Fresh from the owner...

25 December 2012

Shopping oh shopping!!!

nak update panjang-panjang pun malas. daripada semalam line sangat teruk. online dan connected tapi tetap tak connected jugak broadband ni. hah, macam mana tu?! pagi ni pun sama jugak. leceh la. mungkin sebab certain negeri dah banjir, makanya line pun jadi sengal jugak la. adehhh...

yuran sekolah anak-anak dah siap bayar. buku dah dapat. uniform pun sama. hari ni basuh. esok kalau cuaca cantik boleh la sidai kasi kering. dua pasang uniform sekolah dan free uniform sukan. itu termasuk dalam promosi dengan syarat bayar RM200 sebelum November berakhir. semua barang tu kita dapat lepas bayar penuh la. macam biasa. hehehe...

settle sekolah, pergi shopping barang-barang sekolah pulak. beg segala la.memusing cari kasut Anis. tak ada yang size kecik. ada pun tinggal yang display je. lagi leceh. nasib baik la pergi satu kedai tu dan dia suggest kasut jenis lain tapi kecik punya. brand pallas. aku pakai pallas pun masa form-form. sekolah rendah pakai bata je. anak-anak zaman sekarang punya kasut. boleh tahan.

cerita sikit je la dulu. line ni bila-bila je boleh putus sendiri. tension mak ni tau. sekarang ni dah musim tengkujuh. banyak tempat dah banjir. ayah aku called bagitahu kat Pekan dah start hujan je. memang first day sekolah dalam hujan la agaknya. apa pun, aku suka jugak musim tengkujuh. banyak kenangan. semua musim aku suka daa... eh, Malaysia banyak musim ke?! thihehehe...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. dh ujung2 tahun kan kak sal..tp tahun nie mcm teruk je smp ade umah yg xnmpk bumbung..

    ReplyDelete
  2. kesian sapa yang jadi mangsa banjir... x dpt la diorg nk sekolah...

    ReplyDelete
  3. negara lain 4 musim je.. malaysia ni ada macam2 musim..hehehe.. musim durian, musim hujan, musim bola.. hehehe..

    ReplyDelete
  4. tak shopping lg barang skolah anak...tak bnyk sbb tinggal sorang lg sek..yg lain dh hbis sek.tu citer lain plk hehe

    ReplyDelete
  5. a'ah kan sekolah dah dekat nk buka. msti mak ayah sibuk shppng barang sekolah je skngn ni.

    ReplyDelete
  6. persediaan sekolah aiman pun semua dh selesai..

    adk ipar di pekan pun risau dengan banjir katanya

    ReplyDelete
  7. Malaysia byk musim kak, musim perayaan, musim cuti sekolah, musim jualan murah. Sonok la anak2 dpt kasut, beg, bj, peralatan skolah baru...tingat kekecik dulu, now dh branak pinak. Hihiii.

    ReplyDelete
  8. anak belum sekolah ni,jadi hjh tahun mcm ni takde la bizi sgt saya ni..

    ReplyDelete
  9. seronok kan shopping brg anak2

    ReplyDelete
  10. wani xder lg pengalaman anak nk sekolah hehehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign