Fresh from the owner...

12 December 2012

Cerita yang diulang-ulang.


empat cerita ni dah banyak kali ulang. kecuali S.A.M. yang itu baru tiga kali. sekali tak habis tengok. kali kedua habis dan kali ketiga abahnya tengok. Alya takut mula-mula tu tengok S.A.M. tengok waktu malam. dia akta cerita hantu walhal tak pun. S.A.M tu kan ada masalah mental. jadi dia nampak second-self dia. Alya tanya kenapa ada dua Sam? jenuh nak jawab. dia assumed hantu la yang Sam ori tu nampak. ada yang dah tengok S.A.M. boleh tahan la. cerita psycho thriller. tapi aku dah agak dah yang buat semua tu bukan orang lain tapi S.A.M tu jugak. cumanya tak tahu macma mana dia  buat la kan. ending pn aku tak tahu yang dua-dua akan mati. hehehe...


Budak Pailang pun dah banyak kali ulang. bosan dah aku menengoknya. cerita ni banyak scene yang tak elok untuk budak-budak kecik tapi Alya kan jenis suka bertanya kenapa itu dan kenapa ini. kena bagi jawapan la untuk setiap persoalan dia. Alya ni sifat ingin tahu dia tinggi. 10 kali ulang pun 10 kali jugak la dia tanya soalan bagai. Anis pun sama jugak. banyak scene gaduh-gaduh jugak. nak bagi budak-budak tengok kita kena tengok sekali.


Taikun ni pulak komedi gitu walaupun ada scene tumbuk-tumbuk dan gaduh-gaduh. kena sama-sama tengok dengan anak-anak. Alya suka la cerita ni. boleh ualng banyak kali. berebut nak tengok dengan Anis sebab makcik kecik sorang tu ada cerita pilihan dia sendiri. TaiKun ni pasal dua orang polis menyamar orang jahat bernama Tai dan Kun. macam mana dia orang benteras kes CD cetak rompak. tak ada la best sangat pun tai aku suka tengok aksi Miskun bergocoh dengan orang. cool je. adehhh... Alya kan jiwanya keras sikit. memang dia suka la tengok cerita-cerita macam ni. aksi-aksi gitu.


ini pun dah banyak kali jugak ulang. sampai tertidur depan laptop tengok. Anis la pilih cerita ni. aku dah peant tengok. tak tengok pun kadang-kadang tertengok jugak. dah tertayang depan mata. simple je ceritanya. tak ada la nak sesaksesak memikir jalan ceritanya tu. duration pun kejap je. kalau tertidur, sedar-sedar dah habis. hahaha... nak kata sedih sangat tu, tak ada la jugak. cuma time Lisa tu masak dan tanya Johan nak makan ke tak dan dengan bengangnya Johan tu pulak rasa lepas tu tanya: "Puas?" yang mana kemudiannya tunjuk Lisa tu makan sambil menangis aku rasa kalau tengah mood jiwang mahunya menangis sikit. ngeee... sikit je la.

apa pun, anak-anak aku ni tipa kali tengok tiap kali tu jugak la dia orang bertanya. tapi paling dia orang tak jemu-jemu tengok? Aji Noh Moto. sampai hafal dialog okay. bukan setakat anak-anak, mak pun dah sama hafal dia log. kadang-kdang cd terpasang tapi dia orang entah ke mana. kejap lagi duduk tengok. lepas tu sambung main. Aji Noh Moto la dia orang duduk je tengok. sebab kasih sayang Aji kat adik dia Si Noh tu yang buatkan anak-anak aku tertawan. hahaha...

bulan depan dah ada tv, tak ada maknanya la dia roang nak tengok sangat cd pun. eh, bulan depan tu tahun depan la kan? dah sekolah. jadi aktiviti pagi at sekolah. balik rumah buat homework dengan belajar mengaji. tengok tv pun malam-malam or petang. kalau dia roang tak keluar bermain depan rumah la kan. apa pun, itu cerita tahun depan ye. (^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. Bila dah sekolah, tengok tv pun tak boleh lama hehehe

    ReplyDelete
  2. falsya suke tgk aku terima nikahnye..byk kali pun xpe..heheh

    ReplyDelete
  3. hurmm akak x pernah tgk citer2 nie kecuali ATN tuu ..
    hurmm anak2 tgk juga , tapi tgk x banyak tanye cuma buat muke geli2 .. sbb banyak adengan suami isteri kan ekeke ...

    kalau kakak tuu siap cakap
    eh leh ke buat macam nie ibu ?? mereka kan bukan suami isteri ..

    ReplyDelete
  4. cerita kalau tgk byk kali mmg xbest..saya suka tgk paling banyak 2 kali jer

    ReplyDelete
  5. semua citer kat atas tuh sy lum tgk lagi.. lama x beli cd kekdahnya.. hehe..

    ReplyDelete
  6. yg lain semua tak tengok lagi kecuali aku terima nikahnya..

    ReplyDelete
  7. taikun jer xtgk lg yg lain dh tgk hehe

    ReplyDelete
  8. kalo tgk cerita sme byk kali nih memg bosan

    ReplyDelete
  9. yg tengok byk kali sampai dah tak bole nak gelak..hantu kak limah balik rumah la..yg lain2 ada la 1,3 kali je kut itupun sbb ad kat astro..hihi

    ReplyDelete
  10. Citer I Love You Papa sal tak beli? Sesuai utk anak2. Aku Terima Nikahnya tu saya tak habis tgk pun. Mcm over sgt nora danish dgn adi putra.

    ReplyDelete
  11. Banyak2 kat atas tu yg akak tertengok, Taikun..tu pun tak berapa fokus....

    ReplyDelete
  12. kdg2 mmg bosan.. asal time kita nk tengok je cerita yg sama di ulang

    ReplyDelete
  13. tiga2 cerita nie sy tak tgok lg..cerita melayu nie tgok sekali cukup..tgok dua kali mmg dah tak boleh masuk otak..:)

    ReplyDelete
  14. Kita baru tgk aku terima nikahnya. Simple ja citernya. Pailang pun dh tgk walau hakikatnya xsuka nk tgk. Taikun blm tgk lg.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign