Fresh from the owner...

12 November 2012

Ayam Serai yang sedap.


susulan wordless last week. aisey... tak sempat nak buat entri ni sebab ada je benda nak buat. jadi housewife memang busy okay. hehehe... semalam kononnya nak kemas bilik kecik dan mintak husben drillkan bilik tu. langsung tak jadi apa. sebabnya husben mengantuk sangat. tunggu anak-anak tidur baru kemas. habis tu pukul 1 pagi baru nak drill bilik tu ke? adehhh... sduahnya tidur je la dengan anak-anak. tak payah kemas apa-apa. T_T

berbalik pada resepi ni, asalnya hari tu nak masak Asam Pedas Ayam. aku pernah buat Asam Pedas Ayam Pencen tapi ayah aku kata pelik sangat. pada aku sedap je.dan biasa Asam Pedas dengan ikan, bila ada ayam je terus jadi pelik. tak nak makan sudah. aku on je. bedal sorang-sorang. ahaks!!! bahan-bahan dan sedia nak masak Asam Pedas ni tapi last-last minit terus tukar resepi. try Ayam Serai la pulak. senang pun senang. sedap belum tahu (masa tu la sebab tak cuba lagi kan). tapi end resultnya memang sedap la. husben pun kata sedap. makan dengan nasi panas-panas memang marbeles la.

nak buat Ayam Serai ni senang je. bahan-bahan yang perlu ada serai (diketuk) + daun limau purut (ikut suka banyak mana dan hiris nipis) + 2 biji cili merah besar (aku guna satu je sebab itu je yang ada), 1 ulas bawang putih, 1 ulas bawang merah dengan 6 biji cili padi (yang ini kena tumbuk) + 1 sudu makan sos ikan (aku tukar dengan sos plum) + 1 sudu makan sos tiram + minyak untuk menumis + air + ayam dalam tiga empat ketul + garam atau gula (sesedap rasa).

cara-cara nak buat pun senang je. bahan tumbuk tu tumis sampai naik bau. masukkan sos tiram dengan sos plum ataupun sos ikan. rasa macam pekat sangat tambah la air. lepas tu masukkan serai. rasa dulu okay ke tak. kalau tak okay tambah la garam ke gula ke. dah tu masukkan ayam. ayam tu aku goreng half-done. tak nak goreng pun tak apa. kalau nak berkuah, tambah la air lagi. tak nak pun tak apa. last sekali masukkan daun limau purut. nak masukkan bawang besar pun boleh juga. ikut suka sebab resepi tu kita yang punya. hentam je la nak letak apa pun kan. janji sedap dan boleh dimakan. muahaha... sesenang itu je.

kalau nak try boleh la. kurangkanlah cili padi tu kalau tak nak pedas. kesian pulak kat anak-anak nanti kalau pedas-pedas sangat. okay... selamat mencuba ye!!! aku pun cedok resepi ni tapi ada hati nak promote lebih-lebih macam resepi aku pulak kan. ngeee... 





my foot: izan, yang dalam pic tu daun limau purut. tapi kalau nak letak daun kunyit pun boleh. (^_^)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. die cam berkuah2 sikit ke ??? kalo goreng kering2 sedap x??aduh..kecur dah air liur..seb baik gambar tak clear sangat

    ReplyDelete
  2. sal..mmg nmpk menggoda selera betul lauk ni..slurrpp..

    ReplyDelete
  3. kak fieda dh pois hadiah sal tadi..nanti dh sampai sal bgtau ye..

    ReplyDelete
  4. boleh try juga ni...hehe

    ReplyDelete
  5. simple jer.. boleh cuba ni.. ayam serai yer.. tukar ketam pun okk kottkan...

    ReplyDelete
  6. Tgk mcm pelik tapi blm rasa lg..hehehe

    ReplyDelete
  7. menarik resepi akak nih.. harus cuba nih.. :)

    ReplyDelete
  8. errr...


    *sapu air liur..menjejes..haha ;p

    ReplyDelete
  9. thanks kak share resipi....nak try la

    ReplyDelete
  10. buat masakan ikan pun okey kan..cik suami tak makan ayam..bukan tak makan langsung..tp bila bab nak beli ayam..langsung tak nak..

    ReplyDelete
  11. ada rasa cam sate kan sis?

    ReplyDelete
  12. nanti nk try lah.. tunggu hbs pntang n dah balik duk sg petani.. bg hubby mkn.. hihi

    ReplyDelete
  13. sedap..rumah sy dh lama tak beli ayam.asik mkn ikan, sotong,udang ketam jer.hiks..

    ReplyDelete
  14. Tak pernah masak ayam serai ni. lain kali bolehlah cuba

    ReplyDelete
  15. sedap2....boleh cuba...

    ReplyDelete
  16. hee org pn skng masak main campak2 je. asalkn cukup rasa makan aje. takde masa nk pilih2 makanan. hihi.

    ReplyDelete
  17. uishhh nmpk sedap..thanks kak share resepi...boleh cuba gak ni :-)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign