Fresh from the owner...

09 November 2012

Penyamun, penyamun tarbus!!!

tadi borak-borak dengan jiran kat bawah. kes Azfar nak main kat luar. layankan je la. kebetulan pulak sekarang ni pun Azfar main kat luar. tapi kat laman je la. si kakaknya yang dua orang tu dah ada member tak ingat lagi dah kat adik dia. aku bagi chance la malam ni keluar kejap. kebetulan pulak cuti sekolah dah start. jadik meriah je budak-budak ni keluar main-main. macam dah lepas bebas. orang tua pun sama jugak. ada yang dok sibuk main badminton. dah dua malam aku tengok dia orang ni main badminton.

jiran tu tanya aku (alahai... sedih sebab aku tak ingat nama dia. nanti kena tanya kakak ipar dia la apa namanya tu. kakak ipar dia baru betul jiran aku sebab selang sebuah rumah dah nampak rumah dia. kalau yang adik iparnya  berbuahbuah rumah baru nampak rumah dia) rumah kena pecah apa yang hilang. so story la semula apa yang hilang, macam mana boleh kena, penyamun tu masuk ikut mana dan keluarnya ikut mana. dia pun cakap la, sebelum rumah aku kena ada sebuah rumah berdekatan dengan rumah dia kena pecah masuk dulu. barang yang hilang dalam rumah tu termasuklah tab 3 biji kot dengan apa lagi satu entah. tapi barang yang sangat valuable la. lepas tu berdekatan dengan rumah aku ni hilang tv.

tapi rumah yang tabnya hialng tu lagi best. dia orang tidur kat ruang tamu tapi seorang pun tak sedar masa kejadian. yang rumah hilang tv tu esoknya dia nampak ada batu kat rumah dia. polis datang siasat pun cakap tak boleh nak buat apa. entah polis tu malas ke apa ke, tak tahulah. banyak sangat kes pun dia roang pening jugak nak handle. macam sarjan yang handle kes aku tu la. dah petang tu kena tengok kes samun. meamng tak cukup masa nak makan. tu yang dia jadi poyo jugak tu. alahai... penyamun ni pakai ilmu pukau la pulak. memang tak sedar la kan? tapi nak kata macam mana. benda yang jadi kita pun tak duga.

cuma kena ambil iktibar je la. nasib baik dia orang main area bawah je. kalau dah start naik kat atas memang bahaya. tambahan pulak kalau tak ada orang lelaki kat rumah. dia orang ni makin lama makin berani. dah la kebas harta orang. selamba je. buat macam harta mak bapak dia orang. adehhh... senang kerja penyamun. hidup kat duni bebas. tak apa la. menyamun la selagi mampu ye. dah kena tangkap esok baru tahu. eh, macam menggalakkan pulak aku ni. apa daaa...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. masih bebas lagi ke penyamun tarbusnya...? Sabar je la....

    ReplyDelete
  2. la mmg dangerous jugak la area umah sal...kalau js mmg x lelap nk tido...takut...

    ReplyDelete
  3. pukau2 ni takut je kan..
    su penah kena jd seriau sampai skrg

    ReplyDelete
  4. done celcom, digi n colgate

    ReplyDelete
  5. bahaya betoi taman akak ni.. berani dorg curi kan.. yela, byk umah plak tu dorg msk..

    akak kene lbh hati2 lg pasni..

    ReplyDelete
  6. bengang je kann kalo rumah kena samun.., UUUHhh

    ReplyDelete
  7. aduh..seriau saya ..risau laa..harap semuanya okey ya sal

    ReplyDelete
  8. penyamun sekarang ni mmg tak kira apa dah.membunuh pun sanggup.mintak2 la dijauhkan.Ameen..:)

    ReplyDelete
  9. risau n tkt pulak kak..harap semua ok yer kak..akak kena hati2 lebih la lepas ni

    ReplyDelete
  10. bahaya jugak area rumah akak....takut lak sy...

    ReplyDelete
  11. risau kan dengan penyamun ni... jgn sampai fobia ye... take care!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign