Fresh from the owner...

03 October 2012

Langsir pun boleh.


activity budak-budak bertiga ni kalau dalam rumah, ada macam-macam. scooter main dalam rumah. kadang-kadang berebut scooter dengan Azfar. Alya tak pemurah nak bagi adik dia main. tak macam Anis. tapi kena trade la. kalau adik main scooter, kena bagi la pinjam basikal tu. selagi tak ada gaduh-gaduh, okay je la pada aku. tapi Azfar ni semenjak dua menjak ni mengganas. semua orang dipukul dan dicubitnya. hahaha... tapi kalau orang lain marah dia, dia datang la mengadu bagitahu siapa yang marah dia.

dan selalunya jugak, dia orang ni suka main belakang langsir sliding. Azfar la selalunya jadi mastermind. dia masuk belakang langsir dan nanti dia panggil la Anis ke Alya ke main dengan dia. boleh dengar panggilannya tu: "Ngah, acuk. Acuk Ngah." dan ada masa-masanya pulak dia panggil: "Mak... mak!!!" hahaha... dia orang suka main mak-mak. Azfar jadik adik. memang kalau dengar dia panggil mak tu maksudnya dia ajak orang main mak-mak la. kakak-kakak suka melayan. okay lagi.


itu time main elok-elok belakang langsir. kadang-kadang duduk belakang tu sambil minum susu dengan makan ke. macam-macam hal jugak dia orang ni. tapi jarang bergaduh kalau dia orang main mak-mak. yang ini jadik mak, yang ini jadi kakak. dan Azfar tetap jadik adik la kan. tapinya Azfar akan panggil mak dengan kakak, 'mak' jugak. ada orang dengar pelik kenapa dia panggil mak. tapi aku cakap, dia tengah main la tu. sebab time main je keluar panggilan tu.

dah banyak jugak perkataan yang keluar daripada mulut mamat kecik ni. alhamdulillah. perkembangan dia okay-okay je. tak pernah demam-demam lagi sepanjang duduk sini. my sis pernah cakap, dia tak serasi duduk kat rumah ayah aku kot. tu sebab demam je memanjang. entah. aku pun tak tahu. tapi pada aku, kalau dia demam pun aku tak ada la handle sorang-sorang lagi walaupun boleh handle semua tu sendiri. (^_^)  bersyukur sangat la kat situ.


kakak besar join the group. aku rasa macam cepat je anak-anak aku ni besar. mulut masing-masing mengalahkan mulut orang tua. adehhh... Anis pun sama. ada je benda nak diomelnya. ada je la rasa tak puas hati la apa la. adehhh... next  year dah masuk tadika dengan nursery mesti sunyi. ada pun Azfar je la. kena tambah baru ni. hahaha... tahun depan since biras aku akan duduk sini sampai hujung tahun, akan ada la baby kecik.

plan nak tambah seorang lagi. nak bagi kawan kat Azfar sementelah kakak-kakak dia nak sekolah kan?! bila nak mula plan tak tahu la lagi. boleh gitu? sebab sekarang ni dose ubat masa cucuk tu still ada. still ganggu hormon dalam badan. kita tunggu la tahun depan kalau ada rezeki. insyaAllah...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. As salam kak sal..suke dieorg main balik langsir..:)

    ReplyDelete
  2. haha azfar comel jer...main sembunyi2 belakang langsir yer...best tgk keletah bebudak ni

    ReplyDelete
  3. Yani n Yana pun suka main belakang langsir sliding door...hehe

    ReplyDelete
  4. Hahaha. main mak2 celah langsir. Pandai azfar main pondok2.

    ReplyDelete
  5. sama la mcm aina dan auni...suke sgt main kat langsir..hehehe

    ReplyDelete
  6. yang tu yg menarik layan omelan mereka ni ;P
    mesti sentiasa meriah jer rumah..

    ReplyDelete
  7. Kikiki sama. Gan syifa suka main langsir....n

    ReplyDelete
  8. hehehhe sama la anak saya suka sangat main belakang langsir..

    ReplyDelete
  9. budak2 kecik mmg mcm tulah lah.. nakal sikit

    ReplyDelete
  10. sempat akak cnap gmbar kan , hehehe !

    ReplyDelete
  11. kann x leh lah dia nak senang2 main sorang2 ekke
    sama je ngan zahrien , dia ralit main tab kakak2 dia sebukkk je ganggu .. last2 nangis :)

    ReplyDelete
  12. comeynyer dorang ni main kat langsir..konon2 mcm main umah la tu..

    ReplyDelete
  13. hehehhe.... sronok.. leh main cak cak.. hihi

    ReplyDelete
  14. wah ada plan nak tambah lagi tuuu...insyaallah..mg berjaya nanti...

    ReplyDelete
  15. samalah..ema pun tgh plan nak tambah sorang lagi.. si aqeel dh tiga tahun..tp agaknya tahun depan juga kot..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign