Fresh from the owner...

29 November 2012

Hujan dan ribut.

alhamdulillah... settle dah registration sekolah Alya dengan Anis tahun depan. disebabkan budak 4 tahun tak ramai, dia orang mungkin sekelas. kalau sekelas pun tak apa. untuk budak 4 tahun tak ada la dia orang nak push bagai. ikut kemampuan belajar dia roang la jugak. aku hantar Anis awal pun sebab nak dia biasakan diri dengan environment tu je. tapi setakat tengok ni pun, Anis memang cepat berkawan. mudah mesra. sesuai dengan maksud ANIS tu sendiri.

sekarang ni hujan. semalam tak hujan. tapi hari sebelumnya tu siap dengan guruh, kilat segala. semalam setitis dua je hujan. lepas tu tak ada dah. ni ada jugak bunyi guruh tapi tak ada la sehebat hari-hari sebelumnya. dan Azfar, alhamdulillah... dah semakin okay. berkat doa kamu dan kamu. terima kasih atas kiriman doa buat mamat kecik tu.

hari ni siap masak awal. biasanya pukul 2 lebih baru aku start masak. jarang makan tengahari. dah biasa makan ala-ala nak ke petang gitu. sebabnya husben kerja petang dan dia cuma makan sekali je. jadinya kalau pagi aku dah masak benda berat, tengahari skip makan. makan petang merangkap malam sekali la lepas tu. kalau masak awal pun, makannya lambat jugak. nak tunggu husben bangun lagi. orang kerja malam, dia mengantuk lebih sikit. tambah-tambah kalau ada si kecik yang suka ganggu. huhuhu...

aku nak cerita apa sebenarnya ni? banyak cerita tapi nanti aku sambung lagi ye. rasa macam nak melayan mata la pulak. muahaha... nanti aku balas jejak lepas ribut segala ni reda.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. saya masak sekali sehari jer..sbb hubby xbalik makan tgh hari..

    ReplyDelete
  2. kat sini kalau ptg je hujan.. mesti ada juga walau tak lebat..

    bestnya tahun depan anis dah sekolah

    ReplyDelete
  3. hujan kalau ade kilat ni menakutkan jer.. budak² yg takut bukan ape...

    ReplyDelete
  4. Hahaha... citer tak abih.

    Si kecik dah sihat ke belum?

    ReplyDelete
  5. hoh! tidur waktu hujan memang nikmat

    ReplyDelete
  6. Kat sana musim ujan ribut ye...lama tak dgr bunyi petir kita berdentum! Alahai rindunyeee~~

    ReplyDelete
  7. betul la kak.. petang2 skrg ujan serta ribut sekali.. kdg2 klu ujan lebat time nk balik keje pun rs takut nak drive.. padahal rumah x jauh mana pun dr opis.. huhu..

    ReplyDelete
  8. skang ni kan musin hujan kak..kat sini pun hujan gak tp kalu kilat guruh bedentum tu asa takut jer

    ReplyDelete
  9. akak, hanya ada iklan white.my je.. tu yg klik yg tu je

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign