Fresh from the owner...

24 December 2012

Tiba-tiba demam pulak.

nak ambik pic dengan burung ni kena bayar RM5 tahu.


ingat nak buat entri ni hari jumaat or sabtu. tak pun ahad. tapi budak-budak ni demam bergilir-gilir pulak. on dan off. berjangkit daripada abah dia orang la siapa lagi. hari khamis lepas, kami sefamily including SIL dengan mom-in-law dia ke zoo. my SIL la nak bawak sanagt sebab dia off dua hari. husben dia kerja. jadi dia bosan. tu yang dia called nak ajak jalan-jalan tu. dia datang rumah pun dah nak tengahari. ke zoo time panas. salah satu sebab budak-budak ni demam, panas kot.

mom-in-law SIL ni aku panggil 'mak'. dia pun bahasakan diri dia nenek dengan anak-anak aku. kebetulan dia duduk dengan SIL dan anak dia yang bongsu (dua beradik je pun), jadinya bila si anak menantu kerja, dia sorang-sorang kat rumah. anak sulung dia kerja kat arab saudi. cucu pun tak selalu datang melawat. sepasang cucunya. dia kata dia pun menumpang kasih dengan cucu orang lain. hahaha... tak apalah mak. saya pun tumpang kasih dengan mak jugak selain daripada MIL.

malam tu tidur kat rumah mak sebab Alya dah tunjuk tanda nak demam. lagipun SIL aku la yang ajak tidur sana. boleh jalan-jalan kononnya. tapi dengan Alya yang demam, tak ada maknalah berjalan-jalan kan? just beli barang-barang makanan untuk budak-budak bertiga tu including aiskrim ubat sakit tekak dia orang. SIL aku tu doc. jadinya bila budak-budak ni demam, doc dah ada kat rumah. hehehe... dia la yang checked bebudak ni. checked kat rumah je pun. tapi yang buat aku pening dengan SIL aku ni, dia suka menyakat dan mengusik. sekarang dia jaga wad kanak-kanak. aku rasa trauma budak-budak kat situ dapat doktor macam dia. muahaha...

kalau tengok biras aku aka husben my SIL, kerjanya 24 jam senyum je. adehhh... penat aku tengok dia senyum. anak-anak aku kunci pintu sliding tak bagi dia masuk pun dia senyum je. macam mana tu? aku cakap dengan husben, orang yang senyum je ni la bahaya kalau dia marah. tak tahu macam mana situasinya kan sebab memanjang je senyum. orang dah biasa marah ni kita tahu dah tahap kemarahan dia macam mana.


pic daripada FB my SIL. senyum je kan?


aku tak berinternet sangat dekat rumah mak. line celcom kat sana sangat teruk. aku on guna broadband macam hampeh. seksa nak bolehkan line tu ada. kalau ada pun satu bar je. mana cukup. cuma boleh bw tanpa komen la kan. dua hari jugak kat rumah mak. mak memang suka sebab ada cucu dia nak layan. apa cucu nak dia nak bagi. budak-budak ni pun suka jugak la. sabtu baru balik rumah. husben aku kan apply cuti. makanya balik rumah memang tak sempat nak buat apa-apa. dah budak-budak ni demam. abahnya pun sama jugak tak sihat. nak mengemas macam mana. adoiii la...

budak-budak ni baru je okay demam tapi dah demam semula kan? memang pun. abah dia orang dah cakap. rapat-rapat sangat nanti demam. aku nak buat macam mana lagi. budak-budak ni bukan boleh dihalang. kalau dia nak abah, abah jugaklah kena bagi. huhuhu... dan setakat hari ni Azfar dengan Anis dah okay sikit. Alya belum. hopefully dia orang ni okay-okay je la. insyaAllah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. comelnya SIL awak..orang banyak senyum ni awet muda.. :D

    ReplyDelete
  2. moga anak2 cepat sembuh k...:-)
    Zoo negara erk? Kite selalu g zoo tepeng jer...:-)

    ReplyDelete
  3. Cantiknya burung kakak tua tu..
    ala..ksiannya demam...semoga mereka cpt sembuh... skrg musim org sakit kan.. take care ya :D

    ReplyDelete
  4. selamat pengantin baru utk mereka...
    la sianyer anak2 akak xsihat lg ker..moga cpt baik yer

    ReplyDelete
  5. ada doktor di rumah senang la nak tengok2kan budak2 tu...sekarang ni, nak jalan mana pun ramai orang...tu yg cepat berjangkit sakit tu agaknya

    ReplyDelete
  6. seronok pi zoo .. at least ada juga xtvt dik .. ;)

    ReplyDelete
  7. Kesian. Cuaca tak elok skrg.. Moga masa ni dah sembuh mereka tu. Eloklah senyum je... saya suka mcm tu.. ;)

    ReplyDelete
  8. budak2 ni mmg mudah berjangkit sbb antibodi tak kuat..semoga cpt sembuh

    ReplyDelete
  9. Get well soon smua2 nya. Anak2 kita pun baru pulih. Paling siksa dgr Arrizqi batuk. Kecik lg kn... Auni Adli pantang soh mkn ubt. Dh tggu dpn pintu peti. Mkn ubt camtu ja.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign