Fresh from the owner...

13 November 2012

Kerongsang Intan Berlian.

snapped sendiri.


hadiah dah selamat sampai minggu lepas. tak sempat nak buat entri je. terima kasih ye Ina untuk kerongsang yang cantik ni. ada berlian dalam jaring-jaring separa bulat tu. Alya siap tanya kerongsang tu untuk dia ke? hehehe... boleh je kongsi-kongsi. ibu okay je. tak ada masalah. tak rasmikan pun lagi.

pic tak clear pulak masa ambik. al-maklum la, telefon yang selama ni berkhidmat dengan cemerlang dah rosak pulak skrinnya. adehhh... terpaksa la pakai telefon satu lagi yang hidup segan mati tak mahu tu. tapi alhamdulillah... bersyukur sangat sebab ada jugak telefon kan? cuma kadang-kadang kena tengok. line dia boleh hilang macam tu je. dah lama berkhidmat tu. eh, bercerita pasal handphone pulak!

copy daripada blog Intan Berlian.


nombor 8 tu la aku yang punya. aku dapat brooch cantik ini sebab aku salah seorang pengomen tegar di blog Intan Berlian. adehhh... pengomen tegarkah? padahal berlambak lagi jejak yang tak terbalas sebab kekangan daripada laptop ni. cepat panas. belum mampu der nak beli baru. ada yang ini pun alhamdulillah. apa pun, terima kasih sebab ada je cenderahati daripada kawan-kawan ni.

akak suka ye Ina. terima kasih atas pemberian ni. peluk cium untuk baby Aqilah yang comel tu ye!!





my foot: niat aku nak memberi ni entah bila la akan terlaksana. sedang berusaha ye!!! tungguuuuuu...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. salam sis
    Cantik gak.tapi tirana aduka tak sesuai pakai.hehehehe.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dah selamat sampai.. terima kasih jugak sbb akak suka dgn kerongsang tu :-)

    ReplyDelete
  3. wanita mmg suka menda-menda ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. tahniah sbb tegar mengomen kt blog ina tu.hehe

    ReplyDelete
  5. Wah..dapat hadiah...seronoknya

    ReplyDelete
  6. rezeki orang yang rajin..:)

    ReplyDelete
  7. untung la dpt hadiah. murah rezeki akak.

    sesuai la akak jd pengomen tegar. tiap entry msti ade nama akak :)

    sy tak terkejar pn entry akak ni. akak update hari2 kot T_T.

    ReplyDelete
  8. Tahniah sebab dapat hadiah..hehe

    ReplyDelete
  9. amboihhh. bersegi ssegi broochnye ye. dpt free ulak tu. :)

    ReplyDelete
  10. Lain dr yg lain la kak sal punye..cantik design..;)

    ReplyDelete
  11. hiihih..nampak ketegaran tuu..hiihi..nnt saya miscol yer..save no nnt..hihii....cantik kerongsang tuu...saya pun ada niat nak bg gak yang tegar komen kat blog saya tuu tapi tak tau nak bagi pa?...

    ReplyDelete
  12. cantik la kak...wani pun dpt juga tp xbuat entry lg hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign