Fresh from the owner...

28 November 2012

Azfar yang demam tiba-tiba.

pic ni masa rambut tengah panjang.


dah lama tak ada entri pasal manat kecik yang aku panggil 'Abang' ni. bukan adik lagi. bukan sebab dia nak ada adik ye. tapi dia dah besar. dah patut la tukar panggilan. hehehe... ini demam pertama Azfar sejak pindah sini. masa cucuk setahun 6 bulan alhamdulillah, tak demam pulak. tapi Isnin petang dia start demam. reason? tak tahu. tapi malam lepas habis kenduri my SIL tu, dia terkejut tengah malam. pukul 12 jugak la. bangun menangis tak tahu sebab. tak pernah pulak dia macam tu.

dan semalam pun still demam. husben balik awal sebab anak dia demam kan. tapinya bukan nak dengan abah jugak. bangun je menangis cari ibu. aku letak dia dalam buai. senang nak buat kerja. pukul 8 lebih dia bangun dan keadaan dia walaupun demam sangat aktif. boleh main-main plus tengok cd. keadaan dia bawak ke petang walaupun tak panas lagi badannya tapi dia start merengek-rengek. ada je yang tak kena. dan aku rasa dia ni memang demam malam la.

masa aku taip entri ni kaki tangan dia sejuk. dia menggigil tapi suhunya tak panas sangat. tak tahulah kalau termometer tu tak bekualiti ke apa kan. tapi ada masanya rasa panas jugak. jadinya aku lap jugak la badannya walaupun aku  rasa macam tak berapa panas. sebabnya keadaan dia pernah macam ni. aku rasa macam tak panas pun. mungkin sebab aku sendiri berdarah terlebih panas kot. selalunya macam tu la. aku tak boleh nak check sangat suhu dia dengan tangan sebabnya bila aku rasa tangan aku sendiri, panas. Alya mewarisi yang itu. orang yang pegang dia akan tanya dia demam ke sebab badan dia panas walhal dia okay je. bila bawak Azfar ke hospital, MA tu siap tanya aku lepas check suhu, tak panas lagi ke ni? adehhh...

sekarang ni dia demam semula. demam malam yang buat aku risau sikit sebab aku sorang. husben kerja malam. tak ada orang nak ganti shift dia. kalau kat kampung dan jadik something, aku tahu la nak tuju kat mana kan. tapi kalau kat sini dnegan hospital kerajaan yang agak jaaaauuuhhh dan yang ada pun private je, kena angkut semua la. memang macam susah sikit tapi in shaa Allah, setiap perkara ada hikmah yang tersembunyi disebaliknya. redha sajalah dengan ujian Allah yang sedikit ini. 

nanti aku BW sebab tak berkesempatan dengan langsung nak on laptop. kalau on pun budak-budak ni dah booked nak tengok cd. nanti aku try BW ye. sayang kamu dan kamu yang masih sudi datang jenguk aku di sini.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. Semoga Azfar cepat sembuh...demam yang on off ni yang kita risau...take care ya!

    ReplyDelete
  2. demam malam biasanya viral infection.. selain dari panas cuba tengok behavior dengan simptom lain.. kadang2 nak tumbuh gigi pun demam jugak.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. semoga azfar cepat sembuh. risaukan bila anak2 demam. tapi cuaca sekrg yg tak menentu, mudah sgt kena hinggap demam

    ReplyDelete
  4. Bahye kalo anak demam berpanjangan. Harap2 mamat kecik ni cepat sembuh la.

    Kemain posing kaki sebelah terangkat.

    ReplyDelete
  5. mg azfar cpt2 elok sepenuhnya..

    xpa kak, bw tu kemudian pun boleh :-)

    ReplyDelete
  6. moga dia cepat sembuh ye... selalu jerlum kepala dia ye..pastu kat ketiak letak tuala basah

    ReplyDelete
  7. eh mcm ank sedara sy je azfar ni. dia nak org pnggil dia abng bkn sbb ade adik, tp dia berkenan kat baby ni. padahal dia dah ade abg. hihi.

    ReplyDelete
  8. Semoga cepat2 baik ya sayang..

    ReplyDelete
  9. moga cepat sembuh..
    anak akk pun demam,mgkn nak tumbuh gigi agaknya

    ReplyDelete
  10. la azfar xsihat erk.....lambat singgah sini bru tau azfar xsihat...skang ni dia mcm mn dh ok blom kak?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign