✿ Rumah SalYa ✿: March 2012

Fresh from the owner...

31 March 2012

Losing!!!





my foot: okay, ada ke yang takut kehilangan kamu dan kamu? ngeee...

Dislike!!!





my foot: hmmm...


Maniskan wajahmu.




Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah raut mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya."

Lelaki itu tertunduk. Dia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertampal-tampal. Tetapi sikapnya ramah, wajahnya sentiasa senyum. mukanya berseri. Tak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah raut muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.





my foot: kena sentiasa senyum walaupun ditimpa musibah yang besar.


30 March 2012

Kerana nila setitik...

my friend baru update cerita pasal anak buahnya yang meninggal tu. sedih pulak baca. alhamdulillah, walaupun anak-anak aku masuk ICU hospital kerajaan tapi layanan memang baik la. cuma ada doc yang poyo sikit tapi still okay.

ini petikan daripada apa yang diceritakan my friend tu:-

Tapi adik ipar ada bercerita 2, 3 hari sebelum Humaira Meninggal dia dah tak duduk dalam inkubutor dah duduk dalam baby cot tapi nurse tak bagitau pun walaupun hari2 adik ipar dok menalipon.


Ada satu peristiwa tu adik ipar tengok mesin pernafasan yang dipasang pada baby tu macam lain macam bacaannya tapi bila tanya pada nurse, nurse tu jawab memang macam tu. Nak dijadikan cerita doktor pakar masuk dan tanya pada nurse tu yang mesin tu ada masalah jawapan nurse tu pada doktor pakar tu ' saya tak perasan'.

aduhai... sabar pun ada hadnya. tapi kalau nurse macam ni la yang aku dapat memang habis la. nyawa orang macam mainan je. kalau tak nak kerja dengan ikhlas, cakap terus terang. at least kita tahu. duit dapat pun tak berkat kalau macam ni la orangnya.

sedih betul. tak tahu nak cakap macam mana. ceritanya boleh baca di SINI.





my foot: memang sabar si ibu dan bapa Humaira, si bidadari syurga. saham buat kedua orang tuanya.


Kak Long cuti lagi.

masih demam. tapi siangnya badan dia tak panas mana. bila malam tu la baru rasa panas betul. mungkin jugak sebab semalam dia kena hujan. tolong inu saudaranya angkat bantal masa hari hujan. aku tengah masak. asalnya dia ke rumah mak saudaranya tu untuk pulangkan duit balance beli barang dapur. my sis tu kan still dalam 'pantang larang' ayah aku. muahaha... 

kebetulan pulak aku nak keluar. jadik dia kirimkan la duit untuk belikan dia barang basah nak masak. balance duit tu la yang aku bagi kat Kak Long untuk dipulangkan semula. kebetulan jugak masa dia hantar duit tu hari nak hujan. memang tak duga pun. tiba-tiba je. jadik dia terus la menolong lepas aku cakap: "Tolong ma angkat bantal." aku pesan dengan dia jugak jangan main hujan sebab dia demam.

tapi dia selamba je balik semula ke rumah dalam keadaan hujan renyai-renyai tu. dalam pada sibuk nak tolong mak saudaranya tu, duit dia pulangkan kat aku semula. tak sempat nak bagi. alahai anak!!!


kalau perasan, dekat bawah mata dia tu ada macam kesan melecet sikit. sebelah kanan. aku tak tahu la dia berjalan macam mana. dia terlanggar bucu meja. melecet la sikit. actually, aku risau kalau bahagian mata yang terkena bucu. takut jadik macam kes abahnya tu je. terhantuk pada tingkap kot, putus urat matanya. dan akibat daripada tu sampai sekarang abahnya tanggung.

Kak Long lepas kena tu datang mengadu kat aku. dia tanya ada darah tak. aku cakap luka sikit je. bila dia menangis, aku cakap mana ada luka. okay je. hahaha... tak percaya dia pergi checked kat cermin. siap cakap aku tipu. ada je luka katanya. kalau cakap luka nanti dia menangis. kalau cakap tak ada apa-apa baru dia okay. tak sangka la pulak dia nak checked kat depan cermin. muahaha... kantoi la pulak.


senyuman budak yang baru nak demam. tapi setakat malam ni pun alhamdulillah dia tak meragam. cuma kejap-kejap bangun bagitahu dia sakit kepala dnegan nak buang air je. lepas tu mintak susu. itu je la. kerap bangun. biasa la kalau budak-budak demam kan? pagi ni sure dia melompat tak hingat punya la. macam dia tu tak demam. tunggu je la.






my foot: abah tak tahu Kak Long demam. malas nak bagitahu sebab abah pun demam jugak. nanti lagi risau. selagi boleh handle, handle je sendiri. boleh gitu?



GA ditunda ke hari Isnin.

ni kira quick update la. sebabnya rakan kongsi merangkap kawan yang sama-sama akan berduet untuk GA ni baru je kehilangan anak saudara perempuan berusia sebulan hari Rabu kalau tak silap aku. anak sulung buat adik lelakinya. lahir cukup sifat cuma ususnya terkeluar. tapi alhamdulillah, bila tanya dia kata dah okay. sebab doc nak tunggu usus tu masuk sendiri.

mungkin jugak ada minor operation kot. tak sempat nak tanya sebab kawan ni pergi kursus pulak. tapi yang pastinya dia cakap, lepas operation doc kata ada jangkitan kuman tapi tak teruk. on Wednesday tu kawan ni sent mesej bagitahu anak buah dia tu dah meninggal. jangkitan kuman tu teruk kot sebab doc tu kata keadaan baby tenat.

dugaan untuk adiknya dan dia sekeluarga. harap adiknya termasuk si isteri tabah dengan dugaan Allah yang satu ni. aku yang dengar pun sedih apatah lagi orang yang merasai. sebagai menghormati keadaannya, aku tangguh GA ni kepada Isnin ni.






my foot: Al-Fatihah untuk bidadari syurga tu.


Kisah Rasulullah sebagai pengajaran. - Part 1



1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga..

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah. Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu? Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukullah dia. Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah-lembut terhadap isterinya'. Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.





my foot: menghayati kisah Rasulullah.


29 March 2012

Helikopter Bomba.



masa ambil Kak Long dari sekolah semalam terpandangkan heli ni. dan tengok budak-budak sekolah pun suka sangat. heli ni tak terbang tinggi sangat. tapi aku curious la jugak sebab dia dok main pusing-pusing je. masa aku bawak Kak Long ambil anak buah aku kat sekolah pun aku nampak heli ni dok pusing-pusing. perasan tulusan bawah heli tu yang tertulis BOMBA. tapi aku tak sure sebab pandang pun sepintas lalu je.

masa aku tunggu anak buah aku tu keluar, nampak lagi heli ni. kali ni tulisannya jelas. memang BOMBA yang punya. sebab bila bomba area sini ada heli ek? siap dok berpusing-pusing di udara. mungkin bawak ahli bomba yang teringin nak naik heli kot. tapi bising sikit la. kalau dia terbang tinggi mungkin tak dengar sangat bunyi bisingnya.






my foot: jadual aku minggu ni pack sikit sebab my nephew kena operate and my BIL pulak kat wad. my kakak tu dan tentu kena temankan anak dia yang operate dan tinggalkan husben dia kat hospital. hari ni nak tukar HTAA pulak my BIL tu sebab tangan dia yang masuk fistula tu ada problem. aku la yang jadik despatch hantar makanan kat my BIL tu early in the morning. berkejar-kejaran. (",)


Terima kasih Intan Berlian.

dapat flower strap daripada Ina on monday. walaupun tak menang apa-apa masa joint contest tu tapi tetap jugak ada saguhati untuk setiap peserta. terima kasih ye puan IntanBerlian. i loike la. tambahan pulak ada hadiah sampingan untuk kiddos dan jugak ibunya. buat susah-susah je. Kak Long suka dengan hadiah yang aunty bagi tu. walaupun bukan untuk dia seorang tapi bila tengok je awal-awal lagi dia kata itu dia yang punya. apa-apa je la Kak Long.

jom layan apa yang aku dapat. ngeee...

ini la barang-barangnya.

extra. buku untuk Kak Long dan Kak Ngah.

cantik. yang ini untuk aku. hehehe...


flower strap tak payah tunjuk la. Ina pun dah tunjuk kat blog dia rupa paras flower strap tu ka. ngeee.. apa-apa pun, terima kasih sekali lagi ye IntanBerlian. suka kesemuanya. terima kasih daun keladi, bila nak dapat barang free lagi? muahaha... 






my foot: siapa yang tak kenal lagi dengan IntanBerlian, boleh terjah ke blog mommy to be ni. nak share-share story pasal pregnancy pun boleh. ramah tamah orangnya. tak percaya? cuba la try. hik...hik...hik...



Kak Long demam.

ini pakaian hari rabu.


dah dengar perubahan suaranya  sejak hari isnin. tapi okay je. bermain semua. semalam, bila dia balik sekolah, dia mintak susu. nak tidur katanya. kalau ikutkan, Kak Long bukan jenis balik sekolah dan terus mintak susu. bila dapat susu, dia tidur.

rasa dahi dan badan, panas. tidurnya pun kejap je. aku bagi dia makan ubat demam. kemudain, dia aktif main macam biasa. cuma  aku tak bagi dia main panas je la. panas betul kat luar. aku pun tak tahan. sudahnya dia mintak susu lagi. rasa badan macam dah kurang panasnya.

menjelang malam lepas dia makan dan mintak susu yang mana susu tu tak diusik langsung,  mintak je lebih... Kak Long kata nak tidur. rasa badan dan dahi. panas semula. jerlun dan letak kain basah atas kepala. alhamdulillah, dia tak meragam. cuma dia mengadu sakit tangan sebab dia jatuh kat sekolah masa main-main dengan kawan-kawannya tu.






my foot: Kak Long susah nak sakit. tapi sekali sakit kadang-kadang tu meragamnya lebih. alhamdulillah, kali ni dia okay je. hari ni tak ke sekolah sebab dia still demam. tak apalah. biar je dia berehat kat rumah.


Hidupkan harapan itu.




“Maka lihatlah olehmu kepada kesan-kesan rahmat Allah, bagaimana Ia menghidupkan bumi sesudah matinya (dengan tanaman-tanaman yang menghijau subur). Sesungguhnya Allah yang demikian kekuasaan-Nya, sudah tentu berkuasa menghidupkan orang-orang yang telah mati. Dan (ingatlah) Ia maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (Surah Ar-Rum : 50)







my foot: Allahuakbar!!!


28 March 2012

Empat Lautan.



Lautan itu ada 4 :

1. Hawa nafsu adalah lautan dosa.
2. Nafsu adalah lautan syahwat (keinginan).
3. Maut adalah lautan umur.
4. Kubur adalah lautan penyesalan.

-  Saidina Umar Al Khattab.






my foot: terbaca tentang ini di FB.


Asrama burung. Burung pun duduk dalam asrama ek?!

senget pulak gambar. captured sambil bawak motor.


tempat ni anak-anak aku panggil asrama burung. rumah yang dibina khas untuk burung walit tu. kat kampung aku ni banyak dah orang bina rumah-rumah macm ni. kalau dulu tak boleh dengar dia orang pasang speaker untuk panggil burung tu. tapi sekarang ni dah boleh dengar. setiap hari, setiap saat. ada jugak orang persendirian yang panggil burung ni kat rumah dia orang je. penangan burung walit kan?

kenapa anak-anak aku panggil asrama? asalnya, last year punya cerita. on the way balik daripada Johor ke Pahang. budak 2 beradik tu kalau tak tidur, ada je la aktiviti semasanya. kejap nak duduk depan. kejap nak duduk belakang. dan abahnya pulak jenis tak boleh ada gangguan time driving. especially kalau dah terlebih daripada waktu yang ditetapkan. contohnya kalau patut gerak dari rumah pukul 3 tapi terlajak sampai pukul 5 baru boleh gerak, husben tak boleh. timing dia dah lari. banyak benda yang tak jadik nanti. 

aku pulak jenis tak kisah. bising la dalam kereta pun, alhamdulillah... okay je lagi. hehehe... berbeza kan? jadik sepanjang jalan tu cakap la dengan dia orang, siapa yang duduk diam nanti boleh tengok asrama burung. hahaha... burung mana ada asrama. itu kata si bijak pandai, Kak Long. aku cakap la ada. tempat dia orang tidur semuanya kat asrama tu la. dia ajak tengok tapi aku cakap tak boleh sebab asrama dia ada penjaga. nanti penjaga dia marah masuk tanpa izin. okay, boleh terima.

kalau kat kampung ni ada anjing yang jaga rumah-rumah burung ni. kadnag-kadang Kak Long ajak masuk jugak nak tengok burung dan asramanya tu tapi aku cakap nanti anjing tu kejar. bahaya sebab anjing tu yang jaga burung-burung tu. dia cakap, tak apa la. berhenti kat tepi je. nanti bila anjing tu nak kejar baru kita lari. hahaha... bijak! bijak! tu nak main-mainkan anjing tu. apa la Kak Long ni.






my foot: teringat masa zaman aku kecik-kecik dulu pergi jogging dengan kawan-kawan pukul 7 pagi. sejuk betul. siap ada kabus lagi. tak sampai suku jalan pun, kena kejar dengan anjing. mencicit la lari. siap panjat pagar jiran lagi. bengong punya anjing. muahaha...



Souvenir dari Hong Kong.



hadiah cabutan bertuah ni. join GA Mrs. Simplicity. tak payah buat apa pun. just tinggalkan komen. dan bagi cadangan je. sudah tertulis rezeki aku kan? dapat barang ni hari Jumaat lepas. encik posmen dok tanya anak buah aku ada tak yang namanya ini kat sini. of course la macam dia orang pening-pening lalat sebab aku tak letak nama betul. hahaha... lupa pulak akak nak bagi nama betul. alahai...

tak dapat pergi Hong Kong pun tak apa. dapat hadiah macam ni pun dah cukup puas hati. terima kasih ye Mrs. Simplicity. i loike la... muaahhss...







my foot: seronok bila join GA dan menang. dapat conso dan cabutan bertuah pun dah senyum sampai ke telinga. barang free. siapa nak bagi? 


~ WW #20 ~ Ibu's Gems!!!






my foot: priceless!!!


Kain tilam buat baju.














my foot: memang sebijik sebijon macam kain alas tilam tu kan? kalau dia orang tengok mesti dia orang ni menyesal la pakai. muahaha...

sumber: forum carigold.com


27 March 2012

Hukum menyebut: 'Semoga kekal ke anak cucu.'








my foot: baru tahu juga sebenarnya.


Sudah pakar banyak benda. Tapi kadang-kadang tercium lantai juga.

sudah besar. jadik banyak benda yang dia belajar. mulut pun sama naik jugak ye. sama bising dengan tingkah lakunya tu. sudah pandai marah orang jugak walaupun dalam hati ada taman kecik. hahaha... kalau kita marah orang atau orang marah dia, dia akan marah semula. kadang-kadang tu dia ajuk je perlakuan kita. jangan jerit kuat-kuat sebab nanti dia kecik hati dan menangis. boleh tahan kan?

anak teruna aku la tu. Azfar memang macam tu. tapi itu la yang sepupu-sepupunya suka buat. menjerit kuat-kuat depan dia. nanti sure la dia menangis. bila dia menangis, ibunya ni mula la nak naik hangin sebab dah pesan awal-awal jangan buat kan. budak-budak ni bukan makan saman sangat. geram betul aku. kejap lagi kena sekeh la dengan 'mak tiri' ni. hehehe... aku suka gelarkan diri aku 'mak tiri' dengan anak-anak buah ni kalau parents dia orang tak ada (my BIL kerap jugak masuk wad dan my kakak la selalu temankan. jadik budak-budak ni off course la tinggal dengan aku kan. muahaha... gelak jahat!) dan aku kena ambil alih tugas jaga dia orang.

aksi-aksi budak kecik turun tilam:-

ada masa elok la turun macam ni.

pandang apa tu dik?

selamat turun.


Azfar pernah jatuh tilam ni dua tiga kali masa dia baby. nakal dia ni time tidur. itu yang jatuh tu. nasib baik jugak katil dah tak ada. buang masa Kak Ngah baby. takut jatuh. kiranya aku bernasib baik la sebab bilik aku ni berlantaikan kayu dan bukan simen. ngeee...

walaupun dah mahir turun naik atas tilam ni tapi tu la... ada masa tetap mencium lantai. kalau aku tak terkam dia, okay je ammat kecik ni. tapi kalau kita pergi kat dia dan tanya kenapa, sure menangis la. hahaha... comel je. dalam hati ada taman bunga ye dik?!






my foot: hari ni blackout. ini la baru dapat nak online. huhuhu...


GA Duet akan dilancarkan Jumaat ini.

promosi awal-awal. hehehe... harap-harap ada la yang nak join GA ni. tak ada sponsor grand-grand ye. sendiri-sendiri sponsor je. untuk hargai 'peminat'. muahaha... peminat la sangat. lebih kepada menghargai readers blog. nak buat grand-grand tu nanti dulu la ye.

sekarang ni tengah nak buat banner. banner pun sempoi je. nanti tengok sendiri la. ni kira quick update ye. nak siapkan Kak Long kejap. nanti BW.




my foot: lap you all la... ^_^


Panduan Menjadi Suami Romantik.


1. Nyatakan cinta kepada isteri dengan perkataan sama ada secara berhadapan atau melalui sms kerana isteri akan merasa dihargai dan dicintai.

2. Cintai diri sendiri yang kemudiannya akan dapat mencintai orang lain sebaiknya. Orang yang mencintai dirinya akan melakukan perkara yg terbaik untuk dirinya, menjaga dirinya dengan sempurna dan akan mempunyai ketrampilan yang positif, tenang dan bahagia justeru sanggup berkorban apa sahaja untuk isterinya selagi tidak bercanggah dengan syarak.

3. Memperbanyakkan masa bersama, makan berdua, berbual, bergurau senda, berpegangan tangan dan “jangan pedulikan” apa orang lain nak kata selagi anda tahu ia tidak salah di sisi agama.

4. Buktikan romantik anda melalui sentuhan. Apabila duduk berdekatan suami memegang tangan isteri dengan lembut, jika mahukan sesuatu pergi dekat dengan isteri atau beri isyarat tanpa meninggikan suara. Biasakan bersalaman/berciuman jika hendak berpisah untuk urusan kerja atau lain-lain.

5. Jangan lupa hari-hari istimewa seperti ulangtahun perkahwinan dan sebagainya.

6. Tidak kedekut menghulurkan buah tangan atau hadiah.

7. Pandai memujuk yang paling penting.


Wallahu a’lam
“Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Adalah Untuk Allah Tuhan Semesta Alam”






my foot: boleh berpesan-pesan pada suami. hehehe...

sumber dari FB


26 March 2012

Jangan tiru!!! Aksi merbahaya.

pagi-pagi Kak Long ke sekolah aku hantar dengan motor je. senang sikit. kecik-kecik dah ajar merempit ye? tak ada la. naik motor boleh hirup udara segar. hehehe... belajar la naik motor. ibu ni dulu pun bawak motor je masa zaman belajar dulu. bersaing dengan budak-budak lelaki dan jugak kereta pelbagai jenis. sampai kena sound lagi. okay je.

ni aksi Kak Long bila aku panggil dia suruh cepat-cepat. masa tu dia dah keluar dari rumah. dia yang tunggu aku sebenarnya. ngeee...

bawak motor gaya terkini.

hebat betul la anak dara seorang ni.

anak dara siapa la ni?


bila aku panggil, Kak Long menyahut. rupa-rupanya tengah baring atas motor ni. siap posing lagi. alahai... kalau jatuh saja je dapat sakit. yang ini pun bukan tahu takut jugak. hebat bukan main lagi budak kecik seorang ni. jangan ikut la perangai pelik budak kecik seorang ni ye.

pening kejap. nak marah-marah sangat pun tak boleh jugak. nanti dia menjawab yang macam-macam. kalau tak emnjawab, dia membebel je. yang itu memang ikut perangai abah. huhuhu... sebab tu bila abah balik, Kak Long menangis nak ikut. Kak Ngah okay je. relax. bila tanya, tak nak ikut abah ke... dia jawab, abah tak bagi ikut. hahaha... walhal kalau ikutkan, Kak Ngah anak abah sebab selalu je nak ikut abah pergi mana-mana.

okay... semua rindu abah!!!





my foot: bila husben balik, macam ni la aku. tengah mengumpul mood ni. huhuhu...


Jom jadi orang putih yang cuba nak cakap melayu.

sumber dari FB





my foot: teringat masa zaman belajar dulu. roomate aku dok speaking je. ada la jugak cakap melayu tapi kureng. dia lahir kat London. sekolah kat Malaysia pun baru je lagi masa tu. ayah dia diplomat. tu yang dia dok ikut trevalling je. dan dia pernah tanya aku apa maksud 'seperjuangan'. aku bagi  jawapan 'orang yang pergi berjuang'. dan dia percaya. hahaha... au cakap dengan dia aku kelentong je. alahai nina... kesian kat kau kena dengan aku kan? ngeee...


Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya secara live.



aku tahu tentang ni pun secara kebetulan masa ayah aku tukar channel semalam. mula-mula dengar pasal Irma Hasmie bertunang. kemudian dengar Awal melamar Scha secara live. aku jenguk ikut pintu dapur nak tengok. okay... aku takkan kata sweet sebab apa ayng awal buat tu bukan budaya kita. kalau kamu dan kamu kata sweet, itu hak masing-masing. tak ada masalah. mungkin sebab dia orang selebriti or mungin Awal nak jadikan benda sesuatu yang diingati tapi entah la. aku kureng sikit la kot bab-bab macam ni.

nak kata kuno ke kolot ke, ikut suka la. dengki sebab husben aku tak buat macam ni? pun tak jugak. nak pena pelangkung dengan ayah aku buat la macam tu. macam tak ada adat pulak katanya nanti. tapi siapa yang suka tu boleh la layan video ni. lain orang ain pendapat dan lain citarasanya.





my foot: satu Malaysia dah tahu nak kawin. harapharap kekal bahagia sampai ke syurga adanya. doa untuk kebahagian aku sekeluarga jugak adanya.


25 March 2012

Suamiku pulang dari kerja...

quick update.


sebabnya semalam husben ada balik. dia selalu macam tu. nak balik je tak bagitahu. kalau dia bagitahu pun dah nak dekat sampai rumah. tapi instinct aku setakat ni selalunya betul. aku boleh feel kalau dia nak balik. nak kata pelik ke? tak kot. mungkin orang lain pun sama jugak.

petang Jumaat tu dia kata nak balik awal. nak jumpa orang. macam was-was pulak. mesti nak keluar beli barang anak-anak dia tu. balik rumah pukul 10pm husben messaged bagitahu dah sampai rumah. okay lagi walaupun bila aku replied lepas tu tak ada jawapan macam biasa.

subuhnya, bila aku message tak ada jawapan jugak. called tak berangkat. dalam hati dah syak. macam nak balik je husben aku ni. pukul 6 lebih husben messaged bagitahu dah solat tapi tak called pulak lepas tu. ada la aku called banyak kali tak berangkat. memang sahih ni on the way balik. nak sedapkan hati sebab tak ada message langsung kan. risau jugak sebab aku dengan dia dah la duduk jauh-jauh. huhuhu...

dalam pukul 8 lebih husben called, bagitahu dah dekat nak sampai ni. siap-siap la. lepas ni boleh pergi jalan. see... betul tak apa yang aku rasa? alahai husbenku sayang. suka la buat surprises yang macam tu. tapi kadang-kadang aku suka tanya bila dah rasa macam dia nak balik: "Ada kat mana?". husben akan jawab: "Kat sini la." aku tanya lagi: "Sini tu kat mana?". "Kat sini la. Kat mana lagi?". last-last aku akan tanya: "Pukul berapa nak sampai ni?" hahaha... kelakar tak kami? entah apa-apa kan?

itu sebab tak ada nak BW. tak sempat. baliknya husben pun kejap je. hari ni dah nak balik semula sebab esok dah kerja. uwaaa... anak-anak paling excited. macam biasa. dan tak nak berenggang dengan abahnya jugak. alahai... sabar je la hati ni.




my foot: nanti bila dah senang sikit, aku BW kat rumah kamu dan kamu dan kamu ye?!


Irma Hasmie bertunang.

RIANG... Irma diapit ibunya, Roritah Abdul Hassan (kiri) dan bakal mentua, Datin Azizah Osman pada majlis pertunangan, semalam. 


sekadar quick update. nak bercerita tentang si cantik manis yang dah selamat bertunang semalam dengan jejaka pilihan hatinya Rezza Shah Azmeer Radzuan, seorang ahli perniagaan. pertemuan mereka terjadi di Tanah Suci ketika Irma menunaikan umrah. ada aku ceritan di entri ini. alahai... sejuk rasa hati jumpa pasangan kat Mekah.

pasangan ini memilih 1 Julai depan untuk melangsungkan majlis pernikahan. semoga malis Irma diberkati dan jodohnya jugak berpanjangan. berbahagialah hendaknya. amin.





my foot: sama cantik sama padan pasangan ni.

sumber dan picca: myMetro


24 March 2012

Tahukah kita?






my foot: terbaca ni di wall FB. cuma nak share je kat sini.

Ada seekor anak tupai...



tiap-tiap pagi kalau bukak tingkap bilik mesti nampak pandangan semulajadi ni. bukan bukak tingkap nampak bangunan lain ye. hehehe... kebetulan pagi yang aku snapped pic ni ada dua ekor tupai dok melompat sana-sini. bergumbira sakan tupai-tupai ni.

dan kebiasaannya jugak ada burung-burung dok main kat sekitar pokok jambu golok tu. memang suasana yang meriah dan mendamaikan hati dan perasaan. aku tunjuk dekat anak-anak, tupai yang melompat dari dahan ke dahan tu. anak-anak pun sama excited. bukan tak pernah tengok. tapi tak sedekat yang di atas ni. memang betul-betul depan tingkap bilik.

jadi pasal tupai pun nak cerita ke? hahaha... ini kenangan. kalau bandar besar nak tengok tupai kena pergi zoo. yang terlepas tu kira bernasib baik la. entah kat mana la dia orang nak carik makan agaknya. cuma terfikir la. hutan-hutan sekarang ni kena tarah je. nak buat projek itu la, ini la. sampai satu ketika, ke mana haiwan-haiwan ni semua nak lari?

nak cari makanan kat mana? kita marah kalau haiwan ni datang dan masuk dalam kawasan rumah kita. tapi yang kita buat? dok rosakkan dan hapuskan tempat tinggal dia orang. kesian jugak sebab kat area kampung aku ni hutan-hutan dah tak berapa nak serupa hutan dah sebab ada je kawasan yang dibersihkan untuk bina rumah bla... bla... bla... masa kita nak buat semua tu, ada ke kita fikirkan nasib haiwan-haiwan ni? hmmm...






my foot: aku pernah komen kat status seorang kawan pasal zaman sekarang ni dengan zaman aku dulu jauh sangat berbeza. tapi seorang lagi komen menghentam aku la. katanya, yang dulu tu kenangan. sekarang ni kenyataan. aku tahu la tu. cuma nak cakap banyak benda yang dah tak sama. kalau dulu selamat. sekarang tidak. geram jugak sebab komennya tu macam main sebat je.


Zikir lembutkan hati suami.




Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut hati:-

1. Ya Aziz
2. Ya Jabbar
3. Ya Mutakabbir 

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.

4. Amalkan doa ini: "Ya Allah, lembutkanlah hatinya (suami) sepertimana Engkau lembutkan besi."







my foot: semoga lembutlah hati suami atas izizn Allah SWT.


23 March 2012

Buaian tradisional.


aktiviti anak-anak waktu petang. suka main buai ni. kadang-kadang tu sampai bergaduh-gaduh sebab berebutkan buai yang satu ni la. yang satu lagi tu dah pecah bawahnya. tak best la nak main. buai ni ayah aku yang buatkan. gantung dekat dahan pokok rambutan. 

dulu-dulu ada jugak buai yang guna kayu sekeping tu. tapi salah satu dahan pokok rambutan tu dah patah. last-last guna la bebola ni je. itu pun dah cukup buat budak-budak ni happy. kalau time aku la, petang petang je lesap. main rounders la, galah panjang, lompat katak, rejam selipar, baling tin. pergh... aktiviti penuh je! sampai kena sebat kalau balik dah petang sangat. ngeee...

aku tengok anak-anak buah aku cuma main rejam selipar. itu pun susah nak tengok. lompat katak tu kadang-kadang. rounders ada la sekali dua. tapi yang kelakar tu, main sorok-sorok pun dalam rumah. adoiii la... boleh main dalam rumah. nak menyorok pun orang lain dah tahu tempatnya. reason dia orang main dalam rumah, seang nak cari. hahaha... baik tak payah main sorok-sorok kalau senang nak carik. apa la.






my foot: tengah buat banner dan tengha revise hadiah untuk GA next week. tunggu!


Allah sayangkan kita.



Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 orang malaikat:

-Malaikat pertama akan mengambil selera makanan.
-Malaikat kedua akan mengambil rezeki.
-Malaikat ketiga akan mengambil kecantikan wajah(muka pucat).
-Malaikat keempat akan mengambil dosanya.

Apabila sampai waktu yang Allah tetapkan untuk hambanya supaya kembali sihat, Allah akan menyuruh malaikat pertama, kedua dan ketiga supaya memberi balik apa yang diambil oleh mereka. Tetapi Allah tidak menyuruh malaikat keempat supaya memberi balik dosa hamba tersebut. Lihatlah, betapa sayangnya Allah terhadap kita, tetapi kita tidak mengetahuinya. Subhanallah!



Anjing pun boleh masuk rumah?

hahaha... ada apa dengan tajuk? suka buat tajuk entah apa-apa. kadang-kadang tu dok melangu depan lappy ni dalam 15 minit tapi satu tajuk pun tak dapat nak fikir. apa yang terlintas, itu la yang kita guna pakai ye. ngeee... siapa yang bagi anjing masuk rumah? jiran aku yang chinese tu pun anjing dia dok kat bahagian belakang rumah. tak adanya dalam rumah.

cuma ni cerita Azfar yang suka sangat dengan barang-barang yang kakak-kakak dia pegang. itu yang dipegang, itu la yang dia nak. tapi selalunya itu kerja Kak Ngah. apa yang Azfar pegang, itu yang dia nak. pening kejap kepala ibu ni dengan gelagat budak tiga orang ni. kalau dah letak dalam satu bilik, memang bising la. macam-macam ada.

bukak buku je nampak pic anjing.

membaca la sangat ni. hikhikhik...


ala, pada buku tu je ada pic anjing. bukan ada anjing betul pun masuk rumah. hahaha... gila kau nak bagi anjing masuk rumah. sekarang ni kera dok usha-usha nak masuk rumah ada la. kawasan dia orang dah banyak yang diclearkan. untuk bina rumah la, besarkan jalan la. dah tak ada tempat lain dengan makanan, itu yang kera-kera tu berani singgah kat rumah nak ambik makanan.

tapi aku takut jugak sebab garangnya kera ni semacam sikit. aku masa budak-budak dulu dah experienced berdepan dengan kera garang ni. pergh... takut der!!! eh... eh... cuma nak cerita tentang si handsome boy yang pegang buku tu macam la dia membaca sangat. kalau nampak kakak-kakaknya pegang pen, dia datang dekat nak ambik. lepas berebut tu, dia ambik pen masuk dalam mulut.

alaahai... Azfar oh Azfar!!!






my foot: kurang lena pulak Azfar malam ni. sakit perut agaknya sebab malam semalam dia makan bubur banyak jugak. hmmm...


16 Kebaikan Sujud Dalam SOLAT!


Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling menggalakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Percaya atau tidak, berikut adalah hikmah yang diperoleh daripada perbuatan bersujud ketika sembahyang. 


1. Membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit daripada tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan paru-paru daripada ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa. Kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Memberi dorongan supaya mudah tidur.

9. Menggerakkan otot bahu, dada,leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot ini akan menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara semula jadi dan ia juga akan memastikan kelancaran perjalanan darah.

10. Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

11. Sujud juga mampu mengurangkan kegemukan.

12. Pergerakan bahagian otot sewaktu sujud juga boleh memudahkan wanita bersalin.organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut.(Convulsions).

13. Organ terpenting iaitu otak kita juga akan menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14. Mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya. 


15. Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha pencipta sekali gus mengikis sifat sombong,riak takbur dan sebagainya.

16. Manakala dari sudut perubatan pula, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Untuk itu marilah kita sama-sama mengamalkan sujud dalam solat yang banyak dan lama-lama bagi satu-satu sujud. Dan sujud lama dalam solat terutamanya dalam solat sunat yang bersendirian adalah digalakkan di dalam Islam. Wallahu a’lam.



sumber: metro online





22 March 2012

Nak lancarkan duet GA minggu depan.

baru balik dari KKIA bawak anak-anak check up. penat sikit sebab cuaca panas terik dekat luar sana. pekena ice-blended on the way balik. dua vanilla oreo dan dua lagi cappuccino. pergh... sedap jugak! aku rasa berat Azfar macam tak naik je. kalau naik pun dalam 200g je. tak apa la asalkan naik ye tak?!

cuma nak kasi tahu yang aku dengan kawanku ini dah plan nak buat duet GA. sebenarnya plan tu daripada awal tahun lagi. konon-konon nak buat GA Tahun Baru la. konon je la. tapi end up tak terbuat jugak. banyak hal lain timbul tapi niat nak buat tu tetap ada.

bila dapat tahu dia pregnant and ada alahan, aku tangguh lagi nak mulakan GA ni. tapi dia kata dia dah okay dan pics prizes pun dia dah sent, jadik aku boleh la start launchkan GA tu next week. GA ni bakal berlangsung sebulan. bulan Mei banyak events. tu yang buat sampai sebulan dan pemenang bakal diumumkan bulan Mei itu juga la. hadiahnya? next week la tengok. hehehe...

okay la. nak rehat kejap. mengantuk pun ada ni. nanti kita sambung lagi ye. support la GA duet aku tu nanti ye. eh... eh... hehehe...







my foot: GA Rush Hour aku dapat sambutan jugak. alhamdulillah. tapi masalahnya cuma 4 pemenang je bagi respon. yang lain puas aku tunggu tetap tak ada. lagi 6 hadiah aku reserve untuk GA-GA aku yang akan datang. ^_^


Ini 'A' Kak Long yang punya.

tajuk boleh tahan. macam Kak Long dah exam je sampai boleh dapat A bagai. Kak Long takkan ada exam. masa tengok yuran hari tu pun, exams cuma untuk budak umur 6 tahun dan 5 tahun. mungkin Kak Long akan seats untuk exams tu tapi tak dikira la sebab penilaian untuk umur 5 dan 6 tahun je. tak kisah la. janji Kak Long ke sekolah tu untuk belajar dan berkawan.

sebelum cuti seminggu tu, budak-budak kelas Kak Long dapat guru ganti. cikgu originalnya tu sakit. tapi guru ganti ni macam tak berapa nak mesra alam la kot sebab bila balik sekolah je Kak Long cakap: "Cikgu baru tu tak nak salam. Terus suruh balik. Muallimah kena salam." apa yang dia orang dah biasa buat, bila sekali tak buat mula la dia banyak tanya. kenapa cikgu ni itu, kenapa cikgu ni ini. aku pun tak tahu kenapa la dia tak nak salam dengan budak-budak tu. takut tangan kotor ek?! ngeee...

dan hari isnin masa cuti sekolah tu, aktiviti dia orang ni kan menconteng je. aku tengok apa yang Kak Long buat. dia cakap cikgu yang ajar. boleh tahan jugak tulisan budak 4 tahun ni. dah pandai. alhamdulillah. melukis pun dah okay. ada la bentuk-bentuknya. selalu sangat tengok sepupu-sepupunya melukis, tu yang dia macam berminat jugak.

jom tengok pe yang Kak Long lukis dan tulis:-

ini A Kak Long yang punya.

ada huruf L. ada jugak garis panjang.

ini la budak yang tengah menulis tu.


tapi budak seusia dia ni tak boleh dipaksa sangat. tambahan pulak dengan sepupunya yang ramai tu. ada 3 orang sepupu Kak Long ni yang sebaya dengan dia tapi still tak dihantar ke sekolah lagi oleh parents masing-masing. jadiknya, ada beza jugak la budak sekolah dengan yang tak ni. daripada segi pemikiran la. dan Kak Long pulak kalau dia tak nak pergi sekolah mesti dia kaitkan dengan sepupu-sepupunya tu. kenapa dia kena sekolah? yang itu dan ini tak pergi sekolah pun. alahai... Kak Long.

Kak Long budak pandai sebab tu kena sekolah awal sikit. hehehe... boleh gitu? ibu nak Kak Long belajar berkawan. bila dah pindah nanti boleh la Kak Long temankan Kak Ngah pulak. tak ada la Kak Long rasa janggal dengan sekolah sebab Kak Long kan dah sekolah. ha, amacam? pening? ngeee...






my foot: Kak Long dah pandai tulis A. satu perkembangan yang bagus. Ibu dengan Abah proud of you la. muaahhhss...




Daripada sapphire ke diamond.



entri tertangguh ni. nak buat hari tu lagi dah tapi terlupa je. last-last tersadai. hahaha... ika sebelum ini aku dapat sapphire je (ada di entri INI), kali ni dah up sikit ye. dapat diamond. ha, siapa nak bagi diamond senang-senang macam tu je?


terima kasih ye kak tihara atas anugerah kedua ni. wah, berseri la rumah saya ni sebab dapat diamond kak oiii... hehehe... berkilau dengan sapphire dan diamond. kamu dan kamu ada ke? ^_^






my foot: kita menghargai orang lain dengan cara kita tersendiri kan?


21 March 2012

Tolonglah selamatkan saya!


budak kecik ni memang kelakar. aku suka bawak dia duduk dalam bilik dengan aku. sebabnya malas nak biarkan dia lama-lama kat luar. banyak sangat bendanya. nanti dia mengutip. itu yang lemah sangat perasaan aku ni.

bila dah ikut aku dok dalam bilik, dia akan merayap la dan cari segala macam benda. mainan memang banyak. tapi dia bukan suka sangat nak main pun. benda lain jugak yang dia tuju dan nak main. kalau ada Kak Long dengan Kak Ngah, dia mengacau kakak-kakaknya tu pulak. hahaha... kalau aku on lappy, dia datang dekat dengan senyum comel dia tu. tak ada kerja lain la. nak menekan-nekan keyboard lappy ni la adanya.

bila Kak Long dengan Kak Ngah keluar daripada bilik, Azfar pun nak keluar sama. bosan la tu duduk lama-lama dalam bilik. aku selalu pesan dengan Kak Long ke Kak Ngah ke, kalau nak keluar bilik kena tutup pintu. kalau tak, adiknya tu dengan laju akan ke pintu jugak. aku tak kisah kalau rumah ni tak ada tangga. tapi bilik aku sekarang ni kat ruang tengah. kiri tangga, kanan pun tangga. risau kalau dia laju sangat bergerak nanti dia jatuh dari tangga tu. huhuhu... tak ada la aku nak tanggung risiko.

tu la... pic kat atas tu dia mintak tolong orang bukakan pintu sebab dia nak keluar. alahai... kesian la pulak ibu ni tengok. jom la kita keluar jap kacau orang. hehehe...





my foot: Azfar bukan setakat pergi kat pintu je tapi siap buat bunyi lagi. memang kesian la tengok. aku bawak la dia keluar. janji dia puas hati. ngeee...


~ WW #19 ~ Demam lagi.

cak!!!






my foot: okay. petang semalam Azfar demam. tapi tetap aktif. risau jugak sebenarnya. takut ada infection sebab bunyi kahak macam banyak. tadi bawak ke klinik. alhamdulillah, bunyi kahak tu cuma kat tekak dan bukan kat dada. itu jugak sebab tak banyak entri. memang risau la kalau Azfar ni sakit.


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign