Fresh from the owner...

30 November 2012

Kemalangan di hari mulia.

hajat nak beli lauk untuk masak tengahari. tapi berkesudahan dengan accident. adehhh... last-last balik rumah tak beli apa-apa pun. kesian pulak dengan husben. tak pasal-pasal melayang duit bayar kos repair motor. kereta Kerry remuk bumper belakang sebelah kanan dengan pecah lampu sebab kena handle motor budak tu. husben kata salah dia jugak. tapi tak ada pilihan pun masa tu. kebetulan masa dia masuk line tu pun tak nampak ada motor pun kat belakang.

alkisahnya nak ke Kip Mart. tapi sampai dekat traffic light yang mana sebelah kanan warna merah dan lurus warna hijau, ada satu kereta ni berhenti mengejut. bengong. dia tak reti nak baca lampu isyarat agaknya. yang lurus tu dah sah-sah la hijau. yang dia berhenti tu pesal entah. husben pulak dah dekat dengan kereta tu terkejut la sebab dia berhenti mendadak, terus hon dan pulas stering ke sebelah kanan jalan. kalau tak buat macam tu memang hentam kereta depan tu la which apa je option yang dia pilih memang kereta Kerry akan tetap rosak. 

kelajuan yang husben bawak sederhana je. sebab masa dia belok masuk jalan sebelah kanan tu, sikit je dia baru masuk terus ada motor hentam bahagian belakang. motor tu pulak hentam betul-betul side paling hujung sebelah kanan tu. motor tu dah tentunya laju. teruk jugak la budak tu makan jalan. kakak dia cedera sikit. mujur kaka dia size besar. jadinya tak ada la parah budak tu. aku rasa kalau budak tu bawak kelajuan sederhana dan hentam kereta yang jugak berkelajuan sederhana takkan teruk jadik macam tadi. tapi semua tu aku tahu dah suratan. ada hikmah kenapa jadi macam tu.

tapi yang bengang tu, orang yang bawak Viva kaler hijau biru tu langsung tak berhenti. dia just tengok dan blah macam tu je. dia ingat dia tak salah kot. aku cakap dengan husebn dia tak pandai nak baca traffic light bila ada dua lampu. satu ke kanan dan satu lagi untuk jalan lurus. kalau tak, takkan dia berhenti macam tu je. husben tak ada la nak alri. walaupun boleh je buat macam tu tapi tak baik la kan. salah tu tetap salah. macam aku masa langgar kereta myvi. iikutkan boleh je lari tapi dah salah kita baik mengaku je la. tak ada la kena sumpah beratus kali. hidup atas dunia ni pun tak aman mana jadinya. aku pulak tak sempat la nak ingat nombor plat kereta tu sebab kejadian ni jadi terlalu cepat. yang aku ingat cuma JHY je. cisss...

tak apa la Kerry. alang-alang nak repair kereta tu repair sekali la bumper yang rosak tu ye. lampu tu nanti husben cover. cover lampu tu boleh tahan jugak mahalnya. sebiji je cecah RM300. adoiii la... pakai kereta mahal sikit macam ni la. maintanence tinggi der. dan sudahnya beli je lauk hari ni. huhuhu... husben ada cakap tak pasal-pasal emlayang dekat RM400 untuk bayar rawatan budak tu dengan repair motor dia. kalau report tak pasal-pasal dua-dua kena bayar saman, husben kena tanggung kos repair motor lagi. settle kat luar je sebab dia orang pun tahu husben tak ada pilihan. either or, meamng akan tetap jugak accident. sabar je la dengan ujian Allah yang sedikit ni.

apa pun, yang penting tak ada nyawa yang melayang. semuanya selamat. alhamdulillah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. ada la tu rezeki lain mnnti,,

    ReplyDelete
  2. betul betul betul... nyawa selamat alhamdullillah. duit? insyaÁllah bleh cari, kan...
    geram nyer kat kta yg berhenti mengejut tu!

    ReplyDelete
  3. adehhhh...xpasal2 kan kak sal..pasal careless org lain, kite yg terjebak...boleh terus jalan tuh yg xtahan tuh..

    ReplyDelete
  4. Aduila...geram jugak kalau jadi macam tu tapi nak buat macamana, benda dah jadi..sabar ye...nasib baik tak cedera teruk

    ReplyDelete
  5. adeh...gaji baru masuk dh nak kena keluar semuala...

    ReplyDelete
  6. kesiannya...salah kereta tu...sebab berhenti mengejut..

    ReplyDelete
  7. Ya Allah kak nasib xder apa2 kan...benda nk jd nk buat cm mana duit boleh cari kak yg penting keselamatan kita

    ReplyDelete
  8. nasib xde apa2 yg buruk..biasanya yg depan mmg lepas...yg duk belakang gak salah kan...

    ReplyDelete
  9. aduhh
    sib baikk x jadi yg lebih buruk ..
    tulah memang kita kena selalu hati2 walau tahu dah cukup hati2 dah huu

    ReplyDelete
  10. ya allah nasib takde apa yg buruk berlaku... semuanya selamat

    ReplyDelete
  11. mahl jugak ye kak sampai dekat 300..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign