Fresh from the owner...

05 October 2012

Kekasih gelapku.

ya, aku kena admit aku ada kekasih gelap. berani mati kan? tak apalah. tak ada orang lain yang tahu melainkan aku dan kamu dan DIA. kenapa aku menyimpan kekasih gelap? aku pun tak tahu. tapi aku sayang dengan kekasih gelapku ini. sangat sayang. teramat sayang. kerana dia yang menguruskan segala-galanya yang aku perlu. wah, hebatnya dia!

bukanlah aku mengagungkan dia tapi aku menghargai setiap apa yang dia lakukan. sama ada aku minta ataupun tidak dia sentiasa ada. hebat sangatkah dia? kayakah orangnya? dia hebat pada pandangan mata aku. dan dia tidaklah kaya. cuma hidup seadanya. masa aku memerlukan sumber kewangan masa belajar akibat kemasukan lambat dan sumber kewangan pun terhad, dia menawarkan diri membantu. ketika praktikum dan terpaksa membayar sewa rumah, dia juga membantu. membelikan skuter agar aku mudah ke tempat kerja. membayar sewa rumah dan memberikan duit belanja setiap bulan.

sehabis praktikum dan kembali menyambung pelajaran, dia juga yang membayar sewa rumah dan tetap memberikan belanja bulanan. malahan turut membayar topup handphone aku. ketika aku memohon untuk mengambil lesen B2 dan D, dia jugalah yang setia membayarnya tanpa merungut. malahan ketika aku gagal ujian jalan raya akibat memandu secara merbahaya (menurut kata orang JPJ tu la. ceiiitt...!!!), dia jugalah yang membayar extra kelas aku. dia jugalah yang memberikan aku kenderaan dan kesenangan untuk bergerak ke sana sini.

malahan dia jugalah yang support perbelanjaan perkahwinan aku. orang lain tidak tahu. dan tidak mungkin akan tahu kenapa aku cukup setia dengan lelaki yang satu ini walaupun dia tahu aku ni ada jugak angin kus-kus dan dia pun sama ada angin yang tak terduga dek akal fikiran. dan aku berterima kasih kerana dia yang menjadikan aku ini aku sekarang. aku sayang kamu!!!

dulu kamulah kekasih gelapku. tapi kini kekasih halal dan terangku. hehehe... kamu tak pernah berkira tapi ada yang tak faham kenapa aku sangat menghargai kamu.





my foot: mood jiwang kala hujan lebat turun... (*_*)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. ye ekekek
    dialah segalanya ;))

    ReplyDelete
  2. akak ni buat org berdebar je. haha.

    semangat baca ni sbb nk tahu siapa kekasih gelap akak tu. rupanya husben sendiri. haha.

    ReplyDelete
  3. Jeng heng jeng...suspen Je tau..hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah ^^
    Igtkan siapa kekasih gelapnya tadi..

    ReplyDelete
  5. amboihhh. hehe. hujan lebat pun ade mood jiwang ehhh. ;)

    ReplyDelete
  6. hehehe.. suspen je akak nih.. Alhamdulillah dh pun jadik husben akak.. :)

    ReplyDelete
  7. Hello, very professional high level blog! thank you for sharing. Because of good writing, and I learned a lot, and I am glad to see such a beautiful thing. Sorry for my bad English. ?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign