Fresh from the owner...

26 November 2012

Sudah sampai ke Johor.

plannya ada lagi seminggu kat kampung kan? tapi semalam husben balik ambik. adehh... bawak balik pulak durian untuk perjalanan jauh. anak-anak yang duduk belakang la kesian. Alya cakap sakit perut. Anis muntah dua kali sepanjang perjalanan. bukak tingkap kejap sebelum aku duduk belakang jaga dia orang bertiga. memang kesian tapi husben la lupa nak beli roti letak dekat durian tu. roti kan serap bau durian.

sebab apa balik awal? asalnya husben kata nak ambik hari sabtu tu jugak tapinya dia dah penat sangat dan tertidur. malam tu nak kerja pulak. dia ambik half day dan bertolak awal pagi balik ke kampung. semalam kiranya misi mengemas bagai la. hahaha... SIL kata dekat husben bukan tak ada kereta nak ambik. pergi la ambik bawak la siapa-siapa jadi second driver. dia dah dengar macam tu tak sedap la pulak. makanya, dengan itu dia balik ambik aku dengan anak-anak.

tambahan pulak MIL dengan family SIL tu nak ke Singapore. ke Universal Studio la. sponsored ye. jadinya dia orang nak tidur kat rumah. tapi sebab husben kerja malam tu tak ada orang pulak nak entertain dia orang semua. Kerry pulak balik ke Terengganu malam semalam. ada kursus. tak bawak balik kereta sebab kereta dia rosak. macam-macam hal la. dengan itu, aku sebagai tuan rumah la terpaksa balik jugak dengan jayanya. (*_*) tak apa la. dia orang datang bukan selalu pun.

lepas habis majlis adik ipar aku tu (tak ada la habis betul pun. tapi husben nak masuk kerja malam kan. tapi bila balik rumah je dia cakap penat sangat. larat ke tidak dia nak kerja. aku cakap kalau tak nak pergi pun tak apa. itu cuma OT je. kalau kena bar daripada OT seminggu pun tak apa la. jaga diri sendiri tu yang paling penting. dia pun tak kerja la semalam. tidur dengan lenanya kat rumah. okay... peneangan yang panjang. hehehe...), semua ikut balik la termasuk BILs aku yang tiga orang tu lagi. memang bising la kat rumah.

anak-anak bila jumpa sepupu kembar dia orang memang tak hingat dunia mainnya. sampai kena paksa tidur. dah pukul 10 malam pun tak nak tidur lagi. pagi ni nak bertolak pukul 10 daripada JB. ada orang datang ambik untuk bawak masuk ke Singapore. meamng la kan... sesekali kaum kerabat datang ni memang havoc la. itu yang tak ada entri dan pulak baru ni la dapat menaip entrinya. anak-anak tidur sebab penat. aku pulak dah kemas rumah sikit-sikit tapi still berterabur. adehhh... tak apa, semuanya boleh dilakukan secara perlahan-lahan. ngeee...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. lainkali kalau nak bawak durian letak dalam polisterin box... selamat dari bau..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..dh selamat sampai

    ReplyDelete
  3. kesian anak2 smp termuntah.hikhik..

    ReplyDelete
  4. alahaiii peningnya kalau bawk balik doyan perjalanan jauh... dulu s ms kecik2, balik dr perak ke trg... berapa kali muntah.. pening bau doyan.. hihi

    ReplyDelete
  5. kesian kt alya n anis eh....a'a kak xper kemas pelan2 umah tu hihihi

    ReplyDelete
  6. anak2 kalau balik kg mmg lupa dunia kejap.. mama pun sma :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign