Fresh from the owner...

20 December 2012

Susulan wordless semalam.


susulan pic ni semalam. memang sahih la kamu dan kamu tak dapat teka apa kan? tajuk pun entah apa-apa. hahaha... ni tak ada kes tanam benda tak hidup. alkisahnya husben aku ada beli buah mata kucing. dua tiga daripada bijinya dia campak ke sini. nanti-nanti tempat ni nak disimen. ada batang paip kat situ. yang mana masa aku mula-mula datang, bukan main bersemak-samun lagi. husben kata jaga-jaga sebab ada batang paip. tersilap cangkul, pecah tak ada air pulak nanti. nasib baik la aku cangkul tak kuat. kalau tak memang pecah. hehehe... itu bukan kisahnya.

bila husben kata biji buah mata kucing tu dah bertunas, aku tak perasan langsung. disebabkan nak buang rumput-rumput tu, aku ikut la satu petua ni. tuang air panas, dan rumput rampai tu akan mati sebab akar dia dah kena air panas kan. husben kata biji yang bertunas tu ada dekat dengan gate, aku pun bagitahu la yang aku dah simbah area tu dengan air panas. sebab nak matikan rumput rampai tu la. dia pun pergi tengok. dia cakap, alhamdulillah... hidup lagi. lepas ni jangan tuang air panas lagi la.

eh, petua tu tak berkesan ke? memang berkesan petua tu. tuang air panas, dua tiga hari dah boleh tengok rumput-rumput tu kekuningan. dan nak mati la tu. tapi husben kata, bukan hak kita nak simbah sesama makhluk dengan air panas. tu semua hak Allah. dia kata rumput-rumput tu sentiasa berzikir kepada Allah. tengah berzikir, tiba-tiba kena simbah dengan air panas. rumput-rumput tu akan tanya: "Api nerakakah?" kalau tak nak rumput-rumput tu tumbuh, cabut. tak pun guna racun. tapi jangan sesekali simbah dengan air panas. even semut api yang merah tu pun dia tak bagi tuangkan air panas. spray je dengan penyembur lipas ke apa ke.

okay... noted!!! lepas ni tak buat lagi. memang tak buat lagi pun dah. sekarang ni kalau ada bahagian yang tak terkena air panas tu tumbuh je rumput-rumput tu, aku cabut je. aisey... dah tersilap la tuang air panas. itu je kisahnya. (^_^) kesian pulak kat rumput-rumput tu. dan semalam jugak dapat tahu Kerry tak jadi nak set up pelantar kat laut. bosnya tak approved dia ke sana. hahaha... dia kena sambung projek dia kat sini. Ahad ni dia balik dan dengan itu, aku sefamily pun tak jadik jugak balik kampung. adehhh... kata husben: "Kita rancang lain tapi perancangan Allah tu lebih hebat lagi. Ada la sebab kenapa kita tak jadi balik kampung." 

okay jugak. menerima dengan hati terbuka. dan aku dengan husben memang gelak la bila dapat tahu Kerry tak jadi naik laut. sebabnya dia dah packing barang-barang dia bukan main banyak lagi dan bawak balik ke rumah MIL. pesan dia pada anak-anak buah dia yang bertiga ni, jumpa lagi tiga bulan. tapi dia ada cakap jugak entah-entah tak sampai sebulan. last-last bukan tak sampai sebulan, seminggu pun tak sampai. kesian Kerry. ngeee.. perancangan yang DIA dah tentukan kan?!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. kalau tercangkul skali batang paip tuh mesti tetibe jadi water fountain..hehe..kak sal, bgs la husband kak sal..falsya pun xterpikir smp gitu..

    ReplyDelete
  2. mmg tak pernah simbah ngan air panas...
    ya..perancangan Allah lebih baik dr kita,..tentu ada hikmahnya

    ReplyDelete
  3. hehehe...itu kisahnya...igtkan sebab tanam pokok x hidup...
    Wah pasnie xpyhla beli mata kucing kat luar lg kan.. Moga hidup subur pokok tu nnt :D

    ReplyDelete
  4. bestnya buah mata kucing..anak2 pun suka makan buah mata kucing ni..

    penah jugak dengar..jgn bunuh binatang dengan bakar..tapi tak pernah dengar pasal siram air panas kat rumput..hehehe..

    ReplyDelete
  5. aku sependapat ngan cik abang ko bab simbah2 air panas tuh, aku pun begitu tau!
    bahaya budak ni, suka men air panas nih, babap kang baru tau

    ReplyDelete
  6. baru tahu siram air panas boleh matikan rumput

    ReplyDelete
  7. kesian pulak kt rumput tu yer?

    ReplyDelete
  8. huhu..ada betulnya kata suami Salya tu..saya yg share petua tak terfikir pulak...xpela..kita guna cara lain nak matikan rumput tu ya..hehehe

    ReplyDelete
  9. kali pertama dgr petua tu dan kali pertama tahutak blh jirus air panas kat rumput.

    salu dok buang air atas rumput tu mcm mane? alaa.

    best kan rumah blh tanam2 ni.

    ReplyDelete
  10. As salam Kak Sal,

    Hehehe...tulah tu terkejut juga bila akak kata siram dgn air panas... Sebab mmg tak elok kan buat gitu... Lagi satu saya pernah baca somewhere... jgn siram toilet dgn air panas! Lubang jamban, tu tmpt jin so kenalah hormati...gitulah... Tak alih kan ke pokok mata kucing tu? Esok2 bolehlah merasa makan matakucing tanaman sendiri pulak :))

    ReplyDelete
  11. peringatan yg baik.. so far duk umah bertingkat nih memang x der la kena cabut rumput lalang bagai.. sok2 duk umah sndiri harus la kena buat.. betul la kak.. kiter hanya merancang, Allah yg tentukan.. hepi weekend kak.. :)

    ReplyDelete
  12. xpernah lg la wani simbah air panas..selalu rumput tu guna racun xpun cabut terus jer..apa pun peringatan yg baik ni kak supaya kita beringat selalu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign