Fresh from the owner...

23 October 2012

Selamat sampai dan selamat berpantang Intan Berlian.

alhamdulillah... selamat sampai ke destinasi pukul 11 malam tadi. anak-anak tumbang awal jugak. setengah jam pertama, Anis la tidur dulu. kemudian Azfar. Alya last sekali lepas dia mengadu sakit perut. letak minyak dan dia tidur. Kerry pulak sebab ada anak-anak dia bawak la CD kartun untuk pasang dalam kereta. mula-mula tengok Ice Age. tapi kemudiannya dia tukar Doraemon. tapi end upnya aku dengan dia je la yang tengok. muahaha... dah la ada dua CD. dua-dua aku dengan dia tengok. tapi dia tengok sikit-sikit je la sebab dia drive kan. paling banyak tengok aku la.

dan encik suami kejap-kejap called tanya kat mana. kenapa lambat sangat sangat sampai. kalau ikutkan daripada Tanjung Lumpur untuk sampai ke pekan lebih kurang dalam 35 minit ke 40 minit je. tapi Kerry ambik masa dekat sejam lebih. tak tahu la kalau dia bawak perlahan sangat ke apa ke. tapi memang lambat la. husben pun terkejut sebab pukul 6 tak bertolak lagi daripada rumah. perjalanan dipermudahkan. alhamdulillah. husben siap bukakan pintu dan tunggu depan gate untuk sambut anak-anak dia la. bila sorang-sorang dia jadi bosan. anak-anak tak ada. tak tahu nak buat apa. tambhaan pulak minggu ni dia kerja siang. lagi la. malam-malam balik rumah tak ada orang.

semalam jugak masa on the way nak balik tu dapat sms daripada rakan blogger. tahniah ye sebab dah dapat baby baru. tapi dia tak nak inform apa jantina babynya. nak inform dalam blog jugak. so kena tunggu la. seronok ada baby. bau baby kan wangi. adehhh... rindu dengan bau baby. bau Azfar dah masam tapi tetap jugak wangi. (*_*)


tahniah dan selamat berpantang untuk pemilik blog Intan Berlian ni ye. kesian Ina sebab tak sempat nak makan daging korban. hehehe... apa pun kena tunggu Ina update blog dengan attach pic baby sekali. macam dah boleh agak je jantina baby. tapi tak apa. tunggu je la dengan sabar. Ina bersalin pukul 4.40 petang dengan berat baby 2.65kg. alhamdulillah... dipermudahkan semuanya. dan secara rasminya jugak Alisha dah jadik kakak.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

11 comments:

  1. suker..rindu bau babay yg wangi..tahniah bt ina

    ReplyDelete
  2. syukur semuanyer dah selamat ye

    ReplyDelete
  3. laa.. ye ke..baru tau.. semalam tak dapat BW..

    ReplyDelete
  4. selamat berpantang juga utk kawan akak tu. hihik. rindu sungguh dgn akak. ok dah sama dgn akak. lps ni akak jadi bhn rujukan.

    ReplyDelete
  5. hehe..ciksu dah tahu..
    ;)
    singgah blog ciksu..atpi biarlah rahasia..hehe

    ReplyDelete
  6. wani pun dpt msg kak ina...tu la nk wat cm mn baby keluar awal kan xsempat mkn dging kurban

    ReplyDelete
  7. dah 2 org anak ina..kena kongsi la blog tu pasni..

    ReplyDelete
  8. yekak bau baby sangat wangi.. macam bau ihsan.. hehehe
    bolehla akak tambah lg erk.. akekke

    ReplyDelete
  9. terima kasih kak.. tu la baby nak kuar awai... dia dh xnk mkn apa2 dah.. hihiii

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign