Fresh from the owner...

10 November 2012

Anugerah Skrin 2012 dan cerita tentang Alya.

meamng tak tengok ye sebab kat rumah tak ada tv. memang tak kisah sangat pun. selama ni pun aku tak tenok jugak. hahaha... tapi daripada apa yang aku baca kat blog-blog hiburan dan personal lain, meamng ramai yang kata tak best langsung Anugerah Skrin tahun ni. dengan Neelofa ang macam tak berapa pandai nak mengacara. dengan lawak Rosyam Nor lagi. jadi yang dah tengok tu jangan menyesal ye. siapa suruh tengok kan? hahaha...

aku dok melayan budak-budak ni la semalam. lepak luar rumah dengan jiran sebelah. aku pun dgn 'bangga'nya tanya nama adik ipar dia tu. okay... sekarang dah tahu. hehehe... dia tak tengok sangat sebab melayan anak dia main kat luar jugak. sesekali bagi chance kat budak-budak ni. tapi aku dah agak, Alya kalau dalam proses nak baik demam mesti akan ada insiden merapu-rapu malam nanti. instinct tu tak pernah silap lagi la. husben marah kalau aku cakap: " Malam nanti mula la buat perangai tu." dia kata macam mintak. tapi tak mintak pun. tak cakap pun jadi jugak. adehhh...

dah la siangnya masa berborak dengan jiran selang berbuah rumah tu, dia orang dok cerita pasal ada yang menumpang kat rumah si polan dan si polan. ceritanya berkisar pasal penyamun tarbus tu la sebelum melarat ke benda lain. kata jiran ni kalau 'orang-orang' tak apa lagi. boleh jugak baca-baca ayat suci. tapi kalau orang berparang? nak buat macam mana? cuma harapnya tak terserempak dengan 'orang-orang'. hah, macam mana tu?! sebenarnya kalau boleh, tak nak orang dengan 'orang-orang' ada dalam rumah la. takut!!! adehhh... berbelit cerita tapi tujuannya cuma nak bagitahu kalau ada sekalipun 'orang-orang' harap tak ganggu dan tunjuk muka. itu je la.

jiran ni cakap yang rumah abang dia yang selang sebuha rumah dengan aku tu ada yang menumpang. ataupun kita yang menumpang tempat dia orang? huhuhu... masa birthday si anak, dia roang sibuk la ambik pics bagai. dalam pada dok tengok-tengok semula pics tu ternampak la saekeping pic ada yang menumpang. tapi menumpang tunjuk rambut je. tak ada la rupa parasnya. terkejut la sebab dari mana datang rambut tu? pergi tanya ustaz semua barulah tahu kat rumah dia tu memang dah ada 'orang' kat bahagian meja makan rumahnya. satu keluarga katanya jugak. tapi tak kacau orang. huhuhu... secara tak sengaja ter'interframed' dalam gambar. bukan niat 'dia' pun nak masuk sekali.

Alya pulak, dekat pukul 12 jugak dia tersedar dan started to merepek-repek. tanya mana Kak Ngah. tak nak la. siap bangun nak pergi mana entah, aku bacakan dia ayat kursi tapi dia boleh pulak cakap sakit. adehhh... berdebar la jugak kejap. lama jugak la dok struggle dengan dia. last-last aku on laptop pasang ayat Quran teman tidur sepanjang malam. biasa aku pasang jugak tapi guna telefon cap ayam aku tu. tapi telefonnya skrin dah rosak. tak boleh nak guna. yang ada pun telefon yang ala-ala nak rosak tapi soundnya perlahan sangat. on laptop je la. aku tak suka guna laptop sebab dia cepat panas. nanti dia padam sendiri. semalam letak kipas satu dekat laptop dan onkan ayat Al-Quran. terapi time tidur. memang bagus.

dekat pukul 2 pun Alya ni ada jugak la buat lagi sekali perangai dia tu. layankan je la. menurun perangai si abahnya. pelik-pelik kalau demam. sabar je la. oh ya, jiran tu cakap semalam cerita pasal rumah yang kata tvnya kena samun tu tak dapat nak dipastikan sahih ke tidak. sebabnya sebelum kata tv kena samun, dah ada ura-ura tvnya nak kena tarik sebab tak bayar ansuran. jadinya dua tiga hari lepas tu ada cerita pasal tvnya disamun. tapi masa kejadian tuan rumah relaks. jadi tak tahu nak kata betul ke tidak. wallahualam.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. setuju yang neelofa tak pandai mengacara...

    ReplyDelete
  2. hurm mcm2 citer plak kan..moga smuanya ok..

    ReplyDelete
  3. housemate tgh syok tgk ask sy syok dok online. hihi. tak layan la ask bagai ni.

    teruk eh alya kalau demam. buat takut je kalau tak biasa. hee.

    ReplyDelete
  4. klu sy org yg menumpang dan orang 2 nie dua2 pun sy takut.haha..

    budak demam mmg la suka merapu meraban.jaga2 juga sbb badan org demam ni tgh lemah.mmg senang benda2 halus nie nak serang..sy doakan semoga takde pape n semoga alya cpt sembuh..:)

    ReplyDelete
  5. seram pun ada bc entry nih....harap alya ok lepas nie..saya pun risau kalau anak dmm sk meracau

    ReplyDelete
  6. ASK wani tgk sat jer boring sgt last2 tukar channel len haha

    la alya demam ker...moga cpt sembuh k

    ReplyDelete
  7. anugerah skrin memg tak best...

    smoga alya cpt sembuh

    ReplyDelete
  8. KA yg ade tv n pown x tgk hehehe

    ReplyDelete
  9. tak tengok pun...

    ya allah saya pun seram bila baca ni

    ReplyDelete
  10. Anak kalau demam badan panas melampau biasanya akan meracau....

    ReplyDelete
  11. satu keluarga duk umah tu kak??.. alahaiii kalau saya maunya mintak hubby pindah sbb takut.. kalau xtau xpa.. bila dah tau tu yg jd mslhnya...hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign