Fresh from the owner...

31 December 2012

Esok ada orientasi.


hari ni hari last untuk tahun 2012. dah setahun. dan setahun jugak dah berlalu. apa yang kita raih untuk tahun 2012? rasa macam sekejap je masa berlalu kan? Alya tahun ni sekolah Pasti. lepas tu pindah Johor. dah dua tiga bulan dah kat sini. masih dalam proses sesuaikan diri. jiran-jiran okay je la. jiran sebelah kiri la yang paling okay dengan aku kot. Ustazah sekolah menengah. dia pun ada cakap, kalau ada masalah dan dia ada kat rumah, call je la bagitahu. sebabnya dia akdang-kadang balik ke rumah dia yang satu lagi. dah 10 tahun dia duduk rumah lama tu sebelum beli rumah baru ni. kalau rumah lama tu atas nama husben dia. rumah baru ni atas nama dia. eh, cerita pasal jiran pulak!!!


esok, budak dua beradik ni akan ada orientasi. tadika je pun. tapi cikgu-cikgu nak dia orang kenal-kenal. tak ada la yang menjerit sakan pulak nanti. Anis nanti kira first time la. kalau Alya dah pernah sekolah, sekarang ni dia kena tengok-tengokkan adik dia tu. kalau sekelas senang. tapi kalau tak sekelas tu la payah sikit. tapi Anis ni jenis mudah berkawan dengan orang. insyaAllah... rasanya dia akan okay-okay je.

kalau sebelum ni kat PASTI kelas start pukul 8.30 pagi dan habis pukul 12.30 sebab Alya ada ambik Qiraati. kalau tak, balik pukul 11.30 pagi la. tapi tadika baru ni start kelas pukul 7.45 pagi. dah macam sekolah betul dah. dan balik pukul 11.40 pagi kot kalau tak silap. bekal kena bawak sendiri. so, kena cari menu untuk seminggu la lepas ni. senang nak bekalkan dia orang makan. Anis suka mee. hari-hari mee pun tak apa.

tadika dia orang berdekatan dengan sekolah rendah. mesti sibuk pagi-pagi kan? adehhh... dah la aku yang kena hantar. macam leceh je sikit. muahaha... actually ada van. cikgu pun dah tanya hari tu nak guna perkhidmatan van ke. tapi abahnya kata hantar sendiri la. kalau hantar dengan motor, boleh ambik jalan shortcut. tapi kalau dengan kereta kena pusing jauh sikit. tak ada la jauh sangat pun. saja je aku ni. (*_*)

kat taman ni banyak tadika. dekat-dekat je. yang kita orang nak pilih hari tu pun dekat dengan taman jugak tapi katanya dah penuh. dia orang sampai buat dua sesi. bila dapat pamplet tadika ni, rasa macam worth it je. ada komputer lagi. dia orang boleh belajar komputer jugak. apa-apa pun, tak sabar nak tengok dia orang mulakan persekolahan esok yang bermaksud... anak-anak aku yang dua orang ni dah besar rupanya. tinggal la Azfar tak ada teman. ada pun aku je la dengan abah dia. hmmm...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. Harap2 okay la Anis dengan pengalaman baru dia. Dah tak sekelas dgn Alya, kena la pandai2 dia bawak diri. Biasanya, anak2 okay je, tapi mak plak yg risau lebih2 bila anak nak masuk skolah. kawan2 saya ramai yang nervous lebih drpd anak. Heheh. Nanti saya pun mesti camtu kot.

    ReplyDelete
  2. dah mula nak sekolah dah..:)

    ReplyDelete
  3. semoaga alya dan anis bersemangat sekolah nanti...

    ReplyDelete
  4. bestnya orientasi.. masa ni la diorang nak biasakan diri ngan suasana baru kan..takpe la.. azfar teman ibu dia dulu.. hehe..

    ReplyDelete
  5. sekarang nih memg de orientasi kan..dulu time kite blaja xde pun

    ReplyDelete
  6. Cepat je kan masa berlalu.. Selamat thn baru buat Anis sekeluarga.. :D

    ReplyDelete
  7. tadika pn ada orintasi skang ni hihihi

    ReplyDelete
  8. kejap jer masa berlalu..walaupun nak masuk tadika..tp kita ibu apa sgt excited

    ReplyDelete
  9. semoga anis n alya dpt lalui orientasi dengan best..msti tak sabar tggu derang balik rumah bercerita

    ReplyDelete
  10. semogha bjalan dgn lancar ;)

    ReplyDelete
  11. ooo tadika pun ada orientasi yer..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign