Fresh from the owner...

18 December 2012

Nak balik kampung.

line sangat lembab. nak BW pun susah. adeh... loading sikit punya la lama. awal-awal pagi tadi okay je. sekarang ni macam hampeh. Kerry dah balik untuk set up projek dia kat laut. katanya mungkin makan masa tiga bulan. tapi tak tentu jygak sebab projek tu mungkin boleh siap awal. makanya, kalau siap awal dia akan balik ke sini awal la. tapi kalau ikitkan, dia dipinjamkan kat Johor ni sampai tahun depan je. sampai bulan 6 kot tak silap aku.

husben pulak balik kerja awal hari ni. sebab penat. badan dah tak larat katanya. kalau ikutkan dia nak ambik EL tapi GA da kata tak elok ambik EL sekarang. effect banyak benda. jadi dia ambik cuti 24 dan 26 Disember ni. nak beli persiapan sekolah anak-anak yang berdua tu lagi. tudung nak kena cari memandangkan sekolah tak sediakan tudung. sama ada kuning atau maroon. tapi aku plan marron untuk dia pakai dengan uniform sekolah dan kuning kalau pakai baju sukan. dah survey tapi tak jumpa. masa aku balik kampung hari tu ada nampak tapi tak beli. kononnya nanti boleh cari.

disebabkan dia ambik cuti, husben ajak aku balik kampung. ingatkan hari tu nak tumpang Kerry je sebab dia kata nak balik hari Khamis. tapi bila tanya dia kata nak naik bas je. penat nak drive. tapi nak balik rabu malam. tiba-tiba semalam cakap kena balik on the spot sebab nak naik laut rabu kot. eh, kalau dia naik rabu siapa nak hantar wife dia ke airport?! huhuhu... so husben kata sabtu ni balik kampung la. nanti bila sekolah dah start susah lagi dah nak balik. sekarang ni time anak-anak tak sekolah okay je lagi balik. tambahan pulak sekarang ni kan ke musim cuti sekolah dengan musim buah. ayah aku dok tanay je bila nak balik. aisey...

since dia cuti lama dan nak balik pulak hari sabtu, aku suggest balik jugak la rumah MIL. dua hari kat sana dan dua hari lagi kat rumah ayah aku. tapi dia kata penat. rumah MIL jauh. eleh... kalau dia nak tu boleh aje.  tapi ye la... dia tak berapa nak sihat lagi. penat la nak jalan jauh-jauh kan. aku on je. nak balik boleh, tak balik pun boleh jugak. ikut dia la. nak aku drive pun boleh. tapi yang akan jadi masalah pada anak-anak la. pada Azfar sebab dia walau macam mana anak abah pun tetap nak aku jugak kalau dalam kereta. macam mana tu?

jadinya sepanajng minggu ni husben akan kerja jugak la. dia ada text aku semalam lepas dia sampai tempat kerja. katanya ada penunggang motorsikal eksiden. mayat polis dah tutup dengan suratkhabar. tak tahu eksiden dengan apa tapi highway Pasir Gudang memang selalu sangat eksiden. tambahan pulak petang semalam pun hujan. memang ajal maut tu di tangan Allah dan kita pun tak tahu bila ajal kita kan?! husben ada cakap yang dia adang-kadang rasa takut jugak. ye la... mana tahu pergi kerja dengan senyum tapi tiba-tiba aku dapat call sebaliknya. dia kata doakanlah yang terbaik untuk dia. in shaa Allah. doa tu sentiasa ada untuk dia dan keselamatannya.

kesimpulannya, hari sabtu ni aku mungkin balik kampung. yippeee... nak basuh baju dan nak bagi lappy ni rehat dulu. kejap lagi sambung BW. ngeee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. dok jb ye? betul tu, hway pasir gudang mmg slalu accident.. kadang2 kite careful, org lain pulak careless.. yg mampu kite buat, berdoa semoga semuanya selamat.. insya Allah, Allah akan meindungi kite..amin..

    -simply moi-

    ReplyDelete
  2. Balik kampung memang best!

    ReplyDelete
  3. line lembap mmg tensen kak oiii hikss

    wah nk blk kg best tu eheee

    ReplyDelete
  4. sementara anak2 cuti sekolah ni, nak jalan ke mana pun ok lagi..bila dah start sekolah, duduk je la di rumah

    ReplyDelete
  5. hepi holiday sal..moga selamat sampai ke destinasi...

    ReplyDelete
  6. nak balik kg?..wah best sangat tuu

    ReplyDelete
  7. atuk nenek mmg sentiasa tanya bila nak balik kan... rindu dkt cucu2 la tu kot... sama mcm parent sy gak.. hihii

    ReplyDelete
  8. betul la kak highway pasir gudang tuh selalu ader eksiden.. dulu2 hubby penah keje kt psr gudang naik moto.. hari2 dia cakap rasa takut.. tapi tawakkal la.. skrg dh keje kat PTP walaupun bwk moto tp x serisau masa lalu highway pasir gudang tuh.. aritu akak ader tanya kt fb hubby sy keje kt port PTPkan.. sori x smpt nak reply.. ekceli hubby keje kat salah satu kilang kt PTP nun.. bukan betul2 keje ngan PTP.. hubby akak keje ngan PTP yer..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign