Fresh from the owner...

15 October 2012

Rasa penat.

tadi pagi plan nak kemas-kemas dan mop the house. sekali ada serangan anai-anai. pelik jugak. entah dari mana la datangnya. bawah lantai dekat sink. itu pun aku tergerak nak tengok kotak blender. sebenarnya hari tu lagi dah tergerak hati nak tengok tapi masa tu dah malam. aku cakap sendiri, tak ada kot anai-anai walaupun aku terdengardengar je suara manja dia orang tu. ye la. bilik aku kat kampung kan dah kena serang anai-anai. jadik dah tahu sangat la macam mana bunyinya. kat belakang rumah aku ni ada satu rumah kosong. memang dah hancur la. dah jadik markas utama anai-anai agaknya. jiran aku hari tu pun aku dok tengok punggah barang. kena serang katanya.

asalnya hari tu kawasan ni selamat. tapi entah la. banyak sangat pembangunan kot. sekrang ni kat area-area belakang tu tengah rancak nak bina rumah-rumah teres baru. memang kawasan aku tinggal ni akan jadik sangat padat dengan perumahan. even ada satu kawasan yang dua tiga ratus kilo dari rumah pun sedang dalam pembinaan. seberang jalan pulak bina rumah kedai. pergh...!!! aku ajak husben tengok rumah contoh untuk perumahan baru tu. lorong belakang je. cantik jugak. ada balkoni. kebesaran mungkin dah reduce sikit kot. tak ada la masuk pun sebab tak 100% siap lagi. teringat la zaman husben beli rumah ni. dia siap bawak aku suruh tengok okay ke tak rumahnya. tengok rumah contoh okay je. cantik la kan.

plan asal dia nak beli yang ada parking lot panjang. tapi dia lambat sebab rumah-rumah yang tu dah habis dijual. untungnya beli yang parking lot panjang tu kalau nak renovate memang boleh tarik banyak. 5-6 bilik boleh buat. puas hati la kalau dapat sebab harga dengan rumah yang sekarang ni masa tu memang sama. tapi tak ada rezeki. dia nak beli rumah lain tak best la pulak sebab 99 tahun je. yang ni hak milik kekal. tak apa la. ada la hikmah kenapa dapat beli rumah ni je dulu. ada rezeki mungkin boleh beli yang besar sikit daripada ni. ada yang ni pun dah bersyukur sangat. alhamdulillah.

asalnya nak bercerita tentang penat je kan? adehhh... bercerita tentang lain la pulak. lepas main sembur-sembur anai-anai tadi terus rasa jammed je badan ni. racun tu racun terkaawal. husben memang tak bagi aku main-main dnegan racun ni tapi since dia pun tak berapa nak sihat, aku la yang buat. lagi pun dia dah buat sebelum tu. kiranya aku sambung je la lepas bawak anak-anak balik daripada taman permainan. aku tak ada la cakap aku rasa pening sebab bau racun tu kuat gila. husben kata mungkin Kerry tak bancuh ikut sukatan sebab masa sembur pun tengok pekat jugak lagi racun tu.

sekarang ni dalam mood berehat-rehat. nanti aku jengah kamu dan kamu ye. kalau taks empat malam ni la ye. thanks for coming.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. anai anai ni bahaya kan..yg nampak kat surface tu takpe la..kadang2 dia da buat sarang besar kat bawah rumah.. tetau je reput tiang ke apa.. risau betul..

    hati2 main racun..simpan elok2..takut bebudak terjumpa kan..

    ReplyDelete
  2. Rumah tu baru ke lama? Cemana bleh ada anai2? Heheh. itu lah pasal. Mula tajuk dia pasal rasa penat. Tetiba cita pasal umah yang ada parking panjang. Heheh. Apa2pun, silalah berehat ye.

    ReplyDelete
  3. biasa kt umah kg yg ada anai2 ni...umah my parent abis pakaian dlm almari dicerobohinya...kalau umah bdr takde plak dengar...^^

    ReplyDelete
  4. rumah saya pun dh mula ada anai2 merobek frame pintu toilet...

    ReplyDelete
  5. adeh la takutkan kak klu anai2 menyerang nih.. kena cepat2 ambil tindakan.. klu org x tahan ngan racun mmg leh pening2.. rehat puas2 dulu ye kak..

    ReplyDelete
  6. kalau dah diserang anai2..alahai...

    ReplyDelete
  7. ish...anai2? anai2 nih bhya la...elok la hapuskan sume anai2 tuh...

    ReplyDelete
  8. anai2 ni kena kawal dari awal ni tau.. kalu x habis nnti hancus semua

    ReplyDelete
  9. biasalah kan.. bila dah ada point nak cite, sedar2 je dah panjang entry.. hihi

    *done nestle..

    ReplyDelete
  10. kalau kat rumah ada kotak coklat tu..memang cepatlah anai-anai dtg menyerang...

    ReplyDelete
  11. uii...anai2 mmg menakutkan..jahanam habis sume brg kita kalau kena serang..umah pun boleh runtuh kan kalau anai2 buat keje..ingat lagi masa kat kg..habis dinding umah kena mkn dek anai2 ni..

    ReplyDelete
  12. adoi..penat..hiiih..anai2 ni walau kecik bahaya tuu

    ReplyDelete
  13. adeh anai-anai klu dh mula serang susah nk henti

    ReplyDelete
  14. umah peninggalan mak akak pun sampai kat atas alang anai2 dok main ragbi...heee...

    ReplyDelete
  15. kat umah cr pun banyak anai2...habis kabinet dapur...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign