Fresh from the owner...

06 November 2012

Cerita tentang pecah masuk rumah.

tak ada pic ye. sebab tak ada damaged yang teruk kecuali barang yang hilang tu je la. mungkin entri ni panjang berjela-jela. kenangan untuk anak-anak yang bakal membesar di sini. insyaAllah. rumah yang aku duduk ni tak ada grill. belum pasang lagi sebab kemas pun tak sempat habis. macam mana nak kemas bila Azfar kalau leka sikit je dengar suara dia kat tingkat atas. orang kata buat perlahan-lahan sebab semua ni baru bermula kan? banyak benda yang memang tak sempat nak settle. okay... habis intro yang entah apa-apa tu.

sebelum ni jiran-jiran kata tak apa tak pasang grill lagi. tapi semalam jiran-jiran jugak la yang cakap dah ada group yang aim rumah-rumah yang tak ada grill, yang kereta kejap ada kejap tak ada. mungkin dia dah aim rumah ni sebab kereta tu kejap ada dan kejap tak ada. dan dia orang aim yang husbennya kerja malam ye.. sebab dia tengok pada motor jugak. itu kata jiran. even rumah yang ada grill pun dia orang masuk. tapi tak ada la masuk dalam rumah. dia orang rembat motor je. dekat area-area rumah aku ni jugak. kalau dulu ada JKKK yang buat rondaan tapi sekarang dah tak ada. sebabnya tak dapat sambutan. macam mana nak dapat sambutan kalau kebetulan kena orang yang patut berkawal tu kerja malam?

seriously, aku dah keluar bilik around 4 something cari barang kat bilik store. semalam rasa takut-takut je nak keluar bilik. pesal entah. kalau aku dengar bunyi sekalipun kat bawah, takkan aku nak turun kan? zaman sekarang pencuri dah tak takut kat orang tapi orang yang dicuri tu takut dengan orang mencuri. mungkin jugak jadinya around 2 or 3 am la waktu puncak. time orang dah nyenyak sikit tidur. mujur jugaklah rumah ni tak ada barang berharga sangat. tv pun tak ada ye. peti ais tu pun cikai-cikai punya. dan yang pasti bukan drug addict yang buat. sebabnya kalau dia orang mesti dia rembat apa je yang boleh jual asal dapat duit kan? ni ada satu tong gas kosong tapi okay je. tak berusik pun.

masa buat report tu ada sefamily yang buat report jugak. dekat-dekat dengan taman aku ni jugak la. di seberang sana. rumah dia kena pecah masuk tapi husben dia sempat sedar. jadi tak sempat nak curi apa-apa. bidai tu ada la kesan rosak sikit. polis tak datang pun ambik fingerprint kat tingkap sebab dah ramai yang sentuh sebelum tu. aku off course la. terkejut sebab rasa macam dah locked semua tapi kenapa terbuka. bila checked tak nampak barang apa yang hilang pun. sampai la bila husben called tanya pasal beg tu baru tahu. dan Kerry pulak tak pesan jangan keluarkan beg daripada kereta. dan yang jadik musykil pada husben kenapa tinggal barang berharga dalam kereta walhal dia nak balik kampung tu. maybe dia ingat letak dalam kereta sangatlah selamat.

dan Kerry balik dengan kawan dia yang bawak kereta besar. dan beg tu kepunyaan kawan dia itu la. kenapa tak letak dalam kereta dia je kan even dia nak balik sehari pun tapi laptop pada aku la memang tak boleh simpan dalam kereta even sekejap pun. kalau aku simpan beg tu dalam bilik dia, dah tentu orang tu naik tingkat atas. dah naik tingkat atas entah apa pulak yang jadi kan? huhuhu... kata husben: "Tak apalah barang hilang. Nak buat macam mana. Janji Ayang dengan anak-anak selamat. Barang boleh ganti tapi anak-anak dengan isteri?" MIL pun kata benda yang sama. nasib baik dia orang tak naik atas kacau. even yang datag pun cakap benda yang sama jugaklah. aku tak ada la rasa sangat tapi ralat sebab yang hilang tu bukan barang sendiri. husben kata: "Siapa suruh Kerry tak cakap dalam tu ada laptop?" bukan salah Kerry jugak. benda dah nak jadi kan?

kalau tak macam ni macam tu. kalau tak sebab beg tu kat bawah, mungkin dia naik atas pulak selongkar kat atas. lagi bahaya. itupun mujur la aku tak plan nak tidur kat bawah. kalau tak, entah apa kejadian pulak la. dan aku pun tak jangka la yang Kerry tak balik semalam. adehhh... apa motif jugal la dia orang ambik cicncin aku yang dua bentuk tu. nak gadai mana boleh sebab satu tu emas putih. nak bagi girlfriend agaknya. apa pun musibah ni aku terima dengan hati yang reda. peringatan buat kita yang ujian Allah tu sentiasa ada dan tak kira masa. jugak untuk kita muhasabah diri. mungkin ada silap kita di mana-mana sampai terkena musibah sebegini. dengan itu silalah berhati-hati.

apa pun sangat bersyukur kerana kami-kami semua selamat. alhamdulillah kerana masih lagi dilindungiNYA.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. salam sis sal ya.
    Pekabr? Maafkan ta lama x dtg sini

    ReplyDelete
  2. syukur masih selamat....

    ReplyDelete
  3. 2 kali berpengalaman umah di pecah masuk. terkedu terkelu ter mcm2 ter ada. nak ngs mcm tak berair mata. dah mcm tak ada perasaan apa2.

    ReplyDelete
  4. Takutnya sis...nasib baik sis dan anak2 tak apa2...nampaknya lepas ni kena la buh gril untuk keselamatan...

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..awak dengan anak2 selamat tak diapa apa kan..bahaya betul sekarang ni..duk dalam rumah pun kena hati2..

    kena bela rimau sekor depan rumah gamaknya.. anjing takut nak kena samak pulak nanti..hehe..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah nasib akak & anak2 selamat, alhamdulillah....kena lbh hati2 sekarang ni huhu

    ReplyDelete
  7. ya Allah takziah.. sekarang ni dorang mmg sangat kejam bila mencuri.. nasib tiada apa yg berlaku

    ReplyDelete
  8. bahaya nya kak... a'aa betoi tu... skrg ni pncuri bkn takut org dh... siap diapa2 kn kita ada la...

    ReplyDelete
  9. wak pon risau gak anak bini wak tinggal sorang2 jugakkk.. uuhHUu

    ReplyDelete
  10. Mujur akak & anak2 selamat..yg penting nyawa..InsyaAllah.Peringatan untuk diri sendiri jugak supaya sentiasa beware..
    Taking Care

    ReplyDelete
  11. nasib takde apa2..js pun pernah time umah teres nasib mrk xsmpt msk...sbb kami tersedar awak dr mrk...

    ReplyDelete
  12. seb baik xde apa2 yg x baik berlaku ye!

    ReplyDelete
  13. takut pulak dgr akak cerita ni kan..bahaya betul la....Alhamdulillah semua xder apa2 n selamat kan..

    done microsoft windows

    ReplyDelete
  14. as salam

    yang penting saya doakan uols semua selamat...jauh dari musibah..take care ey

    ReplyDelete
  15. betul la kak ckp husben akak tuh.. yg penting akak & anak2 selamat.. tc ye kak.. :)

    ReplyDelete
  16. Syukur awak takde apa2. Apa ada dlm beg kawan kerry tu? pastu pencuri tu buka tingkap tu cemana?

    ReplyDelete
  17. sabarlah kak...memg skang nih kite tkut dgn org yg mencuri tuh

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah..sal n anak2 selamat..risau saya baca entry yg panjang nih tau

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign