✿ Rumah SalYa ✿: February 2012

Fresh from the owner...

29 February 2012

Mini garden.


ini mini garden kawan aku. dia sent thru YM. cantik je kan? sejuk mata memandang. kalau pindah nanti, aku ada plan nak tanam bunga. tapi tanam bunga yang gantung punya. tapi bila tengok mini garden yang cantik dan sejuk mata memandang macam ni, mungkin jugak la aku akan mintak encik suami bagi ruang parking tu sikit untuk aku create taman mini aku sendiri.

tak besar pun tak apa ruangnya. tanam je pokok kecik-kecik. sejuk sikit bila tengok tumbuh-tumbuhan ni. my friend ni pun letak kat balkoni je mini gardennya sebab dia duduk apartment tingkat 4. of course la tak ada ruang nak tanam pokok bagai kan? hahaha... ada plan jugak nak tanam serai ke kunyit dalam pasu macam yang MIL buat. tak payah nak beli-beli. 



plan bukan main lagi. tak apa... plan la bagus kan? even masa aku study dulu, aku ada jugak letak tanaman dalam bilik. pokok kecik je. untuk menyegarkan bijik mata ni. dan aku guna baby crystal yang dah diharamkan penggunaannya tu sebab bagi mudarat kat budak-budak kecik. senang guna baby crystal ni tak payah nak ganti air. seminggu pun tahan lagi. top up air je untuk baby crystal tu kembang. bila dah kecut, ganti la baru. mudah je kerjanya.

tapi dah diharamkan, nak buat macam mana. macam best je kalau ada mini garden sendiri kan? best! boleh la ajak anak-anak ni ber'gardening' sama. terapi tu weh. hehehe...









my foot: ima, kalau ko baca blog aku ni (ko baca ke? muahaha...), aku pinjam pic ko ni. tepek kat sini buat kenangan dan rujukan. boleh gitu?


Beli Dugro dapat beg.

baru-baru ni masa shopping barang-barang anak, aku tengok Dugro ada buat promotion. beli susu dapat beg. kebetulan memang Kak Long dengan Kak Ngah minum Dugro coklat. susu Dugro ni susah nak dapat area sini. yang coklat la terutamanya. anak-anak aku tak minum susu putih tu. kalau ada tu memang bersyukur sangat la.

selalu yang ada pun untuk Kak Ngah je. Dugro 1-3 tahun. untuk Kak Long tak ada pun. dah dua tiga bulan macam tu. entah apa-apa la pasaraya ni. nak tak nak, aku gantikan susu Kak Long dengan Dutch Lady 456. perisa coklat jugak. nanti, ada plan nak tukar susu dia orang dengan susu jenama Ilham. insyaAllah. susu tu dah dibaca dengan ayat Al-Quran 30 juzuk. kat sini tak ada nampak pun orang jual. tapi mahal sikit la. sekotak tu lebih kurang RM48 kot. okay... dah mengarut. hehehe...

ini la hasil yang aku dapat bila beli susu Dugro untuk Kak Ngah tu:-




amcam? cantik tak? Chef Cilik tu. besar la jugak beg ni. boleh la nak bawak pergi pasar. beli barang-barang letak dalam ni. tak pun, hari sabtu beli barang kat pasaraya boleh la bawak. hari sabtu hari tanpa beg plastik. itu pun kalau aku ingat nak bawak. ngeee...







my foot: seronok mengumpul barang-barang free ni. saja nak buat koleksi. kadang-kadang tu benda alahnya pun biasa je. tapi suka kumpul jugak.


~ WW16 ~ Semuanya ada di sini!








my foot: bulan April baru boleh jumpa abah lagi. huhuhu...


Contest "LIKE DAN FOLLOW" - Gallery aNNA-JuEaNNa

klik SINI untuk join.


mood nak join GA malam-malam ni. hahaha... apa lagi, jom kita join GA ni ramai-ramai. LIKE dan FOLLOW je. aku suka blog ni sebab dia ada jual jam comel. macam-macam jam ada. jam bentuk pan pun ada untuk diletakkan kat dapur. cantik.

tapi yang paling aku suka jam 3Dnya. memang nak rembat satu kalau pindah rumah nanti. even aku ada buat entri pasal jam idaman hatiku itu. entrinya di sini. hadiahnya? photo magnet tu. boleh letak kat peti sejuk. peti surat tak boleh la.

okay... sesiapa yang suka GA tu boleh sertai ye. ada masa lagi. slagi belum 11.59 malam, still boleh join. tarikh tutupnya dah tentulah hari ni: 29 FEB 2012.

jom la join ramai-ramai.


28 February 2012

Hobi Kak Long dan Kak Ngah.


budak berdua ni setiap kali mandi dan aku siapkan baju ada je benda yang tak berkenan di hati dia orang. selalunya Kak Long la. Kak Ngah boleh pujuk-pujuk lagi. tapi ada masa, Kak Ngah pun sama naik jugak. tension je mak bondanya ni. banyak songeh.

kalau aku siapkan baju malam kejap lagi berbunyi la: "Tak nak baju ni. Nak baju lain." tak pun: "Nak pakai baju ni dengan seluar jean." waktu malam pakai baju tidur je la. mana ada orang tidur dengan seluar jeans. apa la.

kalau baju yang aku belikan tu sepasang, contohnya baju BoboiBoy or Angry Birds, dia orang akan buat macam ni. selalunya ni semua idea Kak Long. macam-macam gaya dia orang ni. tapi kelakar dan menghiburkan.

tengah baca doa tu.


baju hijau tu Kak Long yang punya. coklat Kak Ngah punya. bila tengok baju tu Kak Long akan cakap pada Kak Ngah: "Kak Ngah, Kak Long nak pakai baju Kak Ngah boleh tak?" ada masa, Kak Ngah baik hati dan kata: "Boleh!" kalau datang mood swing dia: "Tak boleh!" kejap lagi sure bergaduh punya.

tapi kejap je. last-last okay je dan Kak Ngah akan bagi jugak baju dia untuk diswapped dengan Kak Long. aku tak kisah sangat. asal dia orang tak meragam, pakai la. tapi colorful la jadinya. sebab baju yang aku belikan selalunya tak sama warna. cuma sama pada design je. ada jugak baju yang sama warna dan design.

untuk anak dara dua orang ni aku suka la sepasangkan. itu la yang orang selalu dok tanya, kembar ke? kembar la ni. kembar lain-lain tahun. hahaha...

selalunya kamceng la walaupun ada masanya bergaduh jugak.






my foot: apa-apa je la Yang asal kamu dan kamu gembira selalu. pagi ni sibuk sikit. nanti ye BW.


Azfar yang suka mengemas.


si hensem ni kalau duduk dalam walker memang akan 'mengemas'. sebenarnya dia bukan suka duduk dalam walker pun. 15 minit pertama tu okay la. lepas tu boleh dengar irama dia berdondang sayang minta diangkat keluar daripada walkernya tu. biasanya kalau time aku nak masak dan dia tak tidur lagi, aku akan letak dia dalam walker. walker tu pulak aku letak depan pintu. so, dia boleh la tengok ayam ke kucing ke yang ada kat luar. tapi itu pun tak mampu nak tarik minat dia. kejap je boleh duduknya.

dia lagi suka diletakkan kat atas lantai. senang dia nak merayap dan kutip segala macam benda kat bawah tu. kalau letak dia kat bawah tak boleh nak buat kerja lain la pulak sebab dok nak kena tengok dia je. budak seusia dia meamng tengah aktif dan suka mengutip. adoii la... jangankan kat ruang tamu dapur tu, kat dalam bilik pun dikucarkacirkan jugak. asal ada yang menarik perhatian dia, dia akan usahakan sampai dapat.

jom tengok aksi dia 'mengemas'.

mula-mula ambil pinggan.

mujur la pinggan plastik je.

opsss... jatuh!!! sengaja dijatuhkan.

dapat ambil yang lain. hahaha...

letak pinggan atas walker, ambil mainan pulak.


itu la Azfar. kadang-kadang aku bagi dia sudu plastik. nak suruh senyap. tapi kejap je la. bila dia dah start jatuhkan barang, maknanya dia memang tak nak main lagi la dengan benda alah tu. bagi biskut pun sama je. ada masa dia makan. ada masa dia campak je ke bawah. huhuhu...







my foot: kalau dengar je suara abah kat telefon senyumnya sampai ke telinga. cam suara abah ek?!


Dapat cabutan bertuah.



kasi terang sikit mata melihatnya. muahaha... sudah dinamakan rezeki. antara yang bertuah la aku ni. join GA daripada Mrs. Simplicity. senang je nak join GA Mrs. Simplicity ni. just dropped comment dan bagitahu macam mana dia perlu improvedkan lagi gaya penulisan.

cik puan ni ke Hong Kong baru-baru ni. bestnya. tak dapat pergi Hong Kong, dapat souvenir daripada Hong Kong pun boleh la. ala-ala ke Hong Kong jugak la tu. ngeee...







my foot: bila menang GA walaupun cuma conso je buatkan semangat nak join GA tu lagi berkobar-kobar. hehehe...


27 February 2012

Tengah berYM.


dah lama tak berYM dengan kawan-kawan ni. last time entah tahun bila dah tak ingat. malas nak berYM ni sampai la member sorang ni hantar message cakap dia tengah free. so, dia ajak la aku ni beYM dengan jayanya. aku malas nak berYM ni sebab kena dok je depan lappy. macam tak boleh nak buat benda lain. huhuhu...

tapi layankan jugak la kawan ni. bukan apa. dah lama tak berYM, biar la berYM lama sikit. entah apa-apa la aku merapu kan? hehehe...

nanti dah habis, baru la boleh update entri lain. dalam pada tu dok melayan si budak kecik yang tengah melasak ni. huhuhu... macam-macam agenda mamat ni kalau tak diperhatikan betul-betul. ada la sesi mengutip dan masukkan ke dalam mulut. pening pulak mak bondanya ni.







my foot: mengantuk pulak berYM ni. huhuhu...

Bulan Februari untuk Kak Long - Finale.



Kak Long lepas keluar wad, beratnya turun. dia tak pandai nak hisap susu. nurses pun tak ajar. so, first time mother yang tak ada experience memang akan alami masalah. itu yang buat rasa putus asa je nak breastfeedkan baby sendiri. tapi dia still menyusu badan tapi melalui botol. itu pun sebab susu banyak. pam je dan bagi dia minum melalui botol.

bila Kak Long kena jaundice memang risau lebih. satu sebab dia premature. kedua sebab dai tak direct breastfeeding. macam mana la nak baik sakitnya tu. alhamdulillah... jaundicenya tak tinggi. cuma kena pantau sebab kelahiran dia tu tak cukup bulan. 3 hari je berkampung kat wad dah boleh keluar. itupun ibu gigih pam susu untuk bagi Kak Long minum.

bila balik rumah my dad, my sis ajar macam mana nak breastfeedkan baby. dia kata cuba je sampai boleh. lepas dua bulan baru Kak Long boleh direct breastfeeding. alhamdulillah. lega sangat rasanya walaupun ada dugaan lain yang menunggu. Kak Long cuma direct breastfeeding pada satu breast je, the other one dia tak nak. siap paksa. tetap tak nak. tak tahu kenapa.

kesannya dah tentu la pada ibu. bengkak susu. macam-macam cara dah guna. petua ni ikut, petua tu ikut. tapi bengkak susunya tak hilang jugak. sampai satu tahap demam. memag tak boleh bangun dan dia sangat baik. tak meragam langsung. aku tidur, dia tidur la. beangkak susu tak hilang jugak. ke klinik dapat ubat surutkan bengkak pun tak surut. ke government pun sama. tetap macam tu. yang paling best, doc tu suggested: "Kalau baby tak mahu hisap, mintak tolong husband." hahaha... mintak tolong husband ye? macam kelakar je doc ni. siap ibu ni pergi berurut lagi. tapi kejap je hilang. balik daripada berurut, demam semula.

memang dugaan untuk menyusukan Kak Long. disebabkan Kak Long still tak nak menyusu sebelah lagi dan sakitnya jangan cakaplah. Allah je tahu. even nak solat dan rukuk memang sakit tu boleh buat menangis. sakit tak tahu nak cakap macam mana. bila dah lama sangat, sebelah yang Kak Long tak nak hisap tu pecah sikit. ada luka. keluar isi sikit sebab dah bengkak sangat. ke KMC untuk check dan tanya pendapat pakar. doc suggested untuk operate. meaning, kena stop breastfeeding la. doc bagi ubat untuk hentikan susu.  Kak Long baru tiga bulan dan baru belajar hisap susu. dah nak kena berhenti ke?

ibu ni menangis macam apa entah. sedih gila bila doc cakap macam tu. doc perempuannya okay lagi. bila refer ke doc Abdul Aziz tu la dia cakap stopped breastfeed dan buat operation. adoiii... tak boleh nak memikir kejap. tension je rasa. tengok muka Kak Long lagi buat hati sedih gila-gila. abahnya cakap, tak payah makan la ubat tu. kita cuba cara lain. mana tahu nak jadi rezeki, boleh baik semula. dengar macam tu rasa tenang je.

tak tahu la idea siapa sebenarnya, abah carik gamat healin. siang malam letak dengan niat dan doa untuk penyembuhan. alhamdulillah, dalam masa dua minggu, luka tu tertutup. parutnya sampai sekarang ada. dan keadaan tu sampai bila-bila ibu kenang. tragik. tapi pengalaman tu berharga sangat. dan Kak Long berhenti menyusu masa umur 2 tahun 7 bulan. alhamdulillah.

terbaeekk!!!






my foot: ini untuk pengetahuan Kak Long bila besar. bukan mudah tapi ibu reda seadanya.


10 Fakta Tentang Bayi.



1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya. 

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan. 

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut. 

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya. 

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel ♥





my foot: baca tentang ini di FB. saja untuk dikongsikan. buat tambahan ilmu pengetahuan.

26 February 2012

Misi mencari foam craft sheet.

sekarang ni tengah mencari foam craft sheet. ada sesiapa tak ayng jual benda alah ni? kalau ke ekdai jumpa yang dah siap je. kalau tak dapat dalam bentuk sheet pun tak apa. in case ada yang jual huruf dah potong pun boleh juga. nak buat craft sikit.

nak buat gift to the dear husband. me kan suka jugak buat surprise-surprise ni. dah lama jugak mencari tapi masih belum ketemu. huhuhu... kalau ada yang tak tahu foam craft sheet tu, kat sini aku ada tepek pic foam craft sheet. harap ada yang tahu ye kat mana la aku boleh cari benda alah tu.








my foot: felt senang cari. foam je yang tak jumpa-jumpa lagi.


Cheating husband!

bukak forum dan terbaca tentang elakkan menipu isteri atau padah menanti. hahaha... memang terbaik la. tapi semua tu tak berlaku pun kat negara kita ni. ni semua gambar kat luar sana. mungkin ada yang berlaku tapi tak ada la yang sampai buat macam ni kan?






yang ini pulak perceraian pertama yang melibatkan September 11th WTC attacks. boleh baca sendiri. memang terang-terang tertangkap. bengong kan? t









my foot: tu la... siapa suruh ada affair dengan perempuan lain. kan dah kena free macam tu je.


Ana Raffali menamatkan zaman solo.

bukan Lisa Surihani saja yang menamatkan zaman solo, Ana Raffali juga turut sama menamatkan zaman bujangnya dengan pilihan hati sendiri. cantik Ana Raffali masa hari bahagianya tu. tambaha cantik bila penyanyi itu sudah bertudung. memang cantik.

jom layan pics Ana Raffali:-








dengan sekali lafaz je Ana Raffali sah milik Aznaim. berlalu satu episod dan bermula satu episod baru. semoga kekal bahagia ke akhir hayat.






my foot: ramai lagi ke yang artis yang nak kawin tahun ni?


25 February 2012

Memang kreatif.

jom layan hasil seni daripada sehelai kertas. semua ni menggunakan tekni kraftangan tradisi china oleh Bovey Lee dari Hong Kong. memang superb la.















my foot: bukan setakat kreatif tapi mahir betul si pembuat ni kan?




Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign