Fresh from the owner...

12 October 2012

Mahu pecah perut.

ini cerita semalam. saja je nak cerita hari ni sebab tak sempat nak cerita semalam kan. hahaha... aku tak on laptop pun lepas aku shutdown pukul 7 pagi. malam la baru aku on. tu pun kejap je sebab laptop ni kalau dah panas sangat meroyan la dia. hakikatnya macam tu la sebenarnya. aku akan on laptop kejap lepas anak-anak tidur. tak tidur tak on la kan. eh, nak cerita pasal on laptop ke? alahai...

ceritanya pasal aku malas sangat nak masak breakfast semalam. tak la 100% malas. tapi ada la unsur-unsur tu. dalam kepala dah ada plan incase jadik apa-apa, goreng mee je. so, aku text husben bagitahu kita makan kat luar la. sebenarnya jugak, tekak ni terasa nak makan nasi kerabu. hehehe... tapi aku tak cakap pun dengan dia. so, tunggu punya tunggu tak ada reply. jadik masak je la mee kan. kesian pulak anak-anak aku yang tiga orang tu. nanti kelaparan susah pulak.

tengah prepare bahan-bahan, husbennya balik bawak balik barang-barang untuk masak lunch la. ikut selera dia nak makan apa. aku masak je. aku tanya ada dapat message tak sebab pagi semalam pun dia sampai rumah awal. dia kata dia balik awal sebab nak ke klinik ambil ubat. tapi tak pergi pun. dia tanya pukul berapa message? dia keluar kilang pukul 7.15. aku message pukul 7.30. kiranya dia dalam perjalanan balik la time tu. dia tengok je message terus cakap: "Jom la kita makan kat luar." tapi bila aku cakap dah nak masak mee, dia jawab: "Yang tu nanti-nanti boleh goreng." huhuhu... cuba jugak la memenuhi keinginan aku ni yang nak makan kat luar. tapi tak makan nasi kerabu pun. makan benda lain.

dah pergi makan kat luar tu, dia order roti canai telur satu untuk anak-anak. untuk aku dengan dia 'tampal goyang'. hah, apa yang tampal goyang tu? ada la. hahaha... extra mihun soto untuk Alya dengan telur mata untuk budak tiga beradik. kiranya Alya makan banyak la jugak mihun soto tu. tapi perut budak 4 tahun, besar manalah sangat kan. pada aku dia makan banyak dah. orang lain tengok sikit je. untuk orang yang susah nak makan, lebih daripada 5 sudu besar mihun tu memang banyak. balance pun banyak jugak lagi.

end up, aku la yang kena habiskan mihun soto tu dengan roti telur yang saja husben tinggalkan sikit je lagi. air nes dengan milo aku combinekan dan minum dengan dua straw. ngeee... dua bekas dan dua straw. dua-dua masuk mulut serentak dan MINUM!!! kalau tak aku, siapa lagi nak habiskan semua tu? memang sangat kenyang. alhamdulillah. dan sangat rasa macam nak pecah perut sebab banyak sangat makanan masuk dalam perut. kalau macam ni la cara makan, mahunya tak gemuks dalam masa yang singkat. adehhh... sabar je la.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. haha..last2 masuk mulut sendiri..hehe

    ReplyDelete
  2. Boleh minum cam tu pulak... hehehe...

    ReplyDelete
  3. ingatkan pecah perut ketawa.. ehehehe..

    tu la kan..biasanya mesti mak mak yang kena perabih..bukan apa.. taknak membazir..

    ReplyDelete
  4. xpa2 yang penting jgn membazir :)

    ReplyDelete
  5. Oo... pecah perut sbb makan banyak. Ingatkan sebab ada perkara kelakar.

    ReplyDelete
  6. uishh ekekke
    banyak tuu .. kalau akak seeh jugak !

    ReplyDelete
  7. tampal goyang tu mksudnya akak xorder ek tp mkn yg ank2 je ke?..

    ReplyDelete
  8. mmg dah nasib mak mak perabiskan semua kan..hihi..

    tampal goyang tu ape?

    p/s: alya dah ok ke demamnya? get well soon k..amiin. semalam pun aleesya tiba2 panas, sebab terkejut bunyi guruh kuat sangat agaknya..tp dah ok dah.

    ReplyDelete
  9. org tua2 sll pesan..jgn makan/minum lebih anak....mungkin ada makna tersirat..kita tak tau....depa suruh bubuh sikit jer dalam pingggan anak....jgn membazir...ehe..wallahuaklam

    ReplyDelete
  10. Hihihi...combine kan straw...jadi la Nes+Lo...hihi...bijak2...:)

    ReplyDelete
  11. Tips minum air dengan menggabungkan 2 straw tu sangat bagus....hehe...boleh buat..

    ReplyDelete
  12. kalau baca sini dulu mmg kak fieda pun ternganga gak apekebende la tampal goyang..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign