Fresh from the owner...

23 October 2012

Nak Nasi Bukhari?

ini menu minggu lepas. saja nak tayang kat sini. sebabnya husben la request nak makan. dia mintak masakkan. raya hari tu dah buat. dia kata sedap cumanya nasi tu tak perai. bukanlah lembik sangat pun. cuma lembut sikit je la. pada aku okay dah. tapi husben kata kalau nak jual ni mesti orang muak. adehhh... bukan nak jual pun la. 

untuk lauknya macam raya hari tu jugak la. husben jugak request nak makan Kurma Ayam. so, layan je la. dan dia mintak jugak Ayam Goreng Berempah. tapi tak sempat la nak buat yang itu sebab ayamnya kena perap at least semalaman. baru rempah tu menusuk ke dalam daging ayam itu. hehehe... tak semalaman pun tak apa. 3 jam dah okay. tapi mana la sempat. beli je ayam terus masak. masa bila la nak perap at least 3 jam tu. kalau 30 minit awal la sangat. tak cukup mesra la pulak.

Nasi Bukhari.

tapi Kerry ada cakap nasi tu tak lembut macam yang dia makan sebelum ni. yang sebelum ni aku lebihkan air sikit. yang masak baru ni aku ikut betul-betul sukatan airnya. banyak songeh pulak ek? lempang kang. makan je la apa yang kakak kamu masak ni. (*_*)

Kurma Ayam.

husben cuma request Kurma Ayam je. tapi aku siap masak lauk extra lagi. incasse ada la yang nak makan pedas instead of lemak kan. terlebih rajin la pulak. sebenarnya itu selera tekak aku. anak-anak boleh makan ayam kurma tu. aku makan yang pedas sikit. lagi pun dalam Nasi Bukhari tu pun dah ada ayam. husben kata okay je. sedap!!! okay... dia memang cakap tak ada tapis. kalau sedap tu sedap la. kalau tak tu, tak la. bukan tak pernah kena komen pun kan. cumanya kali ni masak ikut suka hati sendiri je sebab nak makan pun cuma 4 mulut besar dan tiga mulut kecik. mulut kecik tu bukan makan banyak pun.

daripada sekilo beras basmathi tu aku cuma guna 3 pot beras je. jadik rempah tu kena adjust sendiri la. tak adanya nak ikut-ikut resepi sangat. resepi tu untuk sekilo beras. siapa nak makan banyak-banyak tu adehhhh... apa pun puas hati la amsak untuk husben terchenta. hari ni tak masak apa pun lagi. tengah dok memikir ni nak masak lauk apa. kebetulan cuma aku dengan anak-anak je ada kat rumah. kalau dah malas sangat, mungkin aku masak bihun je. eh, okay jugak tu kan? ngeee...

Ayam Masak Merah.







my foot: ada la tertunai sikit apa yang aku nak bila dah duduk sendiri kan. boleh cuba macam-macam resepi sebab masuk pun perut sendiri je. amaun masak pun tak banyak. senang nak adjust kalau jadik apa-apa pada masakan kita tu. nanti nak try baking-baking pulak. hohoho...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 comments:

  1. hohohoho sedapnyer kak

    done astro on the go

    ReplyDelete
  2. nasi bukhari tak sama dgn nasi bukhara ek?

    ReplyDelete
  3. hoho excited gak.jgn lupa share pic

    ReplyDelete
  4. Saya smpai sekarang tak dpt nak beza antara nasik briyani, nasik bukhari, nasik arab dan nasik khabsa. Ada beza ke rasa mereka? Sal, kalo saya jadi awak pun, mmg saya masak jugek ayam masak merah tu. Hehehe. Nasik dah rempah, ayam lagi rempah, huihh.. takleh gi.

    Best la nanti bleh baking2. Buat la rainbow cake. Heheh.

    ReplyDelete
  5. sedapnyeeeee... masakla uk saya lak,, hohoho

    ReplyDelete
  6. sedapnyer... paling jarang mkn nasi bukhari ni.. nk buat pon xreti

    ReplyDelete
  7. akak sgt la rajinnya kagum2. byk yg kena blaja ni.

    ReplyDelete
  8. suami saya rajin jugak buat nasi bukhari ni..

    ReplyDelete
  9. bila dah duk sendiri ni mmg rs nk try mcm2 kan kak..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign