✿ Rumah SalYa ✿: January 2012

Fresh from the owner...

31 January 2012

Homemade playdough.


hari tu janji dengan Kak Long nak buatkan playdough. memang dah lama dah nak buat cuma macam tak berapa nak rajin. tapi sebab dia dah sekolah, buatkan jugak. so, bila dia balik ada jugak la benda yang dia nak main. homemade playdough ni dah lama dah aku tahu resepinya. cuma tak berkesempatan nak buat dan a bit malas. hehehe...

kat sini nak tepek jugak resepinya in case terlupa di masa akan datang macam mana nak buat kan? senang sangat nak buat.

HOMEMADE PLAYDOUGH

2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 cawan garam
1 sudu besar minyak masak
2 1/2 sudu teh cream of tartar
pewarna makanan

CARANYA:

- campurkan kesemua bahan-bahan kecuali pewarna makanan. letak atas api dan kacau sampai jadik macam mash potato. kemudian bahagi-bahagi untuk letak pewarna. senang je.



homemade playdough ni kalau termakan pun masih lagi selamat sebab bahan-bahan guna pun bahan yang boleh makan dan kita masak pulak atas api. memang selamatlah untuk anak-anak kita main.






my foot: tengah nak carik alatan kuih untuk Kak Long main macam main masak-masak gitu. sambil-sambil tu boleh kenal bentuk kan?


Azfar buat apa tu?


apa la yang dikejarnya tu sampai turun daripada tilam. Azfar bila dah besar ni pantang nampak apa yang dia suka. ada je benda yang buat dia tertarik, dia akan usahakan untuk ambil. nasib baik jugaklah tilam ni rendah je. kalau tinggi sure jatuh tergolek. ini kat rumah di Johor. kalau kat rumah ayah aku, tilamnya tinggi lagi daripada ni. dah du tiga kali jugak jatuh daripada tilam.

asalnya ada katil dalam bilik ni. tapi sejak Kak Ngah jatuh dua kali masa baby, terus bagi kat my sis. nakal sangat budak-budak ni tidur. nasib baik jugak lantainya papan. kalau simen dengan katil dan tilam yang tinggi tu? huhuhu...

Azfar sebenarnya nakkan ini:


wayar laptop. daripada mula onkan lappy, dia meamng dok usha ke wayar ni je. bukan nak buat apa pun. nak tarik-tarik dan masukkan dalam mulut. entah apa-apa la adik kecik sorang ni.







my foot: ini kenangan untuk abah ye sebab banyak yang abah terlepas time Azfar membesar ni. masa Kak Long dengan Kak Ngah abah ada je.


Pen yang sudah lama saya cari.

first time tengok pen-pen ni sekitar tahun '98 macam tu la. masa tu aku belajar lagi. matriks. kedai buku paling popular masa tu Popular la. hahaha... hari-hari pergi situ. kalau tak cuci mata, nak beli barang. dan first time aku nampak pen-pen ni pun kat Popular ni la. memang teruja tengok pen-pen ni. macam-macam warna ada. apa yang menarik warna kat dalamnya tu. jom kita tengok macam mana rupa pen ni.


bila warna atas tu dah nak habis, second warna akan combine dengan first warna. kalau sesiapa tangan berseni memang cantik la kalau buat kad ke apa-apa je la pakai pen ni. masa aku beli dulu, aku tak perasan pulak pen ni ada label warna. dah bertahun baru tahu. hahaha... sengal tak? contohnya pen ni kaler atas warna kuning jadik label pada penutupnya kuning la. kalau ungu kat bahagian atas ungu la pada labelnya. apasal la baru sekarang aku tahu walhal aku dah beli pen ni banyak kali masa belajar dulu.

yang tiga batang ni aku beli dekat MS Stationary kat Pekan ni je. aku ada usha jugak kedai-kedai stationary. ada jual tak pen-pen ni. dah bertahun aku cari baru sekarang berjumpa. pernah pergi Popular kat Kuantan tapi tak pernah jumpa dah pen-pen ni sampai la sekarang. at least kalau dah tak ada lagi pen ni, aku dah abadikan kat blog ni. huhuhu...

lagi satu pen yang kamu suka guna untuk menjana minda kreatif adalah ini:


kaler gold dengan silver tu. tapi aku suka guna matanya 0.5. tapi kat kedai tu cuma ada 0.7 je. ala... leceh sikit la. tapi aku beli jugak. dah lama tak mengeluarkan hasil kreativiti sendiri ni. sejak kawin and ada anak-anak jadik macam malas pulak. tapi bila Kak Long dah start sekolah ni kena la rajin-rajinkan diri. nanti boleh ajak Kak Long buat kad ke apa ke untuk abah. Kak Ngah pun dalam masa yang sama boleh belajar jugak kan?

ada tak pen yang kamu suka dan jadi kenangan sampai sekarang?







my foot: aku try BW slow sebab siang-siang susah sikit nak on lappy sebab ada banyak kerja nak buat. huhuhu... mengalahkan orang kerja opis hour je aku ni. ngeee...



30 January 2012

Beruntung jadi kaum hawa ni.

taken from FB







my foot: even encik suami memang beruntung jadi orang perempuan ni. memang mudah sangat nak masuk syurga. tapi mudah jugak nak masuk neraka kan?


Mujurlah dah baik.

orang dok update pasal AJL semalam. aku tak adanya nak update sebab langsung tak tengok. entahlah. dah tahu keputusan boleh tengok online. kalau nak dengar dia orang nyanyi boleh tengok kat youtube. tak pun nanti tv3 mesti ulang tayang siaran tu la. hehehe...

ini nak bercerita tentang Kak Long. tentang kejadian yang berlaku pada dia dua minggu lepas sebelum cuti sekolah. hari Khamis kejadian tu berlaku sebab aku tak ambil dia daripada sekolah. my sis nak tengok husband dia kat hospital plus hantar barang yang husband dia nak. dia kata alang-alang tu dia ambik la Kak Long sekali daripada sekolah terus bawak ke hospital dulu. aku pun okay je la. ingatkan Kak Long suka la dapat jalan-jalan.

balik rumah je dia bising-bising tak nak Ibu Ngah ambik. dia nak aku yang hantar dengan ambik dia. aku cakap okay la dapat ikut Ibu Ngah tengok Ayah. marah jugak dia. tapi masa dia sampai rumah tu, aku terkejut tengok dia. kenapa? sebab ini la:


kat dahi dia tu luka. tak nampak besar mana lukanya sebab ada darah. dan darah tu still baru. maksudnya dia eksiden mesti lepas habis kelas. aku ada tanya dia kenapa boleh luka sampai macam tu sekali. dia cakap dia eksiden dengan kawan dia. kawan dia tak apa-apa pulak. mungkin terkena beg budak tu kot. tak tahu la. tapi dia tak jatuh sebab seluar baju tak kotor. kotor sebab kena darah je la.

muka dia pun selamba je. menangis jugak masa kena tu tapi lepas tu okay je. anak abah kena lasak sikit macam abah la kan? okay... aku pun lasak jugak masa kecik. pernah aku jatuhkan sorang budak ni sebab aku mintak semula basikal aku dia tak bagi. huhuhu... ganas budak-budak.


betul-betul kat tengah dahi. ingatkan luka tu memang bulat tapi bila dah cuci, luka tu memanjang. macam terguris dengan benda tangan macam zip ke keychain ke. tak tahu la. tanya ustazahnya, ustazah pun tak tahu nak cakap macam mana dia kena. okay takpe. abang sepupu dia pun pernah berjahit masa main-main after class. yang sorang lagi pun sama jugak. cedera. agaknya kalau tak cedera tak sah la bebudak ni. ngeee...







my foot: at least dia nak start nak berkawan dengan orang. tapi masalahnya bila sekolah cuti seminggu. alahai... mesti buat perangai sama pagi ni!


29 January 2012

Kenapa Aku Jadi Blogger?


klik banner

kenapa aku jadi blogger? sebabnya... eh, suka hati aku la nak jadi apa pun kan?! sebenarnya, tahun 2007 aku tertarik dengan blog kawan aku ni. simple tapi macam beri aku satu idea. masa tu aku kerja mengadap PC je. mengedit dan buat caption untuk gambar-gambar. stress jugak sebab aku bukan boleh duduk statik macam tu je daripada pukul 8 sampai 5.30. memang rasa nak baring-baring dah kat ofis. bila ada blog boleh la curah-curah rasa hati sikit.

walaupun blog lama tu aku dah delete. tapi sebab utama tu tak pernah berubah. aku berblog untuk aku simpan apa je yang aku rasa, terlintas dalam kepala dan jugak perkembangan anak-anak daripada semasa ke semasa. sebabnya, blog ni dah macam diari yang rakam segala apa yang aku mahukan. tu je la sebab kenapa aku jadi blogger. ada istilah syok sendiri? blog ni aku yang punya. ada aku kesah? muahaha...


Kopiko Cappuccino yang sedap.



sedap gulagula ni. berbanding kopiko biasa, aku lagi suka yang ni sebab ada bahagian susu kat atas dan kopi di bawahnya. Kak Long dengan Kak Ngah pun suka yang ni jugak. dia orang panggil kopiko ayah sebab my BIL kalau nk pergi cuci buah pinggang, mesti bawak gula-gula ni sebagai bekal. 

semalam encik suami pergi carik gula-gula ni kat Giant dengan Tesco. tapi dapat murah kat Kip Mart. beli untuk dibawa ke kilang. anak-anak buah dia suka gula-gula ni berbanding gula-gula lain. kopiko cappuccino ni lagi orang suka tapi susah sikit nak dapatkannya. huhuhu...







my foot: kena beli stok sebalang. dok mengadap blog boleh la makan-makan. cuma jangan terlebih makan sudah. ngeee...


STUDYING!!!







my foot: terbaik!!!

28 January 2012

Bila budak-budak bergaduh!


taken from FB









my foot: betul kan? kejap je budak-budak ni bergaduh pun. kejap cakap jangan kawan dengan orang ni la dengan orang tu la. alih-alih tengok molek ada je main sesama dia orang. kalau orang dewasa? jangan haraplah.


Pokok Kelapa aka Coconut Tree.







my foot: ada apa dengan pokok kelapa ni? saja je tepek pic. kalau dah balik Johor and if I miss this place at least boleh tengok pokok kelapa ni.


27 January 2012

Makanan Kegemaran Rasulullah SAW.




1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.




my foot: sesuatu yang patut kita amalkan juga.


Alhamdulillah. Demam tanpa ada yang meragam.


sekolah bercuti seminggu. nasib baik jugak sebab Kak Long demam hari Isnin. mula-mula selesema. daripada datangnya selesema aku pun tak tahu. mungkin dia terlebih main tengah panas kot. tak pun sibuk sangat ikut sepupu-sepupunya main apa entah. 

dia mintak izin nak main kat luar. biasanya aku tak bagi. tapi bila fikir-fikir dia tengah nak membesar dan explore everything, aku biarkan jugak dia main kat luar. cuma pesan jangan main kotor dan jangan main pasir. tapi ada masa tak dengar jugak. malam tu Kak Long demam. mujur jugak dia tidur je. bagi makan ubat, letak kain basah atas kepala dan dia tidur tanpa meragam.

Kak Ngah pun sama. berjangkit daripada Kak Long. bila Kak Long baik demam, Kak Ngah ambik alih. cuma Kak Ngah dia mengadu sakit kaki. bisa-bisa pad kakinya. macam aku biasa kena kalau demam. okay, ada jugak perangai ibu. selebihnya dia tidur. cuma bila batuk, dia akan muntah. dan itu perkara biasa jugak kalau dia orang selesema, batuk dan demam.

tapi dia orang ni ada persamaan. pagi esoknya pulak, bila tengok sepupu-sepupu dia orang main kat luar, dia orang nak ikut jugak. ayat yang Kak Long guna: "Kak Long janji, Kak Long tak demam dah!" aik... boleh main janji-janji ke nak demam dengan tak. kalau Kak Ngah: "Kak Ngah tak demam dah." boleh request-request gitu. hahaha... perangai budak-budak ni. tapi aku bagi jugak dia orang keluar sebab cuaca kat sini windy dan mendung.

alhamdulillah jugak. masing-masing demam sehari je. cuma selesema dengan batuk je la yang tinggal. dan sekarang Azfar pun kena selesema jugak. selagi sebilik, tidur sekatil dan sebantal... memang akan berjangkit-jangkit la tiga beradik ni. huhuhu... tapi yang paling tak bestnya, abang sepupu dia orang kena chicken pox. berjangkit dengan my BIL. adoiii... pening!!!








my foot: at least bila anakanak ni main kat luar, minda dia orang berkembang sikit daripada duduk dalam rumah terperap depan tv. huh! lagi sakit mata tengok.


26 January 2012

Bila ada anak, macam inilah gaya tidurnya.








my foot: hahaha... ada betulnya kan? bila anak-anak dah conquer tempat tidur, parents pening kepala nak tidur kat mana. tapi usually, kita ikut position anak kan? berkuasa sungguh gaya tidur dia orang ni.



taken from FB

Budak kecil yang comel.

semalam bawak Azfar timbang. beratnya dah cecah 8.3kg. nurse yang dok uruskan dia pun bising kata sedapnya peha dia. okay... peha tu reserve untuk saya je ye. hehehe... dan Azfar pulak masa nak tanggalkan baju segala dok sibuk nak makan brooch aku. alahai... terseksa jiwa raga raja. memang tak boleh nak melawa dengan mamat kecik ni. nak makan je broochnya.

sepatutnya jugak aku bawak Kak Ngah untuk timbang sama. tapi aku tersalah ambik kad. aku bawak kad Kak Long. tension la jugak kejap. tapi tak apa. bulan 3 ni kita pergi sekali harung je. Kak Long dengan Azfar pun kena timbang bulan 3 ni.

Azfar pun dah banyak perkataan baru yang keluar daripada mulut dia. sangat advance berbanding Kak Long. mulut laju macam Kak Long. tapi dia ni up sikit. kalau hari tu dia mengejutkan my BIL dengan panggil 'Ayah' (lepas dua tiga kali, dia dah tak sebut lagi dah), lepas tu dengan my dad dia sebut 'tatih' (still sebut) dan sekarang ni dia tambah satu lagi vocab 'Tak Tahu'. tapi yang disebutnya cuma 'au' je. comel-comel. Kak Long perkataan pertama dia 'Abah'. okay... Azfar pun sama sebenarnya. 

'Ibu' kita boleh dengar lepas usia dia orang setahun lebih ye. abah tu memang akan kerap kedengaran la walaupun bukan abah yang selalu ada dengan dia orang pun (alahai... jeles la pulak! muahahah...). jom la layan pics budak kecik ni.

operasi bermula.

okay, boleh ke tak ni?

tak dapat makanan, baby walker pun boleh la.

bila letak mainan, makan mainan pulak. ngeee...







my foot: entri bukan untuk menunjuk-nunjuk tentang apa Azfar boleh buat. cuma catatan perkembangan dia dari semasa ke semasa. untuk bacaan dia jugak bila dia besar nanti. anak-anak ni ada kelebihan dia orang yang tersendiri kan?


Takut isteri eh?!






my foot: okay... orang rumah sudah marah. macam-macam dialog boleh buat melalui gambar yang sekeping ni kan?


sumber: FB

25 January 2012

Buku teks dan cuti sekolah seminggu.

kat sini semua orang still dalam mood cuti. especially budak-budak sekolah la sebab sekolah bercuti seminggu. lama kan? budak sekolah rendah dan menengah akan ganti hari khamis dan jumaat pada hari sabtu. sekolah Kak Long, tak kot. sebabdalam surat yang ustazahnya bagi, tak ada pulak bagitahu cuti dua hari tu cuti berganti. lagi pulak budak seusia dia nak ganti sekolah pun buat apa kan? hehehe...

hari jumaat lepas, masa aku ambik dia daripada sekolahnya tu... aku nampak dia pegang beg plastik. dalam hati kata takkan la dah ada kerja sekolah kot. rupa-rupanya ustazah bagi buku teks untuk parents sampul dan pulangkan semula on monday. buku tu tak dibawak balik. tinggal kat sekolah je. kalau bawak balik, lain pulak kejadiannya.

ini la buku teks Kak Long yang dah aku sampul dua daripadanya.

empat buah buku teks.

kualiti kertas terbaik.

yang ini siri 1.

siri ke-2.

siri ke-3.








my foot: Kak Long sangat teruja bila dapat buku teks. hari-hari nak belek buku teksnya tu. aku pesan pada dia, kat sekolah rajin-rajin la belajar.

Serina Redzuan selamat lahirkan Isabella Saffiya.



baca di wall fan page Chef Wan yang mengumumkan perihal anaknya Serina dah selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.3kg hasil perkongsian hidup dengan Gavin O' Luanaigh. sekarang ni Serina dah ada sepasang cahayamata la. 

anak kedua Serina ni diberi nama Isabella Safiyya. comel dan putih gebu je anaknya tu. menurut Chef Wan jugak, Isabella ni lagi besar daripada anak sulung Serina, Tristan. dan lagi putih jugak.

memang comel kan si Isabella ni?!






my foot: keadaan kesihatan aku tak berapa bagus la. anak-anak pun sama. huhuhu...


24 January 2012

I like the view.

photo taken from FB





my foot: setiap sesuatu yang Allah jadikan di atas dunia memang cantik dan indah. terutama view waktu pagi ka malam ke. alam ciptaan Allah ni memang cantik kan?



"Contest Back To Black : Cover Ur Modesty"



nak join contest dari Khumaera Ismail.
hadiah menarik, contest pun menarik jugak.
me dulu selalu je pakai black.
cuma sekarang ni je la ada warna-warni sikit dalam kehidupan.
hahaha...

ni fotonya:


baju yang me pakai ni jubah pemberian my MIL. dia ke Mekah last year buat umrah. balik daripada sana dapat la sehelai untuk menantunya ni. dan my SIL memang berkenan dengan jubah ni tapi sayangnya dah dapat kat saya. hahaha... kesian dia. dan tudung ni pulak pemberian daripada encik suami. masa ke Johor tahun lepas, terlupa bawak tudung lebih. jadik dia bawak ke butik tudung untuk ganti tudung yang terlupa bawak tu. tudung beli kat butik tudung di Johor. jubah beli kat Mekah. tapi jubah ni still tak boleh nak pakai sebab me ada anak kecik. dia nak menyusu susah. kena tunggu dia besar baru la boleh pakai. huhuhu... tak apalah. tapi jubah ni cantik dan selesa dan sejuk je pakai. eh, promote jubah pulak dah!

moh le kita meriahkan contest daripada



rugi tak join.
hadiahnya? boleh tengok kat blog Maera.
siap ada mystery gift lagi. siapa yang bertuah?
orang yang join dan menang la. hahaha...

okay, tarikh masih panjang. tapi jangan sampai terlajak sebab tarikh tutupnya jatuh pada 1 Februari 2012.



23 January 2012

Ayah, hantu tu wujud ke?



Kisah Seorang Anak Dan Bapa:


Anak: Ayah, adakah hantu itu wujud?

Ayah: Tak! Hantu tak pernah wujud.

Anak: Tapi orang gaji kita cakap hantu itu wujud.

Ayah: Anak, kemas semua barangan kamu!

Anak: Kenapa ayah?

Ayah: Sebab kita tak ada orang gaji. 






my foot: muahaha... takut jugak ayah ek?!


Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign