Search This Blog

Loading...

Fresh from the owner...

Thursday, December 27, 2012

Bukan Macau aka Macao di China.


hahaha... susulan entri wordless semalam. ada yang bertanya adakah kami bercuti-cuti di Macau? seronok bercuti-cuti? sebenarnya kami berada di dalam negara je. berjalan-jalan kat zoo hari khamis sebab my SIL cuti. aku ada tulis pasal tu sebelum ni. entrinya di SINI.

Macau aka Macaw yang aku maksudkan adalah burung berwarna kuning biru tu. aku tahu nama dia Macau or Macaw pun lepas tengok cerita Go, Diego Go! bagus cerita kartun ni sebab dia kenalkan kita dengan haiwan yang kadang-kadang kita ingat burung kakak tua tapi sebenarnya nama dia lain. macam burung dua ekor ni la. besar. kami termissed session dengan burung-burung ni. tapi dia orang akan buka semula jam 2. takkan nak tunggu sedangkan masa tu pun dah pukul 1. panas. itu pun tak semua tempat kami pergi. husben kata nanti datang pagi sikit la.

 bayaran masuk untuk zoo ni pun murah je. RM2.20 kalau tak silap aku. budak-budak 2 tahun ke atas RM1 je. Azfar masuk kalau ikutkan free tapi SIL aku tak baca signboard kat depan dia tu terus je dia bayar. my friend kata ada gajah tapi time tu gajah dia orang hantar training. SIL aku la sibuk sangat nak tengok gajah. dan burung ni pulak, kami jumpa dia orang dengan trainers dia orang masa on the way nak balik. kami nak berjalan keluar dan dia orang nak bawak burung-burung ni mandi.

alang-alang tu ambik peluang untuk bergambar la. trainers dia la yang letak burung ni kat tangan. sebelum tu ada kain hitam alas untuk elak kuku burung tu cengkam lebih dalam. burung yang aku pegang ni nama dia BOB. aku dengar trainers dia panggil sebab yang pada aku ni dok berjalan-jalan je. trainers dia orang bagi makan kuaci. cantik burung ni. ada banyak jenis. ada yang kaler merah, kuning, biru. tapi dalam cage la yang tu. masa trainers tu tanya siapa nak pegang, aku panggillah husben aku sebab ingatkan dia nak bagi seekor je. SIL aku awal-awal lagi dah tolak. ceh, penakut!!! 

next time pergi boleh bergambar dengan haiwan lain pulak. meraikan anak-anak. dia orang seronok, kami as  parents pun tumpang seronok jugak.

original photo. yang atas tu aku dah edit. hehehe...






my foot: tak sempat nak balas jejak sangat sebab line dah sibuk dengan budak-budak ni nak sekolah plus abah dengan anak-anak pun dalam proses recovery. lepas ni insyaAllah... blas jejak kamu dan kamu. sayang kamu dan kamu juga ye!!!



15 comments:

Nurul Atiqah said...

Bestnya bercuti :)

By the way, akak ditag :)
http://rawkkstylo.blogspot.com/2012/12/fivers-hijabis-giveaway-by-mv.html

Masya said...

lah ingatkan pg macau td hihihihi....

Rai Ourkizuna said...

cantik warna burung ni..biru kuning.. rasanya pernah tengok kat zoo melaka dulu..tapi tak pernah pegang..ngeri..takut dia patuk mata.. hahaha..

Ratu Hatiku said...

hehehe... inshaa Allah smpai juga nnt kat MACAU tu kan..

LydSunshine said...

Burung tu nama spesisnya Macaw? Atau nama yang org beri? Ceh, banyak tanya la saya ni. Ingatkan itu Parrot.

qemaishak said...

jinak je macau tu ye:)

mama aryan said...

seronok juga berjalan2 tengok haiwan kan

syiela said...

hehehhe macaw ni ye... baru teringat go diego go.. bagus kan kartun ni tuk anak2.. dora pun sama

elly nadyra said...

Amboi sukanya dpt bergambar ngan burung!
Gila murah bayaran masuk, zoo johor ke?

LYAfrina said...

hihi,..igtkan btul2 ke China,..

نورعيم said...

hahaha ingat akak pi macau betul3.

Puan Kutu said...

seronoknya..setakat burung sy berani je.sy cuma fobia dengan ular je.haha

Mimie said...

bikin suspen jak akak nih...hehehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

kih2 akak ni ingat macau betul2 td

IntaNBerliaN said...

cantiklah burung tu..

eh, murahnya harga tiket dia./..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...