Fresh from the owner...

05 December 2012

Bila anak demam, mood pun melayang.

itu hakikat. tapi cuba jugak untuk taip sepatah dua kata untuk jadikan entri. iya la tu. sepatah dua la sangat kan? semalam Azfar macam dah okay sikit kan bila balik daripada klinik. itu kesan daripada ubat yang masuk kat bontot. sebenarnya aku tak berapa berkenan sekarang nak bagi ubat bontot tu walaupun doc suggest. sebab aku tahu ubat tu akan bertahan sekejap. nanti panas baannya naik semula. sebelum ni aku guna ubat tu la. dan aku perhatikan bila ia demam, masuk ubat kat bontot, reda sekejap demam tu, nantinya panas tu datang semula.

memang dia okay la semalam. tapi dia aktif demam pun. bila panas badan dia hilang, dia berpeluh. tapi berpeluh sejuk. badan dia pun sejuk je. aku memang dah musykil. memang tak pernah lagi la jadi macam semalam tu. sampai ke tidur malam pun badannya tetap sejuk walaupun berpeluh. aku dah agak yang panas badan dia akan datang semula. cuma tak tahu bila. aku tidur lewat sikit semalam pun sebab nak pantau keadaan si Azfar ni la. pukul 12 pun still macam tu. masuk je pukul 2, kepala dia dah rasa macam dedar-dedar gitu. dan membawa ke pagi panasnya datang semula. sampai saat aku taip entri ni, dia still demam. lepas bawak mandi tadi, menggigil-gigil dia kesejukkan. sekarang tengah tidur dan kepala serta badan dah panas semula.

ubat dah makan. Ya Allah... kalau sebelum ni berperang nak bagi ubat. tapi tadi dia makan tak ada tumpah setitis pun. dia makan sendiri. aku tukang picit syringe tu je. dia yang pegang. sebelum ni ada jugak aku suruh dia makan sendiri. tapi dia tak nak. tadi, abahnya yang tanya nak makan sendiri ke? terus dia ambik dan makan sendiri. alahai... kalau aku tahu senang macam ni, semalam lagi dah aku bagi dia makan ubat tu. tak ada la kes berperang bagai. ini petanda dia dah besar. walaupun demam, alhamdulillah... pagi tadi dia makan nasi goreng banyak jugak. lega aku tengok dia nak makan. kalau tak susah hati la sebab dia nak mengombeng je kerjanya.

memang anak demam buat parents susah hati kan? kita tak tahu apa dia rasa. tambahan pulak Azfar ni ada kes dua kali masuk wad sebab demam je. adehhh... kalau siang dia demam okay lagi sebab abah dia ada. kalau malam? alahai... aku dengan anak-anak je. mujur jugak la aku ada jiran yang prihatin. incase jadik apa-apa dan dia ada kat rumah boleh la aku mintak tolong dengan dia. dia pun dah cakap, apa-apa hal call je la.

sebab tu jugak mood nak BW agak merudum la. ada je yang aku jengah tapi tak ada komen. semalam nak komen dua tiga blog tapi sudahnya tertidur. bila tengok kat kotak komen, entah apa-apa aku taip. muahaha... lagi satu dok berebut dengan budak berdua tu laptop ni. dia rang nak tegnok cd. makanya, mak ni pun beralah la. okay... dia roang bukan ank tengok seklai je. tapi cd yang sama dia orang boleh tengok sampai 3-4 kali sehari. lepas habis, ulang semula. sampai dialog pun aku dah hafal. terutama Aji Noh Motor tu.

maaf pada kamu dan kamu yang aku tak balas jejak dan terima kasih pada yang sudi follow. in shaa Allah, bila keadaan dah terkawal, aku akan ke teratak kamu jugak nanti. sayang kamu dan kamu dan terima kasih jugak sebab doakan kesihatan Azfar.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. sabar dear.. kalau anak demam kita pun sama naik dengan risaunya dengan tak bolah lena..rumahtangga lagi..

    ReplyDelete
  2. aa, saya pun masa adik demam stress jugak sb dok sorang time tu, nk layan si abang lagi...

    ReplyDelete
  3. Alahai...tak baik lagi ke Azfar? Memang kan..lagi2 kalau dia asyik merengek je...mama tak boleh buat apa

    ReplyDelete
  4. As salam wbt Kak Sal,

    Harap akak baca ye komen saya ni! Tahniah hubby saya pilih akak as juara! Nnt check inbox di FB ye...thank you...

    Moga Azfar cepat sembuh! Syafakallah... Sedih & susah hati kalau anak tak sihat ni... alahai..

    ReplyDelete
  5. semoga anak2 cepat sembuh ye Sal..

    lama tak jengah sini..

    ReplyDelete
  6. moge baik baik aje. anak yg demam ni kene pantau selalu. skrg byk penyakit.

    ReplyDelete
  7. betul3...kalo ank dmam memg kite ilang moog

    ReplyDelete
  8. a'aa bila ank xsihat, mood nak ngadap blog mmg merundum..

    ReplyDelete
  9. a'a kak betoi anak2 xsihat ni nk buat apa pun xsenang kan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign