Fresh from the owner...

07 November 2012

Report pada sarjan yang poyo.

nak sambung cerita pasal kes pecah masuk rumah aku tu la. ada jugak yang tanya apa ada dalam beg biru yang hilang tu ye? dah ada aku cerita sebelum ni. tapi tak apa la. aku cerita lagi sekali. dalam tu ada laptop acer aspire, ada external hardisk dengan discs. katanya banyak barang kerja dalam laptop tu. tapi dah hilang kan? nak buat macam mana pun lagi. polis pun cakap tak boleh nak track finger prints sebab ramai dah sentuh tempat-tempat tu including kawan kerry yang hilang beg tu. macam mana dia orang buka tingkap tu? tak pasti tapi menurut jiran tertangga, sliding window tu memang senang nak buka. especially pada yang dah mahir selok-belok menyamun ni.

husben buat report kat balai berdekatan sebelum kena hantar ke balai yang jauh sikit sebab kat situ ada seorang sarjan yang incharge untuk kes-kes macam ni. dia mintak bawak isteri sebab aku yang tengok masa tu kan. jadi aku ke sana la dengan kadar yang agak-agak segera. tapi dah sampai sana kena menunggu. lama gila. sebelum aku tu ada seorang masuk. setengah jam lebih dok kena soal siasat. kes dia pun rumah kena pecah masuk tapi husben dia sempat sedar. bila yang itu dah keluar, ada seorang perempuan ni cakap dia nak masuk kejap. nak ambik IC dia yang tertinggal.

assuming ambik IC sangat sekejap kan? tapi entah dia buat report baru kot sampai setengah jam pulak menunggu. menipu kami la tu. konon-konon nak ambik IC tapi nak tukar report agaknya. bengang jugak la sebab dia datang kemudian. dah la lepas kami tu ada orang lain nak buat report kilang kena pecah masuk. dah settle dan perempuan tu keluar, sarjan tu pun keluar jugak buang puntung rokok. dah la bilik dia aircond. merokok der dalam tu. aku malas nak berbunyi sebab dah sangat penat dan boleh dengar suara Azfar kat luar nak ibu. daripada pukul 11 lebih, pukul 1 baru aku masuk dalam tu. dia banyak tanya husben berbanding aku.

masa husben cakap dengan sarjan tu dia nak buat report, sarjan tu tanya pasal apa. husben jawab la: "Rumah  kena pecah." sarjan tu pandang husben: "Habis semua dinding dengan atap kena pecah?" macam tercengang jugak la sekejap sebelum husben jawab: "Kena pecah masuk dengan orang." dan sarjan tu kata: "Ooo... cakap la kena pecah masuk." muka dia memang ter... la. adoiii... orang lepas kami yang kilang dia kena pecah masuk tu lagi la kesian. memang kena terbaik punya la. mesti dia tension sebab dah tiga kali dah dia buat report kilang kena pecah masuk. tapi kali ni kena dengan orang lain. kena sedas dua la jawabnya. muahaha...

dengan husben aku tak tahu dia tanya apa. sebab dia panggil one by one. time aku tu, soalan biasa-biasa la jugak. tapi sarjan tu memang poyo la. dia tanya basically pasal cincin aku yang hilang tu la. dah berapa lama pakai. soalan dia: "Cincin nikah ke?" aku jawab la: "Iye." dia tanya lagi: "Kenapa tak pakai cincin tu?" eh, kena pakai setiap masa ke? aku cuma cakap aku pakai bawak jalan-jalan je. tak ada la 24 jam nak pakai cincin. tak sesuai. katanya lagi: "Kalau cincin nikah hilang maknanya suami pun akan hilang la kan." vengong betul la. tahyul sarjan ni. "Eh. tak adalah." sambil angkat bahu dia cakap: "Tak ada ye?" 

yang menjadikan lama soal siasat tu, dia construct soalan at the same time dia nak tanya jawapan kita dengan nak taip jawapan. dah contruct tu dia dok fikir betul ke tidak soalan ni. itu yang lama sebenarnya. dah tu dia tanya tingkap jenis apa? aku jawab simple la: "Sliding." dah tu dengan vengong sekali lagi dia cakap: "Ooo... you want to speak English? So all the report will be in English." adehhh... sarjan ni. rasa macam nak lepuk muka dia pun ada. aku tak ingat la sliding tu bahasa melayunya apa. dah terbiasa sliding. ada ke orang cakap tingkap dengan pintu rumah jenis gelongsor? huhuhu... last-last tu dia cakap dia usahakan la sebab memang dia orang nak tangkap pejenayah tu tak kira agama, bangsa dengan umur. tapi kalau tak dapat, dia mintak maaf banyak-banyak.

 dia tanya jugak ada ke pegang tingkap laluan masuk penyamun tu. aku pun tak pasti. tapi rasanya macam tak pegang. tapi dia sempat cakap: "Kalau forensik datang ambik gambar cap jari, dan ada cap jari awak, kami terpaksa la tahan awak." eh... boleh pulak gitu?! buat kelakar la pulak sarjan ni. tapi dia okay cumanya kalau kena yang macam tak berapa berani nak bidas balik apa dia cakap, memang dia hentam baik punya. lastly dia suruh aku balik layan anak-anak dengan suami. nanti petang-petang dia datang. habis tu, dia ingat aku nak berkampung dekat balai tu ke mengadap muka dia. apa daaa...

sekian untuk hari ni. panjang kan entrinya. sabar je la.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. ki kikiki...lawak jugak polis tu ya..rasa2 dia pun dah letih ambik report org tu yg buat lawak ke derr tu..adoi laaa

    ReplyDelete
  2. klu sy pun tensen kena cam tu kak.. dh lh berjam2 kena tunggu.. klu x der anak kecik x pe la jugakkan..

    ReplyDelete
  3. dorang ni kdg2 layan tak layan je kita kan gerams!!

    ReplyDelete
  4. mmg payah nk komen lah klu tang2 ini1

    ReplyDelete
  5. hihii smpat lg dia melawak..

    ReplyDelete
  6. sangal sengal ini sarjan

    ReplyDelete
  7. mmg sengal ini sarjan.sekian terima kasih.haha

    ReplyDelete
  8. sebenarnya sarjan tu pun tensen gak... dia nak wat kelakar sebenarnya tu kak.. akekkeke

    ReplyDelete
  9. dia pun tensen, so nak share la tensen tu ngan ko, alahaiiiiiiii redha ajelah!

    ReplyDelete
  10. huh...sakit hatinyer...saya amat memahami sal...eee..geram saya baca citer sal...sal yang mengalami tentu lebih lagi kan..mmg poyo lah polis tu..

    ReplyDelete
  11. haha sarjan tu tensen gakk sbb tu dia pun wat la kelakar haha.....tu kena panggil sarjan sengal kihkihkih

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign