Fresh from the owner...

05 November 2012

Musibah yang tidak terduga.

hari ni hati rasa sangat sedih. rasa macam nak balik kampung je. selalunya macam tu la. dari dulu sampai sekarang aku rasa tak berubah sikap aku yang tu. asal ada problem je nak balik kampung. sampai husben kata: "Nak balik kampung buat apa lagi? Dah duduk rumah sendiri pun kan?" aisey... kepala sakit pulak. aku rasa benda ni takkan hilang dalam waktu yang singkat.

apa kesnya? rumah aku ni kena pecah masuk dek orang seawal pagi tadi. itu pun aku sedar pukul 7 pagi masa nak start masak. hari ni mood baik. jadinya nak masak awal sikit la. sekali tu... turun bawah je tengok pintu dapur dengan tingkap sliding terbuka sepanel. sliding window dapur tiga panel. dalam hati dok kata semalam tutup dan kunci semuanya. macam mana pulak boleh terbukak? tapi aku assumed angin la yang tolak pintu dapur tu. cuma sliding window la macam tak munasabah sebab terbuka luas. petang tu time hujan memang aku tutup. aku ingat sangat aku kunci kedua-duanya tu. tempias. jadinya kena tutup la. tambahan pulak malam tadi aku perap ayam untuk masak ayam goreng berempah. jadinya lama sikit la kat dapur.

memang aku yakin sangat la aku tutup. tak terduga la pulak ada orang pecah masuk sebab rumah aku ni letaknya kat tengah-tengah. ada orang kiri kanan depan dan belakang. tapi dah nak jadi kan? ada orang pun tetap orang masuk jugak. tambahan pulak aku dengan anak-anak je semalam. husben kerja malam. Kerry tak balik. pintu bilik aku kunci. dah dua malam aku kunci. sebab rasa macam tak sedap hati je kan. dan semalam jugak hujan. nak kata aku tidur tak sedar, tak jugak rasanya sebab anak-anak kerap bangun semalam. cuma tak dengar sebarang bunyi or sebab aku kat tingkat atas jadinya memang terhalang bunyi dek hujan yang turun.

barang yang hilang? beg galas kaler biru kawan pada Kerry yang punya. dalam tu ada laptop, ada external hardisk dengan discs apa entah. dua bentuk cincin yang aku sedar hilang sebelum pergi report. itu nanti aku cerita. cincin tunang dan cincin kawin. adehhh... petang ni baru aku called my sis bagitahu. belum bersedia la nak bagi tahu awal-awal sebab aku tahu apa reaksinya. kalau ayah aku tahu lagi la. mesti dia suruh balik punya la. kadang-kadang ayah aku ni layan aku macam budak kecik je. hahaha...

aku a bit sedih sebab beg laptop tu Kerry letak dalam kereta. tapi bila aku nak bawak anak-anak, aku keluarkan sebab aku takut anak-anak main or pijak-pijak. tapi aku memang tak tahu apa isi dalam beg tu. aku letak atas sofa. lupa nak simpan semula dalam kereta. mungkin sebab aku tak terfikir pun yang aku akan kena macam ni kan. rasa bersalah la sebab aku yang keluarkan beg tu dari kereta dia. kalau kereta kena pecah sebab orang tu nak ambik laptop lain la ceritanya. tapi ni dalam rumah kan? kalau dalam kereta dia  mesti dia je yang rasa macam tu. aku tak ada la rasa bersalah gila. aiseyyy...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. ya ALLAH..nasib baik la time tuh akak kunci pintu bilik...alhamdulillah xde ape2 yg serious jd..hurmm, xpe la kak sal, mmg rase bersalah tuh ttp ade tp sape yg bpleh jangka ade org nak pecah masuk umah..yg penting akak n anak2 selamat..

    ReplyDelete
  2. Ya Allah...kene pecah rumah?..musim hujan ni pencuri start buat kerja...kene hati2

    ReplyDelete
  3. as salam

    Ya Allah kesiannya...betul la musim hujan ni org berani pecah masuk or merompak sebab org tak sedar lagi2 hujan ebat..syukurlah dia tak buat apa-apa..moga semuanya selamat lepas ni..take care

    ReplyDelete
  4. bersabar ye...moga mereka yg terlibat dapat diberkas... tentu ada hikmah yg tersembunyi disebalik musibah tu...

    ReplyDelete
  5. Ya allah...
    banyak2 bersabar ye.. apa yang penting semua selamat..

    tp mmg la ralat kalo brg2 penting org ambik kan..xpela.. maybe dia senang di dunia.. tp diakahirat pasti terima balasannya..

    ReplyDelete
  6. ya ALLAH.sabar yer kak

    ciksu penah alami nasib sebegini.dis 2007.hostel ciksu duduk kena pecah masuk.sib baik bilik ciksu kunci.baru lps kawin sebulan.
    gelang tgn kawin,subang,perfume,jaket, duit tunai saya hilang.

    member hp,cincin dan duit syiling.

    tapi itu saya rasa saya kena pukau. sbb sebelom nk tido itu saya mengantuk teramat sgt.

    walaupon dah lama tp sya still teringat2.sib baik pintu bilik saya kunci masa tu.saya tinggal bilik saya dengan barang2 tp saya tido bilik lg satu..huhu

    pergi report,polis dtg check last2 pegawai penyiasat tu boleh kata kat saya
    ` adik blk tgk dengan bomoh la sbb tak dapat nak kesan cap jari`..

    cam hampeh je.. ;(

    sabar yer kak.jgn rasa bersalah sgt.benda nk jadi

    ReplyDelete
  7. sabar ye... moga dorang dapat di berkas pihak berkuasa nanti

    **moga ada yg lebih baik menunggu di hati mendatang

    ReplyDelete
  8. ngerinya kan sekarang ni..dalam rumah sendiri pun belum tentu selamat..haihh...

    ReplyDelete
  9. Ya Allah kesiannya....akak sabar bebanyak yer...takkan berkat barang2 yang dorang curi tu....betul kata lya senang didunia diakhirat xkan terlepas

    ReplyDelete
  10. sabar ye kak.. baru baca entry akak nih.. InsyaAllah apa yg terjadi tuh ader hikmahnya.. harap lepas nih akak lebih berhati2..

    ReplyDelete
  11. Ya Allah...byk2 bersabar ye kak

    ReplyDelete
  12. sabar byk2 beb, syukur ko suami dan anak2 selamat

    ReplyDelete
  13. lepas ni kn bt grill dan pasang alarm laa...hadoi..mmg dah tak selamat dah kita nih..risau laa...nasib baik kunci pintu bilik

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign