Fresh from the owner...

20 November 2012

UPSR oh UPSR!!!

semalam result UPSR keluar. walaupun anak buah aku yang kat sini keputusannya tidaklah cemerlang, tapi masih boleh dibanggakan sebab tak ada C ataupun D. ada A dan B je. kurang penghayatan berbanding si abang.  tapi tak apa. sekurang-kurangnya dia dah berusaha. belum ada yang pecah rekod si abang sulung dapat 5A dalam UPSR. tengok adiknya pulak sebab adiknya ada potensi. dan anak buah sebelah husben masih mengekalkan momentum yang sama. cemerlang dengan keputusan 5A seperti yang dah diduga. alhamdulillah. rezeki masing-masing. yang sebelah husben mintak teknik sementara dua orang belah aku ni mintak masuk sekolah agama. ketiga-tiga mereka ni perempuan. tunggu anak buah aku yang seorang lagi untuk tahu result PMRnya dan BIL aku untuk result SPMnya.

semalam cuma sempat untuk satu entri je sebab kabel TNB area rumah ayah aku ni terbakar. jadinya dia orang layan tengok Running Man sampai habis bateri netbook. aku layan mata. hahaha... tapi ada part yang aku tengok jugak. boleh tahan Running Man ni ye. patutlah ada yang addicted. Malaysia tak ada pulak buat rancangan macam ni. sesekali kreatifkan minda apa salahnya kan? ni tak, asyik realiti show je. penat jugak tengok. adehhh...

ari ni pulak sibuk sikit. my sis baak husben dia ke HTAA. ada appointment. jadinya aku la yang kena msak. masak awal la sebab nak bawak Azfar cucuk setahun 6 bulan. lepas ni dah tak ada cucuk lagi dah. dan dia sangatlah aktif sepanjang kat KKIA. adoiii... aku tak kejar dia. penat. just perhatikan je apa yang dia buat. kebetulan masa aku datang (memang aku sengaja datang awal pun) memang tak ramai orang. tak ada la cepat urusannya. nurses ramai. tapi ramai yang dok bergossip je. tak ada mood nak sund-sound. suka hati kamulah nak buat apa pun. as long as Azfar siap, dah cukup okay. itupun kalau ikutkan aku cuma tumpang je kat sini. patutnya buat kat Johor. tapi dah kebetulan aku balik sini, cucuk kat sini je la.

dan cucuk ni bergantung atas budak jugak. ada yang demam dan ada yang tidak. kalau ikutkan cucuk ni demam. Azfar lepas cucuk je terus melompat sana sini. even sekarang ni pun dok pulun main dengan abang saudara dia kat luar. kalau kat Johor kena kurung je kan. kat rumah ayah aku ni bebas je dia nak main pun. harapnya tak demam la. tadi dah bagi makan ubat demam tapi sikit je masuk. Azfar kan susah nak makan ubat. hohoho... kalau ikutkn kakak-kakaknya tak demam masa cucuk last ni. memang harap sangat dia sama macam si kakak-kakaknya tu. in shaa Allah.





my foot: pesal makin banyak balas jejak makin banyak komen masuk. adehhh... entah bila nak settle entah. T_T  terima kasih pada yang sudi datang komen dan sudi tunggu aku ke teratak kamu dan kamu. lap u all la.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. xpe...utk baikkan demam gak...

    ReplyDelete
  2. haha kita sama kak balas komen xhabis2 lg ni...

    p/s:wan dh sms akak add dpt x?

    ReplyDelete
  3. huhu. usaha lebih sikit. nnt makin bertambah komen tu. :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah.. upsr cuma first step.. bukan penentu kejayaan kemudian hari..insya allah usaha lagi untuk berjaya..

    wahh..bagusnya azfar..jangan demam ya.. take care..

    ReplyDelete
  5. itulah cara nak kekalkan org membaca blog kita...

    tahniah utk anak buah...tak sabar nak tunggu turn anak sendiri ambil exam...hehehe..

    ReplyDelete
  6. anak sedara saya syukur alhamdulillah.. result ok

    ReplyDelete
  7. azfar balasdendam lah sbb dh xkene kurung.. hihi

    ReplyDelete
  8. takpe slow 2balas jejak.sy pun kekadang lmbt jugak.mana smpt jer..

    baguslah klu tak demam lepas cucuk.lgpun azfar kan kuat!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign