Fresh from the owner...

30 December 2012

Kayu mana yang ada keramat?


hehehe... sebenarnya nak bercerita pasal kayu keramat? apa benda pulak la kayu keramat ni? kat Terengganu fames la kayu keramat ni. kat Pahang pun sama sebab aku pun panggil kayu keramat jugak. ada yang panggil lempung kot kalau tak silap aku. 

kayu keramat yang tak berapa nak keramat.


ini hasil yang dah dua tiga kali buat. husben la kata nak makan kayu keramat. tapi kat sini tak ada. alahai... isteri jugak la yang kena gigih google untuk cari resepi kayu keramat yang agak-agak senang dan sedap. husben dah pernah buat sendiri sebelum. tak ada la dia buat sendiri pun. dia isikan bahan dan yang mengulinya tu aku la jugak. hahaha...

lepas tu dia tak ingat dah macam mana nak buat. aku la yang kena cari kan. dah dia nak makan tak sampai hati pulak tak tunaikan. makanya, lepas cari dan rasa macam senang dan okay je, bermulalah episod menguli kayu keramat. tak ada la susah sangat pun. tapi husben ada cakap nak kulitnya nipis macam kat kampung. adehhh... balik nanti tanya orang tu macam mana dia buat, boleh? (*_*)

Bahan-bahan:-

500g tepung
2 sudu besar marjerin/butter
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil mauripan
1/2 sudu kecil garam
5 sudu besar gula
300ml air suam
sedikit perisa pandan

Cara-cara:-
1. tepung, soda dengan marjerin kasi gaul dan sebatikan.
2. mauripan dengan garam disatukan dalam air suam. bagi kemabng kejap.
3. balance air suam tu bancuh la gula.
lepas tu uli la adunan. selang-selikan air mauripan dengan air gula. kalau lembik tambah tepung. begitulah sebaliknya.
4. uli la selama mana yang nak. agak-agak dah okay boleh rehatkan doh tu sejam. kasi dia kembang dan naik dulu. kadang-kadang aku tak tunggu pun sejam. hehehe...
5. buat la bentuk apa pun. janji boleh digoreng dan makan. goreng atas api sederhana. kuat sangat apinya rentung pulak kayu keramat tu.
6. dah tukar kaler golden brown, boleh la angkat.

sambal ikan bilis yang super pedas.


alhamdulillah... husben suka. anak-anak pun sama. cuma semalam, aku buat sos coklat. untuk budak-budak ni cicah. mak dengan abahnya makan cicah sambal ikan bilis. sedap tu. ada air kopi dan makan time hujan. memang heaven. alah... apa pun makanan time hujan ni memang sedap je semuanya kan?

kali ni buat kayu keramat dah tak ada sukat-sukat macam kali pertama dulu. hentam je ikut suka. especially tepung tu la. hahaha...




my foot: masih dalam misi membalas jejak. huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Tak pernah dgr kayu keramat ni ;) mcm kopok lekor :) yg penting sedap di makan :)

    ReplyDelete
  2. wahhh kuih ape nie ??
    x pernh dgr nie ...

    ReplyDelete
  3. Sedap nieh1YM sukaaa sgt!nyum2...:)

    ReplyDelete
  4. belum pernah rasa lagi. sedap ek?

    lama tak jenguk, cantiknya header!!!

    ReplyDelete
  5. 1st time dengar kayu keramat n i... sedap ke dear

    ReplyDelete
  6. laa kuih ker ingat kayu keramat apalah tadi...

    ReplyDelete
  7. tak tahu pun ada kuih nama kayu keramat.first time nie tgok..hehe

    ReplyDelete
  8. Salam.
    First time dgr nama n tengok rupa. Sedap eh?

    ReplyDelete
  9. ingat kayu betul td..kuih ropanya...pestime dgt ni hehe

    ReplyDelete
  10. mmg sedap kak... tp biasanya kitaorg kat trg mkn gitu je... xda cicah2... kalu nk cicah sgt pun, cicah dgn air... ;)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign