Fresh from the owner...

02 December 2012

Bola yang bulat.


memang ramai yang tengok bola malam ni kan? lepas Malaysia kalah dengan Singapore first game tu semua orang tunggu mampu ke tidak Malaysia ni mara ke semi final. aku macam biasa tak ada la tengok bola pun. tadi ada jugak tengok live streaming. lepas tu macam bosan je terus tidur. muahaha...

tapi biasanya kalau perlawanan tu husben nak sangat tengok (tapi sebab kerja tak boleh nak tengok kat kedai mamak tapi still boleh tengok kat smartphone sebab kat tempat kerja ada wifi), makanya dia akan update kat aku walaupun aku tak kisah langsung. ngeee...

apa pun, tahniah buat Harimau Malaya sebab mara ke semi final mengalahkan Garuda 2-0. bola bulat yang sebiji itu jugaklah yang dikejar orang kan? bola sebiji je tapi yang kejarnya berapa orang? 22 kan? awek pun tak ada yang kejar sampai 22 orang macam tu kan? hehehe...

peetang tadi layan Istanbul Aku Datang. tapi aku tengok pun bukan daripada mula. tengok dah half cerita. tengok CD je pun. nanti nak tengok daripada mula. lepas tu ulanag tayang The Chronicles of Narnia. aku suka cerita-cerita macam ni. cerita mengarut yang ada magic-magic gitu. seronok sesekali layan kan?

esok nak ajak husben pergi kedai bakery la. nak cari non-diary whipping cream. nak jugak buat durian crepe. hari tu cari dah tapi jumpa non-halal punya. dah tak ada tanda halal kira non-halal la kan. nak try tengok kat kedai bakery la. husben kata nak makan benda pelik-pelik. mana ada pelik. aku cakap benda tu fames amos sekarang. dia kata ye ke? alahai... husben aku.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. tu la kak.... berjaya jugak mlysia kan

    ReplyDelete
  2. harimau malaya boleh..kite tgk game lepas ni pula..harapharap menang lagi...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign