Fresh from the owner...

12 December 2012

Sudah besar rupanya.

rasanya tak ada entri WW sebab telefon berkamera aku tak dihantar repair pun lagi. hari tu dah hantar. tapi problemnya bukan pada skrin sebab bila dia orang tukar skrin dah still tak ada apa-apa. katany pada box. nak repair pun dalam seratus lebih jugak la. dia orang kata baik beli baru je. aku bukanlah tak nak beli baru tapi tetap sayang pada telefon yang satu tu walaupun harganya murah tapi dah banyak sangat jasanya. ye la, nak buat macam mana kan kalau umurnya tak panjang dengan aku. cukup setahun je terus out. T_T

alhamdulillah... Alya dengan Anis dah selamat tak minum botol lagi dah. selama ni kan dia roang minum susu thru botol susu. aku malas nak paksa dia roang berhenti minum guna botol. takut nanti dia orang tak nak minum susu lagi. tapi anak-anak ni kalau kita psycho dia hari-hari, lama-lama dia termakan jugak cakap kita tu. asalnya pakcik dia la aka Kerry yang provoke jangan minum botol. malam tu okay je masingmasing mintak minum guna cawan. tapi esoknya nak botol pulak. aku pujuk-pujuk, jalan la jugak. tapi kalau dah meragam sangat nak botol, aku bagi je.

bila dah hari-hari cakap dah nak sekolah, nanti kawan-kawan tahu minum guna botol mesti malu... last-last dia orang sendiri yang willing untuk berhenti emnusu botol dan minum guna cawan. tapi tak banyak macam dia orang minum dalam botol la kan. tak apa la. at least tak berhenti minum susu. itu dah cukup baik pada aku. Alya la yang mula-mula berhenti minum dalam botol. dia siap suruh buang botolnya tu lagi. tapi aku simpan je dulu. mana tahu dibuatnya dia mengamuk nak botol tapi botolnya tak ada, mahunya tak pening kepala maknya ni. bila tengok dia okay je, maka dengan rasminya botol dia tu dibuang.

Anis pulak memang susah sikit nak pujuk dekat seminggu Alya buang botol baru la dia nak berhenti guna botol susu tu. siap nak tengok aku buang dalam tong sampah lagi. dia orang cakap dia orang dah besar. mana boleh minum botol algi. alahai... senangnya nak putuskan botol susu. sebelum ni ada jugak buat tapi bila Anis nak minum botol, Alya macam tertarik nak jugak. sudahnya memang tak dapat nak berhentikan. sekarng ni dia orang yang mintak berhenti guna botol. senang hati mak. tapinya kena bagi dia orang bancuh sendiri la. baru laju dia orang minum susu tu. kalau aku yang buat, dia orang banyak songeh.

dan paling senang aku rasa Azfar la. sebabnya dia tak minum botol sangat. kalau bagi ikut cawan pun okay je. kalau dapat minum thru botol pun dia tak minum baring. dia minum duduk. macam mana tu? puas suruh baring pun dia tak nak jugak. jadinya dia la paling senang nak uruskan. hehehe...

entri panjang tanpa gambar ye. sesekali kan? nanti dah ada telefon baru ayng ada kamera, tak pun lepas beli kamera boleh la letak pic banyakbanyak. ngeee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. bagus la azfar..senang je nak diuruskan..
    inipun nak kena ajar adam minum susu pakai cawan jugak,tp belum mahu lagi dia

    ReplyDelete
  2. best layan kerenah budak2 nih kan..hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..percubaan yg baik..
    tahniah buat anak2 akak ;D

    upload byk2 tau pic.. :D

    ReplyDelete
  4. hai, dh besar dah... bagus btl dh x nak minum botol... anak saya ntah bila la...

    ReplyDelete
  5. Heeeee...dah selamat melepasi satu fasa....

    ReplyDelete
  6. salam..

    kerenah anak-anak buat kita kalut kadang-kadang kan ;)

    ReplyDelete
  7. senang nak hentikan bila anak2 sendiri yang tak nak kan kak..

    bab botol ni xtahu la senang ke tak nak bagi ammar henti sebab dia nyusu baring

    ReplyDelete
  8. agak susah pada mulanya.. lama sikit ok la nanti...

    anak akak dulu masa balik kg akak cakap cik 'tikus' larikan botol dorang.. terus tak nak minum botol dah :)

    ReplyDelete
  9. entri ni terasa comel dgn nama2 anak dan botol2 mereka...

    ReplyDelete
  10. mmg susah nak ceraikan anak dengan botol..aiman smp umo 4taun lebih still pakai botol..klu susu msti nak botol..sbb dia suka baring masa nyusu..bila start benti belikan susu,terus tk minum botol lg..smp skang beli susu pun berbulan2 tak habis..dia mmg dh tak suka susu tepung..fresh milk suka plak

    ReplyDelete
  11. saya pun dok tgh pujuk mia behenti minum susu dr botol..

    ReplyDelete
  12. adik sedara falsya darjah 6 baru benti minum botol..hehehe

    ReplyDelete
  13. anak2 kalau psycho hari2 lama2 termakan juga kan :-)

    ReplyDelete
  14. anak munna lepas je berhenti minum susu botol terus takmo dah minum susu... puas pujuk tak nak juga....mungkin sebab awal sgt munna berhentikan dia minum susu pakai botol

    ReplyDelete
  15. jap je kan kak....pejam celik pejal celik dh besar pun...

    ReplyDelete
  16. bagus anak2 akak.. sng nk pisahkan botol.. aidil pun smpai skrg masih berbotol.. suh minum guna cawan pun dia x mo.. huhu..

    ReplyDelete
  17. Tu yg kena menuntut ilmu dgn akak ni. Jenuh psiko nk potty training. Asyik gagal ja.

    ReplyDelete
  18. anak2 akak ni senang2 belaka semuanya yer...Alhamdulillah :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign