Fresh from the owner...

09 October 2012

Mahu ke hospitalkah?

kalau kat kampung aku tahu la mana nak tuju kalau anak demam panas malam-malam kan. direct je bawak pergi hospital. tapi kat tempat aku tinggal sekarang ni, hospital paling dekat pun hospital swasta yang bayarannya boleh tahan urut dada la. husben kata meamng tak munasabah langsung hospital ni. hari tu dia kena buat check-up company arahkan. tanya kat hospital tu RM550 dia orang ambik. kemudian, husben tanya klinik lain. RM250 je dia orang charge. gila mahal kan? padahal prosedur sama je. hospital kerajaan jauh. aku tak faham la kenapa tempat yang padat dengan penduduk ni cuma sediakan hospital swasta je? sebab dia orang assume semua orang mampu? sebab private better than government ke? adehhh... walaupun nampak macam semua orang ada duit tapi tak semua orang mampu. kan?

Alya demam lagi. demam on off. tapi semalam panas badannya. aku kejap-kejap bawak mandi la. cara tu je untuk turunkan suhu badan dia. bengkak kat peha dia tak berapa nampak tapi still keras. dia pun dok mengadu sakit je. tapi bila ajak pergi klinik ke hospital tak nak pulak. siap nangis-nangis lagi. siap cakap tak sakit lagi dah. sakit sikit je. abah dia malas nak bertegas sebab penat balik kerja kan. dia pun bukan boleh dengar anak nangis-nangis ni. anak sakit lagi la buat dia tak tentu hala. kalau bawak dia ke klinik dalam keadaan dia menangis pun bukan doc boleh check pun. takut nanti pergi sia-sia je. dapat ubat tanpa consultation buat apa.

tapi malam tadi dia kata tak boleh tidur. sakit. aku tanya sangat ke? dia kata tak. bila tanya banyak kali baru dia cakap sangat. nak ke bilik air pun kena angkat. tak boleh nak jalan sendiri. adehhh... layankan je la budak sakit. aku pun tak keluar bilik la sebab dia tak nak orang lain ada dekat dengan dia. takkan aku nak bawak dia turun naik tangga? penat mak ni nak. cuma kalau nak turun kejap tu aku tinggalkan dia dan aku bagitahu la nak ke mana. tak ada la dengar dia terjerit-jerit kan. si adik-adik pulak suka menyakat. geram je. terutama Anis la. ligat je nak cari pasal dengan kakak dia tu. Azfar? mamat kecik tu comel sikit. sama mengganas cumanya ada masa dia baik la pulak.

ke klinik semalam dan doc checked pun Alya dah meraung bagai. pening kepala aku. doc kata takut ada infection sebab bengkak dan dia tengok Alya macam tak boleh nak luruskan kaki. so, dia bagi ubat je la. ubat demam, tahan sakit dengan antibiotik. pesan doc sebab demamnya high temperature, kena kerapkan mandi untuk reducekan panasnya. itu la yang aku buat. kalau Alay tak boleh berjalan (yang mana boleh je. cuma berdengkot-dengkot sikit la), dia kata bawak ke hospital untuk x-ray. takut ada fracture kat mana-mana. okay doc. alhamdulillah... lepas makan ubat dan tengok Mael Lambong kejap, dia tidur. boleh la aku tidur jugak. (*_*)






my foot: check badannya dah rasa sejuk. tak panas lagi da. tapi antibiotik kena habiskan jugak la walaupun dia kata tak sedap.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. semoga dia cepat sembuh....

    ReplyDelete
  2. private sangat sangat mahal kan...pergi klinik swasta, cek sikit sikit je pun, dah kena sampai berpuluh puluh..

    ReplyDelete
  3. Mahal nye dieorg charge.betul cekik darah nie...

    Kki alya bengkak?..itunyg smp demam jadinye..get well soon okayh alya..

    ReplyDelete
  4. kalau alya still demam lagi elok bawa hospital check kat paha dia tu kak...

    ReplyDelete
  5. mak aih..mahal kemain..hospital apa tu? melampau2 la hospital swasta skang ni kan..

    kesian alya..semoga cepat sembuh ye nak..

    ReplyDelete
  6. moga cepat sembuh ye =)

    ReplyDelete
  7. kenapa dia takut sangat nak hospital agaknya..??

    ReplyDelete
  8. Ya Allah kesianyer alya...akak klu demam panas ni mmg kena jg2 sikit kan...wani fobia la sejak jd kt qalief hr tu..moga alya cpt baik yer

    ReplyDelete
  9. Skrg mmg camtu.. tak pergi swasta lambat pulak jadinyer.. tapi mmg skrg diorang charge ikut suka ati jer..Semoga anak cepat sembuh

    ReplyDelete
  10. skng musim demam kot kak. sy pn dah seminggu ni demam, batuk, sakit perut.

    xtau la apa mslhnya.

    ReplyDelete
  11. bila anak skit mcm2 la yg jd...sy kalu boleh tak nak anak msuk spital..leceh...

    ReplyDelete
  12. kesiannya..moga dia cpt sembuh ye..

    mujur kt sini dkt dgn hosp kerajaan..klo ke hosp swasta..jawabnyer..sdia duit je la kan.... kalo ade insurans company..ok je..

    ReplyDelete
  13. susahnya hati kita bile anak tak sihat gini..moga2 anak sal cepat sembuh ye...dh la suami berjauhan mmg berat sikit la sal nk tanggung srg2..

    ReplyDelete
  14. mahalnya dorg cas.. takut dgr...

    moga alya cpt2 sembuh...

    ReplyDelete
  15. mmg sayu tgk anak tak sihat kan sal, moga alya segera sembuh, better check details sal, sian kat dia

    ReplyDelete
  16. smoga emaknya trs kental. smg anknya lekas sembuh. bila ank sakit emakla paling ssh hati.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign