng sikit berjalan-jalan ke rumah kamu dan kamu. kena sabar sampai la instanet saya tu kembali ke pangkuan this coming friday. lambatnya la jumaat. huhuhu...


Pinggan makan abah saya.

apa kes sampai pinggan makan ayah aku pun aku nak cerita. hahaha... ada orang jenis kalau nak makan ke apa ke mesti dalam pinggan dan cawan yang sama je. tak boleh tukar. kalau tak nanti tak nak minum dengan makan. macam aku okay je lagi. selagi pinggan mangkuk banyak, on je. tapi hubby dengan anak-anak pun sama la aku tengok. kadang-kadang budak-budak ni memilih. kalau nak dalam cawan dia, cawan dia je la. tak boleh tidak.

kalau rumah kat Johor memang dah ada cawan dengan pinggan masing-masing. kat sini je main hentam. tapi cawan tetap ada cawan sendiri. macam aku jugak. ada cawan sendiri untuk buat air manis. kecik je mugnya. tapi kadang-kadang tu saja je pergi cari bekas besar jugak untuk buat air manis. minum sekali harung je. nanti kalau nak minum air, minum air masak la. air manis dah tak boleh minum dah sebab tadi dah minum segelas besar punya. hahaha...

PML ek ni?


ini la pinggan makan my dad. peninggalan arwah my mom. my dad cuma makan dalam pinggan ni je. kalau pinggan ni pecah, sure tak makan seminggu la alamatnya. nasib baik ada spare lagi dua pinggan. sebelum ni dah pecah satu tapi my sis sempat gantikan. disebabkan corak bunga dan bentuk pinggan sama, tak ada la dia perasan.

ini pun dah ada kesan sumbing sikit. pinggan lama. mungkin bila dia makan dia teringat my mom kot. alahai... ayahku. sabar je la. tu la... suruh kawin baru tak nak. sampai aku dah ada anak pun tak nak akwin-kawin jugak setia pada yang satu la ni. huhuhu...





my foot: walaupun ayah aku ni kuat membebel (ganti my mom. my sis kata my mom kuat bebel. hehehe...) tapi dia tetap ayah terbaik la. mungkin ada kekurangan dia tapi kita pun apa kurangnya kan?



Giveaway Herba Tihara.

klik sini untuk join.


support kak Tihara dengan join GA yang dianjurkan.
nak tahu macam mana nak join?

Syarat-syarat penyertaan:

-mestilah follower blog ini
-beralamat di Malaysia
-buat entry simple bertajuk  Giveaway Herba Tihara
-copy banner GA dan linkback ke entry ini
-tinggalkan url entry di kotak komen.


siapa yang bertuah tu? ada 9 hadiah untuk dimenangi tahu.
rugi la kalau tak join.
kalau ada rezeki boleh menang kan?
hehehe...

tarikh tutup GA ni pada 24/4/2011 (SELASA).

sempat lagi nak join ni.
jom reramai join GA ni.
yang pilih pemenang nanti random.org ye. 
ngeee...


16 April 2012

Laptop ini saya yang punya. Muahaha...



Azfar buat apa tu? tengah nak conquer lappy ibu la ni. mula-mula datang dekat. lepas tu main tekan-tekan. hahaha... memang terbaik la mamat kecik seorang ni. hero yang lasak dan manja. buah hati pengarang jantung his sisters.

ini sebenarnya kes nampak muka sendiri pada screen. tu yang datang dekat terus tu. nak berkenalan dengan orang dalam screen tu la. bising sekali mulutnya menegur. ^_^ Azfar ni ramah dengan orang yang dia kenal je. dengan orang luar dia ni pemalu sikit. macam Kak Ngah. Kak Long kalau dengan orang besar, dia cepat mesra. tapi tengok mood jugak la.

Azfar sekarang ni tak boleh berlama-lama dengan orang lain. even my dad and my sis pun. kejap je boleh la. lepas tu, kalau dia nampak aku sure menangis-nangis punya la. sabar je la dengan anak teruna nan seorang ni. dan mamat kecik ni jugak tak boleh tidak. kalau dia nak something, dia nak la. kalau tak layan, kena tahan telinga la dengar dia nangis tersedu-sedu. alahai... boleh pulak macam tu kan? huhuhu...






my foot: ada masa-masa time tidur petang dia nak 'mengombeng' je. tak nak masuk buai. macam hari ni la. layankan aje la. asal dia tak menangis sudah. tak sampai hati dengar dia menangis. kepala pulak still tingtong. mungkin kesan daripada supplement yang aku tengah makan sekarang ni kot. tu yang lemau sikit nak mengadap blog tapi gagahkan jugak mata dengan jari ni. hehehe...


Kepentingan air.



Air penting utk membantu mengeluarkan bahan buangan seperti asid urik dan urea dari badan.Kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini. 

Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.






my foot: yang pastinya bukan air manis ye sampai 8 ke 10 gelas sehari. itu benda tak sihat jadiknya. huhuhu...


Sakit kepala.

sakit kepala pulak pagi ni. nak update blog pun rasa lemau je. adoiii... sabar je la. nanti kepala dah rasa okay, aku update la ye. ni nak melayan budak-budak pergi sekolah. dah settle tu nak kena tunggu baby kecik datang pulak.

huhuhuhu...


15 April 2012

GA: Alya Turns 2.

tiba-tiba rasa nak join GA ni sebab nama anak mama Alya dengan Kak Long sama. hahaha... boleh gitu? boleh je la kan. mama Alya dah berjaya menyusukan Alya selama dua tahun. tahniah. sebab tak semua ibu-ibu di luar sana yang mampu untuk breastfeedkan baby untuk dua tahun kan?! mama Alya memang kuat semangat.

jom tengok hadiah dulu:-

ini hadiah untuk pemenang. ada lagi dua hadiah misteri. so overall akan ada tiga pemenang la.

syarat nak join GA ni. copy cat je la. hehehe...

How to join?

once you put a comment at this entry, you are entitle to this GA...dan komen2 itu mestilah ucapan birthday untuk anakandaku yang tercinta itu

don't forget to put your name & email address ya lovelies semua ^_^


kalau rajin (tiada paksaan ye): ~ each will get extra 1 point
- follow this blog
- follow mamAlya boutique  and like mamAlya boutique PAGE 
-follow kawaiicottonstation and like kawaiicottonstation PAGE
- blog this GA at your blog, and link it back to us

**please state what you do in your comment ~ untuk memudahkan sy check what you have done :)


This GA is open until  April 15, 2012 at 12 p.m
terbuka kepada semua tp harus mempunyai alamat di Malaysia

3 lucky winners will be announced at April 16, 2012 (on baba alya's birthday)


okay... gud luck semua. jangan lupa join. hari ni last day tau. jom meriahkan GA kawan-kawan blog.


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign