Fresh from the owner...

12 November 2012

Keranamu GPS.

ingat nak cerita pasal resepi baru. tapi tu kejap lagi cerita la ye. ni nak cerita perihal semalam. perihal GPS yang tak berapa nak canggih ni. muahaha... semalam kami semua keluar cari homestay untuk the whole family yang nak datang Johor 23hb ni. sebabnya my SIL yang kawin bulan 9 hari tu baru nak buat majlis side suami dia on the 25th. baru ada cuti jadinya baru buatlah. macam aku jugak dulu. lewat sebulan sebab tak ada kesesuaian masa. bila dah lewat tu tak ada la nak rasa meriah sangat. sebab aku dah la drive daripada KL ke Pahang. sampai rumah dah pukul 1 pagi lebih. esoknya pagi-pagi nak bertolak ke Terengganu. aku jugak drive. perghhh... penat jugak la.

cari homestay tu guna GPS. sebab husben tak familiar sangat dengan kawasan yang Kerry nak cari tu. meamng berpusing-pusing. dengan salah jalannya lagi. tersilap masuk highway la. GPS pun macam tak reading je jalan area situ. tu namanya GPS bengong. kehkehkeh... setelah berhempas-pulas memusing stering yang mana aku cuma jadi penumpang je, baru la jumpa tempat. huh! ak ada la tersorok pun tapi macam berpusing jugak la dua tiga kali kat kawasan perumahan tu. rupanya ada lagi kawasan perumahan lain kat bawah. fasa 1 punya sebab bila tanyakan ada this one chinese lady dia kata try la kat area bawah sebab area dia tu dah fasa 2. dan da pun tak arif sangat. bila dah ada fasa 2, mesti ada fasa 1 kan?!



Kerry set dalam GPS dia yang 'canggih' tu. GPS telefon je la. sebab nanti dia senang nak set pulak dalam GPS kereta dia yang sedang direpair tu (mungkin tak ketuk lagi body dan cat kot sebab dia plan duit bonus dia dapat ni nak laburkan kat kereta dia tu. tapi dah laptop kawannya tu hilang, terpaksa la dia laburkan duit tu untuk beli laptop baru). on the way nak ke tempat persinggahan satu lagi (my other BIL ada booked homestay under TNB. kiranya rumah eksklusif TNB la. tapi nak duduk situ bersyarat), GPS tu bagi la direction jalan. Ya Allah... entah celah mana la GPS tu bawak kami. daripada sebesar-besar jalan sampai la ke sekecik-kecik jalan. lepas belok kiri, belok kanan. lepas tu belok kiri semula. mak aiii... pening. yang drive dok ikut GPS je la.

sampai satu tahap, GPS tu suruh belok kanan. Kerry ni nak belok dah. tapi tempat tu macam curam la sikit. husben terus tanya: "Betul ke tidak GPS mung ni Yie? Lain macam je jalan ni. Takut Abang Ya." memang jalan tu tak munasabah untuk lalu. Kerry dengar terus stopped. dia pandang jalan tu. lepas tu dia cakap: "GPS ni pun bengong jugak." alahai... kalau dia teruskan dan tak stopped, aku tak taulah apa jadi. memang itu bukan jalan nak ke JB pun. kata Kerry GPS dia tu entah sistem tahun berapa dia guna sebab jalan dah banya beribah, dia still bagi jalan yang tak boleh guna, yang dah tutup. kalau kereta dia tu guna sistem papago. canggih la jugak sikit. ada yang lagi canggih ke?

sebab ikut GPS sangatlah kadang-kadang orang tak alert jalan tu macam mana. Kerry kadang-kadang bergantung pada GPS sangat. dia kurang alert dengan jalan. walaupun dah lalu tempat yang sama banyak kali tapi bila dia dah start on GPS, dia ikut GPS je la walaupun ada jalan shortcut. adoiii la... boleh gitu?!






my foot: insyaAllah, nak register sekolah untuk Alya dengan Anis hari ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

14 comments:

  1. tak pernah gn khidmat benda tuu...

    ReplyDelete
  2. Hehehe... Guna Pun Sesat! :)

    ReplyDelete
  3. setahu saya GPS tu boleh update info nya..dan ada jugak tempat baru yang dia tak update lagi..cuba bawak ke kedai tanya..tapi nak update info tu kena bayar la..hehe..

    saya pun tak pakai GPS..pakai google map je..

    ReplyDelete
  4. Salam pagi Sal ya,
    Betul la kan. Husband pun suka juga set GPS untuk pergi mana2. Lepas tu kadang2 dia set GPS untuk tempat yang biasa dah pergi. Waktu tu baru tau GPS ni banyak tak update jalan baru sebab dia bagi kita jalan jauh yang berbelit2..kena update GPS kita tu rasanya..

    ReplyDelete
  5. tuh la kan kalo asyik bergantung pd GPS kite memg tak igt jln...

    ReplyDelete
  6. KA pulak pening guna GPS ni hehe

    ReplyDelete
  7. saya kat handset hb pun ada tapi tak pandai pakai kekeke.. last2 tengok signboard je

    ReplyDelete
  8. GPS ~ guna pun sesat.. hahaha.. sy kdg2 guna jugak GPS kak.. nk2 klu tempat yg x pernah pegi.. tp klu agak2 mengelirukan lebih baik tanya orang.. lg selamat.. :)

    ReplyDelete
  9. GPS pun tak boleh pakai..sebab bnyk yg tak update

    ReplyDelete
  10. iskkk nasib baik hubby akak bersuara.. bahaya gak ye jika terlalu bgantung dgn gps ni.. kalu ingat jln lg bagus rasanya.. :-)

    ReplyDelete
  11. gps ni selalunya tempat2 femes je update.mmg tak boleh pakai klu tmpt yg agak terpencil nie.haha

    ReplyDelete
  12. masa baru2 guna dulu selalu jg sesat..heheeee..

    ReplyDelete
  13. kalau asyik dok gguna gps tu sampai ke sudah tak igt jalan kan.

    kalau pi tmpt baru boleh la consider guna gps ni.

    ReplyDelete
  14. husband wani guna jg gps kalu tempat yg xpenah pergi...tp xselalu la guna

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign