Fresh from the owner...

04 December 2012

Tekak ada mata ikan.

rasanya baru la boleh rehatkan badan sekejap sementara Azfar ni tidur. sejak dah pandai cakap ni macam-macam yang dia tak nak. kain basah atas kepala tak nak letak. nak bawak mandi pun menangis bagai. tidur pun ada meragam sikit la. tapi time demam ni je la. semalam tidurnya atas pangku sambil duduk. dia tak nak baring. tak selesa kot. layankan saja la. dan awal pagi tadi jugak bawak dia mandi pukul 1 dengan 2. sebabnya the temperature was very high. 

aku dah lap-lap dnegan air badan dan kepala dia. tapi still tak cukup. dia dah start menyentak-nyentak dalam tidur. sampai dia terkejut sebab sentakkan tu kuat sangat. dah jadi macam tu better bawak mandi je la. at least temperature dia turun la sekejap. boleh la rehat-rehat dalam tempoh tu kan? SIL aku yang kerja doc tu pun suruh kerap mandikan. katanya biar la dia nangis, bawak je mandi. itu la yang aku buat. sebab dia dah da kes kena sawan masa demam, lebih baik ambik langkah berjaga-jaga.

kali ni demam dia berlarutan. daripada pagi ahad tu membawa ke malam dan pagi ni. kalau sebelum ni demam dia on off. jadinya bawak la dia ke klinik tadi. doc check kata kat tekak ada mata ikan. sebab badan panas sangat la jadik macam tu. ubat untuk tekak dan demam pun dapatlah. antibiotik pun dapat jugak. doc spare SUPP in case demam panas sangat insert je kat bontot. kat klinik tadi pun masuk ubat bontot jugak. temperature dia 38.2. balik beli barang dengan bola untuk dia, bagi makan aiskrim. itukan ubat paling baik untuk tonsil.

dan setakat dia tidur ni dah berpeluh sikit badannya. Azfar kalau nak demam boleh detect. badan dia tak berpeluh langsung. dia memang ikut husben kalau demam. kaki tangan sejuk macam ais. dan aku pulak boleh la buat kerja lain jugak walaupun mata mengantuk bukan main lagi. kalau tak, rumah macam tongkang pecah. mamat kecik ni nak berdukung je. hilang je aku sikit, dia akan tanya abah dia: "Mana Ibu?" Azfar dah banyak mulut. dah banyak perkataan yang dia belajar sekarang. 

harapnya jugak aku boleh blogwalking kejap lagi. dah banyak komen tak terbalas ni. huhuhu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. lasiannya kt azfar..akak azfar ada sawan juga ker.kalu demam jer jd ataupun xdemam pu jd..moga azfar cpt sembuh yer

    ReplyDelete
  2. mesti sakit kalau kat tekak ada mata ikan..cian dia..semoga cepat sembuh ya

    ReplyDelete
  3. kat tekak? mmg seksa la. sy pernah kene, kat pangkal tekak. mmg nk sujud pon sakit. nk telan makanan lagi la. sampai kurang makan. tkleh makan apa pon.

    ReplyDelete
  4. alahai ciannya azfar.. memang x lena tido kak klu anak2 demam nih.. get well soon ye azfar syg.. auntie doakan dr kejauhan.. :)

    ReplyDelete
  5. tekak ada mata ikan??.. maksudnya apa tu kak... mata ikan yg betoi2 tu ke ada or just nama panggilan je?..

    a'aa saya pun kalau alisha demam sblm ni, kerap mandikan dia

    ReplyDelete
  6. akak, iklan xda, nanti sy sggah lgi yer

    ReplyDelete
  7. semoga azfar cepat sembuh ye...js selalu lap anak2 time demam dgn air asam jawa..mmg cepat hilang panasnya...

    ReplyDelete
  8. semoga anak akak cepat sembuh..

    ReplyDelete
  9. tekak ada mata ikan????
    beb amik mata ikan tu wat masak lemak beb, sedap ooooooo
    wakkakakakakkaka peace beb!
    senyum2 selalu!

    ReplyDelete
  10. kesiannya kat azfar.. mesti sakitkan kalau ala2 bj mata ikan... ice cream vanilla sangat membantu...

    ReplyDelete
  11. bukan ape tu...anank2 kalau demam dia renyah sket..macam2 la peel diakan..ikut kan je..:)

    ReplyDelete
  12. kesiannyeee. mesti sakit tekak die. teruk jugak tu demamnye.

    ReplyDelete
  13. tak dapat nak bayangkan kalo kena kat tekak...memg sakit...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign