Fresh from the owner...

18 October 2012

Keranamu TUALA!!! (^_^)

bukan nak bercerita pasal tuala wanita ye. tak ada maknanya. cuma nak bercerita pasal tuala mandi je. hahaha... tuala mandi pun nak buat entri. harus la. sebab ada cerita disebaliknya. pasal tuala pun nak kena ada cerita. eh, suka hati tuan blog la. sibuk je!!!


ceritanya tentang tuala ini. umurnya pun dah masuk 6 tahun. still okay. tak ada koyak-koyak lagi. cuma ada stain hitam kat atas tu. tuala dah lama kan. tuala ni kecik je. nak buat kesat rambut basah or untuk orang lelaki guna boleh la. orang lelaki guna tuala lebar manalah sangat. jadi tuala ni husben yang guna. ada bunga-bunga gitu.

alkisahnya, tuala ni baru je aku gantikan dengan tuala sebelum tu. baru je pakai dalam sehari dua. kemudian husben ada bunyi. dia kata kesian dia dapat tuala tak elok. dah kotor. yang paling best tu ayat dia: 'Dah boleh buat alas kaki. Beli baru la.' aku senyum je mula-mula tu. aku cakap dengan husben tuala tu baru je tukar. memang la ada kotor sikit tapi bukan mudarat pun. sikit je.

dia pun bunyi lagi buat apa la siman tuala buruk macam tu. nanti beli la tuala baru banyak sikit. aku cakap tak apa la kalau nak buat alas kaki ke nak buang ke. buang la. tu tuala hantaran masa TUNANG. dah lama memang la ada kotor-kotor. kalau nak letak bawah la terus je buat alas kaki. dia senyap kejap. terus tukar statement: 'Letak dalam frame la kalau macam tu.'

'Letak bawah je buat alas kaki. Nak letak dalam frame buat apa? Dah buruk, kotor pulak tu.' husben sengih-sengih je. ada sentimental value rupanya tuala tu. baru dia tahu. dia tanya: 'Tak ada tulis Selamat Bertunang pun?' dan aku cakap, untuk belah dia je aku hantar tuala ada tulisan tu. belah dia hantar kat aku tuala tu je. sebab MIL yang belikan. bukan dia beli. macam barang-barang aku bagi dia aku beli sendiri. jadi aku tahu la apa yang aku dapat dan apa yang dia terima.

lepas daripada kejadian tu kalau ada je air tumpah, aku selalu jugak usik dia, silap la hantar tuala tu ke dobi (hantar dobi tuala dengan seluar jeans plus cadar je sebab tak ada mesin basuh. baju-baju ringan je aku basuh tangan sebab tangan kiri sakit kan. tak boleh nak perah kain berat-berat. kain ringan-ringan pun still sakit. tapi malas jugak nak hantar. mana boleh basuh tangan tu basuh je. okay... penerangan extra panjang) kalau tak boleh guna buat lap air. dan husben akan pandang aku sambil sengih-sengih. terasa la tu.

(*_*)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 comments:

  1. hihihi..swit betul tuan belog..tuala hantaran tunang pon ade lagi..sy pon da xtau kemana tuala kawin sy skrg..hehe

    ReplyDelete
  2. wah...still ada lagi tuala hantaran..saya dulu takde bagi tuala pun hehehe...

    ReplyDelete
  3. Ada sentimental rupanya, tapi betullah sayang kan, kenangan tu :D

    ReplyDelete
  4. tuala tu ada sentimental value rupanya...hihihi

    ReplyDelete
  5. hahaha..makan dalam woo..kitorang dah arwahkan dah..hehehe.

    ReplyDelete
  6. ooo..tuala hantaran...saya pun dok ada lg tapi dok simpan dalam kotak dalam stor...hahahah..nak buang sayang...nak buat alas kaki lagi sayang..last simpan jer..

    ReplyDelete
  7. hahaha....tuala yg ada sentimental valuenya ye...

    ReplyDelete
  8. Amboi, berdas-das dia bagi kat husband dia. Hehehe. Patutnya towel utk lelaki takleh bagi towel yang ada sentimental value. nanti cepat rosak. Kekeke.

    ReplyDelete
  9. patut la syg sgt.. sentimental value tuh.. hehe..

    ReplyDelete
  10. hihiii sweet je hubby akak ni.. suke! :-)

    ReplyDelete
  11. org lelaki mcm tu la kot..kdg2 taktau pun ttg sentimental value nih..ataupun buat2 taktau je..

    ReplyDelete
  12. hehe. siap kan frame kan tu. sweetnye. :)

    ReplyDelete
  13. ooo tak ada tulis selamat bertunang nya...patut hubby tue tak tahu...orang lelaki biasanya tak ingat benda yg remeh temeh nie...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign