Fresh from the owner...

06 December 2012

Azfar dah semakin okay.



dalam proses nak tidurkan Azfar. setakat petang semalam dan hari ni keadaan dia dah bertambah baik. SIL aku yang kerja dockat HSA kata bagi ubat untuk tiga hari lagi. even demam dah kebah pun bagi jugak. dia cakap susah sangat bawak je Azfar ke HSA. cakap Azfar kurang minum air. boleh masuk wad. hahaha... dia jaga wad kanak-kanak, memang la dia suka anak saudara dia masuk wad. boleh dia datang main 24 jam time kerja. adehhh...

cumanya semalam time nak tidur dan time tengah tidur tu dia meragam lebih sikit. sebelum tu elok je dia main-main dengan kakak-kakak dia. tiba-tiba dia datang kat aku sambil pandang ke dapur cakap "Hantu!  Hantu! Akut (takut)!" alahai... dalam proses dia nak baik demam ni mungkin ada gangguan sikit la kot. kakak-kakaknya pulak bukan main galak lagi time tu. maghrib pulak. aku pulak baru je nak berangkat untuk solat maghrib. ada je budak-budak ni. dah la husben pernah bukak cerita bila aku cakap jiran nombor dua belah kanan tu rumah dia asalnya ada 'penghuni' lain, husben pun kata apa nak hairan. even kat belakang rumah kita ni pun ada orang pernah cakap ada Cik Lang. huhuhu... benda tu makhluk Allah jugak. buat apa nak takut. kat mana-mana pun dia ada.

dah tu time nak tidur pun mengamuk bukan main lagi. pukul 12 lagi sekali mengamuk. terkejut la sebab aku pun dah tertidur time tu. sekali lagi pukul 2. baru berkira-kira nak call husben tapi tak jadi la. lepas 10 minit dia tidur semula. alhamdulillah, lepas kurang sikit panas badannya, dia terus main macam biasa. memanjat, melompat, duduk atas perut abah dia. kalau tak, jangan harap la semua tu ada. 24 jam dengan ibu je la kecuali time-time terpaksa tinggal. pantang tak nampak mesti tanya abah dia mana ibu. 

bila badan dia dah tak panas, berpeluh dan sejuk... aku rasa demam dia dah makin okay kot. tak macam hari balik daripada klinik lepasmasuk ubat bontot. sejuk dingin badan dia. dalam hati aku ni memang rasa tak sedap je. rasa macam demam dia tu akan datang semula. bila mak punya instinct macam tu, biasanya betul la. semalam tak rasa apa-apa. rasa tenang je. memang dalam hati tak ada rasa or terlintas pun "Demam abang ni nanti." dan alhamdulillah... memang dia tak demam. sebab tu aku elak bagi ubat bontot walaupun suhu dia cecah 39 sekalipun. sekarang ni la. sebab aku tahu kesannya cuma sementara. masa belum ahu tu memang bagi ubat bontot sebab doc suggest kan. sekarang ni bagi bawak mandi je kaalu dah panas sangat. biar demam tu secara semulajadi baik. tak ada la hati maknya ni risau je.

terima kasih pada yang mendoakan ye... mata mengantuk gila. macam 4 hari tak tidur. semalam tidur kejap-kejap je. hari sebelum tu pun tak tidur mana jugak. biasa la kan kalau anak-anak sakit. dan aku rasa makin lama aku taip ni boleh jadik entri merapu-rapu la. huarrrghhh...





my foot: nanti story apa rezeki yang aku dapat. nanti nak pergi hantar repair itu handphone la. macam mana nak capture moment anak-anak yang kreatip ni? baru tadi dia orang buat kami parents dia orang tersenyum dengan sesuatu yang diluar jangkauan. tak ada kamera. tak ada la picnya. (^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. alhamdulillah azfar dh ok

    ReplyDelete
  2. smoga sihat hendaknya...

    ReplyDelete
  3. musim demam kan kak, moga azfar cepat2 sihat:)

    ReplyDelete
  4. aduhh risau juga bila dgr cerita sal .. hurmm harap2 asfar semakin ok ..
    budak2 kalau kalah demam mereka berlarutan .. antibody masing2 x sama kan ..

    ReplyDelete
  5. Kesian dia..
    Tgk dia lena gitu tersentuh hati kak..
    Moga bertambah sihat syg.. ;)
    Sorry lama Ina x sggh sini..
    Line tenet opis baru ok skit.. :D

    ReplyDelete
  6. alahai..anak2 nampak ler tuu..seram gak....ehe...mg telefon cepat sembuh..nak tgk gambar mereka tuu

    ReplyDelete
  7. adeh, dia 'nampak' plak.. mau kita pun x cuak..hehe..

    azfar, cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dah baik...budak2 kan senang nampak benda2 halus...huhuhu...aish...xsabar nak dengar berita baik tu...

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah..Tentunya hati seorang ibu akan kelegaan..(✿◠‿◠)

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah dah makin sihat

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah dh makin sihat..lega sikit dgr :-)

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.. syukur ya Allah.. moga anak2 kita terus diberi kesihatan yang baik

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign