Fresh from the owner...

14 November 2012

Telefon baru saya.



nak bercerita tentang wordless tadi. ini handphone baru aku ye. tak ada canggih-canggih. sangat simple. cukup untuk sms dengan call je. ada game tapi sejenis je gamenya. tak apa la. bukan aku nak main game sangat pun. harga pun murah-murah je. tak cecah seratus pun. tapi yang penting, boleh guna. tak kira la dalam apa jua masa dan ketika pun.

al-kisahnya, handphone aku yang canggih sikit daripada handphone ni dah rosak. bukan la totally lost. cumanya skrinnya kot rosak. aku pun tak sure sebab bila tekan-tekan still berbunyi cuma tak nampak apa. blank. itu la susahnya pakai touch screen. tapi tak apa. aku pun dah pesan dekat husben mintak bawa ke kedai dan tanyakan kos repair. sebab walaupun dia tak canggih mana, aku tetap sayang. dialah yang tolong capture sebarang pic walaupun cuma 1.3 megapixels je. yang baru ni tak ada kamera ye.

kejadian dia rosak pun berlaku masa hari rumah aku dipecah masuk tu. memang nak jadi cerita kan? kebetulan ada la telefon spare. tapi telefon tu pun sebenarnya tak berapa okay jugak. tapi boleh la guna untuk sementara. sebabnya telefon tu akan jadi bengong tanpa kita sangka. kena check selalu la. tapi ada telefon masa tu bersyukur sangat la. boleh called husben inform kejadian yang tak diingini tu. kalau tak, nak telefon macam mana dengan telefon sedia ada rosak skrinnya?

bila jadik macam tu, aku request handphone baru. hahaha... husben kata nak yang mahal kena tunggu dulu la. aku cakap, tak payah mahal-mahal. yang biasa-biasa pun boleh. yang penting boleh guna. kalau canggih sangat ni anak-anak lagi canggih daripada mak bapak pulak nanti. itu pun Alya dah request telefon yang ala-ala nak rosak tu nanti bagi kat dia. baru 4 tahun dah pandai nak telefon. tapi yang ada keypad ni dia tak pandai guna berbanding touchscreen tu. 

aku pun tak kisah sangat. ada yang canggih, guna. ada yang biasa-biasa pun guna jugak. cuma kualiti gambar handphone 'sakit' ni tak berapa nak comel berbanding handphone yang 'koma' tu. sama je megapixelsnya tapi yang 'koma' tu lagi okay la aku rasa. nanti nak request kamera la memandangkan aku tak ada kamera lagi. huhuhu... banyak moment tak boleh nak capture sebab kamera tak ada kan? aisey... miss my handphone la. jasamu kukenang. kena hantar repair cepat-cepat ni. adehhh...

walaupun handphone ni 'sakit', dia dah berkhidmat dengan aku pun dah lama. seusia Alya. lebih dua tiga hari daripada Alya je. dah lama jugak kan? ada orang dua tahun sekali tukar handphone. ada tu, gajet baru keluar je terus tukar. asal mampu tak apa. jangan sebab nak bergaya, bergadai semua benda sebab kawan husben begitulah. rela ikat perut asal sentiasa up-to-date dengan gajet baru. biar anak bini makan nasi dengan kicap asal dia bergaya kaya. adehhh... yang itu aku lihat sendiri. kat rumah pun ada stok maggi je. memang tak ada makanan lain. hmmm...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. JNji boleh call in call out, bersms sudah kan kak sal..;)

    ReplyDelete
  2. As salam Kak Salya,

    Marya baru sempat nak BW arini... Rumah akak dipecah masuk? Innalillah... maaf kak baru tahu :(

    Sabar ye dgn dugaan ALLAH ni...

    Comel hp tu, kalau tahun 2004 dulu kira dah canggih banget dah gini kan... samalah dgn saya xde kamera rasa mcm xlengkap lak hidup lg2 org mm kita ni kan...blogger lah kununnyeeee...hehehe...

    Kat sini pun saya tak pakai hp canggih sebab takde keperluan & bahaya! takpelah org nak kata saya tak up-to date etc. yg penting kita tahu siapa diri kita kan :)

    ReplyDelete
  3. teringin nak beli tab, tapi tak de duit...huhuhu

    ReplyDelete
  4. HP lama yg berkhidma sayang nak buang atau simpan...

    ReplyDelete
  5. janji boleh call dan sms..yg lain hanya kehendak saja...

    ReplyDelete
  6. Awak pun sama mcm saya. Perkembangan gajets tak membuatkan saya rasa nak mengejar teknologi utk tukar2 gajet selalu. Pakai je apa yg ada.

    ReplyDelete
  7. okla tu sis handset baru.asalkan boleh buat call dan sms.ada canggih2 pun kalau tak pandai guna,rugi jgk.huhu~

    ReplyDelete
  8. anak2 sekarang lagi advance Sal, semuanya nak yang ada android..nak main game je huhu

    ReplyDelete
  9. la pula..sian anak bini dia kan..
    kok ye biar la seimbang ..haisshhh

    ReplyDelete
  10. takpelah janji boleh call dan smsm pun dah kira ok.... hp munna pun rosak skrin pecah tapi still boleh guna.... bila tanya kos repair lebih mahal mahal benor baik beli yg baru je

    ReplyDelete
  11. janji leh call, receive call dan sms,apa ada hal!

    ReplyDelete
  12. nanti dapat lah hp yg canggih dari ni. heheee

    ReplyDelete
  13. Kak zefa pakai nokia yg ada lampu suluh tu.. hehe..

    ReplyDelete
  14. betul tu kak.. asal leh kol n sms dh ok dh.. setuju ngan akak..

    ReplyDelete
  15. janji leh call n sms..btul tak?

    ReplyDelete
  16. janji blh call n sms...kalau nak ikut trend hp canggih jenuh la....semua tu bukan keperluan dh jd kehendak kan :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign