Fresh from the owner...

04 October 2012

Jujurnya seorang suami.


hehehe... pic ni aku pernah jadikkan profile FB. tapi sampai satu masa, aku tukar la kan. kalau dalam mood jiwang tu boleh la letak pic ni. dan biasanya kalau aku letak pun aku bagitahu dia. kalau dia kata okay tu okay la. biasanya dia tak pernah kata tak okay. dan aku upload pic dalam blog pun dia senyum je. cuma kadang-kadang dia komen kenapa letak pic ni itu dan ini sebab mata dia 'lari' katanya. tak perasan pulak aku.

at certain times, mata dia memang 'lari'. tak duduk tempat yang sepatutnya. terutama kalau cuaca panas or dia tengah sakit kepala sangat. memang nampak obvious la. itu sebab bebola matanya tak duduk kemas dalam soket. lepas pembedahan mata dia yang gagal tu (yang mana pakar kata result would be 70% berjaya la. tinggi kan? end up gagal dan mata husben kabur. sebelah je la. dan second operation kata 50-50 pun gagal), doc salah letak matanya. sebab tu ada lari-lari sikit. walaupun doc kata boleh buat operation lagi, husben tak mahu. cukup la tiga operations mata yang dah jejaskan emosi dia dengan agak teruk la. he's not used to be the man yang aku kenal sebelum ni.

since doc dah pesan, saraf mata ni berkait dengan otak dan emosi dia mungkin berubah (secara perlahan-lahan dan aku memang nampak perubahan tu.), tapi aku accept him the way he is. still penyayang tapi masalahnya husben aku ni jujur yang amat. Ya Allah... tak ada tapis-tapis. volume dia kalau time dia membebel macam dia nak marah orang. aku tahu semua tu. tapi bila dia bercakap dalam volume yang tinggi tu tak sempat dah nak fikir yang dia bukan marah pun. just tegur je. tapi otak dah tertranslate actionnya tu as marah. mula la nak 'cedera' emosi sendiri. jangankan aku, dengan keluarga dia pun sama. bekas askar sukarelawan katakan. high volume.

memang semua benda tentang aku ni ditegurnya kalau tak kena pada pandangan mata dia. hahaha... tapi usually untuk kebaikan la. aku tahu tu. baru-baru ni tengah makan dia tegur nasi goreng terlampau masin. adehhh... dia tak tunggu lepas makan. dia cakap terus je. lepas tu dia membebel la jangan masak masin-masin. seadanya rasa je. bahaya la. bla... bla... bla... aduh, pening mak dengar. dia memang suka cakap. jadik dia boleh membebel lama tahu. ngeee... sebelum ni dia mintak aku masak siakap tiga rasa. aku pun guna la resepi malas. campak semua bahan dalam blender, blend dan tumis. dia akta lain rasanya. tak sama macam yang aku pernah makan sebelum ni walhal dia pun pernah jugak makan resepi malas tu dan dia kata okay je. katanya lain kali jangan buat yang ni la. tak sedap. muahaha...

so, semalam aku masakkan siakap tiga rasa ala kedai. memenuhi selera dia cuma terlebih rasa nenas katanya. tapi sedap dah. dia puji dan tegur on the spot. tak ada tangguh-tangguh. kalau sedap tu, sedap la. kalau tak tu, terima je la dengan hati yang pasrah walaupun masak tu dah terlebih kasih sayang dah letak rasanya. husben kata, sedap ke tak itu perkara subjektif. sedap tu pada tekak dia. tapi kalau tak sedap, itu dia yang rasa. orang lain takkan sama rasa macam mana yang dia rasa. dan jugak husben kata aku ni bukan boleh tegur sangat. nanti mula la buat muka ala-ala tak puas hati gitu. hehehe... (^_^)

apa pun dan macam mana pun kamu, I love you still and will always will. insyaAllah. nak menyatupadukan dua emosi berbeza ni bukan senang tapi kena belajar la sebab dah melepasi usia lima tahun pun kan? hopefully kekal la kami adanya sampai ke syurga. amin.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. hubby cr pun cam tue jugak....kalau sedap dia cakap sedap....kalau tak sedap dia cakap jugak tak sedap kikiki....semoga bahagia selalu....

    ReplyDelete
  2. suka baca kisah pasangan suami isteri yg romantik nie....mg bahagia sll yer..saya kalau nak letak pic suami dlm blog atau fb kena minta izin dia dl..sbb dia sendiri akan pilih pic mana...hehehhe...

    ReplyDelete
  3. suami cheqna pengkritik tetap masakan cheqna.kalau sedap memang dipuji kalau tak sedap dia akan terangkan tak sedap tang mana n suh baiki lain kali

    ReplyDelete
  4. Lebih kirang mcm teguran asben aida tang masakan tu :-) hi hi hi... sometimes tu resepi nyer sama, but teguran nyer beza! Hmmmm... memang ada time nak kecik ati, but... biasa le. Tekak rasa lain lain, asben aida kata.
    Setiap hari hingga akhir hayat kita adalah proses mengenali pasangan. Kerana masa dan keadaan yg sentiasa berubah merubah segalanya...
    Aida follow blog sal from blog fiedaraffi :-) salam kenal!

    ReplyDelete
  5. syukur la...

    erm...nak tanya mana awak buat header tu? lawa la...

    ReplyDelete
  6. suka g baca entry ni....
    setiap org ada sikap masing2 kan..
    kita takleh ubah org...tp kita leh cuba memahami dan terima org seadanya....sbb org tu pun kena bertoleransi menerima kita seadanya.. :)

    ReplyDelete
  7. panjang nye cite awak ni >_<

    :)

    ReplyDelete
  8. sama la kita... hb kita seangkatan la jawabnya.. hb saya tentera.. mmg camtu la gaya on the dot jugak dia tegur.. dulu emosi selalu tercedera sekarang alah biasa tegal biasa.. malah saya pulak rajin tanya ok ke bang.. time2 tu jugak kekekeke

    ReplyDelete
  9. Kalau air tgn isteri memang sedap je inshaAllah ^^
    nk2 kalau mak kita yg masak mmg dah masuk dgn selera kita sebab dari kecil lagi disuapkan dgn makanan yg sama ;D

    Alhamdulillah.. semoga kekal bahagia smpai akhir hayat.. amin

    ReplyDelete
  10. Sal, suami awak macam saya. Heheh. Saya la yg biasanya main sound direct je kat suami. Tapi takla dengan volume askar wataniah. Betul kan, suami isteri ni saling melengkapi. Yang mana dia tak betul, saya tegur. Kalau saya tak betul pun suami tegur. RIndunya kat suami. :)

    ReplyDelete
  11. insyaallah berkekalan hingga ke akhir hayat...

    ReplyDelete
  12. insha Allah didoakan moga kalian sekeluarga bahagia hingga ke syurga... :)

    ReplyDelete
  13. redha & terima dia seadanyer!

    ReplyDelete
  14. orang lelaki kurang sensitif sikit.. walau pun kadang2 diorang takde niat nak marah ke apa..nada dgn pemilihan perkataannya tu mmg boleh buat kita sentap..

    ngeri jugak baca pasal kes pembedahan yang kurang berjaya tu.. apa pun..saya doakan awak dgn suami akan kekal bahagia sentiasa..jadi isteri kena banyak sabar kan :D

    ReplyDelete
  15. muga berkekalan hubungan akak dan suami..

    ReplyDelete
  16. oit ngata laki ke? ekekkekekeke ala beb, bagus la dia terus terang, senang ko nak improve kan.....tu kan teguran ikhlas, cumanya memang direct betul la, tak yah la nak amik ati kan, lebih baik begitu dari senyap aje, at least kita leh perbaiki kelemahan kita......cam gitu ko kena jadi mata tambahan untuk laki ko la beb kan....semoga kekal bahagia sampai ke syurga! kekurangan itulah sebenarnya yang melengkapkan hidup kita.....ingat tu, dan selamat beramal!

    ReplyDelete
  17. husben akak ade masalah mata ke kak?

    ade sentap tak kalau husben akak tegur depan2 mcm tu?

    #entah la kak, kunfius jgk mcm mane blh jd dua nama tu. hikhik.

    ReplyDelete
  18. semoga hubungan akak dgn suami berkekalan hingga akhir hayat :)

    ReplyDelete
  19. perkahwinan itu bersifat saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain... terima pasangan seadanya..InsyaAllah...moga bahagia hingga ke Jannah.

    ReplyDelete
  20. hihi..sama mcm su..

    kalau suami ckp sedap ..saya selalu kata "ye ke"?

    tak pon saya yg tnya
    "gred berapa"? ..haha

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign