Fresh from the owner...

16 November 2012

Cerita anak-anak.

rasa macam lama dah tak bercerita pasal budak tiga beradik ni. kalau ada pun just selingan je kan? adehhh.. aktiviti budak tiga beradik ni banyak. macam-macam ada. bergaduh, baik, bergaduh baik tu dah rutin. minggu lepas pergi tengok tadika Alya dengan Anis untuk tahun depan. bukan setakat tengok tapi tanyakan cikgu kat situ sekalilah. masa called hari tu tak dapat penerangan details. ikut pamplet kena bayar cuma banyak ni je. tapi bila dapat penerangan secara face to face baru tahu yang kena bayar sebenarnya banyak ini. hmmm...

kat tadika tu dah tak ada pengajaran bahasa cina. kalau nak kena hantar ke cawangan yang satu lagi. tak ada la jauh sangat tapi yang aku pergi ni lagi dekat dengan rumah. duku dah kira jauh sikit. kalau naik transport sekolah kena add lebih sikit la. macam tadika dekat dengan rumah ni ada pembelajaran bahasa cina. cikgunya pun chinese. dekat tadika yang aku nak hantar budak berdua ni, makan tak disediakan. tapi pembelajaran banyak menggunakan komputer. skop pembelajaran dah macam budak darjah 1. perghhh... tapi dia orang mengajar ikut kesesuaian sebab tak semua kids boleh digest semuanya dalam masa tertentu. dia pun cakap ada yang fast learner, ada yang slow learner kat sekolah tu.

itu cerita pasal sekolah. setakat ni budak-budak ni excited lagi. baju sekolah sebelum ni dia orang pakai skirt untuk budak perempuan la. tapi sebab ada parents request jadi dia orang tukar seluar panjang dengan blouse. tudung ikut parents nak pakaikan or tidak. baju kuning dan seluarnya maroon. kalau bayar dalam promosi dapat baju sukan secara percuma. nanti misi nak mencari kasut sekolah dengan tudung kaler kuning dan maroon untuk budak dua beradik. kalau tadika kat area rumah aku ni pakai skirt. nak pakai tudung pakai la baju budak lelaki.

aktiviti siang hari.

aktiviti malam hari.


sama je kan aktivit dia orang. dok memanjat pagar je la kalau tak boleh keluar. okay apa keluar sampai kat pagar tu. nak bagi keluar tanpa tengok, bahaya la. kalau ada kita yang pantau lain ceritalah. Azfar tak reti nak panjat pagar lagi. jadinya dia lebih suka main bola daripada dok pnajat-panjat pagar. hehehe... setakat bahagian bawah tu lepas la dia panjat. tinggi-tinggi macam Alya dengan Anis tu belum la. anak dara pun dah macam anak teruna je dok memanjat sana-sini. adehhh... anak siapalah ni.

hari ni nak packing-packing baju sebab esok insyaAllah, nak balik kampung makan durian. hehehe... doakan kami semua selamat sampai dan selamat kembali ke sini ye.





my foot: kat sini ada cerita tak best berlaku. malam Deepavali ada kes gaduh-gaduh yang melibatkan nyawa lebih kurang 5 orang kalau tak silap. itu pun tahu bila tengok roadblock. memang area ni tak ada roadblock. orang kedai tu bagitahu ada kes. jadi kena pantau sebab tempat kejadian tu berdekatan je. dulu pun ada jugak. tapi yang matinya kaum kita sendiri. kali ni dua-dua ada.yang dulu tu jauh sikit daripada tempat tinggal aku ni.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

26 comments:

  1. bagus btl aktiviti diorg..hehehe

    ReplyDelete
  2. siapa la mak anak dara tu kan.. hahaha..

    pembelajaran sekolah yg guna bahasa cina ni biasanya strict sikit.. bagus. tapi takut anak2 stress tak boleh nak follow..kesian..

    ReplyDelete
  3. siannya terkurung dalam pagar ..kak long dan kak angah memanjat..si azfar..akan datanglah nanti kan..ehehehe

    ReplyDelete
  4. hehe..si kecik tu blm terror lg erk mcm kakak2nya.. :D

    ReplyDelete
  5. amboih anak dara pun dh macam anak teruna ye kak.. hehe.. biasa la budak2 kan kak.. x lasak memang x sah.. wah sonoknya nak balik makan durian.. pos sini sket.. ekekeke..

    takut klu ader kejadian camtu kak.. tc k.. bahaya ader di mana2.. :)

    ReplyDelete
  6. Comel gile aktiviti anak2 kak sal...kelakar...hehehe

    ReplyDelete
  7. alahai siang malam memanjat pagar...sabor jela

    ReplyDelete
  8. Hahahahaha!!
    Kak, comel je dua2 gambor tu..
    Aktiviti wajin deme tu yer..
    Hik3!!!
    Sorry lama x sggh sini..
    Happy weekend & TC yer.. ;)

    ReplyDelete
  9. Sama je aktiviti siang dgn malam. Comel sgt saya tgk gmbr2 ni.

    Pergaduhan kaum ke awk? Sampai ada kematian ye? Bahye. Tak masuk berita ke?

    ReplyDelete
  10. eh mmg sama la aktiviti derang siang malam.hehe

    bahayanya kawasan perumahan akak nie,macam2 hal..naik takut sy..

    ReplyDelete
  11. sama jer aktiviti budak2 tu siang n malam hehehe...nasib azfar xreti panjat pagar lg kalau x mesti join sekali dgn si kakak kan hikss

    ReplyDelete
  12. done milkadeal n tourism australia

    ReplyDelete
  13. sama je xtvt memanjat tu kak, ammar pun asik duk panjat grill pintu je hihi

    moga selamat balik kak:)

    ReplyDelete
  14. hehe...budak2 gitu la kan...benda yang dilarang lagi suka dorang nak buat...:)

    ReplyDelete
  15. suka memanjat rupanyer...

    ReplyDelete
  16. hahaaaa..lamanye bebudak ni panjat pago..dari siang membawa ke malam... lucu la sal..

    ReplyDelete
  17. hahaahha... bagus betoi xtvt, dr siang smpai mlm.. tu je xtvt ek.. hihii... ni mesti kes xbg kuar umah.. hihi

    ReplyDelete
  18. As salam kak,

    Alalalal siannye tak dpt kuar panjat pagor! Yelah bahaya kan kalau xde org pantau anak2 ni... Especially keretalah, kereta takdok mata w/pun drivernye bermata...huhuuu

    ReplyDelete
  19. haha. siang mlm aktiviti memanjat je ehhh. yg kecik tu makin lame makin jauh duduknye. risau kene kaki kakak abg tu. :)

    ReplyDelete
  20. tu dia...dok panjat pagar..dr siang ke malam..hihhihi..samalah ..mia pun suka aktiviti nih...nak buka pagar jauh sekali bahaya...

    ReplyDelete
  21. sama la kita tapi anak saya panjat grill je..

    ReplyDelete
  22. wah... jgn pnjt pagar sekolah ea.. bhaya...
    by the way.. done follow this blog.. follow me back..:)
    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/

    ReplyDelete
  23. aktiviti sama siang malam, bezanya siang belah kiri pagar, malam belah kanan pagar hahahahhahahahha

    ReplyDelete
  24. kak iklan xkeluar lsg....nanti klik2 lg yer

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign